CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: YgBenar

[Tempatan] Sudah menjerit memberi amaran kepada pelajar supaya bersiap sedia – Pemandu Bas Mohon Maaf Kepada Pelajar UPSI , dedah brek gagal berfungsi sejauh lebih satu kilometer.

[Copy link]
Post time 10-6-2025 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 10-6-2025 12:39 PM
Beliau kata tak penah mengalami kemalangan sepanjang bergelar pemandu bas. Mungkin betul la kata tok ...

Banyak nya saman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2025 03:28 PM | Show all posts
s@s@ replied at 10-6-2025 03:17 PM
alang2 kalau nk menipu, cakaplah dia keanu reeves.. dalam bas ada bom

pelakon lain la u... jgn abam keanu i..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn lepas ni disalahkan pulak rail tepi jalan tu dah la
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Anthony mana? Senyap je.. Ko kan yang tambah lagi 3 company puspakom tu kan? Ni ke hasil nya?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 10-6-2025 02:33 PM
Tak payah kencing la drebar oii...

Sebelum sampai selekoh maut tu...bila dari Gerik..Akan jumpa jam ...

Bukan ke diorg ni dari ganu nak ke upsi tg malim. Betul la tu diorg dalam keadaan menurun bukit. Jalan timur barat paling tinggi kat hentian titiwangsa dari situ sape nak ke gerik dari jeli akan turun bukit je. Klau nak ke jeli plak dari titiwangsa akan turun bukit plak
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 10-6-2025 02:33 PM
Tak payah kencing la drebar oii...

Sebelum sampai selekoh maut tu...bila dari Gerik..Akan jumpa jam ...

So jambatan tasik banding tu area mendaki/sedikit mendaki?
Supposed bas boleh stop dgn selamat sebelum sampai ke tmpt kemalangan?
Sori tanya sbb ai tak familiar dgn kawasan tu
Sbb dari semalam memikirkan logik masih belum dapat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2025 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 10-6-2025 01:01 PM
jadi babi oh babi lah lepas ni.  driver salahkan bas.  bas salahkan puspakom.  puspakom salahkan bab ...

Hahaha.. ujung ujung salah mak gajah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 03:46 PM | Show all posts
JPJ perlu buat operasi besar besaran ke atas semua kenderaan berat di malaysia...kena buat serang hendap keatas semua syarikat2 yg ada kenderaan berat...wajibkan ciri2 keselamatan yg lebih tinggi ke atas semua kenderaan berat

terlalu kerap dah berlaku dan kerajaan perlu sangat tegas dlm hal ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2025 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahas bas di Gerik: Pemandu tak perlahankan kenderaan walaupun diminta, dakwa pelajar
Oleh Zahratulhayat Mat Arif
Jun 10, 2025 @ 1:46pm



IPOH: Walaupun beberapa kali diminta oleh mangsa terselamat dalam kemalangan bas dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) agar pemandu memperlahankan kenderaan, namun dikatakan rayuannya tidak diendahkan.

Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang melawat Lili Suzana Mat Yaakob, 23, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini.



Selain Lili Suzana, seorang lagi pelajar, Nor Erika Elysha Mohd Zaidi turut menerima rawatan di hospital yang sama.
Menurut Noraini, Lili Suzana telah mengejutkannya untuk memberi amaran bahawa bas dipandu terlalu laju.

"Dia (Lili Suzana) berkata pemandu memandu laju dan dia telah menegur pemandu berkali-kali supaya tidak memandu dengan laju.

"Dia masih trauma. Dalam situasi sebegitu, sesiapa pun pasti akan trauma, apatah lagi apabila kenderaan terbalik.

"Kita dapat lihat kesan trauma itu dengan jelas, jadi kita tawarkan khidmat kaunseling kepada mangsa dan juga ahli keluarga mereka," kata Noraini kepada pemberita ketika ditemui di HRPB.

Noraini berkata kementeriannya telah menyalurkan bantuan segera dan perkhidmatan kaunseling kepada semua yang terkesan akibat tragedi itu.

"Kita minta pelajar jangan risau kerana pihak UPSI, hospital, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa ada untuk membantu," katanya.

Tambah beliau, kedua-dua pelajar itu kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan rawatan lanjut di hospital.

"Salah seorang daripada mereka (Nor Erika Elysha) masih menerima ubat dan belum sedar sepenuhnya, manakala seorang lagi (Lili Suzana) boleh bercakap dengan kita dan kelihatan stabil," katanya.

