CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kazman

Pengalaman Arwah Datukku semasa Bintang 3 bermaharajalela

    [Copy link]
Post time 25-5-2011 01:51 PM | Show all posts
Reply 1# kazman


    machis cap gajah..dulu time aku berniaga runcit dulu selalu ade ini machis cap gajah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2011 02:12 PM | Show all posts
Sambung lagi..

Ilmu yg arwah datuk saya ada ni bukanlah bertujuan nak menunjuk-nunjuk tp hanya akan digunakan apabila keadaan terdesak shj. Dia takkan menjadi sekiranya niat utk berdemonstrasi atau yg sewaktu dgnnya..

Ni kes bintang tiga jugak..tp bukan berlaku kt arwah datuk..keluarga terdekat. Sekumpulan geng (malasnyelah nak taip bintang tiga ni..kalau saya guna short form BT aje bolehkann?) sdg mencari seorg tali barut askar jepun di kg berdekatan. Berjumpalah mereka dgn salah seorg rakan seperguruan arwah datuk.
Org tua tu tegurlah cara baik, nak cari siapa kan tp dibalas dgn herdikan lalu diugut dgn senapang agar jgn masuk campur hal diorg.
Sebelum sempat picu dipetik, org tua tu senyum dan secara tiba-tiba senapang yg dipegang geng BT ni jatuh bersama-sama orgnya sekali. Bukan jatuh terduduk tp setkt paras lutut shj. Kaki org tu mcm lekat kt tanah & tak boleh digerakkan langsung.

"Aku bukan nak lawan sama ko org. Jgnlah buat onar kt kg ni. Kami semua tak suka bergaduh. Baliklah ke tempat asal ko org..." kata org tua tu.

Si geng BT yg dah jatuh ni sedaya upaya cuba bangun tp tak dpt2 jugak. Peluh dh merecik smpai basah bajunya akhirnya dia merayu utk melepaskan diri seraya berjanji tak akan ganggu lg tempat tu.

Akhirnya org tua tu pun lepaskanlah geng BT ni tp dgn begitu tangkas sekali dicapainya senapang tu dan cuba utk menembak org tua tu. Walau bagaimanapun org tua tu dah dpt menghidu apa yg bakal berlaku  dgn mengambil langkah   berjaga-jaga dia dpt mengelak sambil menjentik senapang tu ke arah kiri badannya. Terpelanting jauh senapang tu sampai ke seberang jalan dan jatuh berkecai tanpa dpt digunakan lg.

"Aku dah kata dah..tolong jgn buat onar kt sini! Nah, pergi skrg!" jerkah org tua tu kpd geng BT. Bila diorg melihat senapang tu jatuh terpelanting nun ke seberang jln barulah mereka sedar ini bukan calang-calang org dan lebih baik cabut drpd berlawan.

Kebykn geng BT ni mengikut ketua. Klu ketua diorg dah tewas diorg pun turut surender tak lawan lg dah.

bersambung..

Mlm nanti sy sambung lg dgn kes kena ambush sewaktu berkonvoi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 02:20 PM | Show all posts
best cite TT... org skrg dah lupakan keperwiraan pendekar lama...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2011 02:21 PM | Show all posts
Reply 38# want2bhappy


    Tekaan u tu ada tersasar skt..Umur saya nih dah menjangkau 40 ke atas..bila dah sampai umur ni selalu pulak terkenang zaman kecik-kecik dulu. Banding dgn keadaan skrg ni saya rasakan keseronokan bermain di luar, panjat pokok, main polis sentri, galah, tengteng semua tu dh tak dpt dinikmati generasi skrg. Padang permainan yg ada kecik sekangkang kera aje tp ramai yg guna..dulu kami suka sakat anjing jiran sebelah pastu bila dia mula kejar, cepat2 lari panjat pokok ciku rumah jiran lain. Skrg ni ilmu panjat pokok tu pun dh takde..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 02:25 PM | Show all posts
Penculik ramai skrg.. saya pun tak bagi anak saya main kat luar.. sedih jugak tgk dia org.. tapi bila balik kampunggggg.... kelakar jgk tgk ... maklumlah rumah kami ni rumah atas... kecik pulak tu.. balik kampung... lari sana.. lari sini... dulu mak bapak tak yah kisah anak nak pi mana... skrg kena kisah... kut kena culik ka apa ka.. tingat lak dulu... belanja sekolah 20 sen ikat kat hujung sapu tgn.. tapi still tak habis sbb rehat makan RMT lagi... kdg tu gatal jgk pi beli makanan lain... ekekek... ais krim btg kan... yang plastik panjang tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 02:30 PM | Show all posts
Skrang mak bapa takut anak tercalar badan, dulu selagi engko tak patah riuk lantak engkolah nak panjat pokok ke,terjun sungai ke, lari keliling kampung ke. mak bapak senyum je..

