CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6508|Reply: 8

Di Saat Aku Mencintaimu - Cerpen [ U ]

[Copy link]
Post time 9-5-2011 08:41 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ShahGraphixer at 9-5-2011 20:43

QHAIRUL ASWADY memandang siling rumah dengan perasaan yang walang. Aku dapat merasakan suatu perasaan yang aneh sedang menjengah dirinya kini. Jalinan ritma debar tidak bersahabat, memicu persoalan dan ketidaknyamanan dek perasaan ini. Parasnya membentuk riak yang menganak-denai-liku. Batinku mendesah seribu kali menyeru nama sang puteri yang sudah terpatri di relung hati.

Lewat kebelakangan ini, aku sentiasa terbayangkan wajah Mya Farra. Wanita berkulit putih itu mengawang dan terlayar di mindaku. Dan setiap kali aku mengingatkan gadis itu, perasaan rinduku menggempur terus membuak-buak. Meleset dan menancap busur tepat di jantung hatiku tidak terbendung. Seakan-akan sukar dikekang dan ditahan lagi.

Bingkai senyum manis milik Mya Farra sering sahaja menari-nari di mataku. Seakan dicengkam resah tidak merelakan indera sekujur tubuhku bersukaria. Betapa diriku cukup yakin, bahawa aku kini sedang dibuai cinta Mya Farra. Tetapi apakan dayaku kerana reaksi dari gadis itu tampak dingin sekali saat aku membuat pengakuan tentang perasaanku terhadap gadis itu.

Bukan dia tidak menyedari perubahan sikap gadis itu lewat beberapa hari ini. Apakah bahana ungkapan perasaanku begitu laju mendadak dan cukup berterus terang terhadap gadis itu pada malam beberapa minggu yang lalu. Andai tiada cinta untuk dirinya maka putuskanlah segera. Jika tidak jangan menyeksa perasaanku demikian.

‘Apakah selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan?’ Detik hati Qhairul Aswady. Dia menghela nafas berat. Sepasang kelopak mata terpejam rapat. Meski demikian, wajah Mya Farra terus sahaja menghantui dalam pejam dan celikku. Jiwaku tidak keruan. Kenapa gadis itu harus menjauhi diriku seakan ungkapan perasaannya adalah satu penghinaan paling dahsyat.

Mustahil gadis itu tidak menyukai diri ini. Aku cukup yakin ada ketertarikan antara mereka. Jalinan hubungan terpatri bagaikan sepasang camar di taman bunga. Mempamer bahasa tubuh yang kian bergemalai penuh akrab lagi mesra. Derai rambut panjang Mya Farra menebar aroma cinta. Membius kasih di relung hatinya yang kian menjalur semarak warna-warni pelangi.

Susah untuk mengenalpasti apa yang ada di hati Mya Farra saat ini. Jika benar dia hanya bertepuk sebelah tangan, harusnya jawapan pasti sudah termeterai malam itu. Batinku mendesah hebat dek kekecewaan mula bertukil di hati ini. Mengapa Mya Farra?

‘Bukan ke dia tahu aku suka padanya? Tapi kenapa aku terus dipinggirkan? Apa salah aku!’ jerit batin Qhairul Aswady. Laksana angin menggelora dengan nyenyiuran saling berlagu hiba. Batin lelaki ini terus berperang sendiri mencari kepastian.

Telefon bimbitnya dicapai, angin menyemilir masuk ke dalam ruangan itu langsung tidak memberi ketenangan pada diri ini. Hanya resah. Hanya kecewa. Hanya gelisah. Cukup rencah emosi yang membuat dirinya bagai dirojak-canai-uli menjadi satu doh yang hanya menawarkan kepahitan.

Jari-jemariku pantas mendail nombor telefon miik Mya Farra. Buat ke sekian kalinya, sang operator yang setia menjawab panggilan buat dirinya. Aduhai Mya Farra? Jiwa lelakiku merintih dan terdesak ingin mendengar suara lunak wanita itu di corong telefon. Laksana siang yang tak pernah bersua malam. Hanya gelap gelita buana terlelap. Lelah. Mengharap dada kelam disemat gemintang malam menjadi penawar sang pencinta.

Sepasang tanganku melingkar menjadi bantal kepala hanya berbaring di sofa panjang ruang tetamu itu. Kenangan pertemuannya dengan Mya Farra mulai terimbau di mindaku.

****

Qhairul Aswady memandu kereta dengan perasaan yang gembira, baru sebentar tadi syarikat miliknya telah memenangi tender syarikat. Dan sejak dari tadi juga, senyuman tidak lekang dari bibir yang merah bahana tidak pernah menyentuh walau sebatang rokok. Sesekali dia tergelak mendengar cerita sepupu perempuannya, Syazrina Akmal mengenai kerenah pelanggan mereka yang sangat cerewet.

Jalan raya utama pastinya sangat sesak ketika ini kerana semua kenderaan akan berpusu-pusu untuk pulang ke rumah masing-masing. Ilalang berpendaran dihembus angin senja. Awan komulus juga sudah mulai berarak pergi bersembunyi. Memberikan ruang pada tabir malam yang akan menyonsong dalam hitungan jam lagi.

Qhairul Aswady mengambil keputusan untuk menggunakan jalan yang lebih mudah dan tidak sesak. Sementelah dirinya harus menghantar Syazrina Akmal terlebih dahulu. Jalan yang dilaluinya melintasi taman permainan yang sering sahaja menjadi tempat mereka berdua beriadah dan bersenam. Hubungannya dengan sepupuku itu cukup akrab hanya dipandang setimbang adik kandung sahaja. Bahkan adik sepupunya itu juga bekerja di bawah syarikat yang sama.

Aku memandu kenderaan itu dengan had kelajuan yang perlahan, kerana di kawasan taman begini perlu berhati-hati. Bonggol yang ada di kawasan taman perumahan ini juga tidak terhitung. Dari jauh kelihatan seorang lelaki tua yang memegang penyapu sampah melambai-lambai ke arah mereka. Aku berkalih sekilas kepada adik sepupuku dengan perasaan pelik.

“Eh! Kenapa orang tua itu?” tuturku kehairanan.

“Entah. Berhenti jer la ada masalah agaknya,” balas Syazrina Akmal.

Perlahan aku memandu kereta dan semakin dekat dengan lelaki tua itu rupanya adalah Pak Cik Halim. Pak Cik Halim sebenarnya bekerja sebagai tukang sapu di taman permainan itu demi mendapatkan sesuap nasi dengan pekerjaan halal.

