CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6991|Reply: 65

[Jenayah] Polis kemaruk ajak wanita 'check-in' hotel disiasat

[Copy link]
Post time 16-6-2025 12:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 16-6-2025 05:09 PM

Seorang anggota polis berdepan siasatan selepas dirakam mengajak seorang wanita masuk ke bilik hotel.

Rakaman video itu kini tular di media sosial dan mendorong Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya membuka kertas siasatan terhadap anggota terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail, berkata ,anggota tersebut telah dikenal pasti dan siasatan susulan sedang dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perkataan dan isyarat dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, video berdurasi dua minit 17 saat itu dimuat naik di TikTok sebelum tular di media sosial.

Berdasarkan rakaman insiden dan satu lagi video yang dimuat naik oleh mangsa di akaun TikToknya, kejadian dipercayai berlaku awal pagi Sabtu, berhampiran Balai Polis Pandan Perdana.

Dalam video itu, anggota polis yang lengkap beruniform kedengaran mengajak wanita tersebut "lepak" di rumahnya di Keramat, sebelum mencadangkan supaya mereka "check-in" ke sebuah bilik hotel.

Dalam klip seterusnya, dia turut didengar memujuk wanita itu untuk mengikutnya ke satu lokasi berdekatan yang hanya mengambil masa "10 minit".

Namun, mangsa menolak pelawaan itu dan memberitahu bahawa mereka boleh berjumpa kemudian.

Dakwa diugut, takut bertindak

Menerusi video kedua yang dimuat naik hari ini di TikTok, wanita tersebut mendakwa kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika dia mengambil motosikalnya yang diparkir berhampiran balai polis berkenaan.

Dia mendakwa didekati anggota polis itu dan perbualan bermula dengan topik biasa, sebelum anggota terbabit mengajak dia mengikutnya ke arah sebuah tangga.

"Berkali-kali juga la dia desak aku suruh lepak kat tangga. 10 minit je, janji, 10 minit je. Bila dia desak aku tu, start dari tu la aku tergerak hati nak ambil handphone, aku nak record(rakam).

"Kau tau tak, aku masa tengah bercakap dengan dia pun aku berfikir, apa aku nak buat dengan dia ni. Aku pun ambik la handphone aku, aku record," katanya.

Mangsa menjelaskan dia tidak mahu melayan anggota polis tersebut, tetapi takut untuk melarikan diri atau bertindak kerana hanya mereka berdua sahaja berada di lokasi itu.

Wanita tersebut memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan polis, namun kecewa dengan cara pihak polis menerima aduannya.

Tanpa mendedahkan nama balai polis berkenaan, wanita itu mendakwa seorang anggota bertugas menyalahkan dirinya atas kejadian tersebut.

“Dia (Anggota polis itu) cakap normal weh, normal la lelaki ajak check in,” dakwanya.

Wanita itu berkata dia turut dimarahi kerana merakam perbualan berkenaan memandangkan anggota itu sedang bertugas.

MalaysiaKini


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2025 08:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsatnya..lelaki melayula yg merosakkan perempuan melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat tukar dept atau hntr negeri lain apedehal
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 09:45 AM | Show all posts

polis pun dah takleh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 10:20 AM | Show all posts
10 minit ja?? lemahnya nafsu anggota pulis....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2025 10:26 AM | Show all posts
dh lama dok try or ni baru 1st time?
agkanya dia tgk budak pmpuan- freehair-keluaq malam= ingt jenis senang2 kot.
tu tak segan kan nk apa, direct ja ajak check in.

so, apa yg ptt pmpuan skarang buat so tak dianggap mudah/ murah/ easy-peasy?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 10:28 AM | Show all posts
Edited by aryyan at 16-6-2025 10:35 AM

-double post-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2025 10:38 AM | Show all posts
Firenzza replied at 16-6-2025 06:38 AM
Setakat tukar dept atau hntr negeri lain apedehal

tukar negeri lagi best, boleh try pompuan negeri lain pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 11:09 AM | Show all posts
apa nak terkejut..polis bawah dengan benda2 bodoh camni...ajak check in, goda bini orang, janda... amik rasuah kt PATI, malas buat kerja..

yang atas2 makan lagi besar, projek macam2... bila kes profil tinggi baru terlompat nak setelkan... kalau kecik2 ni lantak kome la jadi apa pun..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 11:22 AM | Show all posts
itu warga msia tu...bayangkan kalo dia tahan pompuan pati2 tu...nak lepas kalu,tonggeng..10minit ajaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Normal ko kata ajak pompuan tak dikenali check in? Ko isele ke? makan barbie tak?togok beer tak?
Apa la nk jadi dgn polis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 11:25 AM | Show all posts
bodohlah .. kau nak ajak perempuan dating kau jangan pakai baju polis
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mybe dh byk kali kot jantan ni try,so kali ni baru bdk tu rekod..bodoh jgk jwpn kata biasa la llaki ajak check in..apa hat biasa nya..hujung2 tukar negeri je..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Wife2 polis......adakah possibility husband anda species ni....hati2
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 01:15 PM | Show all posts
kpd wanita, jgn menikah polis atau askar, gelap masa depan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2025 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts


Sian dia...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 01:29 PM | Show all posts
Agaknya ni mangsa dia keberapa atau orang keberapa yg dia ajak check in? Hensem tak polis ni? Bagus jugak adik ni kuat iman dia walau tengok rambut merah gitu, dia tolak ajakan check in tu.. Tengok cikgu yg haritu bertudung litup tutup dada tapi lemah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak dia buat apa kat tangga tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki melayu nak lubang free ja padahal banyak ja sugarbabi rumah pelacuran semua hulur duit ja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.068994 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list