Noraini turut menzahirkan harapan agar kedua-dua pelajar itu segera pulih dan kembali menyambung pelajaran.

"Apa yang penting adalah mereka kembali bersemangat dan meneruskan pengajian. Kita doakan agar mereka segera sembuh," katanya.

Keluarga yang naik Alza juga akan dibantu

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kebajikan keluarga yang menaiki Perodua Alza dan turut terbabit dalam kemalangan serta sedang dirawat di Hospital Baling, Noraini berkata pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menghubungi mereka.

"Apa yang kita boleh lakukan ialah nanti pegawai JKM akan melawat mereka dan jika ada keperluan, bantuan akan disalurkan," katanya.

Semalam, seramai 15 pelajar UPSI terkorban dalam kemalangan di KM53 Jalan Raya Timur-Barat awal pagi semalam.

Bas berkenaan dalam perjalanan dari Jerteh ke kampus utama universiti di Tanjung Malim.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bercakap pada media selepas melawat mangsa kemalangan pelajar Universiti Sultan Pendidikan Idris di Gerik, di pekarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini. - Foto BERNAMA  

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by izwan_izi at 10-6-2025 04:10 PM
grouper replied at 10-6-2025 03:37 PM
Bukan ke diorg ni dari ganu nak ke upsi tg malim. Betul la tu diorg dalam keadaan menurun bukit. J ...


Kalau dari Jeli pulak..

1) jumpa perumahan perikanan sebelah kanan
2) selekoh kanan sebelum Jambatan Banding No 2.
3) Jambatan banding No.2 (pjg 600 meter)
4) ada simpang ke kanan utk ke boat house byk2 kt bawah tu..
5) selekoh ke kiri..mendaki sikit
6) dlm 50m...jumpa tapak lama stesen minyak petronas (kt area yg ada pencawang)
7) menurun bukit sikit...ada selekoh zig-zag (kanan kiri)
8) jumpa Banding resort kt belah kiri...
9) jambatan Banding no.1 (pjg 800 m)
10) 100m selepas jambatan Banding No.1..nampak kem askar belah kanan...

So..drebar ada cukup masa untuk lepaskan minyak dari permulaan jambatan banding No.2 yg sepanjang 600 m tu...

Lokasi kemalangan antara point No.7 dgn point No.8. Selepas tapak lama stesen minyak pulau Banding..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts


Lebih percaya statement pelajar daridpa statement pemandu bas.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bwk bas dgn lori lain,x sama bas ada penumpang lori ade brang. Ko igt org tu barang. Pertama kali bwk bas eksiden,mmg la sblum ni bwk lori x penah eksiden. Ntah² pertama bwk bas.

Done lpas geram.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 04:08 PM | Show all posts
nak tunjuk terer la tu pemandu babi tu..yelah ramai stdnt pompuan kan..tak plak mampus setan nih..
pasni kluar la citer sedih..pemandu laknat ni anak yg baik jaga org tua sakit..x penah tinggal solat bagai..pastu netizen pun sebak..yihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ai_kiu at 10-6-2025 04:13 PM
izwan_izi replied at 10-6-2025 04:02 PM
Kalau dari Jeli pulak..

1) jumpa perumahan perikanan sebelah kanan


Ok dah faham dgn explaination ni.
Lepas bukak google earth mmg jelas kedudukan beberapa kawasan & tmpt dilalui sebelum eksiden tu.
Aku setuju bas tu boleh berhenti dgn selamat JIKA DRIVER STOP TEKAN MINYAK

Btw aku pening reporter porem cari ni bukak berapa thread dah pasal eksiden ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
jelita_millie replied at 10-6-2025 12:57 PM
aku rasa, manusia normal takde yang nak menyebabkan kematian. kalau betul brek tak function; mmg so  ...

Benda ni cmni tau. Selagi benda tak jadi apa²,diaorg akan pikir,alahh takde apala bawak laju selama ni ok aje.Takde jadi apa² pun.Paling² pun kena saman aje.

Ni terpakai semua situasi. Bak kata mak ai,belum jadi apa2 boleh la ckp takda apa.

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
BungaKencana replied at 10-6-2025 11:56 AM
keadaan jln kt situ menurun bukit ke? sbb mmg laju dari blkg..