Aku malah memberhentikan keretaku di bahu jalan sembari menurunkan cermin kereta. Lantas aku bertanya kepada Pak Cik Halim yang kelihatan seperti ditimpa masalah.

“Ada apa pak cik?” Aku menjengah kepala keluar sedikit.

“Maafkan pak cik nak. Pak cik minta tolong ni, di taman sana ada seorang perempuan jatuh pengsan. Pak Cik pun tidak tahu harus berbuat apa,” jelas Pak Cik Halim cemas.

Riak parasnya berkerut tingkat sempat berkalih kepada adik sepupuku yang duduk di sebelah.

“Siapa pak cik?” Aku bertanya lagi.

“Pak Cik tak tahu. Tidak pernah nampak sebelumnya,” ujar Pak Cik Halim.

Segera aku keluar dari perut kereta itu disusuli oleh adik sepupunya yang berpesan agar berhati-hati. Suasana taman pada ketika itu lengang, hanya kelihatan dari jauh ada beberapa pengunjung sahaja yang mulai beransur keluar dari taman itu. Saat aku sampai di tempat kejadian aku terus membantu mengendong tubuh gadis itu masuk ke dalam kereta.

“Qhairul, mukanya pucat,” tutur Syarina Akmal resah.

Aku sekadar mengangguk kepala. Ada sebuah klinik yang berdekatan di taman ini. Mungkin seeloknya aku membawa gadis itu ke klinik tersebut.

“Hold on her first Rinam, arahku. Dalam situasi begini mereka tidak boleh terikut cemas. Namun tiba-tiba adik sepupuku pula bertukar fikiran.

“Qhairul, I rasa better bawak dia balik rumah I dulu, nanti I bawakan dia terus ke klinik. Lagipun housemate I tu doktor, kebetulan dia tak on call hari ni.” Syazrina Akmal menyuakan cadangannya.

Benar juga, bukan aku tidak mahu menghantar gadis itu ke klinik tetapi aku harus pulang ke rumah terlebih dahulu. Ada hal yang lebih penting yang perlu diselesaikan.

“Okey jugak tu Rina. You suruh kawan you tu periksa dia dulu. I balik rumah dulu, then I datang rumah you balik. Okey?” usulku.

Syazrina Akmal sekadar mengangguk. Lebih menjimatkan masa dan tenaga. Sampai sahaja di kediaman sewa adik sepupuku, aku keluar dan membuka pintu kereta di belakang. Lalu menggendong gadis itu masuk ke dalam rumah sewa adik sepupunya.

“You balik dulu Qhairul. Selepas settle you boleh datang balik. Solat, mandi dulu.” Pesan adik sepupunya penuh perhatian.

****

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2011 08:43 PM | Show all posts
Setengah jam berikutnya, gadis yang pengsan itu mulai sedar setelah dirawat oleh Syahirah, doktor muda yang baru sahaja berkhidmat. Mujurlah keadaan gadis itu sudah mulai stabil, sementelah aku masih menanti dengan sabar. Sedikit-sebanyak tercetus bimbang dengan keadaan gadis itu.


Syazrina Akmal turun dari tingkat atas dengan mengenakan batik kelawang panjang. Dilihatnya kedua gadis itu perlahan menuruni anak tangga. Aku menarik nafas lega melihat ada senyuman tipis terbersit dari bibir gadis itu.. Mujur keadaan gadis itu tidak mencemaskan.


Syazrina Akmal melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk diikuti gadis itu. Wajah gadis itu sudah tidak kelihatan pucat lagi. Saat ini barulah aku dapat melihat jelas wajah gadis itu. Sepasang kilau matanya yang masih layu seolah-olah air mancur membiaskan kesayuan. Wajah bujur sirih itu bagai bingkai lukisan kanvas dengan lengkung bibir tertata indah. Cantik.


“Maafkan saya sebab menyusahkan awak, encik.. err.” Ucap gadis itu, ragu-ragu kerana tidak mengetahui namanya.


“Qhairul Aswady. Call me Qhairul,” beritahuku. Gadis itu mengangguk lemah.


“Nama saya Mya Farra. Maaf dan terima kasih saya ucapkan sebab sudi membantu saya. Saya akan bayar semula jasa baik Encik Qhairul,” ujar Mya lagi.


Aku tergelak kecil sembari berkalih kepada adik sepupuku juga turut tersenyum sama. Bicara katanya sungguh lembut, menawan kalbu lelakiku dengan pesona aura gadis itu.


“Tak perlu berencik-encik dengan saya Mya. Formal sangat, terasa janggal saya,” ujarku sembari mengukir senyuman.


“Maaf Qhairul,” ucap Mya Farra lagi.


“It’s okey Mya. Biar saya hantar awak balik. Lagipun saya tak boleh duduk di rumah bujang ni lama-lama. Tak manis pula,” ujarku.


“Tak payah susah-susah. Saya dah cukup menyusahkan awak berdua. Maaf sekali lagi,” tolak Mya Farra pula. Terpancar rona merah pada wajah gadis itu mungkin juga kerana terlalu banyak menerima bantuannya.


“Mya please. I meant it. Jangan membantah lagi, saya akan hantar awak,” tegasku. Aku sudah terheret bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan gadis itu sehingga sampai ke rumah. Meski ditolak berulang kali aku tetap sahaja menawarkan diri. Akhirnya Mya Farra akur.


Sejak detik itulah hubungan kami berdua menjadi lebih akrab dan kian mesra. Aku menghantar Mya Farra ke rumahnya yang terletak lebih kurang lima belas kilometer dari rumah sewa Syazrina Akmal. Cukup banyak dipertanya-bual-ketahui sepanjang berada di dalam kenderaannya. Meski menurut kata Mya Farra bahawa diri gadis itu hanya tidak sihat badan yang membuatnya pitam di taman perumahan itu.


****


“Rina, I rasa I ada masalahlah,” luah Qhairul Aswady kepada adik sepupunya.


Syazrina Akmal berkerut dahi menatapnya yang bagai kehilangan benda berharga. Aku mengeluh lagi. Mahu diluahkan atau tidak perasaan ini. Bagaikan diluah mati emak, ditelan mati bapa. Pening kepalanya.


Meski masih lagi menimbang-nimbang untuk berkongsi perasaan yang menganjal di perdu hatinya. Namun lebih parah andai dibiarkan terpendam yang hanya akan menyeksa batin lelakinya. “Im in love,” luahku bagai terasa sakit ulu hati pula setelah menuturkannya.


Adik sepupuku membisu tetap menatap aku tanpa memberi sebarang reaksi. Meski aku sudah cukup menjangkakan hal itu. Lantas Syazrina Akmal memberikanku ruang untuk berbicara mengenainya. Semua yang terbuku-pendam-patri di hatiku diluahkan kepada adik sepupuku yang kelihatan memberikan tumpuan seratus peratus.


