CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
Post time 16-5-2011 08:43 AM | Show all posts
best ni...nextttt....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2011 08:58 AM | Show all posts
wah! citer baru...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 09:27 AM | Show all posts
Reply 17# fizziany

permulaan yang menarik mesti kelalakar ni ....
tak cara mereka menculik pun dah tahu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 09:37 AM | Show all posts
salam tuan umah..
nk tumpang baca ye......
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 09:47 AM | Show all posts
best..... baru nampak pagi ni ada crita baru.......
thanks fizzi
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 10:03 AM | Show all posts
sambung2,,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2011 10:42 AM | Show all posts
wah..cite baru dari fizi..ok go..go...trskan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 11:43 AM | Show all posts
best....ada buah tangan baru dari fizzi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2011 05:51 PM | Show all posts
waaa.. cam comedy pon ye gak...
tapi best la.... nak lagiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 06:24 PM | Show all posts
selamba je Faris panggis Aisyah nyah...hhehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 11:34 PM | Show all posts
hahahaha a good one Fizzy, Faris kena colek dengan 'nyah' tergelak terguling mak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 11:36 PM | Show all posts
Mesti 'Nyah' jelita nih! tak sabar Faris nak tgk rupa ' Nyah' yang colek dia hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 11:42 PM | Show all posts
baru baca dah boleh rasa citer ni best
thriller -comedy , genre baru dari bintang
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 09:49 AM | Show all posts
best..
smbg la lg..
go fizzi..go...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2011 02:28 PM | Show all posts
err....

Ahadiat Akasyah pernah cakap..." Tulis apa yg kau tahu, bukan apa yg kau tak tahu.."

Tapi, aku kali ni, menulis apa yg aku kurang tahu...

so, hopefully. don't expect much from this story. it just an experiment.

overall, thanks for spending yr time read my story.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2011 02:30 PM | Show all posts
Villa Kenanga sudah dipenuhi semua ahli keluarga terdekat arwah Tengku Mansor. Dr. Jagjit Singh dan pembantunya, memandang seluruh isi ruang dewan kecil di dalam villa itu. Ditelitinya satu persatu ahli keluarga jutawan yang merupakan sepupu kepada salah seorang kerabat diraja. Mewah hiasan dewan dan isinya. Benar2 mencerminkan ciri2 sebuah rumah seorang  jutawan.

“Sebelum saya buka wasiat ini, saya mahu memanggil setiap ahli wajib yang bakal menerima wasiat ini. Hal ini kerana, menurut wasiat yang diamanahkan kepada saya, semua nama yang tercatat disini perlu hadir semasa upacara pembukaan dan pembacaan wasiat. Jika salah seorang tidak ada, maka wasiat ini tidak boleh dibaca sehingga semua ahlinya cukup,” kata Dr. Jagjit Singh sebagai pengenalan.

Tengku Khursiah berpandangan dengan anak sulungnya, Tengku Kamil. Kemudian memandang Dr. Jagjit kembali yang sedang  membuka senarai nama pendengar wasiat.

“Tengku Khursiah Tengku Iskandar?” sebut Dr. Jagjit Singh.

“Saya,” Tengku Khursiah menyahut lemah.

“Tengku Kamil Tengku Mansor?” sebut Dr. Jagjit Singh lagi.

“Saya,” dehem Tengku Kamil.

“Tengku Ratna Dewi Tengku Mansor?” sebut Dr. Jagjit Singh lagi. Kali ini , anak perempuan Tengku Khursiah pula mengangkat tangan.

“Tengku Faris Muhammad Tengku Mansor,” sebut Dr. Jagjit Singh lagi. Nama itu, nama terakhir didalam senarai nama penerima wasiat.

Diam. Tiada jawapan. Mereka saling berpandangan.

“Tengku Faris Muhammad Tengku Mansor?” soal Dr. Jagjit Singh. Pandangannya dihala kepada wajah Tengku Khursiah yang anggun berbaju kurung moden dengan perincian labuci yang sarat dileher dan hujung baju.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2011 02:32 PM | Show all posts
“Maafkan kami Dr. Kami sudah menghubungi keluarga Tengku Faris memintanya untuk ke Malaysia bagi upacara pembacaan wasiat hari ini. Tapi, beliau hilang dan gagal dikesan dari airport 2 hari lepas.  Kami beranggapan, beliau mungkin masih berada di Malaysia, tetapi tidak mahu menyertai acara ini. Namun, kami akan terus mencari beliau sehingga berjumpa. Hingga saat itu, tak bolehkah kalau wasiat itu dibacakan dahulu?” soal Tengku Khursiah.

