CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6283|Reply: 47

Mangsa pakej haji tipu oleh agamawan terkenal selamat tiba di tanah air, luah rasa kesal

[Copy link]
Post time 14-6-2025 10:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 16-6-2025 10:14 AM

JOHOR BAHRU: Hasrat 47 jemaah warga emas Malaysia untuk menunaikan haji bertukar mimpi ngeri apabila ditipu ejen haji tempatan dipercayai membabitkan seorang agamawan terkenal.

Jemaah yang terpedaya dengan janji manis mendakwa berdepan realiti kejam apabila dipaksa meredah laluan berbahaya dengan berjalan kaki tanpa dokumen untuk ke Makkah sebaik tiba di Jeddah, susulan kawalan ketat pihak berkuasa Arab Saudi terhadap jemaah yang tidak mempunyai visa haji.

Anak seorang daripada pasangan warga emas yang menjadi mangsa penipuan ejen berkenaan, Sharifah Azzahra, berkata ibu, bapa dan ibu saudaranya bertolak ke Arab Saudi untuk mengerjakan haji bersama ejen berkenaan pada 9 Mei lalu.

Katanya, warga emas yang menyertai rombongan dikendalikan ejen berkenaan terkejut apabila mendapat tahu bahawa mereka tidak dibenarkan ke kota Makkah susulan tiada visa haji sebaik tiba di Jeddah.

"Susulan kawalan ketat pihak berkuasa Arab Saudi, mimpi ngeri 47 warga emas yang menyertai rombongan itu bermula apabila diminta berjalan kaki meredah bukit berbatu, padang pasir, melintasi lebuh raya, melepasi pagar dawai dan kawasan terpencil tanpa sebarang pengawasan atau perlindungan keselamatan untuk sampai ke Makkah.

"Saya terkejut apabila ibu yang berusia 64 tahun, ayah berusia 63 tahun, dan ibu saudara, 54 tahun memaklumkan menerusi WhatsApp, mereka dipaksa meredah laluan berbahaya berjalan kaki bagi mengelakkan pihak berkuasa Arab Saudi, dengan hanya membawa keperluan asas tanpa makanan dan minuman, manakala bagasi ditinggalkan di beberapa tempat.

"Jemaah warga emas ini juga dibahagikan dalam kumpulan kecil untuk berjalan kaki bagi mengelakkan dikesan malah mereka tidak ditemani oleh lapan wakil ejen yang mengiringi mereka selain tanpa apa-apa taklimat keselamatan.

"Lebih memilukan apabila setibanya di Makkah, ibu, ayah dan ibu saudara bersama jemaah yang lain dikurung dan dikunci dalam bilik sempit, tidak dibenarkan keluar, tanpa akses kepada makanan dan rawatan yang sewajarnya selain dimanipulasi secara psikologi melalui ceramah agama bagi menghalang mereka bertindak balas dan membuat aduan," katanya ketika dihubungi.

Susulan itu, Sharifah Azzahra membuat laporan polis mengenai isu penganiayaan dan penipuan ejen haji berkenaan di Balai Polis Ukay Perdana, Ampang, Selangor, petang semalam.

Mengulas lanjut, Sharifah Azzahra berkata, ada warga emas menghidap pelbagai sakit kronik yang memerlukan ubat termasuk insulin dibawa yang ditinggalkan dalam bagasi di tempat lain, namun mereka diminta bayaran tambahan sebanyak 8,000 riyal (RM9,058), bagi menghantar orang mengambilnya.

Katanya, ia sangat mengecewakan susulan majoriti warga emas berkenaan sudah membayar lebih RM30,000 seorang bagi mengerjakan haji bersama ejen berkenaan.

"Ibu saya memaklumkan semua jemaah ditempatkan di sebuah penginapan di Makkah sebelum diarahkan untuk tidak keluar langsung, dan diminta duduk berhimpit dalam sebuah bilik sempit, bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa Arab Saudi.

"Layanan terhadap jemaah dari segi penyediaan makanan juga amat menyedihkan. Makanan yang disediakan bukan sahaja tidak mencukupi termasuk disajikan nasi mentah serta dua ketul ayam yang terpaksa dikongsi dengan lebih daripada lima orang, selain mi segera sebagai pengalas perut," katanya.

Sharifah Azzahra berkata, ibu serta bapanya memaklumkan ada jemaah yang cuba melarikan diri, namun mereka tidak tahu ke mana hendak dituju selain tiada dokumen yang sah serta pengetahuan mengenai lokasi keberadaan, menyebabkan jemaah akhirnya membatalkan rancangan melarikan diri.

