CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24544|Reply: 136

[Tempatan] Skandal Lebuh Raya: SPRM temui gedung arak mewah dalam serbuan 6 rumah dikaitkan Tan Sri

[Copy link]
Post time 30-5-2025 11:21 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Gedung simpanan pelbagai jenis arak bermutu tinggi. Itu yang ditemui sepasukan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menyerbu sebuah lagi kediaman mewah milik seorang Tan Sri ternama.


Ia adalah antara enam rumah mewah yang diserbu SPRM hari ini dalam siasatan kes tuntutan palsu dan salah guna bon pinjaman bagi pembinaan sebuah lebuh raya di Lembah Klang.


BH difahamkan, koleksi arak yang ditemui dalam sebuah rumah kondominium mewah itu terlalu banyak dan dikatakan setiap satunya berjenama mewah serta bernilai tinggi.


Minuman itu juga disimpan di dalam sebuah 'chiller' yang dibina khas di tingkat bawah rumah berkenaan.


Malah, kondominium itu turut dilengkapi sebuah bar alkohol tersendiri untuk menghidangkan minuman berkenaan.


Sementara itu, sumber berkata, enam unit kediaman mewah serta sebidang tanah lot dianggarkan bernilai kira-kira RM12 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri.



Antara kuda bernilai ratusan ribu ringgit yang disyaki dibeli menggunakan wang sukuk ditemui SPRM. - Foto ihsan SPRM


"Menerusi penggeledahan ini, Bahagian Siasatan SPRM menyita enam kediaman mewah serta sebidang tanah lot yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM12 juta dan turut menemui kuda bernilai ratusan ribu ringgit yang disyaki dibeli menggunakan wang sukuk," katanya.


Dalam perkembangan sama, sumber berkata, Tan Sri terbabit dan isterinya juga dipanggil untuk dirakam percakapan hari ini.


Lelaki kenamaan itu bagaimanapun tidak hadir atas alasan masalah kesihatan.


"SPRM dijangka akan memanggil antara 30 hingga 50 orang saksi untuk membantu siasatan, selain meneruskan usaha mengesan aset milik Tan Sri dan isterinya di dalam dan luar negara," katanya.


BH turut menghubungi Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM untuk mengesahkan serbuan dan rampasan aset itu.


"Semua barang dan aset disita bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001," katanya.


Semalam, BH melaporkan pelbagai aset termasuk tas tangan berjenama, barangan kemas, kereta mewah dan wang tunai bernilai RM32 juta disita daripada seorang Tan Sri yang disiasat SPRM dalam kes tuntutan palsu dan salah guna bon pinjaman bagi pembinaan sebuah lebuh raya di Lembah Klang.


Dalam serbuan itu, SPRM menyita sembilan unit kenderaan mewah seperti Bentley, Mercedes-Benz dan Range Rover bernilai hampir RM7 juta.


Agensi berkenaan turut menyita 217 unit jam tangan mewah pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai kira-kira RM5 juta, 27 unit tas tangan bernilai lebih RM1 juta dan barangan kemas bernilai lebih RM4 juta.


Malah, SPRM turut menemui sebuah stor simpanan pelbagai jenis minuman beralkohol mewah di salah sebuah kediaman yang dipercayai bernilai kira-kira RM3 juta. - BH ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2025 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaum Etnik apa ni?

Etnis kecil nya apa?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau M mcm tau aje sape.. kita sarapan dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Takkan bangsa melayu kut...ada arak kut...cina ke India Tansri ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Wine cellar kot, bkn chiller
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
zafira replied at 31-5-2025 08:07 AM
Kalau M mcm tau aje sape.. kita sarapan dulu..

Mmg kompom M chuols. tapi meols x tahu sapa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2025 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Mesti ada yang VVSOP.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 31-5-2025 08:18 AM
Wine cellar kot, bkn chiller

Iols masa mula2 baca.
Eh chiller simpan wine? Chiller apa .
Hahahahaha
Cellar rupanya..
Proofread takdak kah depa neh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2025 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tan Sri Abu Sahid Muhamed or Ahmed, Perwaja and Mex something like that, yang anak perempuan dia selalu keluar magazine tatler tu, Ruthleen Abu Sahid orang panggil nick ruthless tu.

Anyway is that Arabian horse? Nampak kecik belakang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 31-5-2025 02:21 PM
Iols masa mula2 baca.
Eh chiller simpan wine? Chiller apa .
Hahahahaha

Red wine pun ada simpan dalam chiller juga selain white wine. Ikut category Dan negara mana produce.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Anyway aku ada curiosity skit nak Tanya? Is this Tan Sri husband penyanyi Camelia tu?
Ker husband Camelia Tan Sri lain?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sambung la lg konsessi highway
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 31-5-2025 03:21 PM
Anyway aku ada curiosity skit nak Tanya? Is this Tan Sri husband penyanyi Camelia tu?
Ker husband C ...

Husband dia Dato’ Sri Akhbar Khan
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Konsensi MEX - TS abu juls ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 31-5-2025 03:21 PM
Anyway aku ada curiosity skit nak Tanya? Is this Tan Sri husband penyanyi Camelia tu?
Ker husband C ...

Orang yang berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 31-5-2025 03:29 PM
Husband dia Dato’ Sri Akhbar Khan

Oh husband Camelia is Dato Sri bukan Tan Sri la selama ni ,okay thank you.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2025 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap walk in chiller dalam condo.. kalau booze/wine bar tu bese dengo..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuda putih tu nama Trulala ke
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Naftalena replied at 31-5-2025 03:37 PM
Orang yang berbeza

Ok thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 04:11 PM | Show all posts
slavehunter replied at 31-5-2025 03:18 PM
Tan Sri Abu Sahid Muhamed or Ahmed, Perwaja and Mex something like that, yang anak perempuan dia sel ...

wow........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.190720 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list