Tapi peliknya jarang dengar budak2 patah tangan kaki ke, lemas ke, kalau nak kira lasak memang jauh beza dari sekarang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2011 02:41 PM | Show all posts
emm citer menarik nak lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 02:42 PM | Show all posts
BT ni sebenarnya komuniskah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2011 03:25 PM | Show all posts
menarik, harap byk lagi citer dr TT
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 03:35 PM | Show all posts
meh aku sambung TT nye citer :

Kali ni arwah nenek aku plak cite mase zaman BT tuh, puak puak BT dengan bangganye hadir nak mencarik pasal dengan penduduk kampung arwah nenek aku. Maka dengan sombong dan bongkaknye menjerit2 bagai orang gile kematian anak bini nak cari salah sorang orang kampung yang dikatakan menjadi tali barut jepun. Alkisahnya BT nih dok dlm utan sbb takut dgn puak Jepun. Nak dijadikan cite, BT nih sampai umah orang yg dimaksudkan itu, maka menjeritlah BT dgn loghatnye soh org tu kwa dr umahnye. Then dengan muke seposen org tua tu kwa sambil berkata "nak ape? ".

Apalaga bengang lah BT , "boleh die tanye aku nak ape". BT berkata lagi "mau bunuh kau lah". Terus org tua kate "ok ko pandang belakang ko dulu". Maka BT pon toleh belakang dan dilihatnye lautan yg tiada penghujungnye. Bile BT pandang balik org tua tu dah takde dan depan die jgak lautan (mcm kat pulau lah). Terus collapse! sekian. (sebenarnye arwah nenek aku cite BT ni je yg nmpk cenggitu padahal org tua tu berpijak di bumi yg nyata.

SEKIAN.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 03:37 PM | Show all posts
citer yg menarik  KALAU tak libatkan sindir2 parti politik....  kalau tak, aku repot jer soh tutup thread nih...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 04:32 PM | Show all posts
Reply 1# kazman

Ondaik, kuek botol urang awak ni yo.. Banggo Hehe.. also Rawa, omak urang Kualo Kubu, abah urang Tg Malim. Buleh la jugak cakop rawa sikik2..

Very impressed baca cerita2 mistik camni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 05:31 PM | Show all posts
Cite lah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 05:36 PM | Show all posts
atok aku pon byk gak citer2 misteri mcm ni.. time2 jepun dulu... keris terbang la, bole ghaib la.. ishh2
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 05:43 PM | Show all posts
salam semua

harap forumer takde kaitkan hal politik yang negetif kat sini macam tuduh menuduh, provokasi dan memburukkan parti atau individu berkait dgn politik di sini

pihak mod takkan kompromi dengan perkara seperti ini jika berlaku lagi di sini maka amaran akan diberikan cukup 3 kali kena banned sebulan

harap dapat berforum dengan aman

terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 11:33 PM | Show all posts
zaman BT ni dulu mak aku cakap,tentera salu bawak mayat2 diorang mcm pikul rusa je,ikat dua kaki dan tangan dan selitkan sebatang kayu dan pikul..pastu campak je kat depan hospital...masa tu mak aku muda lagi dan baru lagi jadi nurse..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2011 12:08 AM | Show all posts
salam semua

harap forumer takde kaitkan hal politik yang negetif kat sini macam tuduh menuduh, pr ...
sepaileman Post at 25-5-2011 17:43



    sokong sgt2..mod! Kita bukan nak berpolitik kt dlm forum ni..salah tempat bro! Sila masuk ke thread yg betul utk lepas geram.

Saya cerita ni berdasarkan apa yg arwah bapak sampaikan pd sesi sembang larut mlm kami masa saya muda2 dulu..(how I missed those sessions)..kekadang saya kagum dgn org2 tua kita nih..lepas solat Isya' dok sembang2 sampai masuk waktu solat Subuh. Skrg nih takde lg dah mcm tu.

Apa yg saya dpt drpd pengalaman diorg ni ialah ilmu yg ada dimanfaatkan secara seminimum yg mungkin. Takde sampai berpencak silat/gaduh berjam-jam atau sampai hancur rumah dll. Ada unsur magik, mistik dan campur tgn khadam/jin/hantu raya & yg seewaktu dgnnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 12:14 AM | Show all posts
Best citer TT,sila sambung citer anda.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2011 12:51 AM | Show all posts
Saya sambung lg..

