CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5573|Reply: 45

[Jenayah] Tabung Syria jadah! Ahli-ahli NGO dicekup, kisahnya sakau kumpul harta karun

[Copy link]
Post time 16-6-2025 10:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 16-6-2025 04:32 PM

Kuala Lumpur: Seleweng sumbangan orang ramai dengan memindahkan dana pertubuhan ke akaun peribadi dan membeli barang kemas, kereta, tanah serta rumah termasuk mata wang kripto bernilai RM26 juta.

Itu modus operandi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengutip sumbangan orang ramai malah wang lebihan projek pembinaan telaga bagi misi kemanusiaan di Syria turut 'digelapkan' untuk kegunaan sendiri.

Kegiatan NGO terbabit bagaimanapun terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat tangkapan lima suspek termasuk pengerusi, setiausaha, bendahari dan pegawai kewangan NGO itu menerusi Op Serantau dijalankan SPRM Selangor.

Sumber berkata, serbuan dibuat di beberapa lokasi di sekitar Selangor, Melaka dan Pulau Pinang bermula Khamis lalu.

"Lima suspek terbabit kini direman tujuh hari iaitu empat daripadanya direman sehingga Rabu dan seorang lagi sehingga Khamis ini.

"Modus operandi menyeleweng dana ini hampir sama seperti yang berlaku dengan pertubuhan Aman Palestin apabila mereka memindahkan wang ke dalam akaun peribadi, selain bagi membeli barang kemas, kereta, tanah, dan mata wang kripto.

"Mereka juga dipercayai memindahkan dana pertubuhan ke akaun peribadi bagi memberi pinjaman kepada kakitangan pertubuhan terbabit, selain menggelapkan wang lebihan projek pembinaan telaga bagi misi kemanusiaan di Syria untuk kegunaan sendiri," katanya.

Menurut sumber, kegiatan menyeleweng dana hasil sumbangan orang ramai itu dipercayai berlaku sejak 2015 hingga sekarang.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi, mengesahkan penangkapan itu.

Beliau berkata, SPRM sudah menyita pelbagai aset berjumlah lebih RM8 juta iaitu wang tunai lebih RM1 juta, barang kemas dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000, akaun kripto bernilai kira-kira RM650,000 dan empat unit rumah dianggarkan bernilai lebih RM1.4 juta dalam operasi berkenaan.

"SPRM juga sudah membekukan 14 akaun perbankan membabitkan jumlah hampir RM5 juta bagi tujuan siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Harian Metro sebelum ini melaporkan SPRM menahan empat individu termasuk tiga ahli jawatankuasa sebuah NGO kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik NGO di tempat mereka bekerja.

Menurut sumber, suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan antara 4 petang hingga 7 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka.

Susulan itu, SPRM menahan pengerusi NGO berusia 30-an itu kerana disyaki menyalah guna kuasa dengan menyeleweng dana milik NGO di tempatnya bekerja.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2025 07:12 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang ni 5ak tau ke hidup ni kejap je..

Maybe umur 70-80 dah mati

Kalau beruntung pon dapat cecah 100 tahun, tu pon berak kena ada orang tolong basuhkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Menurut pejuang melayu PN & PAS, ini ialah cara2 halus cina DAP nak menjatuhkan ekonomi jutawan melayu hasil kutipan derma. Cina gerakan x mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 11:43 PM | Show all posts
...... memalukan !!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 11:46 PM | Show all posts
Melayu islam sekali lagi



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2025 12:26 AM | Show all posts
Kuala Lumpur: Seleweng sumbangan orang ramai dengan memindahkan dana pertubuhan ke akaun peribadi dan membeli barang kemas, kereta, tanah serta rumah termasuk mata wang kripto bernilai RM26 juta.

Malu wooooo...........syiah Iran, Yaman sanggup bermatian tolong palastine. Ini orang tada guna.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 17-6-2025 12:44 AM

Korang semua ada derma aman pelestin ka, kira korang aman2 mengkayakan mereka, bukan dah lama aman pelestin tipu2, kalau mercy malaysia ok kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2025 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 yang sikit2 sebak ketahui lah ini cuma apa yang terlihat sahaja macam iceberg. Korang memang sedang berenang dalam kencing pun. Bila rasanya akan sedar? Maybe never.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 16-6-2025 11:46 PM
Melayu islam sekali lagi

I tak sokong theyol ni, memang layak dikecam. Tapi obvious sangat sekrang why kes2 macam ni hampir semua geng Malay kita yg kena.memng bangsa lain suci sangat ke?Theyol bab menipu ni lagi champion..Ke banyak je kes theyol tapi media tak report x publish?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 08:23 AM | Show all posts
hahahah padan muka kene tipu
pergilah pindah sana yang menipu dan ditipu ke utopia syria skrg
bab derma pun kne tipu
benda besar yg lain lg la kne tipu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah apa depa dok pikir kan.masa.sakau duit tu..
Rezeki jatuh dari langit kah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Blessed_Servant replied at 17-6-2025 12:41 AM
I tak sokong theyol ni, memang layak dikecam. Tapi obvious sangat sekrang why kes2 macam ni hampir ...