“I dah luahkan perasaan I dekat dia,” kataku lagi.


Syazrina Akmal mengangguk perlahan lalu menghela nafas perlahan.


“Then, apa reaksi dia?” soal Syazrina Akmal ingin tahu.


Aku sekadar mengeluh lemah lalu menyandar lesu di kerusi balsu hitam itu. Andai sahaja aku bisa membuka pekung di dada ini yang kian sarat dengan emosi yang membeban hati lelakinya bagaikan senandung kasih lara tiada penghujungnya.


“Dia tak tunjuk apa-apa respon. Malahan, dia menjauhkan diri dari I. Pening kepala I, Rina.” Ah! Aku mendesah kesal. Baru kini aku tahu betapa hebatnya penangan cinta! Jatuh cinta tidak sama saat jatuhnya dari basikal. Jatuh cinta tak setimbang jatuh saat berlari. Namun jatuh cinta yang dialaminya bagaikan dia dihempap meteor yang membunuh jiwanya. Tidak hairanlah ayahnya sanggup meninggalkan kekayaan semata-mata untuk bersama ibunya. Baru kini dia mengerti.


“Mungkin juga dia ada kekasih lain tak,” dugaku pula. Riak parasku berselirat tidak bersahabat. Batinku merintih tidak ada hentinya.


“I don’t think so, Qhairul. Maybe dia masih berfikir. Jangan fikir yang bukan-bukan dulu,” tutur Syazrina Akmal, tidak mahu menyalahkan Mya Farra. Menurut adik sepupunya itu juga meski mereka berdua baru mengenali Mya Farra tetapi cukup banyak yang diketahui kisah peribadi gadis itu


Kesabaran merupakan kunci utama kini, aku hanya perlu bersabar. Cinta memang mudah dilafaz, hanya tiga ayat I LOVE YOU, tetapi sukar untuk diselami.


Bahkan adik sepupunya pernah mengalami perasaan indah itu. Namun sang kekasih hati gadis itu tidak mengenali erti cinta sebenar. Hanya cinta yang bertunjangkan nafsu! Tiada langsung perasaan sayang, mujurlah adik sepupunya tidak terpedaya dengan pujuk rayu kekasih hatinya dulu. Cubaan memperkosa dirinya gagal, apabila aku kebetulan muncul datang menyelamatkannya! Erti cinta itu luas.


“You bersabar dulu Qhairul. Perempuan ni selalu ambil masa untuk memilih pasangan hidupnya. Pilih pasangan bukan macam pilih baju kat mall. Beri dia masa. I yakin dia sukakan you jugak, sebab melihat ada sinar kasih pada matanya.” Benarkah begitu?


Aku sekadar mengangguk lemah. Andai sahaja ada satu penawar yang dapat mendemahkan perasaannya saat ini adalah suara lunak sang pujaan yang menjadi keinginannya. Benar kata Syazrina Akmal, memilih pasangan hidup bukan seperti memilih baju di pusat beli belah. Mana yang cantik diambil dan menjadi pilihan hati, mana yang buruk dicampak ke tepi. Andai dinilai pasangan berdasarkan luarannya, nescaya rugilah manusia itu.


“I harap dia ada sedikit ruang untuk I dalam hati dia,” luahku.


“Jangan risaulah Qhairul. Hati dia I tahu besar, berapa gigabytes pun I dah tak boleh nak scan. Mesti ada untuk sepupu I yang kacak ni.” Pandai pula asik sepupuku cuba mengusiknya.


Aku sekadar tersenyum tawar meski jauh di sudut hati aku bersyukur mempunyai seorang adik sepupu yang memahami diri ini. Penuh pengertian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2011 08:44 PM | Show all posts
****


SYAZRINA AKMAL seperti tidak mempercayai apa yang berlaku di hadapan matanya. Pantas kakinya menyusun langkah dengan laju membuntuti kelibat di hadapannya. Betulkah itu adalah Mya Farra? Kalau iya siapa lelaki itu?


Sepasang matanya mencerlung tajam menatap susuk tubuh Mya Farra yang tampak kian menyusut kurus. Lelaki yang berada di sebelahnya pula tampak penuh perhatian kepada Mya Farra. Semakin berpusar prasangka di ceruk hatinya. Bertambah teguh prasangka yang dicipta abang sepupunya. Memercik bara direlung hatinya.


‘Jadi inilah sebabnya kau berjauh hati dengan Qhairul?’ Hatinya bergumam geram. Sudah beberapa minggu Mya Farra tidak memberi respon terhadap abang sepupunya. Ternyata Mya Farra sudah mempunyai kekasih. Teganya Mya Farra berbohong dengan mereka mengatakan hati gadis itu masih sepi dan solo walhal sudah menjalin kasih dengan lelaki lain!


‘Huh! Dasar manusia tidak mengenang budi! Sanggup dia lukakan hati abang sepupu aku!’ sumpahnya di dalam hati. Dadanya berombak menahan kemarahan, Mya Farra sudah mulai menapak untuk masuk ke dalam kereta. Sedangkan lelaki yang berada di sebelahnya pergi ke kedai yang berdekatan. Mungkin sedang membeli sesuatu, duganya.


“Mya!” jerit Syazrina Akmal. Memaparkan riak wajah tegang dan menggalas perasaan geram tidak terbendung. Kulit wajahnya yang putih berseri itu tampak kemerahan menahan amarah. Entah mengapa hatinya bagai dicarik-carik bagaikan dirinya dilukai kecewa.


Mya Farra berkalih ke arahnya dengan riak wajah terkejut. Ketara sangat gadis itu sudah tertangkap oleh dirinya. Bagaikan si JAIS membuat rondaan dan mencekup pasangan bukan mahram di tempat mencurigakan.


“Eh! Rina buat apa di sini?” soal Mya Farra berlagak tenang. Meski dari nada pertuturannya itu jelas bergetar resah.


“Jadi inilah sebab kenapa you tolak cinta Qhairul? I tak sangka you perempuan macam ni Mya! Kalau memang tidak inginkan Qhairul terus-terang saja. Jangan main tarik-tarik tali begini,” marah Syazrina Akmal. Sepasang tangannya juga bercekak tegas.


Mya Farra hanya diam membisu. Tertunduk-tunduk malu dengan kenyataan itu. Bahkan sekejap-sekejap gadis itu berpaling ke arah lot-lot kedai. Mungkin takut ketahuan dan tertangkap oleh lelaki yang bersama gadis itu.