Namun, dalam perjalanan jemaah menuju ke Arafah, mereka akhirnya ditahan selepas dikesan pihak berkuasa Arab Saudi.

Sharifah Azzahra berkata, terdahulu ejen memaklumkan kesemua jemaah, jika rombongan ditahan pihak berkuasa, mereka hanya perlu mendiamkan diri dan menyatakan datang secara individu tanpa dibawa sesiapa.

"Kesemua jemaah dan ejen yang mengiringi ditahan hampir seharian di dalam bas, sebelum akhirnya dilepaskan berikutan Malaysia mempunyai rekod jemaah haji yang baik selain diarahkan terus meninggalkan Arab Saudi serta-merta.

"Ia menyebabkan kesemua 47 jemaah bukan sahaja tidak dapat menunaikan haji seperti yang dihajatkan malah wang yang dibayar kepada ejen hangus begitu sahaja sehingga menyebabkan mereka ralat dan amat sedih," katanya.

Sharifah Azzahra berkata, insiden itu memberi pengajaran kepada umat Islam terutama warga emas supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran jalan pintas menunaikan haji walaupun ditawarkan oleh agamawan berpengaruh dan terkenal.

"Saya merayu pihak berkuasa menyiasat insiden ini serta mengambil tindakan tegas terhadap penganjur ini supaya nasib warga emas yang terpedaya dapat diberikan keadilan sewajarnya.

"Penipuan dan penganiayaan ini bukan sahaja menyusahkan dan mendatangkan trauma kepada mangsa dalam kalangan warga emas, malah mencemarkan imej Malaysia sebagai negara dengan pengurusan haji terbaik dan dikagumi," katanya.

Sharifah Azzahra turut memaklumkan kesemua 47 jemaah warga emas berkenaan akan pulang ke Malaysia esok selepas tiba di Turkiye, kelmarin.

BH



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2025 06:03 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2025 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal sangaf masuk ni, saper agamawang tu agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2025 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat link x berita harian tu ada poster tapi nama tuan guru tu di blur kan. Dasyat level penunggang zalim sanggup aniaya orang. Jangan mudah terpedaya la kalau umrah pun orang boleh tipu lagi2 haji. Selain tabung haji, andalusia tak payah la tertipu. Tabung haji rayuan, bayar full pun kos 30k+ jugak. Kalau yg swasta sekali ganda tu, dalam 70-80k, swasta 20-30k ni penipu jangan percaya
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2025 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 14-6-2025 10:41 PM
Kat link x berita harian tu ada poster tapi nama tuan guru tu di blur kan. Dasyat level penunggang z ...

Masalahnya depa2 ni enabler... berpegang pada konsep dah berusaha...cuma yg naik geram kita ni dah korang yg willing nak ikut pakej too good to be true tu so apa2 jadi kena tipu ke apa xyah komplen...padan muka aje...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena faham pegi haji nie jika ada kemampuan, bukan duit semata. Mampu dari segi wang, mampu dari segi kesihatan, mampu dari segi kebenaran visa. Faham memang kekadang orang kalau boleh sebelum mati nak pegi haji. Tapi kalau sampai menipu macam tu, sebelum fly bgtau nak pegi mengaji bukan nak pegi haji, rasanya ibadah haji tu kira jadi sah ke? Nanti ada plak keluar ayat itu undang2 manusia je bukan undang2 Allah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2025 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Zalim...
Kesian mak cik pak cik tu. Tergamak ek
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 14-6-2025 10:48 PM
Masalahnya depa2 ni enabler... berpegang pada konsep dah berusaha...cuma yg naik geram kita ni dah ...

Warga emas ni kebanyakannya dah punya duit saving setakat 30-40k dah ada. Dan ada ego dan degil sendiri gak kadang2 anak2 cakap pun taknak dengar, pegang duit sendiri kan. Tu senang dimanipulasi dan ditipu. Kadang2 warga emas ni lagi percaya stranger setad2 dari anak2. Bila dah tertipu, kadar survival pun tak berapa tinggi tak pernah duduk oversea tu yg nak lari pun takut2, end up jadi kisah di atas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2025 08:16 AM | Show all posts

Awas!!

