View: 1624|Reply: 5
|
[Dunia]
Menara 67 tingkat di Dubai terbakar, lebih 3,800 dipindahkan
[Copy link]
|
|
AGENSI
Jun 15, 2025 @ 10:10am
Kebakaran menara 67 tingkat di Dubai Marina, penduduk dipindah. - Foto AGENSI
DUBAI: Satu kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan setinggi 67 tingkat di kawasan Marina di sini, menurut Pejabat Media Dubai (DMO), semalam.
Menurut laporan akhbar Khaleej Times, kesemua 3,820 penduduk dari 764 unit pangsapuri di Marina Pinnacle berjaya dipindahkan dengan selamat selepas kebakaran bermula lewat malam Jumaat.
Kebakaran berjaya dipadamkan oleh pasukan Pertahanan Awam Dubai yang bertungkus lumus selama enam jam untuk mengawal api.
Menurut DMO, pihak berkuasa kini bekerjasama rapat dengan pemaju bangunan untuk menyediakan penginapan sementara kepada semua penduduk yang terjejas, dengan keutamaan diberikan kepada keselamatan dan kebajikan mereka.
"Pasukan khas berjaya memindahkan semua penduduk dari bangunan 67 tingkat itu dengan selamat, mengutamakan kesihatan dan keselamatan mereka sepanjang operasi.
"Pasukan ambulans dan kakitangan perubatan berada di tapak untuk menawarkan sokongan perubatan dan mental penuh kepada penduduk yang dipindahkan dengan selamat," menurut DMO dalam siaran di X, semalam.
Usaha memadamkan sepenuhnya kebakaran itu terus dilakukan.
Pada jam 2.21 pagi (waktu tempatan), DMO mengesahkan bahawa kesemua 3,820 penduduk daripada 764 unit berjaya dipindahkan tanpa sebarang kecederaan.
Ini bukan kali pertama Marina Pinnacle yang turut dikenali sebagai Menara Tiger mengalami kebakaran.
Pada Mei 2015, insiden di dapur menyebabkan kebakaran bermula di tingkat 47 dan merebak ke tingkat 48 sebelum berjaya dikawal oleh Pertahanan Awam Dubai, menurut Khaleej Times.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 15-6-2025 12:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bpbbppbp at 15-6-2025 01:49 PM
Klau tgk api bsr jugak. nsib baik xde apa2 cedera/lemas asap |
|
|
|
|
|
|
|
Uish,dasyat. X penah dgr mana² skyscraper tbakar sblum ni.kalu ada x tau la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Bab ni memang respek la cara dorang uruskan evacuation
0 kematian adalah satu keajaiban alam |
|
|
|
|
|
|
| |
|