Tatapan matanya seolah-olah ingin menelan Mya Farra hidup. Sepasang mata sudah merah menyala bagaikan ingin membakar tubuh kurus gadis itu. Membahang kulit wajahnya bagaikan dirinya yang sudah terbakar ingin menghamburkan lava yang tiba-tiba sahaja meledak luap. Astagfirulahalazim! Dia beristighfar. Menjirus kemarahan yang membunuh sisi baiknya. Kini sudah mengatur pola nafas, perlahan.


“Now tell me Mya. Berterus-teranglah. Qhairul tulus mencintai you. Teganya you buat dia begini. Kalau memang you tak suka dengannya, katakan! Apa maksud you sebenarnya. Memberi harapan dan layanan istimewa dengannya lalu tiba-tiba saja berubah begini. Jangan buat dia macam tak ada perasaan. Panggilan dia you tak angkat, mesej dia you tak balas. Email dia lagi you tak endahkan. Lebih teruk lagi sampai hati you remove dan block dia sebagai kawan you dalam Facebook? Apa salah dia Mya? Apa salah dia? Kalau dia ada buat salah dengan you, you beritahu. Jangan buatkan dia macam orang gila. I dah rasa macam mana perasaan yang dia rasa, sebab tu I tak sanggup lihat dia begitu. For the god sake! berikan alasan yang munasabah.” Panjang lebar dia berkhutbah.


“Maafkan I Rina,” balas Mya Farra, perlahan dan sebak.


“Kalau you nak I maafkan you, jelaskan hal yang sebenar.” Sakit hatinya. Bulat matanya menghujam raut wajah Mya Farra mempamer riak simpati. Huh! Persetanlah you!.


“Maafkan I kalau Qhairul terseksa demi I, Rina. I sama sekali tidak ada niat demikian. I.. I..” Sepasang mata Mya Farra sudah berkaca-kaca. Raut paras cantik gadis itu dicemar gelisah maha tinggi.


Lantas muncul lelaki tadi membawa bungkusan plastik. Matanya tidak berkelip memandang Mya Farra bingkas masuk ke dalam perut kereta itu. Bibirnya mengertap marah, mahu rasanya dia memaki sumpah lelaki yang mengenakan kemeja bermotif kotak-kotak dan seluar jeans Levis. ‘Huh! Berbahagialah you Mya Farra di atas kekecewaan abang sepupu I’ Hatinya memberontak marah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2011 08:44 PM | Show all posts
****


PANGGILAN yang diterima daripada adik sepupuku bagaikan menghunus lembing tepat ke jantungnya. Syazrina Akmal menceritakan segala-galanya tentang pertemuan tidak diduga dan lelaki yang bersama dengan Mya Farra.


“Dia ada cakap apa-apa dengan you? Dia ada pesan apa-apa? You ada cakap kenapa dia tak angkat panggilan telefon I? Ada cakap kenapa dia block I?” bertubi-tubi aku bertanya. Tidak sabar-sabar mendengar penjelasan dari adik sepupuku.


“Ada,” jawab adik sepupunya ringkas.


Aku terus sahaja menunggu Syazrina Akmal bercerita dengan lebih lanjut lagi, sembari aku membetulkan posisi dudukku.


“Qhairul kau lupakan saja dia. Tak berguna tanya banyak hal dengannya,” kata gadis itu.


“Tapi.. tapi kenapa?”


“Dia memang ada orang lain,” balas Syazrina Akmal perlahan.


Bagaikan panahan petir menyambar jantungku, tersentap. Sakit, pedih rasanya. Lebih perit rasanya dari tertusuk belati yang tajam dan runcing. Aku hanya berharap ada penjelasan yang muncul di akhir bicara adik sepupuku itu. Ah! Jangan main serkap jarang saja tanpa mengetahui siapa lelaki itu. Tidak mungkin Mya Farra demikian. Dia faham benar gadis itu tidak mungkin melukainya dengan demikian.


“You sabar Qhairul. I hope later on dia akan hubungi you. Sabar ya,” pujuk Shazrina Akmal.


“Sabar, sabar, sabar. I dah tak boleh sabar Rina. Kesabaran I ada batasnya. Entah-entah dia pergi klinik dengan lelaki tu sebab dia mengandungkan anak lelaki tu!” Tuduhan tidak berasas itu kini spontan terluah dari mulut aku. Kemarahan dan cemburu yang berpusar di sekujur tubuh aku sudah menguncikan akal warasku.


Kedengaran Syazrina Akmal beristighfar terkejut. Terjeda seketika mendengar tusukan kataku yang hanya menimbulkan fitnah.


“Mengucap Qhairul. You jangan buat fitnah macam tu. Allah murka.”


Bukankah Abu Zhar Al-Ghiffari pernah berkata manakala Rasullullah s.a.w. bersabda ‘Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat’ Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya.


****


SEBULAN berlalu tanpa disedari, detik merangkak kian berlalu sudah masuk masuk bulan Jun. Dan selama sebulan itu jugalah aku tidak bertemu lagi dengan Mya Farra. Bukan aku tidak cuba menghubungi gadis itu, tetapi semua panggilanku hanya akan masuk ke dalam peti mel suara. Sia-sia sahaja usahanya.


Aku memandang skrin komputer ribaku yang memapar wajah jernih Mya Farra menjadi hiasan dinding. Masih terasa segar bongkah rindu yang masih bergayut di hati ini. Sebukit hasrat masih tersimpan kemas melamar hati gadis itu. Segunung harapan menyunting ikhlas gadis itu menjadi suri hidupnya. Bibirku hanya merangkum sejuta getaran dalam rencah rasa yang maha luar biasa. Denyut nadi ini tak meresakan gejolak hati menyeru Mia Farra. Bagaikan aksara yang tertulis di warkah cinta terbakar spontan menjadi rentung hatinya. Ah! Ya Allah, andai sahaja aku mempunyai penawarnya saat ini akan aku teguk biar magma cinta ini tidak meluap gejolak menjadi tidak keruan.


‘Mya! Kenapa di saat aku mencintaimu, kau malah pergi dari sisiku?’ Batinku berbisik lirih.


Pintu kamar pejabatnya diketuk dari luar bergema kuat lalu terjengul wajah adik sepupunya sudah menyusun langkah masuk ke ruangannya. Aku sekadar menatap sekilas wajah itu dengan rekasi berpura-pura menyibukkan diri.


“Qhairul, ada something good for you,” tutur Syazrina Akmal dengan lengkung bibir lebar. Seulas senyuman sudah terukir di bibir adik sepupunya menyimpan makna tersembunyi.


