CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aizawa

Suami kembali ngeri dan wanita yg sembahyang(kisah rambut)NEW POST#160,Page 7

    [Copy link]
 Author| Post time 16-5-2011 02:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by aizawa at 19-9-2011 10:24

blum lg sempat aku angguk tanda setuju..aku lantas bertanya utk sekian kalinya soalan tersebut bermain d mindaku..."ustaz ceritakan serba sedikit tentang mimpi ustaz...sy benar2 ingin mengetahui perkara tersebut" ustaz tersenyum... "alhamdulillah selama setahun mimpi tersebut kini sy agak tenang bertemu kamu..."permulaan ayat ustaz menggetarkan hatiku..terasa sungguh takut mendengar cerita tentang mimpi yang agak pelik dan pertemuan kami yang seperti dirancang ini...

begini....

ketika sy menunaikan ibadah haji,sy bermimpi bahawa saya melihat seorang wanita yg berjubah putih...berwajah bersih dan tersenyum kepada sy..dia berkata.. wahai saudaraku,pimpinlah nnti aku menuju ke jalan yang benar..beban yang ku pikul terlalu berat.. lantas sy bertanya kepadanya "siapakah kamu dan apakah yang dapat ku tolong...?" lantas wanita itu tersenyum dan terlihat di dahinya cahaya yg benar2 bergermelapan...sungguh indah dan sungguh menakjubkan...subhannallah....."sy hanyalah hambaNya yang penuh kekurangan..sy perlukan bantuan kamu untuk perjalananku..sesungguhnya Allah maha berkuasa ke atas hambanya." Sy terjaga..lalu sy berfikir mungkin mimpi tersebut hanyalah mainan tidur..

Keesokan harinya sy bermimpi lg...wanita itu lg.tp disampingnya lelaki tua yang sungguh tampan dan sungguh sejuk dipandang wajahnya.."wahai anak muda,ini adalah keturunanku..darah dagingku dan hamba Allah yg sungguh kerdil..Sy adalah syeikh(nama tak payah tulis ok). bantulah keturunku ini menuju jalan Allah yang benar dan bantulah dia mengenali siapa dirinya.Jangan biar kealpaan menguasainya dan ajarlah dia menjauhi perkara2 yang sesat.. Sy bertanya "kenapa perlu sy yang menolong...siapakah kamu?? minta lah tolong kepadaNya..." kedua2nya tersenyum..terlihat juga sinaran cahaya seperti kelmarin...lantas sy terjaga kembali...

Besoknya aku telah bertanya kepada guruku yg juga ustaz yg telah bermastautin di bumi Mekah itu..Dia ku panggil Ustaz Long..Aku bercerita dengan penuh perasaan ingin tahu kepadanya..Ustaz Long berkata "bertaubatlah kamu dan solat itikarah kamu memohon petunjuk Allah jika mimpi itu cuma mainan tidur..selepas itu brlah kamu berjumpaku kembali..


to be continue...dah jam 5 nak balik tgok my lil baby...tata ~

sambungan :

