CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 21189|Reply: 68

Hati yang kau sakiti-(CERPEN) - tamat [U]

[Copy link]
Post time 12-5-2011 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by shimah81 at 2-6-2011 14:55

Yang ini pun cerita pendek gak ek...
Dah tamat dia yang ku puja shimah tepek cerita nih...

i


“kita putus.. I dahboring dengan u, nak pergi tengok wayang berdua tak boleh, keluar malam-malamberdua tak boleh. Nak sentuh-sentuh sikit tak boleh. Bukannya luak sangat pun.malah tak terjejas apa pun”

“Lisa lebih baik dari u.I nak pegang sikit pun tak kisah. Malam-malam boleh keluar enjoy… pergi kelab.Pergi menari… dengan u semua tak boleh. Memang dasar perempuan kampung” hafizmencemuh.

Dia sudah boring dengan gadis ini. bercinta hampir enam bulan,hidupnya macam tak hidup.. mendatar je, tidak ada hiburan langsung. Yang diatahu pergi kuliah,balik kuliah, makan dan study kat library. Petang-petang mainbola dengan kawan-kawan. Hujung minggu pula semua kawan-kawan keluar berdatingbersama awek mereka. Awek dia pula lebih senang berdating di library je. Tetapi sejak berkenalan dengan Lisa, dunianya terasa berseri dan berwarna warni. Lisaseorang yang menghiburkan dan tidak lokek untuk disentuh dan dipegang-pegang.Bukan macam Ami tu, jalan berjarak sedepa, pulak tu tidak boleh bertentang matalama-lama. Hmmm heran juga ye.. macam mana dia boleh terpikat dulu. mungkinkerana kelembutan wajah dan suaranya yang merdu kot.


Ami terpaku. Tidak di sangka perkara ini yang pentingsangat Hafiz mahu berjumpa dengannya. Teruk sangatkah kelakuannya selama ini.bukan dia yang memikat lelaki itu. bukan dia yang mahu mereka bercinta dulu.lelaki di hadapannya ini yang memulakan dahulu. mengekori sepanjang masa.Sentiasa mengambil di sebelahnya di dalam kuliah. sentiasa mencari peluanguntuk mendekati dirinya. namun kini setelah namanya kian terukir di dalam hati,semakin subur cinta ini untuknya, dia memberikan kata putus.


Alasannya bersama dengannya dia merasa boring. Tidak ada life langsung. Bukankah dari awal-awallagi dia telah tegaskan dia bukan seperti gadis lain yang senang-senang dibawake sana kesini. Dia tidak sukakan semua itu, matlamat di sini adalah untuk belajar danmenghadiahkan ibu dan ayah segulung ijazah yang cemerlang. Bukan sekadar pujiansahaja. Jadi di manakah salahnya?


“terpulang pada awaklah. Kalau itu yang membahagiakanawak. Membuatkan awak tidak boring dengan hidup awak. Pergilah pada dia. Sayatak kisah” tegas Ami berkata walaupun di dalam hati, darah kian membuak-buakdari luka yang dihiris tajam oleh kata-kata Hafiz tadi. Dia tidak ingin kelihatanlemah di hadapan lelaki ini. dia akan membuktikan tanpa cinta lelaki ini pundia boleh hidup biasa-biasa. Boleh menjalani kehidupannya dengan sempurna tanpacinta seorang lelaki.

“ok.. fine.. mulai hari ini kita putus” ucap lelaki itudan terus meninggalkan Ami tanpa berpaling lagi.

Lama Ami berada di situ setelah pemergian Hafiz.Ditenung tasik di hadapannya. Air mata mengalir tanpa dia sedari. Lajumembasahi pipinya sehingga mengaburi pandangannya. Sakitnya hati ini tidakdapat digambarkan. Dulu.. bermati-matian dia menolak huluran kasih lelaki itu,tetapi bermati-matian juga lelaki itu cuba dan terus mencuba. Sehinggalahhatinya sedikit demi sedikit terbuka untuknya. Dan mengapa setelah bunga mekardi hati, dia melangkah pergi. Kasih dan cintanya selama ini tidak cukupkahuntuk mengikat hatinya setia pada dirinya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2011 02:35 PM | Show all posts
bessttttt......sambung lagikk...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 02:39 PM | Show all posts
Yang ini pun cerita pendek gak ek...
Dah tamat dia yang ku puja shimah tepek cerita nih...
i
“ki ...
shimah81 Post at 12-5-2011 14:01
macam beshhhh aja...Tq Tq
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 02:56 PM | Show all posts
Go AMI..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 02:57 PM | Show all posts
best citer ni hana suka

x jemu baca, rasanya hana da ulang baca banyak kali. tetap best
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 03:35 PM | Show all posts
permulaan citer yg best ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2011 11:22 PM | Show all posts
n3 lg,,,mcm best citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 11:24 PM | Show all posts
sambung lagi shimah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2011 07:44 AM | Show all posts
Reply 3# cmf_blingblings


   kak bling.. tq.. best kot... kalau ikutkan penulisnya (shimah laa) semua cerita yg ditulis rasa best je.. tp citarasa pembaca kat sini tak tau laaa....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2011 07:47 AM | Show all posts
best citer ni hana suka

x jemu baca, rasanya hana da ulang baca banyak kali. tetap best
Reply 5# shana85



   hana.. tq2... speechless.. tak tau nak cakap apa...nnt email kan kat kak shimah alamat hana ek...
kak shima nak bagi cenderahati kat hana..
hantar alamat hana kat  [email protected].. ok?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2011 07:48 AM | Show all posts
Reply 6# kendOS

tq..tunggu sambungannya ek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2011 07:48 AM | Show all posts
sejuk. qimi08.. ok..nnt shima sambung sat lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2011 07:52 AM | Show all posts
ii
Seminggu yang berlalu belum dapat menyembuhkan luka di hati Ami. Apatah lagi dengan kelakuan Hafiz dan Lisa yang sengaja menunjukkan kemesraan mereka. Kononnya mereka sedang berbahagia. Suara mengada-ngada Lisa bagaikan terngiang-ngiang di telinga Ami, senyuman mesra Hafiz bagaikan terlekat di kornea matanya. Menjadikan hatinya semakin berdarah. Apa salahnya mereka tidak habis-habis mahu menyakiti dirinya. bukankah dia telah melepaskan Hafiz, setuju sahaja dengan permintaannya. Tetapi lain pula jadinya, mereka kian hari-kian melampau.