“What? Projek kita dapat kelulusan lagi?” soal aku tidak ambil pusing. Deria mata aku halakan sahaja kepada skrin komputer riba. Sedari tadi dia hanya asyik duduk termangu memandang wajah Mya.


“You mesti melompat suka bila dengar.” Adik sepupunya memancing tumpuannya.


Dia segera mendongak ke arah gadis berpakaian sut pejabat seluar. Tandan dahinya bertingkat seribu.


“Mya nak jumpa dengan you ahad ni. Dia minta you datang, penting katanya,” beritahu Syazrina Akmal, tersenyum senang.


Lantas riak wajahku menarik otot wajah yang membentuk tarikan senyuman pada wajahnya.


****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2011 08:45 PM | Show all posts
HARI yang dinantikan aku akhirnya menjelang tiba. Tidak sabar rasanya aku bertemu dengan Mya Farra. Rindu yang menggamit bagaikan gunung berapa yang menghitung detik tinggal meletus lavanya Sudah tidak dapat dibendung lagi. Seumpama debu rinduku menghalangi tatapan Mya Farra, semata-mata aku ingin memenuhi matanya dengan aksara cinta.


“Amboi, sejak tadi tak habis-habis senyum macam orang tak siuman saja,” usik adik sepupunya kepada dia.


Dia sekadar mengenakan kameja merah Polo Ralph Lauren dan seluar jeans hitam Levis. Parasnya memaparkan garis wajah girang yang kembali bangkit dari kesedihan. Meski jauh di hatiku berdetak soal ingin tahu pertemuan itu. Apakah Mya Farra ingin meminta maaf kepadanya?


Aku mengerling adik sepupuku yang hanya mengenakan baju kurung bermotif bunga. Sejujurnya aku cukup mengagumi dengan keperibadian adik sepupunya tidak segan mengenakan baju kurung menjadi kebiasaan. Walau di majlis-majlis besar yang dihadiri oleh orang-orang yang berjawatan tinggi. Baginya, pakaian beginilah yang membuatkan hatinya tenang. Indah dipandang.


“Mestilah Rina. I dah rindu gila dengan dia,” luahnya tanpa segan-silu. Sesekali dia bersiul-nyanyi-miming mengikut rentak musik yang dibawa DJ stereo FM di keretanya.


“Amboi gembira sangatlah tu. Jangan terlalu yakin dan berharap kelak lebih merana dari sebelumnya boleh masuk hospital jiwa jadinya.” Syazrian Akmal mengusik. Sekali lagi. Aku tertawa mendengar usikan sepupunya itu.


Sampai sahaja di Restoran Sahabat, mereka berdua terus sahaja meninjau di sekitar tempat makan itu. Sepasang mataku melilau-lingas mencari kelibat gadis kesayanganku. Dalam sesaat dua sahaja aku menangkap kelibat gadis itu sedang duduk sendirian di meja yang terletak di bahagian hujung restoran.


Aku terus berjalan menghala ke arah meja itu sementelah adik sepupunya mencari meja lain berasingan. Debaran aku hanya Tuhan yang maha mengetahui sembari mengatur langkah perlahan dan menyuakan senyuman.


Dalam diam aku mengamati susuk tubuh dan paras gadis kesayanganku. Wajah itu kian cekung dan pucat bagai memendam kesakitan batin yang tidak dapat dicam dengan mata kasar. Bahkan tubuh Mya Farra juga menyusut turun bagaikan pesakit anorexia menahan nafsu makan. Ya Allah, apa yang sedang terjadi? Dia menghulurkan salam ayat suci dan dibalas dengan tutur lembut Mya Farra.


“Lama tak bersua, rindunya saya,” tutur aku berusaha mengawal perilaku agar tidak cacat di pandang mata.


“Dah lama awak sampai?” soal aku lagi, teruja. Wajah gadis itu diratah-tatap-perhati dengan penuh cinta. Bagaikan rindu ribut yang melanda hatinya tetap dikawal rapi.


“Tak juga,” jawab Mya Farra ringkas. Gadis itu menyandar lesu. Tiada semangat dalam kata-katanya itu.


Senyuman yang bergayut di bibir aku kian pudar sebaik sahaja seorang lelaki muncul dari satu arah sudah melabuhkan punggung tepat di sebelah Mya Farra. Bahkan tangan lelaki itu sudah mengait-sulam-genggam jari-jemari Mya Farra yang turut membalas penuh mesra.


Aku terpempam, terpukul, terperangah! Sekilas menatap adik sepupuku juga memerhati dari jauh tidak melepas pandang daripada meja mereka.


“Qhairul, kenalkan ini adalah kekasih I, dan bakal suami I. Kami bakal melangsung perkahwinan dalam waktu terdekat nanti” Mya Farra memperkenalkan lelaki yang berada di sebelahnya. Pantas lelaki itu menghulurkan tangannya untuk bersalam seraya memperkenalkan dirinya.


Aku terbejat. Tidak memberi reaksi hanya menancap sepasang mata aku kepad raut wajah Mya Farra. Aku tak bisa berhenti menyemburkan perasaan yang bercampur baur ini. Terasa cinta sudah sebati ini bagai tersayat dalam menyaksikan adegan mesra di hadapan mata. Teganya kau Mya Farra! Tahukah engkau Mya Farra bahawa sejuta rindu dan kasih, memenuhi lembah parasmu, sungai-sungai hatimu. Tak bisa berhenti hanyut, dalam denyut di nadimu. Aku meleleh dalam hidupmu. Menciptakan kawah-kawah yang tidak bisa ditimbus dengan kebencian.


“Apa semua ni Mya?” soal Syazrina Akmal tiba-tiba muncul di tepi meja mereka. Aku sekadar membiarkan situasi itu diambilalih oleh adik sepupuku. Ya Allah, bagaikan semua indera ini terkunci dengan serta merta. Sampai hatimu Mya Farra.


“Eh, Rina. You ada jugak. Come join us, by the way, this is my future husband,” pelawa Mya Farra, tanpa menunjukkan sedikitpun rasa bersalah. Lelaki yang berada di sebelah Mya turut mempelawa adik sepupunya untuk duduk.


“You memang perempuan tak ada hati perut Mya!” tengking Rina. Suaranya sudah melengking tinggi. Bahkan kini sudah memancing perhatian pengunjung di sekitar restoran itu.


“What? Kenapa you cakap I macam tu Rina? Apa salah I.” Mya Farra tergugup dan gagap menuturkannya. Lelaki yang berada di sebelah Mya yang bernama Muzri sekadar menatap kosong bagaikan tidak ingin masuk campur.