“Hilang? Hilang macammana?” soal Dr. Jagjit hairan. Dia dan pembantunya berpandangan.

“Dia sepatutnya harus berada di Villa ini 2 hari lepas. Tetapi, beliau tidak muncul2. Hilang bersama  2 orang suruhan saya. Kami sudahpun mengarahkan  pihak kawalan keselamatan kami untuk mencari mereka. Tapi, sampai sekarang masih belum dapat berita,” ujar Tengku Khursiah dengan wajah gelisah.

Selepas Tengku Fatimah mengadu kepadanya bahawa Faris sudah tiba di Malaysia, terus dia mengarahkan orang suruhannya untuk menjemput Faris di lapangan terbang. Namun, hingga kini, kelibat Faris dan 2 orang suruhannya masih jua belum muncul. Cukup 48 jam, mereka sekeluarga bertindak dengan mengarahkan pihak kawalan keselamatan istana menyiasat.

“Tak cuba hubungi telefon bimbitnya?” soal Dr. Jagjit Singh pula.

“Kami dah cuba banyak kali. Tapi, talian tak bersambut. Apa statusnya, kami pun masih dalam penyiasatan lagi…” sambung Tengku Kamil pula. Dr. Jagjit Singh terangguk2  faham.

“Kalau begitu, maafkan saya Tengku. Wasiat ini terpaksa kita tangguhkan dulu pembacaannya. Sehingga Tengku Faris tidak dijumpai, sehingga itulah wasiat ini akan berada bersama saya,” kata Dr. Jagjit Singh. Dia dan pembantunya bangun, mahu beredar dari villa itu.

Tengku Khursiah dan anak2nya turut bangun.

“Pihak kami juga minta maaf pada Dr. Kami tak menyangka Tengku Faris akan hilang macam ni. Kami akan hubungi pihak Dr sebaik kami mendapat berita tentang Tengku Faris,” kata Tengku Khursiah. Dr. Jagjit Singh angguk. Dia dan pembantunya keluar dari villa itu dengan diiringi pembantu2 rumah hingga ke kereta.

Tengku Khursiah, Tengku Kamil dan Tengku Ratna Dewi hanya menghantar pemergian peguam keluarga mereka  dengan lambaian dari anjung rumah. Senyuman terus diukir hinggalah kereta peguam itu hilang dari mata.

“Hmmhh..kemanalah  Tengku Faris ni pergi!  Suka benar menyusahkan orang!” rungut Tengku Kamil. Tengku Ratna Dewi terus berlalu masuk ke biliknya yang terletak di tingkat atas. Dia tidak mahu masuk campur dengan perbualan ibu dan abangnya.

“Ini tak lain tak bukan, mesti pergi berjoli ke mana2 kelab! Cuba kamu cari kat mana2 kelab. Manalah tahu, kalau2 dia ada…” saran Tengku Khursiah.

“Tapi, kenapa orang2 suruhan mummy pun hilang sekali?” soal Tengku Kamil. Itu pun hairan jugak!

“Manalah mummy tahu! Entah2…si Faris tu dah sogok si Halim dan Si Bakar tu  dengan duit supaya mereka berdua tak beritahu kita tentang lokasi dia dimana. 2 orang tu pun, bukan boleh tengok duit. ..” rungut Tengku Khursiah. Tengku Kamil menghela nafas berat. Bibirnya diketap.

Tak sabar nak mengetahui berapa bahagian harta yang akan diperolehinya nanti. Tapi, bila tiba waktunya pula, Tengku Faris pula buat hal!!! Mengada2  betul budak tu! Agaknya, perangai miangnya masih belum hilang meskipun umurnya sudah menjangkau 26 tahun???

Kali terakhir mereka bertemu ialah sewaktu keluarganya berkunjung ke London 9 tahun yang lalu. Waktu itu, Tengku Faris masih muda belia. Kawan perempuan, khabarnya keliling pinggang! Mentang2lah muka Pan Asian, senang2 saja dia memikat perempuan tak ubah memetik bunga di taman.

“Sudahlah! Yang penting, sekarang Kamil kena tolong mummy cari Tengku Faris…” Tengku Khursiah menepuk bahu anak sulungnya yang tua lebih 6 tahun berbanding Tengku Faris. Dia kemudian berlalu masuk ke villa. Tengku Kamil mendengus geram.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2011 02:33 PM | Show all posts
“Tolonglah nyah…lepaskanlah aku…aku dah letih kena ikat ni….” rayu Faris lemah. Dia sudah hampir kehilangan tenaga. Sejak dari tadi, dia asyik menjerit memanggil si ‘Nyah’ itu, namun si ‘Nyah’ itu buat tak peduli saja. Seolah2 dia tidak mendengar Faris yang membebel panjang.

