“Saya bersyukur dapat kekalkan reputasi tanpa sebarang gosip panas. Saya percaya untuk kekal sebegini juga perlukan ‘effort’.
“Saya bersimpati dengan rakan-rakan saya yang lain kerana apabila mereka terpalit dengan gosip, mereka perlu menjawab. Saya tahu mereka tertekan,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu baharu Dolla, MWA! di sini, baru-baru ini.
Ditanya adakah dia sudah bersedia seandainya satu hari nanti dirinya turut terpalit dengan gosip panas, kata Tabby sebolehnya dia mahu elak.
“Kalau boleh saya tak mahu. Biarpun orang cakap tak kisah baik ke buruk sesuatu gosip itu adalah merupakan satu bentuk publisiti. Tetapi saya percaya hasil kerja juga mampu beri publisiti buat saya,” ujarnya.
Sumber: Kosmo