Ami terasa amat tension. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dalam melayani perasaan lukanya, kedengaran pintu dibuka, Kirana dan Syida, teman sebiliknya telah pulang dari kuliah. mereka berbual-bual dan ketawa-ketawa. Entah apa yang mereka bualkan.

“kau nak ikut kitaorang pergi enjoy ta?” tanya Kirana sekadar ajak-ajak ayam sahaja. Lagipun dia tahu tak mungkin Ami mahu keluar bersama mereka malam-malam begini.

“ke mana?”

“bukit bintang.. kami nak pergi kelab malam” beritahu Syida bersahaja.

“ok… aku ikut” akan dia buktikan dia pun pandai berhibur juga. Bukan pandai study dan study je.

Kirana dan Syida saling berpandangan. Terkejut mendengar jawapan Ami itu. mereka pelik, selama ini tidak pernah sekali pun dia mahu mengikut mereka, lagi menasihati adalah. Malam ini terbalik, ajak-ajak ayam mereka diterima.

“tapi kau tak boleh pakai tudung.. pakai baju kurung yang sentiasa kau pakai tu” beritahu Kirana lagi. Manalah tau Ami akan bertukar fikiran. Yelaa selama ini pakaian hariannya adalah baju kurung, tak pun blaus longgar bersama seluar slack.

“aku pinjam baju kau boleh? Aku tak ada baju-baju yang macam korang ada” pinta Ami. Kirana dan Syida saling berpandangan. Ini terlalu pelik ini.

“Ami… kau ni ok ke tak ni?” Soal Kirana sambil mendekati Ami yang sedang bersila di atas katilnya.

“oklaa.. mengapa tak ok pulak?” soal Ami pula.

“yelaa selama ni mana kau mahu ikut kitorang keluar malam-malam. Dan pakai baju yang macam kami pakai ni, bukan taste kau tau? Kau ada masalah ke?” tanya Kirana prihatian. Syida pula mengambil tempat di atas katilnya bertentangan dengan katil Ami.

Ami terdiam… dia ingin tahu apa seronok sangat keluar malam dan berhibur-hibur di kelab malam yang diwar-warkan oleh hafiz sehingga meminta hubungan mereka diputuskan? Dia ingin alami apa rasanya keseronokan itu. dia ingin tahu macam mana rupa di dalam kelab malam itu.

Ami menundukkan kepalanya. cuba untuk menahan sebak di dalam dada. Ah. Buat apa dia bersedih-sedih lagi sedangkan Hafiz orang yang melukakan hatinya sedang bergembira dan berpesta. Dia pun boleh juga bersukaria dan berpesta dari menangis hati yang luka ini.

“Aku dan Hafiz telah putus. Sebabnya dia bosan bercinta dengan aku yang tiada life ini. yang semuanya tak boleh. Dia mahukan seorang kekasih yang boleh di bawa ke sana ke mari, boleh keluar enjoy malam-malam minggu di kelab-kelab malam.”

“aku pun boleh juga. Jadi aku nak ikut korang malam ni. Nak tahu best sangat ke pergi kelab malam ni” tegas Ami.

“Kau pasti ke Ami. Aku tak rasa suasana di dalam kelab malam ni sesuai untuk kau. Aku takut kau sampai je kat situ, kau menyesal dan nak balik. Kami takkan hantar kau balik dah. pagi esok baru balik tau” Kirana bertanya untuk kepastian, dia tidak mahu sampai di sana, Ami ingin pulang. Siapa yang nak hantar dia balik nanti.

“tak!!”

“betul ni?”

“ye betul.. aku nak ikut korang” tegas Ami. Kirana memandang Syida yang mengangkat bahunya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2011 09:27 AM | Show all posts
Jaza2008..thanks for kredit..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 10:11 AM | Show all posts
Apa kena ngan Ami nie????? lemah sangat.. sanggup perbodohkan diri sendiri kerana lelaki..... hisss.... tak suka.. tak suka....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 11:59 AM | Show all posts
iSH...xkan la sbb tu dia nk ubah prinsip hidup kot...benci la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2011 01:12 PM | Show all posts
kenapa singkat sangat pemikiran kau Ami....
jangan bodohkan diri sebab lelaki yg dah sakitkan hati kau tu..
sepatutnya kau dekatkan diri dgn Yg Maha Esa.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 02:30 PM | Show all posts
kadang2 cinta akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri, hilang pedoman.

yg paling penting, sebelum mencintai seseorang, serahkanlah segala rasa cintamu pada Dia yang tak mungkin akan pernah lupakan kita... hanya kita yang selalu lupakan Dia

petang2 ni otak pun blur... ntah apa2 yg hana repekkan. apapun cerita ni best...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2011 09:30 AM | Show all posts
Reply 15# naufal2705

kerana cinta ni kekdg manusia akan hilang pertimbangan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2011 09:31 AM | Show all posts
Reply 16# kucingpia


   x ubah.. cuma tersasar sekejap.. ikut hati yang kecewa.. hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.090861 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list