CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1918|Reply: 16

Puteri Sarah menangis menang saman

[Copy link]
Post time 14-6-2025 09:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 15-6-2025 01:43 AM

PETALING JAYA – Gagal menahan air mata, pelakon Puteri Sarah terharu apabila tuntutan saman fitnah yang difailkan sebagai ganti rugi terhadap bekas pekerjanya, Nazatul Nazira pada tahun lalu berpihak kepadanya.

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, bahkan menyifatkan kemenangan tersebut sebagai penyucian maruah dan reputasinya yang sudah dicemarkan individu tidak bertanggungjawab.

“Ya Allah menang, alhamdulillah, terima kasih semua yang sentiasa mendoakan saya. Saya berasa sangat lega dan bersyukur dengan kemenangan ini kerana membabitkan maruah saya, ‘bisnes partner’ (rakan kongsi) dan bisnes saya sekarang.

“Saya menang kes saman fitnah, ya Allah syukur pada-Mu. Berkat hari Jumaat (kelmarin), saya dah sujud syukur,” katanya dalam satu siaran langsumg TikTok.

Disaksikan ramai, pelakon Hijrah Jannah itu itu memeluk anak sulungnya, Syaikhul Islam, sekai gus mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Semalam, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengarahkan Nazatul membayar ganti rugi RM150,000 kepada Sarah berhubung fitnah yang dibuat dalam media sosial, pada tahun lalu. Sarah berjaya membuktikan tuntutan fitnah dibuat Nazatul yang telah mencemarkan reputasinya sebagai artis, usahawan dan ibu tunggal.

“Saya berasa lega sebab benda ini berlaku pada 2023 dan saya mula ‘take action’ (mengambil tindakan) pada 2024 serta masuk mahkamah pada 2025 dan akhirnya berjaya diselesaikan kini.

“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan ahli keluarga serta orang terdekat yang sentiasa di sisi dan tidak pernah lupa berdoa untuk saya, sepanjang kes ini,” katanya.

Puteri Sarah berharap perkara tersebut menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak supaya bertanggungjawab dalam menggunakan medium media sosial.

Selain ganti rugi, Nazatul juga diperintahkan mahkamah membayar kos perbicaraan sebanyak RM30,000 kepada Puteri Sarah selain faedah pada kadar lima peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.

Mahkamah juga memerintahkan Nazatul membuat satu aku janji tidak akan mengulangi perbuatan yang sama, injuksi menghalang penerbitan lanjut kenyataan fitnah dan perintah kepada defendan untuk membuat permohonan maaf bertulis serta menarik balik kenyataan itu di IG dan WhatsApp dalam tempoh tiga hari dari tarikh penghakiman.

Sepanjang perbicaraan, Puteri Sarah diwakili empat peguam menerusi Tetuan Zulkifli Yong Azmi & Co iaitu Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir, Azmi Tan Sri Dr Mohd. Rais, Zulkifli Che Yong dan Mohamad Ikmal Ibrahim.

Menerusi tuntutan kenyataan fitnah dikongsinya dalam IG terdapat lima bukti kenyataan dibuat antaranya Puteri Sarah dituduh mengambil dadah, bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama Andy dengan menganggapnya sebagai rakan kongsi dan seorang ketua yang suka menganiaya pekerja.

Atas semua tuduhan tersebut, Puteri Sarah memfailkan saman dan tuntutan RM1 juta kepada Nazatul Nazira. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2025/06/14/puteri-sarah-menangis-menang-saman-rm150000/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2025 06:45 AM | Show all posts
Terobek..

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Sarah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mintak satu juta. Pepandai aje ko mengira matematik ye?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 09:18 AM | Show all posts
saman mcm ni mmg juta2 mintak nya tp dpt 150k tu pun dah ok.
janji menang kan sarah.
rasa nya 150k tu pun cukup2 byr 4 lawyer tu je.
moga menjadi  pengajaraan pd yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 15-6-2025 09:18 AM
saman mcm ni mmg juta2 mintak nya tp dpt 150k tu pun dah ok.
janji menang kan sarah.
rasa nya 150k t ...