“Tolonglah…..dah 2 jam aku merayu…Tolonglah….Paling tidak pun, kau bukalah ikatan kat kaki aku ni….sakit sangat ni …” rayu Faris lagi.

Aishah  merenung Faris didepannya dengan muka selamba yang tersembunyi disebalik topeng mukanya.

“Tahu pun penat! Aku ingat kau nak membebel sampai esok pagi….” Aishah ketawa kecil dengan nada menyindir. Faris menghela nafas lemah. Kepalanya disandarkan ke dinding rumah, terasa lemah longlai seluruh tubuhnya. Sudahlah diikat, nak bergerak pun tak boleh, makan minum pun kadangkala saja  diberi. Faris sudah hilang semangat.

“Manusia jenis apalah kau ni nyah….langsung tak kesian kat aku…Daripada kau ikat dan kurung aku macam binatang ni….baik kau bunuh saja aku sekarang….” tutur Faris lemah. Dia seolah2 sudah hilang harap.

Aishah yang mendengar terdiam. Jika dahulu, sewaktu menculik kanak2, senang untuk memanjakan kanak2 itu dengan hanya bermain dan bercerita dengan mereka. Cukup 1 hari saja, kanak2 itu pasti sudah boleh berkongsi cerita dengannya.

Tapi kali ini, Aishah sendiri rasa kekok untuk mengendalikan mangsanya. Wajah lelaki yang putih kuning dengan wajah yang comot dipandang lagi. Aishah renung kaki lelaki itu. Perlahan2, dia bangun lalu duduk bertinggung dihadapan Faris.

Faris memandang Aishah didepannya  dengan pandangan kosong. Aishah memegang hujung seluar jeans Faris. Hujung kaki seluar diselaknya ke atas hingga ke betis.

“Aduhhh…kaki berbulu!” kutuk Aishah. Faris diam. Tidak terdaya hendak melawan kata2 si Nyah didepannya. Katalah apa kau nak kata nyah….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2011 02:34 PM | Show all posts
Aishah memegang pergelangan kaki Faris lalu membelek2 pergelangan kaki itu. Benar seperti yang didakwa. Pergelangan kaki Faris sudah merah kebiru-biruan kerana tali kerbau yang terikat kuat. Aishah menggeleng2kan kepalanya. Abang aku pun satu. Ikat macam nak bagi orang mampus!

Dengan rasa sedikit simpati, Aishah membuka ikatan di hujung kaki Faris. Faris yang diam dari tadi, tergamam melihat ikatan dikakinya yang sudah dirungkai. Usai tali dibuka, barulah terasa kakinya yang sedari tadi kebas, kini bernafas sedikit.

Faris menghela nafas lega. Senyum diukir dalam kepayahan.

“Thanks….” ujar Faris yang masih bersandar ke dinding. Aishah angguk saja,kemudian terus bangun berlalu dari situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2011 02:35 PM | Show all posts
Aishah merebahkan dirinya dihadapan Faris. Mulutnya sudah menguap berpuluh kali. Sesekali, dijelingnya Faris yang masih diam merenungnya. Lantak dia! Biar dia kebulur! Bukan Aishah tidak tahu, lelaki itu masih belum makan sejak siang tadi. Sekarang, waktu sudah larut malam. Malah setitik air pun tidak diberikannya.

“Tidur! Mata tu jangan nak asyik beliak-beliak lagi!” arah Aishah kasar. Nada suaranya sengaja dikeraskan. Faris masih merenung Aishah.

“Tidur pun pakai topeng?” getus Faris perlahan. Hairan jugak aku…sejak dia dikurung dirumah itu, topeng itu masih melekat diwajah nyah ni….

“Untuk keselamatan…” balas Aishah perlahan. Suka hati akula aku nak pakai apa pun waktu tidur…

Aishah menoleh kea rah lelaki disebelahnya.  Melihat Faris yang masih merenungnya , Aishah pantas bangun lalu mencapai kain buruk yang berdekatan dengannya.

Pushh!!! Kain buruk itu dilibas ke muka Faris. Tepat mengena wajah Faris, lalu wajahnya terundur ke belakang sekaligus kepalanya terhantuk ke dinding.

“Aku kata tidurlah mangkuk!” marah Aishah. Suasana suram di rumah itu, sudah cukup membuatkan Aishah benar2 mengantuk. Faris memandang Aishah didepannya yang bercekak pinggang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.277900 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list