CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3906|Reply: 33

[Jenayah] "Kau Bodoh Ek?" - Parents Takde Common Sense, Suap Toddler Tiramisu Yang Terang2 Ada Coffee!

[Copy link]
Post time 17-6-2025 08:26 AM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Nisya berkongsi tentang kekesalannya selepas melihat segelintir ibu bapa yang bertindak memberi anak kecil mereka tiramisu.

Seperti yang kita tahu, tiramisu mempunyai kandungan kafein yang agak tinggi berbanding kek perisa lain kerana biskut lady fingers atau kek span yang dicicah dalam bancuhan air kopi.

Sukatan serbuk kopi itu pula bergantung kepada individu yang membuat tiramisu tersebut. Ada sesetengah tiramisu rasa sedikit pahit kerana kandungan kopi yang tinggi.

Jelas Nisya, walaupun kek tiramisu dilihat seperti satu trend dan dicari ramai pada ketika ini, golongan ibu bapa khususnya tidak wajar memberikan si kecil makan manisan berkenaan.

“Telefon sentiasa di tangan tapi tak nak belajar. Macam tu lah. Nanti diorang keluar ayat, ‘Aku dulu elok je bapak aku bagi air kopi kecil-kecil’,” katanya.

Tambahnya lagi, para ibu bapa yang memberikan anak kecil makan tiramisu ini perlu lebih peka tentang jenis pemakanan yang sesuai diberikan.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi tentang hantaran tersebut. Ramai yang bersetuju dengan pandangan dilontarkan oleh Nisya.

“Lagi satu air teh, matcha dan sebagainya yang mengandungi kafein. Kafein adalah ‘a big no’ untuk kanak-kanak,” kata seorang pengguna Threads.

Pun begitu, ada juga segelintir yang berkata pemberian sesuatu jenis makanan kepada anak kecil adalah bergantung kepada pilihan serta keputusan ibu bapa mereka.

“Biar la asalkan ibu bapa tak suapkan dekat anak kau. Ada ibu bapa tak kisah bagi anak rasa satu atau dua suap asalkan ia halal. Saya salah seorang yang macam tu. Air latte pun anak saya suka tapi bukan bagi satu gelas besar dekat dia. Jadi saya b*doh ke?” tanya seorang wanita.

Sementara itu, sesetengah individu berkata ada golongan ibu bapa yang kurang kesedaran tentang pengambilan kafein di kalangan anak.

“Aku lagi terkejut ramai yang terasa dengan Thread ni. Ramai rupanya ibu bapa yang tak ada kesedaran tentang kafein tidak bagus untuk anak,” kata seorang warganet.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2025 11:55 AM | Show all posts
Keburukan Kafein Untuk Anak Yang Masih Kecil

Bukan sekadar tiramisu, malah Malaysia juga popular dengan budaya pengambilan minuman kopi dalam rutin harian. Untuk info, kafein adalah tidak bagus untuk kanak-kanak.

Kanak-kanak ini boleh mengalami masalah yang sering didengari berlaku di kalangan orang dewasa sebagai contoh insomnia.

Bahkan, ia juga boleh mengundang keadaan hiperaktif. Ia kemudiannya akan menyebabkan si kecil sukar untuk fokus dan cepat rasa gelisah.

Tindak balas ini mungkin diperlukan oleh individu dewasa untuk meningkatkan tenaga dan daya tumpuan. Bagaimanapun, tindak balas itu mungkin agak berlebihan buat kanak-kanak yang mengambilnya.

Lebih berbahaya adalah ia berisiko membawa keburukan kepada tumbesaran anak. Hal ini kerana kafein tidak mempunyai sebarang kalori yang mendatangkan apa-apa nutrien.