Anak sedara arwah datuk saya yg dipanggil Abg Man masa kecil dulu (thn 1920 an) cukup berminat nak jadi polis. Kata dia jadi polis ni hebat sbb boleh pegang senjata & dihormati org ramai..juga mudah merantau. Yelah org muda zaman tu mana ada internet jd diorg suka merantau..cari pengalaman di tempat org. Keturunan kami ni (Rawa/Mandailing dr Pagar Ruyung) memang terkenal dgn minat suka merantau & mencari ilmu. Jadi, dia dgn anak arwah datuk (Arwah Pak Ngah) mohonlah nak jadi pegawai polis di Raub..masalahnya diorg ni muda trang tang tang lg..lebih krg 15-16 thn gitu..dan dikenali pegawai polis kat sana..yelah sedara jugak..jadi permohonan ditolak mentah-mentah..frustlah sekejap.

Jadi diorg nekad merantau ke Terengganu dan mohon jd polis di sana. Berkat kegigihan & sbb badan diorg ni besar2, tegap serta yg penting sekali..tinggi yg mencukupi maka diorg diterima jd polis. Maka berkhidmatlah mereka di sana selama beberapa tahun.

Sewaktu komunis BT ni bermaharajalela, Abg Man ditukarkan ke Raub. Arwah Pak Ngah tetap di Terengganu..nanti jika ada masa saya cerita pulak pengalaman dia semasa di sana.

Masa tu jalan darat sgt2 merbahaya krn sering diserang hendap oleh BT ni. Utk bergerak ke mana2 mesti ada escort berupa konvoi panjangnya sampai setengah kilometer jika tujuannya mengangkut VIP. Masa tu Pahang dlm kategori black area sbb byk aktiviti komunis BT so faham2 ajelah kenapa perlu ada konvoi sepnjg tu. Dlm kes ni nak bawa OKT dr Terengganu ke Pahang termasuklah juga Abg Man yg ditukarkan ke IPD Raub. Entah mcmana pergerakan diorg ni dihidu geng BT & satu rancangan serang hendap dibuat kt kwsn Bentong.

Abg Man ni adalah ilmu sikit2 jd sblm gerak tu dia dah rasa tak sedap hati. Tapi dibuangnya perasaan tu jauh2 sbb dia yakin ajal maut di tangan Tuhan dan dia berada di pihak yg benar. Sampai je di Bentong, mereka diserang hendap. Berpuluh-puluh org polis berbalas tembakan dgn geng BT ni selama berjam-jam tp disebabkan bilangan geng BT lebih ramai, maka ramailah anggota polis yg terkorban dlm tragedi tu.

Abg Man yg berada dlm trak polis terakhir masih lagi bersemangat melawan geng BT ni. Yg peliknya dia sikitpun tak luka/cedera akibat ditembak. Cuma pakaian shj yg teruk kena sampai berlubang-lubang & carik sana sini. Sampailah satu saat kritikal di mana peluru dia dah hampir kehabisan tp bilangan musuh masih ramai..tau apa dia buat?

Dia laung Allahuakbar dan bangun mengadap kawasan musuh yg menembaknya. Saat tu dia tak fikir lain kecuali menyelamatkan diri daripada mati dibunuh musuh durjana tu. Diambilnya bren gun(?) aka machine gun anggota polis yg terkorban dan mula menembak ke sasaran musuh. Geng BT ni bila nampak polis berdiri tegak cam tu memang sah easy targetlah jd diorg pun tembak hala dia ajelah. Takde satupun peluru hinggap di badan Abg Man. Semua terpelanting ke kiri & kanan dia dan dia dgn selambanya berjln ke arah musuh sambil menembak. Geng BT dah kecut perut. Mcmana nak lawan dgn polis yg tak lut peluru ni? So diorg pun ambil keputusan berundur dr situ. Abg Man bila dah lihat geng BT berundur, dia tak pun kejar sbb masa tu pun bekalan peluru dh habis betul. So, menggunakan alat wayarles dlm trak yg masih ok lg, dia menghubungi IPD Raub dan bgtau apa yg berlaku. Masa tu pegawai tertinggi Mat Saleh..dia bagai tak percaya yg Abg Man sorg shj yg masih hidup dlm serang hendap tu.
Disebabkan keberanian & ke'terer'an Abg Man ni, dia dianugerahkan pingat keberanian drpd kerajaan British pada masa tu. Siap gi London lg utk terima anugerah. Tp yg sedihnya bila balik sini, akibat masalah kewangan pingat tu jadi harta kedai pajak gadai..but that's another story..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2011 12:59 AM | Show all posts
zaman BT ni dulu mak aku cakap,tentera salu bawak mayat2 diorang mcm pikul rusa je,ikat dua kaki dan ...
sw00sh Post at 25-5-2011 23:33



    ha'ah betul tu. Kita tak boleh tergambar apa yg diorg alami sbb masa tu keadaan sgt2 genting dan perang bermakna selalu berdepan dgn mayat hancur/takde kepala kaki tangan..ada kes masa zaman pendudukan Jepun dulu, diletaknya kepala mangsa atas pancang sbg amaran utk sentiasa tunduk kpd perintah penguasa Jepun..issyy ngeri betul..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.079157 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list