Agama Islam & Muslim
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

tatod Lv.16

Fav
Conqueror | Credits 45731   


Pernahkah anda terfikir, jika berlaku kematian ahli keluarga secara mengejut, apa perkara pertama yang anda perlu lakukan?


Sudah tentu perasaan terkejut dan sedih bercampur-baur membuatkan kita buntu ingin buat apa.


Iyalah, bukan semua orang tahu ilmu untuk menguruskan jenazah betul tak? Baru-baru ini, Masjid Bandar Seri Putra berkongsi tujuh langkah awal yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kematian mengejut di rumah.




Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, berikut merupakan antara langkah awal menguruskan jenazah di rumah:


1. Tutup mata jenazah jika terbuka


2. Tanggalkan baju sementara badan belum keras


3. Ikat tali dari dagu ke kepala supaya mulut tidak terbuka


4. Letak kedua-dua tangan di dada dan ikat supaya sendi tidak mengeras


5. Lurus dan rapatkan kaki, kemudian ikat pada kedua ibu jari kaki


6. Letak objek sederhana berat atas perut supaya tidak dimasuki angin


7. Sapu minyak dan urut pada bahagian sendi-sendi badan supaya tidak mengeras dan mudah untuk dimandikan nanti. - SEISMIK


Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
1318 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch