“Masa dia jual kereta bini dia ramai komen kata dia tiada duitlah, hijrahlah, gadai hadiah isterilah. Hakikatnya, dia sahaja tahu apa yang terbaik untuk dia dan keluarga,” kata seorang netizen.
“Jual kereta banyak-banyak. Selepas itu beli satu kereta yang boleh naik ramai dan buat macam ini. Baru berbaloi. Tahniah!,” ujar netizen.
“Beli kereta untuk keselesaan keluarga. Ahamdulilah, semoga pahala berpanjangan untuk dia,” kata seorang lagi warganet.
Sebelum ini, Saharul mencuri perhatian apabila terpaksa menjual kereta Honda Jazz milik Deena yang merupakan hadiah ulang tahun perkahwinan keempat mereka pada 2020.
Aktor itu juga bertindak menjual beberapa aset miliknya seperti kereta Mercedes Benz dan kondomium yang terletak di Cyberjaya tahun lalu.
Sumber:Kosmo