Ramai pemilik Toyota Estima / Alphard / Vellfire datang ke bengkel kami dengan soalan yang sama:
“Kenapa brek saya lembut? Pad brek baru tukar je.”
Jawapan kami?
Masalah bukan pada pad, tapi pada minyak brek yang kotor dan lama tak ditukar.
Kami pernah periksa sebuah Estima —
Minyak brek sudah jadi gelap & berlumpur, sampai ABS pump tersumbat.
Tekanan minyak langsung tak sampai ke caliper.
Kereta masih boleh bergerak, tapi bila nak berhenti? Bahaya.
Bila Kali Terakhir Tukar Minyak Brek?
✔ Ramai tak tahu minyak brek perlu ditukar setiap 2 tahun atau 40,000km
✔ Tambah minyak baru tanpa flushing = risiko tersumbat
✔ Masalah ini sangat biasa berlaku pada MPV Toyota recond
Kalau anda ada rasa pedal brek makin “dalam” atau lampu ABS menyala secara tiba-tiba, lebih baik periksa awal.