View: 12829|Reply: 118
|
[Tempatan]
Richworks, Azizan, isteri, kakak berdepan tuntutan RM24 juta
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM: Pengasas Richworks International Sdn. Bhd, Datuk Azizan Osman dan isteri, Hasdiana Ahmad antara empat berdepan tuntutan saman berjumlah lebih RM24 juta daripada bekas pengarah syarikat itu, Datuk Zafrol Rizal Mat.
Tuntutan tersebut dikemukakan Zafrol Rizal atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal selaku plaintif melalui notis writ saman yang difailkan kepada Mahkamah Tinggi, di sini, pada Khamis lalu.
Beliau menamakan Richworks Academy Sdn. Bhd. (RASB), Azizan, Hasdiana dan kakak iparnya, Hasnita Ahmad selaku Pengarah Eksekutif sebagai defendan dalam tuntutan berkenaan.
Menerusi pemfailan tersebut, beliau mengemukakan 18 tuntutan meliputi pendapatan, pendahuluan pinjaman, tunggakan kad-kad kredit, perbelanjaan bagi hartanah di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, terapi dan persekolahan anak Azizan serta ganti rugi teladan, ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk.
Selain itu, Jerry Rizal juga menuntut deklarasi daripada defendan secara bersama atau berasingan bagi pemilikan harta atau pindah milik hartanah melibatkan sebuah Toyota Alphard, Ferrari Roma, sebuah unit kondominium di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, jam tangan Hublot Spirit of Big Bang dan Rolex Datejust serta cincin Habib Jewels satu karat.
Malah, beliau menetapkan kadar faedah sebanyak lima peratus dari tarikh pemfailan writ itu sehingga tarikh penyelesaian penuh dibuat.
Jerry Rizal dalam Pernyataan Tuntutan menyatakan, plaintif memberikan pinjaman atau pendahuluan kewangan kepada RASB sebanyak RM1.32 juta melalui cek bertarikh 21 Disember 2022 dan 19 Disember 2023 selain RM620,000 bagi pembayaran cukai pendapatan Hasdiana.
Terdapat pendahuluan diberikan atau dimanfaatkan RASB atas pelbagai tujuan mencecah RM203,828.98 bagi tujuan seperti pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan, ansuran bulanan dan cukai jalan Mercedes GLB milik RASB dan lain-lain.
“Kad-kad kredit plaintif juga digunakan bagi membiayai sebahagian kos operasi harian RASB sejak 2021. Namun terdapat tunggakan penggunaan atau caj mencecah sekitar RM1.6 juta,” katanya.
Malah, dalam pernyataan sama, beliau turut memberitahu membelanjakan wang untuk manfaat peribadi Hasnita antara 2018 hingga 2023 seperti penjagaan anaknya termasuk yuran bagi sesi terapi dan persekolahan berjumlah RM396,551.80.
“Plaintif memplidkan, perbelanjaan tersebut diberikan secara non-gratuitous yang mana perbelanjaan-perbelanjaan tersebut adalah dalam pengetahuan atau sepatutnya dalam pengetahuan Hasnita.
“Dokumen-dokumen berkenaan perbelanjaan ini akan dikemukakan ketika perbicaraan kelak,” tambahnya menerusi pemfailan yang dibuat melalui Tetuan Nazmi Zaini Chambers.
Jerry Rizal dalam pernyataan sama mendakwa dilantik sebagai Pengurus Besar (General Manager) sekitar 2011 sebelum dinaikkan pangkat sebagai pengarah bagi operasi serantau syarikat pada 2013.
“Plaintif memplidkan, walaupun jawatan yang disandang tersebut adalah sebagai pengarah, namun syarikat tidak mendaftarkan namanya sebagai pengarah dalam daftar syarikat RASB di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
“Oleh itu, jawatan pengarah tersebut hanya pada nama semata-mata tanpa sebarang pendaftaran rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknye pulak duit zafrol ni bg kat si jijan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Antara kes saman yang menarik untuk diikuti..
Dulu sahabat skrg jd lawan |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak pulak cerita orka socmed berhutang terlondeh recently. Chetaa fazzy drmikimos. So who's next in line? |
|
|
|
|
|
|
|
baru ni ada tgk video nona dtg tour rumah die
bapokkk besor wey
serba putih
sofa custom made seluas2 ruang
rumah kaca bagai lah
mmg grand la
so, sama2 kita tgk mn hala kes ni pegi
|
|
|
|
|
|
|
|
24 juta tu tak banyak mana pun dengan hasil dia selama ni beratus2 juta... takkan ni pun berkira nak bagi sampai melibatkan court? wingman dia kot... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana miki maus ni jadi kuyusss
teringat jajan jijan dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
biasa yang tunjuk kaya ni, 24ribu pun liat nak bayar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kemain chomolot dua org ni dah kemain juta2 saman |
|
|
|
|
|
|
|
duit berjuta pun tdo tak lena
 |
|
|
|
|
|
|
|
biasa le , bila duit dah kering
mmg le saman menyaman
dulu comolots2 , skang bercekau tarik2 rambut
mujur takde maki2 babi babi babi.. lek2 heret turun naik mahkamah aje
tak menyalahkan babi 
|
|
|
|
|
|
|
|
jap2...jerry ni saman jijan sebab jijan tak bayar hutang dia? yg aku paham jerry guna duit dia tlg bayarkan beberapa hutang si jijan ni, kan? takkan pakar kewangan yang ajar org jadi kaya takde duit? |
|
|
|
|
|
|
|
knp DATUK AZIZAN OSMAN yang selalu bercakap duit dgn jumlah juta-juta berhutang dengan orang lain. bukankah dia pakar buat duit
 |
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan bukan cek tendang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bayar je la
Duit banyak kan
Small matter
Just swipe the card |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 15-5-2025 05:18 PM
knp DATUK AZIZAN OSMAN yang selalu bercakap duit dgn jumlah juta-juta berhutang dengan orang lain. b ...
Curious kan?
X reti manage?
Tapi buat kelas?
Tapi ramai juga join |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 15-5-2025 03:35 PM
jap2...jerry ni saman jijan sebab jijan tak bayar hutang dia? yg aku paham jerry guna duit dia tlg b ...
Itu lah
Kes yg Menarik untuk di ikuti
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku drop by KGSAAS just now...sempat la jeling rumah jijan dgn jerry ni..kihkihkih |
|
|
|
|
|
|
| |
|