SELEPAS 20 tahun berlalu, penyanyi Amylea Azizan memberitahu dia tidak pernah merindui momen ketika menyertai program realiti hiburan Akademi Fantasia 3 (AF3).
Bagaikan ada yang terpendam di hati, kata Amylea, 39, semua yang berlaku hanya menjadi kenangan buat dirinya.
“Tak, sebab ada banyak benda yang saya pendam tetapi saya simpan sahaja kenangan yang baik-baik di meja kerja,” katanya.
Amylea berkongsi perkara itu menjawab soalan pengikut di media sosial yang bertanya kepadanya adakah dia merindui ketika menyertai AF3.
Pada hantaran berkenaan dia juga memuat naik gambar selepas konsert akhir berlangsung di mana di berjaya menjadi pemenang tempat ketiga.
Dalam satu perkongsian berbeza, dia turut menceritakan semula tentang isi kandungan bagasi (luggage) pelajar AF yang sering kali menjadi pertanyaan ramai.
Menurutnya bagasi tersebut tersimpan barangan pelajar yang dikemas setiap minggu sebelum mereka beraksi di konsert mingguan.
“Beg berisi barang, setiap minggu saya kemas barang... penat dik.
“Lama-lama saya dah tak keluarkan dari beg, ambil barang dari beg sahaja,” ujarnya.
Untuk info penyanyi Mawi muncul sebagai juara AF3 dan Felix Agus merupakan naib juara.
Antara peserta lain yang turut bertanding di musim tersebut adalah Marsha, Yazer, Kefli dan Elliza. - mStar
|