CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1698|Reply: 5

Hampir 50 lagi terbunuh, 100 cedera serangan Israel di Gaza hari kedua Aidiladha

[Copy link]
Post time 8-6-2025 11:58 AM | Show all posts |Read mode





BANDARAYA GAZA/ANKARA: Hampir 50 rakyat Palestin terbunuh manakala kira-kira 100 lagi cedera pada hari kedua Aidiladha apabila tentera Israel melancarkan serangan udara dan melepaskan tembakan di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza sejak awal pagi Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.


Sumber perubatan memaklumkan kepada Anadolu bahawa sekurang-kurangnya 15 rakyat Palestin, termasuk enam kanak-kanak, terbunuh dan lebih 50 lagi cedera apabila jet pejuang Israel mengebom sebuah rumah kediaman dengan dua peluru berpandu di kejiranan Sabra di Bandaraya Gaza.


Pasukan penyelamat di lokasi bimbang angka korban meningkat melebihi 30 orang memandangkan ramai mangsa masih hilang dan dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.


Seramai 12 orang, termasuk empat sekeluarga, terbunuh manakala lebih 40 lagi cedera akibat serangan artileri Israel yang menyasarkan khemah pelarian di barat Khan Younis, selatan Gaza.


Tujuh lagi rakyat Palestin terbunuh dalam satu serangan udara Israel yang menyasarkan rumah menempatkan penduduk kehilangan tempat tinggal di barat Bandaraya Gaza.


Dua rakyat Palestin terbunuh apabila artileri Israel menyasarkan sekumpulan orang awam di kejiranan Al-Saftawi, utara Gaza.


Tiga lagi maut dalam satu serangan udara yang menyasarkan sekumpulan orang awam di kawasan Abu Shrekh, barat kem pelarian Jabalia.


Tiga yang lain, termasuk seorang kanak-kanak, turut terbunuh dalam satu lagi serangan ke atas sebuah rumah berhampiran stesen Al-Mujayda di kawasan sama.


Dalam kejadian berasingan, enam rakyat Palestin ditembak mati oleh tentera Israel berhampiran pusat agihan bantuan di barat Rafah. Beberapa yang lain turut cedera.


Jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang ditembak mati ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan sejak 27 Mei kini meningkat kepada 115 orang, dengan lebih 580 cedera dan sembilan masih hilang, menurut kiraan Anadolu berdasarkan sumber Palestin.


Pada Jumaat, hari pertama Aidiladha, seramai 33 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan udara dan serangan meriam Israel di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.


Sumber – BERNAMA-ANADOLU
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2025 01:19 PM | Show all posts
Madleen Gaza flotilla yang membawa Greta Thunberg semakin hampir ke Gaza. Beranikah tentera hanat tahan beliau?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg x fhm cmne ada org yg snggup defend Israel ni. Memang jijik gile. Lgi teruk, Negara Arab ‘Muslim’ konon2 tu pn x buat apa2. Boycott pn x, mlh support lg brand2 mcm Starbucks yg support Israel. Malu siakk
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 8-6-2025 01:19 PM
Madleen Gaza flotilla yang membawa Greta Thunberg semakin hampir ke Gaza. Beranikah tentera hanat ta ...


Apa2 tndakn kt Greta ni confirm dpt kcmn global. Tp x tau la.. tentera Israhell mmg dh byk buat bnda2 kontroversi
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 02:58 PM | Show all posts
Bebzee replied at 9-6-2025 06:52 AM
Aku mmg x fhm cmne ada org yg snggup defend Israel ni. Memang jijik gile. Lgi teruk, Negara Arab ‘M ...

Yang defend Saudi serang Yaman, defend Russia serang Ukraine dan banyak lagi pihak bertelagah satu dunia ko faham ke?

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 09:11 AM | Show all posts
hmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.063723 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list