View: 1510|Reply: 10
|
[Dunia]
Dah setahun kahwin baru tahu jadi isteri kedua, suami tipu keja gomen rupanya tukang repair mesin basuh
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Seorang wanita di Sukoharjo, wilayah Jawa Tengah terkejut apabila mendapat tahu bahawa dia merupakan isteri kedua, hanya selepas setahun berkahwin, lapor laman berita Viva semalam.
Wanita dikenai sebagai EAP, 23, berkata, tidak cukup dengan itu, suaminya, Ikhsan turut memalsukan pelbagai dokumen seperti kad pengenalan berstatus ‘belum berkahwin’, kad keluarga, sijil perkahwinan dan ijazah palsu daripada sebuah universiti terkemuka Indonesia.
Lelaki itu turut menyamar sebagai kakitangan kerajaan sedangkan dia bekerja sebagai tukang baiki mesin basuh.
Menurut EAP semasa perbicaraan di Mahkamah Daerah Sukoharjo, dia dan suaminya bertemu pada tahun 2020 sebelum mereka berkahwin pada 17 September 2021.
Selama berumah tangga, Ikhsan, 32, tidak pernah memperkenalkan EAP kepada ahli keluarganya, malah menipu bahawa ibunya sudah meninggal dunia.
Pembohongan itu mula terbongkar apabila EAP mahu menguruskan sijil kelahiran anak mereka yang kini sudah berusia dua tahun.
Ketika mahu mendaftar kad keluarga, EAP mendapati bahawa data suaminya tidak didaftarkan di Pejabat Penduduk dan Pendaftar Awam daerah Solo atau Sukoharjo.
Setelah menyelidik perkara itu, EAP mendapat tahu bahawa Ikhsan sebenarnya berstatus sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
EAP kemudian menyiasat lebih lanjut dan berjaya menemui isteri pertama Ikhsan.
Bukan sahaja status perkahwinan lelaki itu palsu, malah pekerjaan yang didakwa sebagai penjawat awam juga adalah satu pembohongan.
“Saya tidak tahu dia sudah berkahwin. Dia mengaku bujang,” kata EAP ketika memberi keterangan di hadapan panel hakim, Isnin lalu.
EAP yang berasa tertipu akhirnya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Agama Sukoharjo pada September 2022.
Dia turut membuat laporan polis terhadap Ikhsan atas dakwaan pemalsuan dokumen.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya dia sekufu dgn ko dek, kalo ko bijak takde la tertifu. benda mcm ni pun bole kena tipu, teruk nau tahap IQ nya
|
|
|
|
|
|
|
|
sah ke wedding ni kalau tipu nama IC semua?
|
|
|
|
|
|
|
|
so geng konoho ni pon pandang tinggi la org keje gomen ye, bukan mak2 mertua di msia je. nak sgt yang keje gomen, amik ko keje repair mesin basuh je |
|
|
|
|
|
|
|
ngerinya terjumpa lelaki mcmni dlm hidup..nauzubillah... aku rs lg ngeri kalau tau suami sendiri adalah gayah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikhsan turut memalsukan pelbagai dokumen seperti kad pengenalan berstatus ‘belum berkahwin’, kad keluarga, sijil perkahwinan dan ijazah palsu daripada sebuah universiti terkemuka Indonesia.
I don't blame the girl then.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cakap memang senang.
Kat Malaysia pun boleh jadi benda gini. Aku tau kes dua2 educated, kerja bagus pun perempuan tu terkena juga. Lagi tinggi sekolah, lagi panjang akal.
|
|
|
|
|
|
|
|
maksudnyat ak cukup pandai..gituh
sejenis aiols, mmg korek smpai lubang cacing. tapak rumah lgkan kita study yinnikan tapak sorga 
|
|
|
|
|
|
|
|
konoha, nak kerja gomen kena keluar duit. kabel & fulus kena besar-besar. Lebih teruk cabling dari malaysia. Bukan senang. Kalau tau dia kerja gomen, memang jadi rebutan la. |
|
|
|
|
|
|
|
black_handbag replied at 25-4-2025 09:09 AM
so geng konoho ni pon pandang tinggi la org keje gomen ye, bukan mak2 mertua di msia je. nak sgt yan ...
Melayu dan Indon same spesis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|