Bangsa lain ... kalau nak menipu, mereka tak perlu kaitkan dengan agama.

Contohnya, scammer. Mana ada scammer nak menipu dan mencuri duit orang guna cerita saudara Islam la, derma la, jihad la, pahala la, syurga la, hadith Nabi la, ayat Al-Quran la.

Sama ada scammer akan cerita tentang investment atau return. Atau mereka cerita tentang kes polis untuk takutkan mangsa.

+ + +

Bangsa lain tak guna agama bukan dalam konteks menipu saja. Mereka juga tak guna agama dalam konteks lain.

Ada pernah tengok sami Buddha buat parti politik? Buat ceramah politik? Buat video TikTok politik?

Ada pernah tengok sami India jual air yang sudah dibaca dengan ayat daripada kitab agama Hindu? Dan air tu boleh merawat penyakit kanser, strok, diabetes, jantung, dan semua jenis penyakit.

Cuba tengok macam mana Cina berpolitik. Contohnya, DAP atau MCA. Ada diorang sibuk nak tunggang agama Buddha?

Cuba tengok macam mana Cina berniaga. Contohnya, Tealive, Speedmart, Mr DIY, Farm Fresh, Kedai Eko. Ada diorang sibuk nak tunggang agama Buddha?

Kenapa orang Islam pergi Kedai Eko? Bukan sebab pahala. Sebab murah. Satu barang RM 2 saja!

Kalau jual barang RM 2 berjaya bantu syarikat Cina untuk jadi public listed company, apa perlunya mereka jual agama untuk jadi billionaire?

+ + +

Dalam kalangan Islam, kita ada konsep munafik. Munafik sudah wujud sejak zaman Rasulullah lagi.

Munafik merujuk kepada manusia yang berpura-pura. Nampak baik, tapi sebenarnya jahat.

Orang munafik lebih bahaya daripada orang jahat yang jujur dengan kejahatan mereka seperti scammer atau gangster.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah la, kita pun jadi taktau nak derma kat mana satu tabung2 yg katanya utk bantuan kat belah2 sinun syiria paletin yaman dsb. Sebab pasal ni la takut sumbangan kita tak sampai pun ke sana. Yg ngo under ustaz amin tu taktau la ok ke tak hah sebab dia pun slalu jugak ke baitulmaqdis sana bagi bantuan kan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 12:25 PM | Show all posts
susah bila gelap mata xde sifat amanah
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 02:35 PM | Show all posts
Blessed_Servant replied at 17-6-2025 12:41 AM
I tak sokong theyol ni, memang layak dikecam. Tapi obvious sangat sekrang why kes2 macam ni hampir ...

theyols takde bukak tabung dana atas nama bantuan, menunggang agama.
ada je drg menipu sesama sendiri..busuk2 pun, tipu tabung kuil-kaitkan jemaah sendiri je.
yang ngo mulayu ni babitkan umat islam satu malysia. and somemore..islam, sepatutnya tau dah dosa pahala halal haram tapi buat kerja laknat lagi teruk dr org bukan islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2025 02:36 PM | Show all posts
Nfir replied at 17-6-2025 09:50 AM
Bangsa lain ... kalau nak menipu, mereka tak perlu kaitkan dengan agama.

Contohnya, scammer. Mana ...

tepat dan padat.


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Blessed_Servant replied at 17-6-2025 12:41 AM
I tak sokong theyol ni, memang layak dikecam. Tapi obvious sangat sekrang why kes2 macam ni hampir ...

"kita talak tipu maaaa....kita pandai meniaga"-
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpelah dah rjeki mereka
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nfir replied at 17-6-2025 09:50 AM
Bangsa lain ... kalau nak menipu, mereka tak perlu kaitkan dengan agama.

Contohnya, scammer. Mana ...

"kita talak picaya tuhan maaa...apa macam mau 'jual' agama....sapa mau 'bili'"-
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.108811 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list