CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1733|Reply: 36

“22 April Hari Jadi Saya, 23 Kes Mahkamah Kami, Mungkin Itu Hadiah Hari Jadi Saya” – Edika Yusof

[Copy link]
Post time 23-4-2025 08:04 AM | Show all posts |Read mode



Pelakon Edika Yusof berkata dia terkejut dengan keputusan isterinya, Nor Hidayah untuk berpisah selepas 22 tahun mendirikan rumah tangga.

Menerusi temu bual bersama Nona, Edika bagaimapaun reda jika perkahwinannya dibina terlerai, malah dia cuba untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Saya terperanjat sebenarnya. Saya cakap, kenapa kita tak berbincang dulu. Kalau ada kes sampai macam ini, kira final.

“Kalau dia rasa dia akan gembira dengan melepaskan saya, saya tak boleh buat apa. Sebab saya cuba menyelamatkan tapi dia yang nak. Jadi saya terpaksa berkorban la juga,” katanya.



Sementara itu, Edika berkata dia sudah berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjaga isterinya selama 19 tahun, serta mempersoalkan jika mahukan perpisahan mengapa tidak dari awal lagi.

“Apa yang saya boleh buat, saya cuba. Umur saya dah 58 tahun. Saya dah berkahwin dengan isteri saya lebih 22 tahun. Saya jaga dia dalam 19 tahun.

“Jadi bila waktu sekarang baru nak ‘offer’ benda itu (perpisahan), saya rasa sudah terlambat. Saya tak ada fikir sangat tapi jodoh di tangan Allah.

“Tapi kalaulah dia fikir macam itu, dia patut beritahu saya awal-awal. Yela sebab saya tak ada pun minta benda (berpisah) macam itu. Sebab apa yang saya buat dah jadi rutin. Saya pun tak complain,” katanya.

Dalam pada itu, Edika memberitahu dia akan menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini dan menyifatkan prosiding kes perceraiannya berlangsung esok.

“22 April hari jadi saya, 23 kes mahkamah kami, mungkin itu hadiah hari jadi saya,” katanya.

SUMBER: TikTok Nona

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2025 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang saya yang mohon bercerai, tapi sebenarnya ini bukan permohonan kali pertama. Sebelum ini saya pernah datang ke mahkamah membuat pengesahan lafaz talak yang sudah dilafazkan banyak kali.

“Tapi Edika menafikan semuanya, malah sudah mengangkat sumpah laknat pada Januari lalu, jadi saya teruskan dengan permohonan cerai.

“Disember 2024 juga saya sudah buat pengesahan lafaz cerai dan bulan sama Edika sumpah laknat pun saya sudah naik mahkamah,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Pada prosiding sebutan kedua permohonan perceraian itu, lafaz talak hanya dapat dilakukan pelakon terbabit pada 5 Mei ini berikutan Nor Hidayah dalam keadaan tidak suci atau haid.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts



Huhu dah bnyk kali lafaz cerai tp bila pergi mahkamah tak mengaku
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Astagaa… ko buat memain ka lafaz cerai edika oii.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya laki gini. Sanggup sumpah laknat punyalah tak nak mengaku.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya wife kemuka 10 sbb nk cerai.nth xjumpa plk 10 tu kat mana tringin nk bca. Tp xtau lah klu dokumen sulit hny dibentang dlm court tertutup. Smpai 10.

Mcm la laki2 kitorg ni xda kkurangan lgsg dayah oi. Klu kita nk kemuka kkurangan suami kita mgkin bkn 10 tp 100.... sementelah salah kita sndiri lupa nk cermin ke... rasanya berderet2 berselerak jua salah sndiri tp knowing a man mulut bkn jenis nk jaja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2025 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah sumpah laknat di mahkamah selain untuk kesalahan li'an?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 03:01 PM | Show all posts
Oh lafaz dah banyak kali rupanya
Hmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2025 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
pauliza replied at 23-4-2025 02:06 PM
Huhu dah bnyk kali lafaz cerai tp bila pergi mahkamah tak mengaku

Ada saksi tak eh? Kalau tak ada saksi lain selain bini dia, memang sumpah laknat jela kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
lantak la korang nak percaya edika..iols lebih percaya bini dia..pilihan kita memasing la kan…bini dia oku gitu pun sanggup minta cerai, mmg sheols xleh hadap edika dahlah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 03:10 PM | Show all posts
hmm tah la.. aku pun byk masalah
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak pun bekap mak so ko rasa?????
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 03:37 PM | Show all posts
wife kata dh byk kali lafaz cerai
laki sumpah tak mengaku
tapi pempuan selalunya
jarang nak mintak cerai klu laki hensem
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 03:37 PM | Show all posts
tapi bini dia dari dulu jenis bersiap walau pun oku
nampak wangi
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Adohai makin fenin aku dgn kes ni
Plot twist
Cuma tgk anak sulung tu bercakap agak firm ye. Dia ckp dah biasa dgn semua ni selama bertahun2. Lebih baik parents berpisah drpd masing2 hidup tertekan.
Mujur anak2 dah dewasa boleh fikir baik buruk takde la susah sgt parents nk bg faham.
No wonder la xde sorang pun anak2 edika dtg jumpa dia pujuk utk parents berbaik2 semula
ai mendoakan yg baik2 saja utk family ni. Jika cerai tu yg terbaik utk semua termasuk anak2 mereka
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kali lafaz cerai rupanya. Takde la sabar sangat pok cik ni. Anak2 pun sokong ibu diorang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2025 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
patut i rasa laki dia termakan pujian netizen sebulum ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 04:49 PM | Show all posts
Ai_kiu replied at 23-4-2025 03:44 PM
Adohai makin fenin aku dgn kes ni
Plot twist
Cuma tgk anak sulung tu bercakap agak firm ye. Dia ckp ...

anak sulong yg dalam video tu anak wife dgn laki pertama dulu kan? bukan anak dengan edika?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak ni lawa, walaupun lumpuh badan dia nampak normal slim fit je
Sentiasa bersiap kemas
Anak warisi bibir dan dagu lekuk mak


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 23-4-2025 04:49 PM
anak sulong yg dalam video tu anak wife dgn laki pertama dulu kan? bukan anak dengan edika?

Kalau baca komen kat fb mcm gtu la kot. Anak yg ni hasil perkahwinan hidayah dgn suami lama
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.107480 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list