Kanak-kanak yang minum atau makan kafein tidak akan mendapat vitamin dan mineral yang diperlukan untuk tumbesaran mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2025 08:28 AM | Show all posts
Edited by vanillaessence at 21-6-2025 11:56 AM


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada iols temgok kat fb, baby diberi lolipop
Ape bodoh gila.lah
Kesian baby tu dok hisap2.igt susu.rupanya.lolipop...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2025 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps tu bila anak2 autism, adhd & yg sewaktu dgnnya ko salahkn beksin
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2025 08:08 AM | Show all posts
Ibu bapa kena cakna dengan makanan untuk anak kecil ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2025 08:42 AM | Show all posts
acah2 parent zaman skang
anak aku kecik dulu sumbat je macam2
cerdik elok je
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ade parent bangga bg makanan viral kat anak2 kecil.. kwn2 iolss Ade gak jenis mcm ni.. anak2 sekolah rendah di sumbatkan gan kopi viral..megah konon bg anak2 minum kopi viral...kira kaya la konon nye...lps tu bl dah sengkek mengamuk anak2 ketagig kopi viral...br ckp kopi tu mahaii...rege ikan sekilo...lps tu Hina anak sendiri bdn gemuk mcm badak...dah ko yg membadak kan Anak2 ko...cermin rumah dia agaknye mcm cermin perempuan sihir zmn purba..dia tgk cermin nampak kurus..pdhal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2025 10:21 AM | Show all posts
betapa ramainya mak pak hisap rokok depan anak , baby, takdeplak dia kecam bodoh,bangang sial bagai dlm socmed

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 10:26 AM | Show all posts
ina_na replied at 19-6-2025 09:51 AM
Mmg ade parent bangga bg makanan viral kat anak2 kecil.. kwn2 iolss Ade gak jenis mcm ni.. anak2 sek ...

akak pun pelik, ramai yg rasa kaya sangat bila try makanan viral...

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 yg makan cekelat kopiko elok je kejadiannya sebab time aku sekolah dlu mmg cekelat kopiko benda favorite  di kalangan budak2
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
lantak la dia nak bagi apa dekat anak dia. bukannya dia bagi isap rokok & cucuk dadah sundel oi
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia
Biar la
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 02:37 PM | Show all posts
NazRysha replied at 19-6-2025 08:42 AM
acah2 parent zaman skang
anak aku kecik dulu sumbat je macam2
cerdik elok je

kan...mmg acah2 parent muda skrg...semua tak boleh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 02:44 PM | Show all posts
mejaputih replied at 19-6-2025 02:37 PM
kan...mmg acah2 parent muda skrg...semua tak boleh...

banyak betul pantang larang depa
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 04:33 PM | Show all posts
shernazz replied at 17-6-2025 12:28 AM
Ada iols temgok kat fb, baby diberi lolipop
Ape bodoh gila.lah
Kesian baby tu dok hisap2.igt susu.ru ...

Mmg takleh brain kan. Bayangkan anak iolls baru setahun lebih, ada 2 orang penah bagi lolipop. 1st akak ipar iolls. Masa tu cepat2 iolls amik dekat tangan anak. Benda tu gula2 semata & bahaya kalau tertanggal dari batang tu, boleh tercekik. 2nd pulak dari suami jiran rumah lama husband iolls. Masa tu nasib baik ada acik yg perasan. Dia kata jgn bagi budak kecik lolipop. Terus acik tu rampas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2025 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 19-6-2025 10:26 AM
akak pun pelik, ramai yg rasa kaya sangat bila try makanan viral...

Anak iolss kata air kopi viral mahaii ... Air kopi iolss paling mahaii pun beli kat Mixue rm4..kalo x iolss minun yg 3 in 1 je... Lps tu buger2 viral mahaii dr mcd... Bl pegang cawan plastik tu membongak la... Zmn now2 ni dia org meletakkan makanan n minuman viral mcm rangking status...pdhal tgh bulan sengkek x de duit ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak iols minuman peberet dia ice lemon tea
Tp dia dh sekolah rendah skrg ni
So tak ok gak ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 07:24 PM | Show all posts
Suchi replied at 19-6-2025 06:32 PM
Anak iols minuman peberet dia ice lemon tea
Tp dia dh sekolah rendah skrg ni
So tak ok gak ke apa?

kalau jarang minum takpe...ice lemon tea kandungan sugar lebih kurang sama dgn air berkarbonat. anak iols pun suka, tp iols limitkan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2025 04:17 PM | Show all posts
mejaputih replied at 19-6-2025 02:37 PM
kan...mmg acah2 parent muda skrg...semua tak boleh...

Parents zmn skrg klau kita bca komen2 dorg, trpaling pndai. Ntah2 dlu msa dorg kcil, sma je minum kopi teh klau kat rumah dh hbis minuman
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-7-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.056380 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list