CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_azure

HINGGA SAAT INI (PART 2)-[U]

  [Copy link]
Post time 6-9-2011 05:16 PM | Show all posts
mana Nazrin dan Nini pergi? Raya tak habis kagi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 09:15 AM | Show all posts
kemanakah ?????

lamanya menghilang
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 02:45 AM | Show all posts
Baru baca cerita ini...

Boleh tahan...

Tuan rumah cepatlah sambunnnnnnnnnnnnnnng..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 09:14 PM | Show all posts
sikitnya...huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2011 04:29 PM | Show all posts
Salam semua,
Selamat Hari Raya...

mohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata
sepanjang menulis cerita ini dan membalas setiap luahan/komen yang diberikan;
terima kasih atas segala sokongan...
dan maaf sekali lagi kerana masih tidak dapat meletakkan n3 terbaru,
membuatkan peminat Nini & Nazrin tertunggu-tunggu...

Insyaallah.... beberapa hari lagi Nini akan bertemu kalian...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 05:34 PM | Show all posts
Lamanya lagi nak tunggu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2011 01:15 PM | Show all posts
Reply 105# cmf_azure


    selamat hari raya....semoga cepa dpt N3...heheh
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 04:57 PM | Show all posts
memang sentiasa menunggu n3...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2011 05:26 PM | Show all posts
Rajuk Nazrin berlarutan.  Hingga ke rumah pun dia masih bersikap begitu. Keesokan harinya pun sama juga.  Bercakap hanya yang perlu sahaja.  Selepas makan dia terus berlalu ke bilik.  Banyak menghabiskan masa di situ. Tidak seperti selalunya, mereka akan duduk bersama menonton tv di ruang tamu.  Atau pun dia akan menemani Nini yang asyik membaca novel; biarpun berkali-kali Nini meminta dia tidak berbuat begitu.  Kerana konsentrasi Nini akan terganggu… Ialah setiap kali ada saja pertanyaan yang diajukan kepada Nini.

Merajuk? Soalan itu  bergema di kepalanya.  Sebab kecil pun nak merajuk? Nazrin minta aku pujuk ke? Eh.. tak kuasalah!  Aku mana pandai nak memujuk.  Sebab pun aku tak tahu… Cuma Sharina sebut pasal Farid, ala… bukannya besar sangat penyebabnya.  Itu pun nak ambil kisah.  Nini masih memikir sendiri.  Biarlah… dia nak merajuk berapa lama pun.  Ibu pun akan balik tidak lama lagi.  Nini tersenyum.

Talipon yang berbunyi dicapai.  Novel diletakkan di atas kerusi.  Sempat memandang ke arah skrin talipon.  Senyum Nini makin panjang, membaca huruf-huruf yang tertera.

“Assalammu’alaikum…”

“Wa’alaikummussalam..”

“Nini sihat…”

“Alhamdulillah… orang sana sihat? Lama tak dengar cerita…” Remote dicapai.  Suara tv diperlahankan supaya tidak mengganggu perbualan mereka.

“Sihat pada jasad tapi jiwa demam.  Virus rindu menyerang tak kira waktu…” Makin melebar senyuman Nini mendengar ayat-ayat tersebut.  Dia pun ingin mengatakan perkara yang sama tapi entah kenapa ada sesuatu yang menahannya.  Dia teringat kata-kata Sharina hari itu… rasa kecil hati ada juga terselit kerana dia tidak dimaklumkan perihal Farid selama tempoh itu.
  
“Lama betul kita tak berjumpa, macam dah bertahun lamanya….” Nini mendengar luahan hati Farid.  Dia pun sama tapi keadaan sekarang agak berbeza dengan dulu.

“Em….”

“Emm… saja? Ingatkan dah lama tak bersapa dan berjumpa ini adalah jawapan yang panjang sikit…” Farid mengusik.  Nini tersenyum sambil memainkan hujung rambut.  

“Id…  “ panggilan itu terhenti.  Haruskan dia menerangkan keadaan sekarang ini? Dibuatnya Farid sedang memandu? Nini tidak dapat membayangkan perkara yang akan berlaku seterusnya…

“Cara Nini sebut nama Id; membuatkan Id tak sabar nak jumpa dengan Nini.  Kalaulah Id ada ilmu… sekarang juga Id cari Nini..”

“Id….”  Tanpa sempat Nini menyambung pintu bilik dibuka dari luar.  Wajah Nazrin menyapa matanya.  Renungan Nazrin membuatkan Nini rasa tidak sedap hati.

“Emmm… Id nanti Nini call balik…” Nini berbisik lembut. Tanpa sempat mendengar jawapan Farid talian diputuskan. Alah… masa inilah Nazrin nak muncul! Pandangan Nazrin.... Pandangan berupa pertanyaan yang inginkan jawapan...

"Ibu talipon, nak bercakap dengan Nini..."  Talipon bimbit dihulurkan kepada Nin.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:41 PM | Show all posts
TQ Azure. Ada jugak n3 dah petang-petang  ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 06:08 AM | Show all posts
ingatkan tak da sambungan.....
next entry....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 09:32 PM | Show all posts
adehhhh...sikitnya...x puas la..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2011 07:52 AM | Show all posts
tak cukup la..skit sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2011 10:17 PM | Show all posts
baru nak panas enjin dah stop la plak, nak lagiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 08:38 AM | Show all posts
cam x puaslah n3 nie...letaklah lebih sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 09:12 AM | Show all posts
panjangla cikit.. hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2011 08:52 PM | Show all posts
x puas baca......huuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 12:44 AM | Show all posts
lagi......................
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 07:52 AM | Show all posts
nak N3!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 08:42 AM | Show all posts
camne agaknya NINI nak pujuk NAZRIN...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 1.010539 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list