“Jangan jadi perempuan yang tak mengenang budi Mya,” herdik Syazrina Akmal yang sudah bercekak pinggang.


Aku hanya menarik nafas dalam-dalam sekadar mententeramkan hati. Meski dalam kasak-kusuk bicara yang kian berdebat-tikam di antara dua gadis itu bagaikan imun dan tidak kedengaran lagi. Hatiku benar-benar luka. Tersayat dalam begitu teruk. Alangkah baiknya Mya Farra menikam dirinya sahaja daripada merasakan luka demikian.


“I tak faham Rina. I tak pernah simpan perasaan pada Qhairul. Dia aje yang bertepuk sebelah tangan. Sedangkan I tak pernah kata I suka dia. Kenapa you kata I salah?” soal Mya Farra bertubi-tubi.


Argh! Aku semakin terpukul mendengar kata-kata Mya Farra itu. Sebak dadaku menahan sesak. Jelas lagi terang tiada cinta di hati Mya Farra untuk diri ini. Meski hanya sekelumit tidak mungkin bertapak di hati gadis kesayanganku.


“You memang hipokrit! You ingat I tak baca apa yang you tulis dalam diari you yang tercicir dekat rumah I? Ha? You cakap you cintakan Qhairul. Tapi kenapa you selindung? Egois!” hambur adik sepupunya. Amarah adik sepupunyanya sudah sampai ke puncak.


Aku tertegun mendengarnya. Berkalih laju kepada adik sepupuku yang mengangguk kepala mengiyakan ucapan itu. Lalu kembali berkalih kepada Mya Farra yang asyik menggeleng kepala menidakkan kebenaran itu. Aku kehilangan kata-kata. Benarkah?


“Mya! Benarkah?” Spontan dia menyambar jari-jemari Mya Farra yang terlepas dari genggaman Muzri. Meski lelaki itu kelihatan semakin bingung dan mulai memasang wajah ingin masuk campur dek tindakan berlebihannya.


“Muz..hurmm.. Qhairul tak.. ini salah faham sahaja. Bukan begitu. Itu sebelum I bertemu dengan Muzri! Sekarang I dah ada Muzri! Kami saling menyintai.” Mya Farra masih mempertahankan dirinya.


Muzri sudah menarik lengan Mya Farra dan kini genggaman tanganku sudah terlerai dari jari-jemari gadis kesayanganku. Meski Muzri memasang wajah bengis ingin menalan dirinya dia tidak gentar kerana tentu ada sesuatu yang disembunyikan.


“Perempuan tak mengenang budi! Kalau I tahu perangai you macam ni, I tak akan suruh Qhairul tolong you dahulu. Biarkan you maut ditimpa ajal! Dilayang Izrail kerana sifat you yang tak berhati perut!” sumpah Rina.


Sejurus mendengar sumpah seranah dari adik sepupunya sahaja, Mya Farra terus menangis teresak-esak dan berlari keluar dari restoran itu. Muzri sempat mendengus kesal terus mengenakan sepasang kaca mata hitam dan keluar mengejar Mya Farra..


Dalam hatiku berkecamuk tidak menentu. Mencintai salah, dicintai juga salah. Terkadang ingin bebas tanpa ikatan batin. Di mana tidak ada penderitaan demikian.


****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2011 08:45 PM | Show all posts
TIGA bulan berlalu dengan pantas sekali. Saat ini aku yakin Mya Farra tentu hidup bahagia disamping suaminya. Aku berusaha menguburkan Mya Farra dari lipatan kenanganku, tetapi sukar buat diriku. Terkadang sebuah kenangan menjadi penantian. Masih lagi berharap meski cukup mustahil menjadi kenyataan. Hanya adik sepupuku yang tidak putus-putus menjadi pembakar semangat dan sering memotivasinya.


Keakraban mereka jelas disedari oleh kedua belah keluarga kami. Sehinggakan hajat dijunjung dari orang tuaku yang ingin menyunting adik sepupuku yang ingin menjadikannya suri hidupku.


Hasrat itu telah disuarakan pada satu makan malam yang dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak. Masing-masing telah bersetuju. Meski Syazrina Akmal kelihatn tidak juga membantah. Andai itu yang terbaik buat dirinya, dia menerima seadanya. Namun berbeza bagi diriku. Sejujurnya aku masih belum bisa melupakan Mya Farra.


Aku hanya memohon pengertian dengan usulan keluarga yang ingin menyatukan kami agar memberikanku sedikit tempoh untuk memadam nama Mya Farra dari benaku. Ternyata Syazrina Akmal amat memahami keadaanku. Justeru gadis itu juga tidak terlalu mendesak dan menekankan diriku.


Memang aku akui, sukar untuk menenangkan kembali jiwa yang telah kacau akibat cinta tidak berbalas. Ditambah lagi hati dilukai dengan parah sekali. Seakan ditoreh dengan pisau yang tajam.


Cinta hanya satu perasaan. Jika diikut rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.


Dan aku tahu dia sedang ditimpa penyakit cinta. Entah bila penyakitnya akan sembuh. Seandainya doktor cinta ada di dunia ini, akan dia rujuk dan meminta ubat mematikan cintanya pada Mya Farra dan berkalih pada adik sepupunya. Tetapi itu semua mustahil.


Aku juga hampir hilang pedoman hidup, bahana itu dia hampir-hampir hilang tumpuan untuk melakukan semua perkara. Mujurlah dia sering mendekatkan dirinya dengan Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa. Andai dia tidak mendekatkan dirinya, pastinya dia akan terumbang-ambing di landa badai asmara.


****


MALAM, hanya memapar kelam dan secercah sinar bulan yang redup. Rembulan tertunduk malu mengendahkan suria yang sedang terlelap. Saat itu aku dan Syazrina Akmal keluar makan malam bersama sekadar mengisi waktu terluang di malam minggu. Detak waktu kian berjalan seiring aku berusaha mematikan kenangan Mya Farra dari sisi hidupku. Mungkin ini sahaja caranya melupakan Mya Farra dengan lebih banyak mendampingi adik sepupunya itu.


Sepasang mataku terbuntang luas saat menangkap susuk tubuh Muzri yang sedang bermesra dan berpeluk dengan seorang wanita yang sangat cantik dan menawan. Yang pasti wanita itu bukan Mya Farra. Menyirap darahnya menyaksikan adegan lelaki durjana itu. Apa maksudnya? Bukankah Muzri itu adalah suami kepada Mya Farra.


Perubahan pada wajahnya mendadak berubah disedari oleh adik sepupunya sudah mencari punca pandanganku kaku.


