CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
 Author| Post time 17-5-2011 02:36 PM | Show all posts
“Kalau kau jadi aku, kalau kau berada dalam keadaan aku sekarang…penat, sakit, lapar, haus, takut…agak2 kau, kau boleh tidur? Bodoh punya manusia!!!” entah mengapa, Faris juga tidak dapat mengawal kemarahannya.

“Bodoh? Kau panggil aku bodoh?” jerit Aishah dengan suara yang meninggi. Panas hatinya bila digelar demikian. Aishah tidak jadi hendak tidur dihadapan lelaki itu. Pantas dia bangun dan tubuh lelaki itu dihampiri.

Lantas, Aishah cengkam dagu Faris kuat, kemudian dia meramas dagu Faris dengan kuat.

“Mulut kau ni….aku bagi penampar jugak! Kau jangan nak berlagak bagus kat sini ya! Kalau aku naik darah, aku bunuh kau sekarang jugak!Kau faham?!!” jerit Aishah terlalu marah. Pipi Faris ditunjal kasar lalu Aishah terus bangun beredar dari ruang itu.

Faris menahan debar di dada. Nyah..nyah jugak…tapi, boleh tahan ganas….Faris kecut perut kembali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2011 02:37 PM | Show all posts
Usai mencuci muka di luar rumah, Aishah mengelap wajahnya dengan baju kemeja luar yang sudah 3 hari dipakainya. Aishah bercekak pinggang, merenung segenap ruang hutan hijau yang memagari rumah usang itu.

Hai..manalah si Abu dan Dol ni…kata 2-3 hari…ni dah 3 hari, masih tak balik2 lagikah? Apa dibuatnya di KL tu….tinggal aku kat sini sorang2….lahabau betul ! Aishah mengetap bibir menahan geram. Perut yang mula berkeroncong membuatkan Aishah mula berfikir untuk mencari makanan. Lantas , topeng yang disumbat kedalam kocek seluarnya dikeluarkan lalu disarung ke wajahnya. Tinggal matanya saja yang kelihatan.

Aishah masuk ke dalam rumah. Bungkusan makanan kering yang dibekalkan oleh Abu sebelum kedatangan lelaki itu diselongkar. Apa ada dalam ni? Satu persatu makanan dikeluarkannya. Ada biskut…ada meggi mee, ada keropok…ada buah..ada cerek air untuk masak air…ada roti….kemudian….Aishah menyelongkar lagi…habis? Habis? Ini saja?

Aduhh….makan meggi lagi nampaknya hari2!!! Hiii….gumam Aisyah geram. Kalau Abu dan Dol tak pulang jugak dalam seminggu ni, biar aku saja yang lari dari sini….Pantas Aishah mengeluarkan cerek air lalu dia mengisi air kedalam cerak itu. Dapur arang batu yang dibekalkan oleh Abu benar2 berguna saat ini.

Kepakarannya menyalakan api dengan kayu kering memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Kehidupannya yang sudah sinonim dengan kawasan hutan, membuatkan Aishah sudah lali dengan alam.

Pantas cerek air diletak keatas dapur arang itu. Aishah duduk berteleku, menunggu air yang dimasak untuk mendidih. Dia menongkat dagunya merenung cerek air. Hmmm…budak tu dah hidup lagi ke? Terdetik dihatinya untuk melihat keadaan lelaki diruang tamu rumah.

Aishah bingkas bangun lalu menuju ke ruang tamu yang tak serupa ruang tamu. Mungkin ruang tamu bagi monyet2 dan chimpanzee yang  berkeliaran didalam hutan itu kot. Sebaik sampai, lelaki itu dilihat terbaring lesu ke lantai dengan tangannya yang masih berikat.

Alahai…kesian pulak aku tengok. Aishah menghampiri lelaki itu. Aishah mengukir senyum.

“Hoih! Bangun!” ditendangnya peha lelaki itu. Sekali dua dikuis dengan kakinya, akhirnya lelaki itu terjaga. Namun, tidak pula dia bangun. Lelaki itu masih rebah. Nampak pucat benar mukanya.