"sy telah solat taubat dan solat istikarah..dalam solat istikarah..sy telah melihat kamu lg..tersenyum dan memegang sebuah al-quran dengan cahaya yg bergemerlapan..tetapi tiba2 kamu rebah dan kamu jatuh sakit..tetapi kamu tetap tersenyum padaku.tiba2 kamu menjadi sihat dan membaca al-quran..". lantas sy pergi semula kpd ustaz Long dan bercerita kembali kepadanya. dia lantas senyum dan berkata kepadaku."mungkin ada sesuatu yang ingin Allah sampaikan padamu.aku juga merasakan mimpi kamu adalah alamat yang baik..bukan buruk setelah apa yg ku dengar ini.mungkin pesanNya kita belum pasti,tapi jelas ada sesuatu di sebaliknya..kuatkanlah amal ibadatmu" Lantas sekarang sy bertemu kamu.Daripada apa yang telah berlaku..mungkin ada sesuatu jawapan bagi persoalan sy.ustaz berhenti drpd bercakap..tetapi suami sy berkata "sy juga agak bingung dengan pertemuan2 kita ni yg seperti dirancang. Harap selepas ni tiada apa2 yg buruk berlaku. Ustaz tersenyum, "ya mmg mcm tu yang sy harapkan.sy jg tidak mahu perkara2 yg tidak baik berlaku.erm,jadi bilakah kamu dapat menguruskan rambut tersebut..sy minta kalian berdua datang ke tempat sy kuburkan rambut tu.." ntah mengapa sy terus mengangguk.."er,malam ni ke ustaz?" soalku. "ya baik kita segerakan sebab ramai dah mendengar suaranya menangis mendayu2 dan mengganggu orang ramai dengan memperlihatkan wajahnya yg berdarah2.."

setelah itu aku meminta izin untuk berwudhu'.suami dan ustaz rancak bercerita. semasa aku mengambil telefon di dalam bilik..aku terdengar bunyi suara lelaki bercakap di luar tingkap bilikku.."matilah kamu kali ni:@" aku agak tergamam kerana suara itu seperti ku kenali.aku terus selak langsir..tiada sesiapa dan pintu pagar kami juga bertutup..aku telan liur dan berkata dalam hati "ya allah jauhi lah perkara yg tidak baik" setelah aku keluar bilik..aku terus bertanya kepada suami dan ustaz "apakah kamu berdua dengar sesuatu di luar rumah tadi?" kedua2 mereka geleng kepala. "kenapa syg..kata suamiku?" "oh xla..mgkin sy salah dgr tadi..." kataku spontan..malas nak merumitkan lg pemikiran pada masa tu.. "oklah jom kita berangkat skg.."kata ustaz..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2011 02:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by aizawa at 23-9-2011 15:55

dalam perjalanan aku masih terngiang2 suara lelaki tersebut.aku hanya berdiam diri di dalam kereta yg dipandu suamiku...ustaz juga diam..bgitu juga suamiku.aku berzikir.hatiku merasa sedikit tenang.tiba2 tingkap kereta di tepiku diketuk...terlihat sesusuk tubuh lelaki seperti melayang mengikut kereta dan tertawa.aku terpana."ya allah" hanya itu yang terkeluar daripada mulutku.."syg jgn lupa baca sesuatu.."rupanya suamiku juga mendengar suara tertawa itu,begitu juga ustaz..suamiku memperlahankan kelajuan kenderaan..takut sesuatu yang tidak baik 'menghalang' perjalanan kami...aku teruskan membaca 2 surah dan memohon perlindunganNya.syukurlah selepas itu kami sampai ke tempat rambut dikubur.baru kami keluar kereta kedengaran suara si perempuan itu..

kak.........hmy3:sayup2 suara itu..tp yang jelas..gembira. aku istigfar.. ustaz menunjukkan jalan ke arah tempat dia kuburkan rambut itu..mataku terpaku pabila terlihat rambut panjang terkeluar d celah2 tanah yang retak..seperti akar pokok yang besar tu...aku terfikir untuk memulakan satu bacaan,sambil itu aku bertawakal. ustaz membawa cangkul dr kereta.. dengan berhati2 dia korek sikit2,takut terkena rambut yang terkeluar dari tanah itu..disamping itu suami juga menolong membersihkan rambut yang ada sisa tanah. Lantas ustaz mengangguk kepadaku. Aku berdiri tegak..kakiku mcm terpaku ke tanah..pelbagai perasaan ku rasa..tp yang jelas aku agak risau..risau pengakhirannya bagaimana..aku tarik nafas dalam2 dan bertawakal lg. "ya Allah permudahkanlah urusan kami" kataku dalam hati..