Edited by JoyahMengayah at 15-6-2025 12:20 PM



Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pittjie at 15-6-2025 08:30 AM
doubleA replied at 14-6-2025 10:41 PM
Kat link x berita harian tu ada poster tapi nama tuan guru tu di blur kan. Dasyat level penunggang z ...


Byk lagi TA yg dipercayai selain Andalusia. Asalkan agen dlm list PJH, insyaallah ok.

Tapi sejak bila pulak agamawan ni masuk golongan artist? Sampai masuk thread gossip ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 08:53 AM | Show all posts
Salah reruai ini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 15-6-2025 12:54 AM
Warga emas ni kebanyakannya dah punya duit saving setakat 30-40k dah ada. Dan ada ego dan degil se ...

Betul.

Geng warga emas ni termasuk mak ayah iols mmg percaya org luar dari anak anak. Dok beli la pamoga, barang amway sbb kawan kata bagus. Geram tau. Last last bukan makan pun, jahanam duit saja
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapaaa ???
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 15-6-2025 12:54 AM
Warga emas ni kebanyakannya dah punya duit saving setakat 30-40k dah ada. Dan ada ego dan degil se ...

Sebagai anak yg ada bapak perangai camni..iols agree nokss..dia punya degil & ego tu..ya tuhan..bila anak nasihat dia anggap anak ni mcm musuh dia pulak..dh pernah kena tipu MLM..pastu skrg asik la beli produk kesihatan mengarut2 kat shopee..pandai lak tu beli COD ..Ada yg dr google..ada skali tu mmg sah ada babi..haaaaaaaaa..tak ke hangin tu...ko hengat penjual produk peduli ke pasal kesihatan kau? Yg anak ni pulak dianggap mcm saja taknak bg dia sihat..ko ghaseeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 15-6-2025 09:15 AM
Sebagai anak yg ada bapak perangai camni..iols agree nokss..dia punya degil & ego tu..ya tuhan..bi ...

Bapak iols camtu la, ada duit pencen sendiri pulak, beli ubat kt tiktok bagai bila ada komplikasi insaf la kejap, pastu cari ubat lain. Duit lagi rela bagi orang. Bapak2 lagi ada tendency jadi degil dan ego bila tua. At least mak iols masih percayakan anak2 lagi. Anak2 bukan la cakap kosong pun dan kita pun taknak dorang ditipu, tapi susah nak kawal
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 11:53 AM | Show all posts
dah bnyk tahun ada jemaah tertipu

tapi ramai tak belajar dari kesilapan org lain

TH dah terkenal sampai Arab pun puji. PJH lantikan TH pun takde masaalah. Kenapa lah nak susahkan diri

a smart person learns from his mistakes

a smarter person learns from others’ mistakes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2025 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bgtau jela sapa org tu
Kawan aku pun ada pg haji Diy
Umur 51 kot.. tahla
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah berbuih mulut org nasihatkan, social media, TV, suratkhabar semua dah pesan.

TAKDA PERMIT HAJI, TAK BOLEH BUAT HAJI. Bukan semua, tapi ada yg mmg degil dah tahu risiko bakal ditangkap, penjara, byr denda ttp jugak nk guna konsep tawakal redha bagai. Dah takda wukuf, haji apanya.
Kan sblm berlepas visa semua mesti dlm tangan..means kalau tourist visa tu confirmed ler kena tipu. TA dlm list PJH je yg genuine. Yg penunggang agama ni semua pergi mampos lah. Semoga dilaknat masa hidup.
Tapi tindakan mmg takdalah kot. Bersepah scammers yg sama buat kerja untung juta saban tahun . Laki bini famous senyum meyeringai untung juta2. Masuk je page naga Slayer tu, betapa ramai yg serban kopiah, purdah semua mkn duit haram
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 15-6-2025 10:00 AM
Bapak iols camtu la, ada duit pencen sendiri pulak, beli ubat kt tiktok bagai bila ada komplikasi  ...

Sama la..iols mak iols ok sgt2..mmg dia tak berapa pandai..ala2 buta it .tp kalau kita pesan apa2..dia mmg dgr..contoh mcm jgn klik link tah dr sesiapa ke kan..mak iols dia ok..tp bapak..haaa..terpaling over confident ye..degilll sgt2..ego toksah ckp la
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 02:46 PM | Show all posts
Dah ambik duit puluh-puluh ribu, dibuatnya jemaah tu cari jalan tikus macam rohingya seludup masuk malezia. Semoga melingkuplah OKT.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
seram weh, dah macam PATI dia bawak dorang tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2025 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.081341 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list