“Aku nak ajak kau makan ni. Bangun cepat! Kalau kau tak bangun, makanan kau, aku kebas!” ugut Aishah. Terus dia berlalu meninggalkan lelaki itu yang terpisat2 bangun sebaik terdengar perkataan ‘makan’. Bunyi cerek menjerit menandakan  air sudah masak lebih penting pada Aishah. Makanan perlu disiapkan segera buat mengalas perut yang pedih.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 03:00 PM | Show all posts
tengku khursiah tue mak tiri faris ker??
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 10:06 PM | Show all posts
best2...sambng lg yer...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 11:34 PM | Show all posts
Kelakor tgk nyah brutal!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 11:40 PM | Show all posts
Si Nyah ni kira pencolek pro lah ni, dah banyak kali kidnap orang!{:1_115:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2011 07:56 AM | Show all posts
nak n3 cepat2 ye fizzi
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 08:21 AM | Show all posts
baru baca dah boleh rasa citer ni best
thriller -comedy , genre baru dari bintang
sang_arjuna Post at 16-5-2011 23:42



    errkk.. smiley,, ni bukan umah bintang la.. ni umah fizzi....
kalu umah bintang kita dah jumpa cam2 genre...
umah fizzi baru lagi dgn genre thriller comedy ni..
harap2 fizz berjaya perah idea dia tuk abiskan citer ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2011 08:49 AM | Show all posts
best ada citer baru...
kalu free letak n3 bebanyak lagi erkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 10:16 AM | Show all posts
tahniah... dah buka rumah baru...
x pernah jumpa lagi cerita penculiknya perempuan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 11:00 AM | Show all posts
makin tamak pulak nalle..nak lagi fizzy
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 11:08 AM | Show all posts
silap2 hati aishah yg simpati akan bertukar kepada cinta.......
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 12:42 PM | Show all posts
semakin menarik... nanti "nyah" selamatkan faris....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 12:45 PM | Show all posts
sian faris tu tak tau apa terus kena culik
entah2 ni rancangan Tengku Khursiah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 03:34 PM | Show all posts
Tengku Fatimah memandang Tengku Khursiah didepannya. Dia menggeleng kepalanya tanda tidak setuju dengan cadangan Tengku Khursiah.

“We can’t wait any longer! Ada baiknya kita buat laporan polis,” kata Tengku Fatimah. Berkerut dahi Tengku Khursiah.

“Tapi, tak bolehkah kita tunggu lagi seminggu dua. Kak Engku rasa kita patut bagi masa sedikit lagi pada pihak kawalan keselamatan kita untuk mencari Tengku Faris…” kata Tengku Khursiah. Yakin benar dia pada kemampuan pihak kawalan keselamatan yang diupah oleh pihak istana.

“ Ayahanda dah tahu pasal Faris hilang?” soal Tengku Fatimah lagi. Tengku Khursiah menggeleng.

“Hari tu dia ada tanya, tapi kak Engku cuma beritahu Faris pergi jumpa kawan2nya…kalau dia tahu, murka pula dia nanti. Lagipun, ayahanda tu ada banyak penyakit. Tak boleh terkejut, nanti kena heart attack pula,” kata Tengku Khursiah dalam nada separuh berbisik.

Tengku Fatimah menarik nafas lemah. Nampaknya, hal ini perlu ditangani dengan penuh hati2. Berita kehilangan Tengku Faris ini tidak harus tersebar ke pihak media mahupun ke pihak istana2 lain. Jika pihak istana2 lain mendapat tahu, sudah pasti hal ini akan diungkitkan dalam majlis perjumpaan raja-raja.

“Hmm..tak apalah Kak Engku. Tim rasa, kita ada cara  yang lebih baik untuk uruskan hal ni. Tim rasa, lebih baik kita upah skuad khas polis. Itu saja caranya,” kata Tengku Fatimah. Tengku Khursiah termenung sejenak, kemudian memandang adiknya. Lantas dia mengangguk setuju.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 03:36 PM | Show all posts
“Makan!” Semangkuk mi cawan diletak kasar didepan Faris. Aishah yang baru selesai makan di luar rumah tadi, mengusap perutnya kekenyangan. Faris yang masih bersandar di tepi dinding memandang Aishah.

“Macammana aku nak makan?” soal Faris seraya menunjukkan ikatan tangannya. Suaranya benar2 lemah. Hilang segala sombong dan bongkak yang dipamerkan sebelum ini.

“Aduhhh…” betul jugak kata budak ni…Aishah menggaru2 belakangnya yang gatal. Sudah berhari2 dia tidak mandi. Aishah pandang lelaki didepannya. Dia bangun lalu duduk bersila di depan lelaki itu. Mi cawan yang baru dimasaknya diambil lalu dikacau sekali dua.

