View: 2272|Reply: 23
|
[Tempatan]
Doktor China Saran Wanita Lihat Lelaki Sado Untuk Emosi Stabil - "Boleh Kurangkan Stres".Acik forum nak coba?
[Copy link]
|
|
BEIJING – Seorang pakar sakit puan di China mencetuskan perbincangan hangat di media sosial apabila mencadangkan wanita yang mengalami masalah kurang tenaga atau darah supaya kerap melihat lelaki berotot sebagai terapi untuk menceriakan emosi dan mengurangkan tekanan.
Cadangan tersebut dikongsikan menerusi satu video tular oleh Dr He Zhenye, pakar ginekologi dari Hospital Xiehe Shenzhen, Universiti Sains dan Teknologi Huazhong iaitu sebuah hospital awam bertaraf tinggi di selatan China.
“Wanita perlu lihat lelaki bertubuh sasa atau ‘sado’ lebih kerap untuk kurangkan stres,” kata Dr He dalam video tersebut yang kini hangat dibincangkan di media sosial.
Menurut Dr He, wanita yang mengalami kekurangan ‘qi’ (tenaga dalaman) dan darah sering berasa murung, letih, pucat, pening dan sukar tidur.
Dalam keadaan sebegitu, beliau tidak menggalakkan wanita terlalu kerap bercinta, sebaliknya mencadangkan sesuatu yang lebih ‘selamat’ iaitu dengan menikmati keindahan visual seperti melihat lelaki sado.
“Kurangkan bercinta, lebihkan tengok lelaki berotot,” katanya sambil menjelaskan bahawa visual seperti itu boleh merangsang penghasilan hormon dopamin dalam otak yang membantu memperbaiki mood dan mengurangkan tekanan.
“Kecantikan visual mengaktifkan sistem ganjaran otak. Ini menjadikan kita lebih gembira,” jelasnya lagi.
Bagaimanapun, cadangan unik itu turut mencetuskan gelombang sokongan dan humor dalam kalangan pengguna media sosial, terutama wanita yang bersetuju bahawa ‘terapi mata’ boleh memberikan kesan psikologi yang positif.
“Kita perlukan kurang tekanan emosi dan lebih banyak ‘eye candy’! Cadangan ini patut dimasukkan dalam panduan kesihatan wanita moden,” kata seorang pengguna.
Dalam video lain, Dr He turut mencadangkan wanita memakai lebih banyak barang kemas emas, dengan merujuk kepada kepercayaan perubatan tradisional China bahawa emas baik untuk jantung dan membantu menyihatkan limpa.
Dr He kini mempunyai lebih 133,000 pengikut di media sosial yang mana beliau sering berkongsi panduan kesihatan wanita, termasuk pendekatan tradisional dan moden secara santai namun profesional.
Walaupun nasihatnya mungkin terdengar pelik bagi sesetengah pihak, ramai yang menghargai pendekatan bersahaja beliau dalam mendekati isu kesihatan wanita dengan cara yang lebih ringan dan mudah difahami. – Agensi. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dulu2 ada poster urtv galaxie mangga bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm lelaki kena selalu tgk boobies, sama la mcm perempuan. It's only fair. |
|
|
|
|
|
|
|

Tak stabil pun, acik bertambah murung  |
|
|
|
|
|
|
|
pelik2 je doktor kat sana
yg doktor sebelum ni kata blh hidup 100 tahun jika bersalin 10 kali  |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 22-5-2025 09:01 PM
Tak stabil pun, acik bertambah murung
euwwww gelinya tengok mcm gay je memasing |
|
|
|
|
|
|
|
Sis dani, mmg takde selera tgk budak2 ni, yg tgh tu blh lah skittt. Nak yg lagi umpphhh
|
|
|
|
|
|
|
|
itulah posing wajib dlm majalah mangga. dgn tajuk artikelnya, "dunia hiburan hanyalah batu loncatan" "kami adalah anak seni, bukan anak ikan datin2!" kalau yg pompuan, "mengimpikan suami warak yang mampu membimbing saya" sambil posing pakai bikini dlm swimming pool 
|
|
|
|
|
|
|
|
Setakat happy jer tak pe la, takut ter... mcm gt 7.5, mampus kau.. hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Boy Belon? aku tak kenallah sis dani. Tgk yg bwh2 tu barulah membantu emosi skit2 lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman muda remaja dl letak ads Calvin Klein si Marky Mark (Mark Walberg) kat dinding hahaha
Suka tgk sebab sedang2 je xover
Skrg cuci mata dgn tgk laki sdr je la |
|
|
|
|
|
|
|
Badan sado tapi muka hauk pun stress jugak. Nak kena tutup kepala guna plastik sampah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Yg penting tgk muka encem..takat body je watpe tapi i tgk short drama dr mainland china ramai gak yg encem ikut pandangan mata i cuma tulah muda sgt....anak2 sgt...nak suka lebih2 pun x lalu |
|
|
|
|
|
|
|
Badan ketui2 ni cantik kalau tinggi. Kalau tengok omputih ke korea ke, happy aje tengok berlekuk2. Kalau orang Mesia maleh tengok nak2 kalau pendek pastu pulak jenis yang badan tak stabil badan besau kepala kecik. Makan protein powder kot tu yang nampak tak natural. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi memang betul pun
Akak kalau nak tengok cerita warga sepet (china, korea, japan) korea especially akak tengok hero dan heroin dulu walau camne hype pun cerita tu
Kalau hero boleh la hensemnya tapi heroinnya nampak tua, seasoned, muka dah basi di kaca TV, mmg akak turned off
Contohnya kalau nampak nama shin min ah, Song Hye-kyo, IU, Yoona etc tak minat nak layan
Citer When the Stars Gossip.... nampak Lee min ho excited la jugak... sekali heroinnya ahso mana.. ahhh tak kose
Harap Kim Woo Bin dpt product baru... ni baru hero sepet hensem badan sado markah 10/10. But jagn pair dgn gelprennya ye
|
|
|
|
|
|
|
|
Ermm aku mcm nak setuju haha   |
|
|
|
|
|
|
|
Geng2 mat jepun mcm takashi sorimachi, yutaka, takuya...huhu...okay le
Kalau yang skang..takeru sato pung okay juge.... |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe result sebab lelaki keliling hauk... |
|
|
|
|
|
|
| |
|