View: 1015|Reply: 1
|
Kerani hospital maut rempuh lori buat pusingan U
[Copy link]
|
|
Kerani hospital maut rempuh lori buat pusingan U
2011/05/11TAPAH: Seorang kerani wanita terbunuh apabila kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori di KM1 Jalan Tapah-Changkat Petai di sini hari ini.
Noor Fadilah Mohamed Isa, 27, dari Tapah Road, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Roslan Bek Ahmad, berkata ketika kejadian pada 6.40 pagi itu, Noor Fadilah yang memandu Perodua Viva ke tempat kerja di Hospital Slim River.
"Kereta yang dipandu mangsa merempuh belakang lori di hadapannya yang tiba-tiba membuat pusingan U," katanya di sini hari ini.
sumber: bharian.com.my
p/s paling benci org tak bagi isyarat nak belok kiri kanan...! |
|
|
|
|
|
|
| |
|