“Nak buat macammana kan…..kalau aku lepaskan kau, matilah aku nanti,” ujar Aishah dalam suara yang perlahan. Faris masih diam, memandang nyah bertopeng didepannya.

“Buka mulut kau!” arah Aishah. Lelaki itu akur saja. Tidak banyak bicara dan ragam. Aishah terus menyuap mi cawan kemulut lelaki itu dengan penuh teliti. Satu suapan demi suapan, hingga habis juga mi cawan itu akhirnya dalam tempoh yang singkat.

“Kebulur jugak kau ni ya…” Aishah ketawa kecil lalu membaling bekas mi yang sudah kosong  ke tepi dinding. Faris menarik nafas, cuba mencari kekuatan. Aishah menyuapkan air ke mulut lelaki itu lagi. Rakus sekali dia meneguk. Terbit sedikit rasa simpati dihatinya melihat kesungguhan lelaki itu minum.

“Kau tak pernah puasa ke?” soal Aishah perlahan. Faris yang baru selesai minum memandang nyah bertopeng didepannya. Dahinya berkerut kehairanan dengan soalan nyah bertopeng.

“Teguk air macam badak…Golp! Golp!Golp!” Aishah mengajuk bunyi yang keluar dari tekak Faris sebentar tadi. Faris mencebik. Selesai memberi lelaki itu makan, Aishah bangun lalu duduk di kerusi  berhadapan dengan Faris yang masih terikat di dinding.

“Bila kau nak lepaskan aku ni…” soal Faris. Tenaganya kembali segar selepas makan.

“Lepaskan kau? Haa..itu kena tanya bos aku,” balas Aishah. Faris mengeluh.

“Apa sebab korang culik aku? Nak minta tebusan? Macammana korang boleh kenal aku? Aku bukan tinggal kat Malaysia sebelum ni. Aku bukan public figure pun…” soal Faris bertalu2. Soalan2 itu bermain di kotak fikirannya sejak semalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2011 03:38 PM | Show all posts
Namun, dia tidak mempunyai kekuatan untuk bersuara semalam. Lagi pula, si nyah bertopeng itu asyik keluar masuk keluar masuk rumah. Langsung tidak menghiraukan panggilannya.

Aishah terdiam bila disoal sebegitu. Jujurnya, dia sendiri tidak tahu siapa lelaki dihadapannya. Yang dia tahu, Abu dan Dol menunjukkan dia sekeping gambar dan menyatakan bahawa, ‘Ini lubuk emas kita!!’.

“Kau dengar tak soalan aku tadi?” marah Faris bila soalannya tidak berjawab. Mengelamun pula si nyah bertopeng ni...

“Hey! Kau diam boleh tak?” marah Aishah. Dia tidak suka kepada mulut lelaki yang agak becok itu. Mentang2 baru lepas makan, dah ada suara balik!

“Aku berhak tahu. Aku kan mangsa dalam situasi ni…” ujar Faris. Aishah mendengus geram.

“Kau ni kan….nasib baik tak ada salotape. Kalau tak, aku dah salotape mulut kau yang macam murai tercabut ekor ni. Aku suruh duduk diam2…duduk diam2 sudahlah!” marah Aishah.

“Kau nak suruh aku duduk diam? Dah 3 hari aku duduk diam macam orang gila kat sini! Begerak pun tak! Ke tandas pun tak! Aku rasa, system perkumuhan aku sekarang ni, dah beku kau tau! Aku pun dah naik bosan gila duduk kat sini! TV tak ada! Radio tak ada! Apa pun tak ada! Apa pun tak boleh!!!” Faris membebel panjang dalam nada geram. Hatinya kembali panas.

“Heyyy!!!!” jerkah Aishah kuat seraya bangun bercekak pinggang memandang lelaki didepannya.

“Kau ingat kau tengah cuti-cuti Malaysia sekarang? Nak TV, nak radio…Kau sedar tak kau sekarang sedang berada dengan seorang penculik! Seorang penculik! Jadi, kalau dah berada dengan penculik, berlakonlah macam kena culik! Bukan macam tengah honeymoon kat Pulau Pangkor tepi pantai! Faham??!!!” kali ini Aishah pula yang melaung kuat. Marah.

