CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24894|Reply: 177

Hebatnya! Radio Sinar FM Still No. 1 Di Malaysia

  [Copy link]
Post time 19-5-2011 04:33 PM | Show all posts |Read mode


19 MEI 2011: Tahniah Murai Batu ucapkan buat radio Sinar FM kerana sekali lagi telah terpilih sebagai stesen radio Melayu No. 1 yang menjadi pilihan rakyat Malaysia menerusi survey yang dibuat oleh AC Nielsen untuk 3 penggal berturut-turut.

Kejayaan ini sekaligus membuktikan bahawa apa yang diraih oleh Sinar FM ini bukan lagi terletak pada nasib semata-mata tetapi kerana bahan, isi kandungan serta muzik yang dihidangkan kepada pendengar.

Begitu juga dengan corak penyampaian deejay-deejay mereka yang cukup menghiburkan khususnya daripada trio Sinar Pagi yang dikendalikan oleh Khairil Rashid, Salleh Yaacob dan Raja Azura atau Kak Engku.

Tidak dilupakan juga dengan deejay-deejay Sinar FM lain iaitu Abby Fana, Najman, Zaidi dan Jamal Jamaluddin. yang selama ini sentiasa bekerja keras untuk memastikan Sinar FM terus menjadi pilihan pendengar mereka.

Apa yang menarik, menerusi survey AC Neilsen ini, Sinar FM telah berjaya mengumpulkan jumlah pendengar seramai 4.2 juta. Jumlah ini adalah jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan oleh mana-mana stesen radio lain termasuklah radio daripada bahasa lain.

Atas sebab itu, Sinar FM turut mencatatkan rekod sebagai radio No.1 yang memiliki jumlah pendengar yang cukup ramai di seluruh Malaysia. Tahniah sekali Murai Batu ucapkan lagi buat seluruh team Sinar FM.

Murai Batu percaya orang kuat Sinar FM iaitu Pak Tam beserta barisan deejaynya yang lain pasti sedang tersenyum lebar meraikan kejayaan Sinar FM ketika ini.

Harapan Murai Batu, Sinar FM akan terus menyajikan bahan yang berinformasi tetapi menghiburkan beserta dengan kandungan muzik yang hebat serta memenuhi citarasa semua pendengar.





MURAIBATU: Betulkah penyanyi Elyana pulak bikin hal dengan wartawan?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2011 04:43 PM | Show all posts
tak da ranking skali ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 04:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by alin33 at 19-5-2011 16:45

credit to era.fm - so radio under AMP ajer...yg lain2 x tahu

Rumusan keputusan Pengukuran Pendengar Radio Nielsen,
Liputan 1, 2011


AMP secara keseluruhan, mengumpul jumlah pendengar 11.38 juta seminggu; bahagian pasaran sebanyak 49.7 peratus
  
Lima daripada lapan rangkaian radio AMP berada dalam kedudukan 10 teratas dalam senarai radio di Malaysia:

* SINAR fm No. 1
* ERA fm No. 2
* THR (Raaga & Gegar) No. 4
* MY FM No. 5
* Hitz.fm No. 7

AMP juga mengungguli tangga No. 1 untuk setiap kategori bahasa – SINAR fm (Bahasa Malaysia), hitz.fm (Bahasa Inggeris), MY fm (Bahasa Cina) & THR Raaga (Bahasa Tamil)

Stesen radio Bahasa Malaysia
SINAR fm mengekalkan takhta No. 1 secara keseluruhan dengan jumlah pendengar  4.2 juta
ERA fm mengekalkan kedudukan No. 2 secara keseluruhan dengan jumlah pendengar 4 juta
THR Gegar semakin kukuh di Pantai Timur dengan peningkatan pendengar daripada 1.58 juta ke 1.7 juta
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 04:44 PM | Show all posts
tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 04:46 PM | Show all posts
tahniah jugek...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 04:48 PM | Show all posts
hot fm pe citer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2011 04:53 PM | Show all posts
hot dah suam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 04:56 PM | Show all posts
hot no.3 la tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2011 04:58 PM | Show all posts
hot fm no 3

suria no 6
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 04:58 PM | Show all posts
hot dah jd cold la
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 04:58 PM | Show all posts
Patutlah abg jem konfiden nak tambah lagi satu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 04:59 PM | Show all posts
motip suma radio asteruk? abis suria fm,hotfm mane? xkan la thr lagik tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 04:59 PM | Show all posts
suria FM masih tak boleh bangkit walaupun HO+LO=HOLO dah masuk sana. Apa kes?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 05:13 PM | Show all posts
aritu je sinar spoil skit pasal jemput budak2 pelawak bangang
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 05:14 PM | Show all posts
suria FM masih tak boleh bangkit walaupun HO+LO=HOLO dah masuk sana. Apa kes?
cruisekeanu Post at 19-5-2011 16:59


patutnya dorg ajak dafi jadik dj..baru mencanak2 naik rating...














Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 05:20 PM | Show all posts
emm ak salah satu pendengar setia sinar
tahniah la sinar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2011 05:21 PM | Show all posts
good. padan muka hot fm. x suka hot fm.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 05:21 PM | Show all posts
good. padan muka hot fm. x suka hot fm.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 05:27 PM | Show all posts
tahniah.. aku pon pendengar setia sinar.. pagi2 mesti nak dengar sinar ni.. pastu tergelak sorang2.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 05:29 PM | Show all posts
good. padan muka hot fm. x suka hot fm.
sok_suci Post at 19-5-2011 17:21


me too...banyak syok sendiri je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.356523 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list