“Eh! Itu bukan suami Mya ke? Siapa pula perempuan itu?” Syazrina Akmal terkejut.


Batinku bergejolak amarah. Sewenang-wenangnya lelaki itu mempermainkan pernikahan yang dibina dengan Mya Farra dan kini bermain api dengan perempuan lain. Aku sudah nekad. Hatiku bulat. Lelaki itu harus mendapat pengajarannya. Ternyata Muzri berlaku curang di belakang isterinya! Apa lagi yang kurang dengan Mya Farra. Gadis yang menjadi kesayanganku itu cukup dengan sifat dan akhlaknya.


Sepasang kakiku sudah menyusun langkah tidak mengendahkan halangan adik sepupuku. Setiba sahaja di meja Muzri, dia rakus mencekak baju Muzri yang sedang ralit berbual. Terpempam Muzri. Tersentak gadis manis di sebelah lelaki itu. Bahkan tak terkecuali dengan pengunjung lain sudah tertoleh-bisik-pandang ke arah meja itu.


“Cool bro. Apasal marah-marah ni?” Tubuh sederhana Muzri terjongket ke atas saat aku masih mencekak kerah baju lelaki itu.


“Kau sia-siakan isteri kau!” marah Qhairul Aswady. Semakin kuat aku mencengkam kerah baju lelaki itu.


“Oh kau yang Qhairul ituke? Lelaki yang Mya ajak bertemu dengan kau. Sabar-sabar ada hal yang kau patut tahu. Baiklah, aku rasa dah tiba masa kau tahu perkara sebenar,” tergagap-gugup Muzri cuba menjelaskannya.


Serta merta cengkamanku mengendur. Memberi perhatian kepada kata-kata Muzri. Kini mereka berempat duduk semeja untuk mendengar hal sebenarnya. Dengan riak serius aku terus sahaja mendengar perkara yang sudah diungkapkan oleh Muzri. Satu kenyataan yang membuat dia bagai digempa dengan kejutan yang maha dahsyat. Bahawasanya pertemuan itu adalah atas desakan Mya Farra yang memohon Muzri menyamar menjadi calon suami.


Hubungan keduanya hanya sebatas sahabat yang saling memberikan perhatian satu sama lain. Tidak seperti yang telah dimaklumkan oleh Mya Farra. Segala-galanya adalah bohong semata-mata. Bahkan hakikat yang benar-benar merobek hati lelakinya apabila Muzri menceritakan penyakit Leukimia yang dideritai oleh Mya Farra kini di peringkat membimbangkan.


Dan menurut doktor yang merawat Mya Farra kemungkinan jangka hayat tersisa lebih kurang dari enam bulan sahaja. Hanya kerana kenyataan itu yang membuat Mya Farra memendamkan cinta terhadapku. Ya Allah, ujian apakah ini? Begitu besar sekali dugaan yang ditempuhi oleh gadis kesayanganku. Bahawa selama ini Muzri yang setia menjadi pendengar segala rintihan hati Mya Farra. Tentang betapa dalamnya cinta Mya Farra kepadaku. Dengan satu nekad Mya Farra tidak ingin aku akan lebih menderita di saat aku telah jatuh cinta dengannya.


“Dimana dia sekarang Muz?” soal aku ingin tahu. Hati ini meronta-ronta ingin bertemu dengan gadis kesayanganku.


“Dia sekarang berada di kampungnya di Negeri Sembilan. Dia dah berhenti kerja, katanya dia mahu habiskan sisa hidupnya bersama keluarganya,” jelas Muzri perlahan dan sedih.


Aku bagaikan dijulang oleh pusaran angin yang hanya menunggu mematikan akal warasnya. Bagikan dunia di sekelilingku berputar dengan hebat merampas sisi kebahagiaan hidupku. Tanpa aku sedari setitis dua jatuh menjadi mutiara jernih yang paling mahal sudah diseka dengan tangan. Aku menghirup nafas sedalam-dalamnya. Menahan emosi yang hanya menyungkurkan keseimbangan diriku.


Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!


Dan aku bertekad untuk bertemu dengan Mya Farra hari esok! Seawal subuh usai solat aku akan bertolak menemui gadis kesayanganku berdasarkan alamat yang diberikan oleh Muzri. Dia hanya meminta secebis bantuan daripada adik sepupunya untuk menemaninya. Hanya sekali ini sahaja.


****
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-5-2011 08:45 PM | Show all posts
BEBERAPA jam berikutnya mereka tiba di kampung halaman Mya Farra. Adik sepupunya melaungkan salam ayat suci. Beberapa minit kemudian, keluar seorang wanita yang sudah tua membalas salam itu sembari membuka pintu sambil mempelawa aku dan adik sepupuku naik ke atas rumah papan itu.


Tanpa membuang masa aku terus sahaja menyatakan tujuan sebenar datang mencari Mya Farra. Ibu kepada Mya Farra yang bernama Mak Cik Aminah mengatakan anak perempuannya itu baru keluar untuk membuat rutin pemeriksaan dan terapi di hospital pekan itu. Wanita yang berusia sekitar 50an dengan kulit wajah dimamah usia, mengenakan kain batik dan baju kurung Kedah itu meminta mereka menanti sambil dipelawa dengan hidangan minuman dan kuih-muih.


Setelah empat jam kemudian barulah muncul sebuah teksi masuk ke perkarangan rumah. Sejenak kemudian muncul seorang lelaki separuh baya mungkin ayah kepada Mya Farra dan gadis kesayanganku yang kian tampak berwajah cekung.


Mya Farra tersentak. Riak wajah gadis itu jelas mendadak disungkup guratan dalam luar biasa. Bagaikan melihat hantu di siang hari saat menyedari kehadiranku di situ.


“Mya!” Aku menyeru namanya. Lembut. Mya Farra tidak berkalih. Lantas aku terus sahaja menyalam tangan dan penuh hormat kepada lelaki separuh baya yang diyakini adalah ayah kandung Mya Farra. Adik sepupuku hanya sekadar mengikut tindakanku. Tidak berkutik jua. Lantas muncul Mak Cik Aminah menjelaskan kepada mereka tentang kedatangan kami dari Kuala Lumpur ingin bertemu dengan Mya Farra. Bagaikan faham orang tua Mya Farra dengan maksud kedatanganku, kami diberi ruang untuk berbicara dari hati ke hati. Bahkan adik sepupuku juga sudah masuk ke dapur mengikuti Mak Cik Aminah.


“Kenapa awak sembunyikan semua ni daripada saya? Kenapa?” Aku terus mendesaknya inginkan kepastian.