Betul tu...kalau kes naik ke court,boleh mintak macam2 amount, tapi Hakim yang settlekan. Tak kisahlah menang sikit ke banyak, asal menang.

Orang yang suka tabur fitnah nie saman je untuk mengelakkan terusan di fitnah.

Meols berharap apiz & AY buat gini ke ngai kerana fitnah depa macam2. Baru masuk akal sikit, jari & mulut tu diam dari terus menabur fitnah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2025 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab2 saman memang mintak berjuta2 mcm x masuk akal...
Tapi selalunya menang ribuan ratusan...
Oklaaa dari kosong.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayat PSL macam dejavu la.. Terngiang2 kat telinga entiti hodoh terhangguk2 depan wartawan bercakap camni pakej mimik muka mencebik2.. GItulah ayat dia.. Kaahhh.. Btw tahniah PSL.. Dapat 150k tu celah gigi je utk sheols. Yang penting kebenaran terbukti & dapat tutup molot pelaku fitnah itew
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2025 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tp mmg kelakarla org tu cakap sarah bela si Andy..hahaha..takleh nak hadam haku..Andy punya la besauu rumah dia kt jakarta..donate buat masjid, travel sana sini yearss before kenal sarah..family dia pn kaya..kau igt diorg cm influencers ke yg gigih dk tnjuk tiap hari luxury life?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 15-6-2025 11:14 AM
Ayat PSL macam dejavu la.. Terngiang2 kat telinga entiti hodoh terhangguk2 depan wartawan bercakap c ...

Entiti hodoh angguk2 tu patut disaman juga
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa mcm kes nana tu dia mcm ssh nk mng? Padahal terang2 ada live. Last2 tarik kes. Yg iols sampai skrg benci tgk lan kristal laki bini dgn syura. Lagi 2 mngkuk tu xknl
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 12:18 AM | Show all posts
Edited by Kuin-Kepam at 17-6-2025 02:21 AM
lazim replied at 15-6-2025 03:49 PM
Kenapa mcm kes nana tu dia mcm ssh nk mng? Padahal terang2 ada live. Last2 tarik kes. Yg iols sampai ...

sbb susah nak dibuktikan..
apa yg nana sendayan tu "hilang"?
sumber pendapatan? gila? ..stress sampai kena warded ke hanya disebabkan org bergosip psl dia?
atas kapasiti apa sampai kena mintak ganti rugi?



Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuin-Kepam replied at 17-6-2025 12:18 AM
sbb susah nak dibuktikan..
apa yg nana sendayan tu "hilang"?
sumber pendapatan? gila? ..stress samp ...

Mencemarkan reputasi. Memalukan.  Fitnah .
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ku tengok berahak dgn wife family terpaling angkat lipat baju family teragung.

Ku kureng support artist sejak byk kali terlalu kureng dari apa diviralkan. Fiesta food hebah2 mmg tak teruja lagi. Baik ku jimat baik ku kaya sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 07:55 AM | Show all posts
huhu silap2 tak dapat pun rm150k tu
bukan kena penjara [pun kalau tak bayar
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 08:24 AM | Show all posts
Perkerja dia buat kenyataam pasal sombong, bela andy etc etc.
Sarah saman dia.
Lepas tu pekerja saman balik atas sebab menjatuhkan imej dan kredibiliti pekerja tu ( tak tau la imej apa she is talking abt)
Mediator kata try cari jalan damai.
Pekerja tak nak, and still nak bwk ke court.
Pekerja kalah, psl menang.

Betul tak kronologi ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2025 04:46 PM | Show all posts
bagus... suka sgt cari pasal tk tentu hala mendapat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2025 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.071687 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list