CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 935|Reply: 8

Lama simpan rahsia, Ayie Floor88 dan isteri bakal timang cahaya mata kedua

[Copy link]
Post time 11-5-2025 10:52 PM | Show all posts |Read mode





ISTERI kepada vokalis kumpulan Floor88 Ayie Elham berkongsi khabar gembira dirinya kini sedang hamil anak kedua.


Menerusi hantaran di Instagram, Tasha Awie atau Nur Natasha Awi memuat naik foto kit ujian kehamilannya bersama sebiji kek bagi meraikan berita gembira tersebut.


Katanya, dia dan suami teruja dapat berkongsi khabar itu selepas lama merahsiakannya.


"Selepas berbulan-bulan menyimpannya antara kami, saya gembira akhirnya dapat berkongsi dengan anda semua.


"Ya! Amanda (anak sulung) akan menjadi seorang kakak tak lama lagi," kongsinya.


Dalam hantaran itu juga, Ayie dan Tasha terlihat teruja menyambut kedatangan anak kedua mereka.


Mereka juga mengadakan majlis kecil yang untuk meraikan kegembiraan itu.


Malah anak sulung mereka iaitu Nayla Amanda, 3, juga dilihat memegang foto imbasan yang memaparkan kadungan ibunya.


Pun begitu, pasangan ini tidak berkongsi lebih lanjut usia kandungan tersebut.


Untuk rekod, Ayie mendirikan rumah tangga bersama Tasha pada 20 Oktober 2021.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2025 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok… selamat menjadi kakak, AmandA
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 12:10 AM | Show all posts
Tahniah Ayie & family
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. Tahniah.. Semoga segala urusan dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 07:51 AM | Show all posts
kalau tgk kat tt, bini dia rajin betul berniaga. semlm tgk masak balado ayam/petai/paru
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Camna wife Ayie tetiba lawa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2025 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla...diam2 je..da konpom rsa nak announce baru announce...dgr pengalaman dia buat dek org tu..sian jugak...


Manusia nijam,makin moden makin ke zaman jahiliyah.bersyirik2 segala.

Semoga dilindungi sentiasa n dipermudahkan semuanya.. insyaAllah Aamin Allahumma Aamin
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel nye anak dia…pandai bergaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2025 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tahniah. Semoga selamat segala urusan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2026 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.895360 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list