Airmata Mya Farra menjawab segala-galanya. Meski gadis kesayanganku ingin meninggalkannya jauh dari dunia ini dia tetap ingin mendampinginya meski sampai hujung nyawa. Cintanya begitu dalam demi gadis itu meskipun cinta agung tetap sahaja kepada Yang Maha Esa.


“Saya tak nak susahkan diri awak. Pergilah balik Qhairul,” ujar Mya Farra perlahan dengan sedu sedan sudah membasagi wajah cekung itu.


“Saya takkan balik selagi awak tak jelaskan pada saya!”


“Nak jelaskan apa lagi? Apa penjelasan yang awak nak? Saya akan pergi tak lama lagi Qhairul! Saya tak nak awak kacau hidup saya semasa saya masih hidup! Saya tak nak awak terkenangkan saya! Susah sangat ke permintaan saya tu? Pergilah balik!” herdik Mya Farra sudah tersengguk-sengguk hanya menyeka air mata dengan hujung selendang kepalanya.


Menyedari situasi yang ditimbulkan Mya Farra itu sahaja menimbulkan keresahan pada orang tua gadis kesayangku. Mak Cik Aminah kembali muncul mencelah perbualan separuh jalan.


“Mak cik saya mohon, izinkan saya menikahi Mya Farra,” usulku.


Mak Cik Aminah tersentak. Apatah lagi ayah kandung Mya Farra sekadar menggeleng hampa. Permintaan yang cukup besar baginya. Dia sedia maklum Mya Farra tidak akan hidup lama.


***


Matahari, pudar hangat mu kerana awan mendung menutupi langit. Bulan, suram cahayamu kerana kelam malam yang pekat melindungi dada langit.


Akhirnya majlis pernikahanku dengan Mya Farra diadakan secara kecil-kecilan. Hanya akad nikah dan kehadiran keluarga terdekat sahaja yang diundang. Usai lafaz nikah terkabul aku mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan akan ketentuan-Nya.


Qhairul dan Mya duduk bersama di dalam kamar pengantin mereka setelah selesai segala majlis. Perbualan antara mereka yang paling indah pernah mereka rasai. Segala rahsia dikongsi bersama. Semua kisah lama dibuka kembali, menceritakan kisah dari zaman kanak-kanak hingga dewasa.


Sebak hatiku melihat fizikal Mya isteriku yang kian menyusut berat badannya dan tampak semakin lemah memburuk. Helai-helai rambut kian menipis hinggakan sebahagiannya terlihat kulit kepala yang kian tersibak. Sinaran mata Mya Farra kian redup suram. Dadanya turun naik bagai separuh nafas. Bagai sedang menahan hati demi membahagiakan malam pertama mereka.


Meski sejujurnya aku tidak tega menggunakan hak malam pertama ke atas isteri kesayanganku. Aku terus sahaja membiarkan tubuh kurus Mya Farra menyandar pada dadaku. Saling berbagi rasa dan kasih dengan kisah-kisah yang mencuit hati. Meski sesekali perbualan mereka diganggu dengan batuk-batuk yang kian memburuk kedengarannya.


“Abang,” seru Mya Farra perlahan dan lemah.


“Ya sayang,” balasku sembari mengucup helai-helai rambut isteriku yang kian menipis.


“Kalau Mya dah tak ada. Boleh tak abang tunaikan permintaan Mya?” pinta Mya Farra dengan suara yang tersekat-sekat dek menahan batuk. Batinku merintih sebak. Ya Allah, jangan ambil dia dariku.


“Andai hayat Mya tidak sempat melihat mentari esok, demi Allah. Mya memohon kepada abang agar jangan bersedih. Mya berasa gembira menjadi isteri abang meski hanya seketika. Rina gadis yang baik dan begitu mengambil berat. Menikahlah dengannya abang,” pohon Mya Farra lemah. Batuk-batuk kecil tadi kian memburuk hinggakan terpaksa ditekup dengan tangan. Seketika ada darah merah segar menapak di tangan isterinya. Bingkas aku bangkit dan mulai membersihkan lelehan darah cair pada bibir isteriku dan tangan yang tercemar dengan darah pekat itu.


“Sayang tidur dan berehatlah. Jangan katakan apa-apa lagi. Besok kita akan sambung lagi. Dah lewat malam ni” Aku mengucup ubun-ubun isteriku seraya mengucapkan selamat malm kepadanya.


“Mya sayang abang sampai akhir hayat,” tutur Mya Farra lembut dan menusuk di jiwaku.


****


Azan Subuh sayup-sayup berkumandang dari jauh. Cahay Arasy menyuluh jiwa umat-Nya. As-solatu khairum minan-naum. Aku membuka kelopak mataku dan menarik nafas dalam-dalam. Menghirup subuh pagi di kampung isteriku pada pagi pengantinku yang pertama. Aku mengerling kepada isteriku kelihatan terlena dengan seraut wajah yang jernih dan polos. Aku mengucup ubun-ubun isteriku meski terdetik dihatiku terasa kulit wajah membeku dingin.


Aku menggerak-gerakkan bahu isteriku perlahan. Tiada reaksi. Aku menyeru nama isterinya dengan penuh kasih. Tidak terjaga. Seketika batinku diulit cemas saat aku terus menggoyang-goyangkan tubuh isteriku. Masih tiada reaksi. Jantungku berdetak tidak keruan. Riak parasku memaut alur sebak sudah menahan gelora yang cukup meyakinkan hakikat yang tidak ingin diterimanya.


Jari-jemariku gementar memeriksa nadi denyut isteriku sudah tidak ada tanda kehidupan. Aku memaut tubuh isteriku lalu kelihatan darah keluar dari hidung dengan rekasi tubuh terkulai tidak berfungsi.


Innalillah wa-inna ilaihi raji’un. Aku gagal mengawal emosi hanya mampu menangis bagaikan orang yang hilang pedoman.


Sayangku suram jika kau jauh dariku. Sayang, kau bidadariku kau puteri hatiku. Tanpamu jiwaku sepi. Hati ku sunyi. Aksara kasihmu seakan obor menghangatkan jiwaku. Dan Mya Farra, kau pergi tinggalkan aku disaat aku mencintaimu. Disaat aku memerlukan dirimu, kau pergi jauh dari hidupku. Tenanglah kau di alam sana. Amin.


-TAMAT-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 09:26 PM | Show all posts
Sedihnya..... huhu..... Mulia sungguh hati Qhai tu, sanggup nak membahagiakan Mya walau tak lama mana.... Ada lagi ke lelaki spesies ni ha???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2011 12:40 AM | Show all posts
Reply 8# etysujak

InsyaAllah ada awk.

berdoa je.. mesti ada..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.315509 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list