CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1478|Reply: 1

[Tempatan] Sah Bercerai, Jutawan Malaysia Diarah Bayar Bekas Isteri Lebih RM10.5 Juta

[Copy link]
Post time 28-5-2025 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kredit: Oh!Media

Baru-baru ini, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan seorang ahli perniagaan bergelar jutawan membayar lebih RM10.5 juta terhadap bekas isterinya.

Lapor NST, tuntutan bekas isteri yang dikenali sebagai Chan ini merupakan salah satu kes cerai yang berprofil tinggi di Malaysia.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Evrol Mariette Peters pada 25 Mei lalu, selepas perbicaraan panjang selama 80 hari dengan 26 saksi dan lebih 16,000 dokumen dikemukakan.

Dalam penghakimannya setebal 167 muka surat, Peters menggambarkan bagaimana hubungan yang dahulu mewah dan penuh keterujaan akhirnya hancur dek perselisihan faham, tuduhan curang dan tekanan sosial.

Menurut hakim, pasangan ini kelihatan seperti pasangan ideal di mata masyarakat, namun realitinya mereka hidup dalam konflik yang semakin memburuk.

Hasil penelitian mahkamah, walaupun rumah tangga sudah lama tidak bahagia, si isteri tetap memilih untuk bertahan lebih dua dekad sebelum akhirnya memohon cerai.

Keputusan pemohon untuk kekal dalam perkahwinan lebih disebabkan oleh keinginan mengekalkan status sosial dan keistimewaan yang datang bersama gelaran isteri kepada responden.

Dalam prosiding tuntutan, bekas isteri turut menyertakan gambar-gambar menghadiri acara elit seperti Festival Filem Cannes dan bergambar bersama selebriti antarabangsa seperti Michael Kors, Kate Hudson dan ahli keluarga Kardashian.

Keengganan plaintif untuk menamatkan perkahwinan, walaupun jelas ia sudah runtuh, dilihat lebih kepada usaha untuk mengekalkan manfaat luaran tertentu berbanding niat ikhlas untuk berdamai atau memulihkan hubungan rumah tangga.

Ini menunjukkan bekas isteri menghargai status dan gaya hidup yang diperolehinya semasa berkahwin lebih daripada kebahagiaan hubungan itu sendiri.

Chan turut menuntut ganti rugi daripada dua wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan bekas suaminya.

Namun, mahkamah menolak tuntutan itu kerana kekurangan bukti kukuh. Rakaman rahsia kononnya mengandungi pengakuan bekas suami juga ditolak mahkamah.

Akhirnya, mahkamah mengarahkan bekas suami membayar RM6.72 juta kepada Chan sebagai nafkah isteri dan RM35,000 sebulan selama 16 tahun.

Selain itu, Chan turut menerima RM2 juta untuk bahagian rumah dan barangannya, RM1.04 juta atas sumbangan kepada perniagaan, RM450,000 daripada akaun KWSP bekas suami dan RM350,000 untuk membeli kenderaan baharu.

Namun, jumlah keseluruhan bernilai RM10.56 juta itu akan dibayar secara ansuran hingga Disember 2027.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2025 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh ni baru berbaloi cerai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.288320 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list