sori all nnt sambung lg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 02:52 PM | Show all posts
lagi.. lagi.. lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 02:58 PM | Show all posts
citer lg!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 04:20 PM | Show all posts
lagi... lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 04:21 PM | Show all posts
best2...tq aiza...smbung lg yer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2011 04:22 PM | Show all posts
nak lagiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:07 PM | Show all posts
wahhh.... setahun tu aiza... dia pun boleh cam aiza bila jumpa ekk..  ustaz tu perawat jugak ker agak nya..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2011 05:16 PM | Show all posts
hurmm....
kenapa lah nak duit dgn cara2 mcm ni kan..aduhai...
minta dijauhkan.. amin...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:48 PM | Show all posts
seperti biasa citer best woohhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 05:52 PM | Show all posts
jeng..jeng..jeng
scary dowh
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 11:14 PM | Show all posts
suka baca pengalaman aiza....
teruskan aiza....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 10:33 AM | Show all posts
bile nk sambung nie... best citer nie...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 10:10 PM | Show all posts
....bestla citer seram ni..kalau bt filem mesti gempak punyer....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 01:03 AM | Show all posts
ni cite betul ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 08:17 AM | Show all posts
ni cite betul ke...
genuine Post at 18-5-2011 01:03



    tak cerita cartoon

sabar ye kwn2 semua...will be back* kalo tak bz arini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2011 08:43 AM | Show all posts
ni iklan :

semalam aku tido kat umah mak aku...kakak aku ni suka tido lewat malam...jam 3 pagi aku terjaga utuk ke tandas. tandas kami ada 3 bilik..dan ruang hujung untuk washing machine.bila nak masuk ke tandas pertama nampak pulak kakak aku tertonggeng2 kat kain2 tu..aku tegur la sebab terkejut "ko ni tgh malam buta pun cuci kain..tunggulah esok pagi baru cuci" dia bgn (tetapi membelakang aku) dia angguk..aku ni dah tak tahan terus masuk tandas..tp bulu roma aku meremang pula...ermm tak sedap hati..lepas tu aku keluar kakak aku dah tak ada.mgkin dah masuk bilik.. esok pagi dia tegur aku "dik ko semalam jam 4 pagi asyik cuci kain je..tegur tak menjawap.." gulp.... aku pun balas balik " ko 3 pagi pun sama" kali ni kakak aku dah angkat kedua keningnya "aku tak bgn pun semalam...lena je aku tido..ke tandas pun tak..ko biar betul...?" aku terus jawap..."kak semalam aiza ke tandas jam 3 pagi..tak adanya nak cuci kain 4 pagi..." kali ni bulat mata kakak..

p/s : rajin sangat 'hantu' sekarang tolong cuci kain..tapi kain2 tu tak cuci pun....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 08:48 AM | Show all posts
kalo cuci betul kan baguih..xyah susah payah guna tenaga kita nak basuh kain tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 09:26 AM | Show all posts
esok pagi dia tegur aku "dik ko semalam jam 4 pagi asyik cuci kain je..tegur tak menjawap.." gulp.... aku pun balas balik " ko 3 pagi pun sama" kali ni kakak aku dah angkat kedua keningnya "aku tak bgn pun semalam...lena je aku tido..ke tandas pun tak..ko biar betul...?" aizawa Post at 18-5-2011 08:43



    aik..jap2..cam pelik lak..kakak aiza ckp dia x bgn lgsg mlm tu..tapi yg dia nmpk aiza cuci kain pastu dia tegur x jawab tu ape? ke org lain yg tegur x jab..hehe..mcm x paham cket..sorry ek..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 10:09 AM | Show all posts
tak cerita cartoon

sabar ye kwn2 semua...will be back* kalo tak bz arini
aizawa Post at 18-5-2011 08:17



    citer cartoon yg paling seraaaammm skali ...aiza, x kira la bz ke x, baby nk aiza hapdet gak bebanyak arini tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.109986 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list