Kalau jalan situ memang turun bukit kan...area RnR Titiwangsa ke Gerik kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2025 04:19 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 10-6-2025 04:15 PM
Kalau jalan situ memang turun bukit kan...area RnR Titiwangsa ke Gerik kan

alamak sorry sy tak tahu jalan situ..

hasil share dari @ Ai_kiu - i opy paste je, rsnye komen dlm benang yg ni juga


Aku ni bukannya pandai sangat, tapi bila data dah ada, nak jugak aku jadi nyetizen palatao. ????

So, video dashcam kemalangan student UPSI di Jalanraya Timur Barat dah ada orang upload. Aku tengok bas tu memang laju la, almost double daripada speed dashcam car gayanya.

Anyway, yang aku nampak dalam video tu pantulan cahaya pada papan tanda, macam bas tu flash sebab nak memotong. Lampu flashing tu takde sebaik saja dashcam car dipotong.

Kedua, aku nampak ada skidmark. Ada satu saja, bukan dua, bukan empat. Kedudukan skidmark tu macam sesuai dengan kedudukan tayar depan kiri. So, pada aku, brek takde masalah. Boleh je tayar tu mencengkam jalan. Tapi, sebijik tayar sajalah, sebab lagi tiga dah terangkat, nak cengkam apanya.

Ketiga, aku nampak, bontot belakang naik dulu, maknanya brek memang makan. Kalau tak makan, bontot bas takkan naik sebab beban takkan terkalih ke depan. So, pada aku, alasan brek tak makan tu tak boleh pakai. Bas tu memang laju.

Keempat, lokasi kemalangan aku dapat daripada koordinat GPS pada gambar foto page bomba dan penyelamat. So, aku bukak la Google Earth (bukan Google Map) sebab aku nak tengok betul ke tempat tu curam menurun bukit, sebab gambar dalam Google Maps dan gambar foto kejadian, jalan tu nampak macam flat aje.

Kalau ikut Google Earth, dari selekoh sebelumnya ke selekoh bas terbalik, beza ketinggian dari paras laut (elevation) ialah sebanyak 11 meter.

Aku sebenarnya was-was juga dengan ketepatan Google Earth punya elevation ni, jadi aku double-check dengan lokasi yang aku familiar sangat, iaitu dekat-dekat kawasan rumah aku, ada jalan mendaki bukit yang aku estimate ketinggian bukit tu ialah 15 meter. Google Earyb bagi aku bacaan perbezaan 14 meter. So, kiranya, bab elevation ni, Google Earth ni boleh kata tepatlah.

Jadinya, aku kira jarak pula dari selekoh atas bukit ke selekoh bas terbalik, sebab aku nak kira pulak tahap kecuraman cerun tu. Aku dapat jarak 310 meter. Akupun bukaklah calculator online dan aku masukkan jarak 300 meter dengan elevation 15 meter, sebab aku nak juga bersangka baik yang mungkin memang situ curam, jadi aku lebihkan nilai input supaya in favour of pemandu bas.

Keputusannya, sudut kecuraman hanyalah 2.8 darjah. Tak boleh nampak dengan mata pun. Ini cerun yang dikelaskan sebagai cerun 5%. Cerun 5% ni, kalau naik mountain bike, tak payah tukar gear.

Jadinya kesimpulan aku, bas tu memang laju. Dia takde kena mengena dengan turun bukit ataupun brek tak makan. So, kalau kesimpulan aku ni kelak sama dengan dapatan siasatan kemalangan ni nanti, tolonglah dakwa pemandu bas atas tuduhan mematikan orang dengan salah (manslaughter). Setakat hukuman kemalangan maut tu macam tak best je. Kena bagi lebih lagi. Nak-nak, dengar khabar angin, pemandu hanya cedera ringan.

????

cc - Shamsinor Zaman

Btw tak menahan chatgpt menjoyah ulasan


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa² alasan dari driver bas ni memang susah la netijen nak percaya dah.
Video ada untuk di analisa, saksi dalam bas ramai, rekod lampau banyak.
Apa lagi mau...

Aku berharap sangat akan ada footage dari motokar lain yang berada dibelakang sebelum kejadian.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 04:20 PM | Show all posts
asfaz replied at 10-6-2025 04:12 PM
Benda ni cmni tau. Selagi benda tak jadi apa²,diaorg akan pikir,alahh takde apala bawak laju sela ...

dia ada 18saman kan.. 12 dpdnye saman had laju makanyeee dia mmg selalu bawa laju cuma tak eksiden, kali ni nsb tak baik ragut 15 nyawa yg tak berslh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Noraniza Idris....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2026 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.093598 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list