“Penculik apa kejadahnya macam ni! Yang aku nampak,  ada sorang pondan yang pengecut, tak berani nak tunjuk muka dia kat aku! Seorang penculik perlu jadi pengecut macam ni ke? Kalau tengok dari sudut fizikal, memang ganas wa cakap lu. Tapi, bila dengar suara….hancur! Gagal!” sengaja Faris memancing kemarahan si nyah bertopeng di depannya.

Asap sudah keluar dari hidung dan kepala Aishah. Langkahnya cepat2 dihala kepada lelaki itu. Dia ni….memang saja nak buat aku naik darah.

“Hey kau!!!” baju t-shirt lelaki itu dicengkam oleh kedua tangan Aishah. Kemudian, lehernya Aishah cengkam kuat, tak ubah seperti mahu mencekik lelaki itu hidup2. Faris tergamam dalam ketakutan.

“Kalau ikut hati aku…aku cekik kau sampai kau mampus! “ kepala lelaki itu dihentak ke dinding kuat lalu terus Aishah bangun. Dia duduk kembali di kerusinya sambil memeluk tubuh memandang lelaki dihadapannya yang terpisat2 menahan sakit.

“Salah ke aku tanya kenapa korang culik aku?” tiba2 Faris bersuara perlahan. Aishah ternganga. Lek ele….tak mengalah lagi?? Hiisyy….Panas bontot aku ni…Aishah lantas bangun beredar dari situ lalu terus keluar dari kawasan rumah. Berdepan dengan lelaki itu, boleh menaikkan kemarahannya ke tahap maksima.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 03:40 PM | Show all posts
Tengku Fatimah mendengar taklimat yang diberikan oleh skuad khas polis dengan teliti. Anak sulungnya, Tengku Alyah turut serta dalam taklimat itu. 4 orang anggota polis sedang menerangkan langkah2 yang bakal diambil oleh pihak mereka sepanjang siasatan itu.

“Satu2nya klu yang boleh kita dapat untuk mencari Tengku Faris ialah, dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup atau CCTV yang boleh kita perolehi dari pihak KLIA. Yang saya perlukan sekarang ialah, beberapa maklumat peribadi Tengku Faris dan mungkin sedikit latarbelakang keluarga ini. Itupun kalau tidak menjadi keberatan bagi pihak Tengku Fatimah,” ujar Inspektor Amir sopan.

Menyelidik kes yang berkaitan dengan kerabat diraja, perlu tindakan yang teliti dan telus, ibarat menarik rambut di dalam tepung. Rambut tak boleh putus, tepung tak boleh tumpah. Setiap maklumat adalah sangat bersifat peribadi. Ianya tidak harus bocor hatta ke unit polis yang lainnya sekalipun. Ia harus kekal menjadi rahsia skuad khas itu.

Tengku Fatimah memandang anaknya, Tengku Alyah disisi. Nafasnya ditarik payah.

“Tengku Faris baru berumur 26 tahun. Tingginya kira2 177 cm. Berkulit putih kuning dengan rambut coklat gelap. Ini gambarnya..” kata Tengku Fatimah lalu menghulurkan sekeping gambar milik Tengku Faris kepada Inspektor Amir. Gambar itu diteliti oleh anggota polis yang lainnya satu persatu.

“Ermm…Kacak..” puji Inspektor Amir lalu disambut tawa kecil oleh Tengku  Fatimah dan Tengku Alyah.

“Ibunya orang Inggeris,” jelas Tengku Fatimah. Meraka saling mengangguk tanda faham.

“Tengku Faris, anak dari isteri kedua arwah Tengku Mansor,” tambah Tengku Fatimah lagi. Inspektor Amir terdiam sambil merenung Tengku Fatimah. Sungguh, dia tidak menyangka bahawa arwah Tengku Mansor yang pernah dikenalinya dahulu mempunyai 2 orang isteri. Perlahan, Inspektor Amir mengangguk faham.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 04:07 PM | Show all posts
teruja sungguh nak tau sambungan nye.....fizziany tolong le letak cpt2 skit...huhuhuh...tido tak lena dibueknye nie...huhuh...

tah2 nanti musti faris ngn aisyah couple kan...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 04:14 PM | Show all posts
Kesian ek jadi tebusan ...apsal tak minta nak solat tentu nyah tu kasi kelonggaran untuk tengku dgn tu mungkin dpt melarikan diri he he he he
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.400716 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list