CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: unekspekted_XII

Untold History : Ketuanan Rakyat Bapakk Lu!!!!!

  [Copy link]
Post time 31-5-2011 10:57 PM | Show all posts
tu le. org skang asek sebok berpolitik sampai sume mende yg ketua politik dorg ckp sume dorg anggukkan aje kepale. ketua politik dia nak gadai negara pada kawan politik 'pendatang' pon dorg angguk kan je. taksub sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2011 11:12 AM | Show all posts
Reply 55# muor76


    nmpk x sape pengkianat bangsa melayu...dri 2 post ko yg berturut2 nmpk x sape derhaka kt sultan...dulu setiap perkara semua dilaporkan pada institusi diraja dlm urus takbir urusan negeri..sebarang keputusan dri sultan adalah muktamad...skrg mcmtu juga tp hanya sebagai pemerhati & penasihat...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 11:39 AM | Show all posts
Reply  muor76


    nmpk x sape pengkianat bangsa melayu...dri 2 post ko yg berturut2 nmpk x sap ...
angura Post at 1-6-2011 11:12

sape dia pengkhianat tu? hehehehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 12:24 PM | Show all posts
sape dia pengkhianat tu? hehehehhehe
muor76 Post at 1-6-2011 11:39



    anak pcik yassin & para sekutu yg dibawah payung ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 12:50 PM | Show all posts
anak pcik yassin & para sekutu yg dibawah payung ...
angura Post at 1-6-2011 12:24


lerrr yer ker? tak tau lak aku... kete nyer mereka membela rakyat sepanjang zaman..

patut ler ade kawan aku bagitau... dia menyokong 'Hidup Melayu' tapi tak nyokong 'Hidup Melayu Umno Baru'
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 10:14 PM | Show all posts
Kuasa itu boleh membuatkan manusia itu lupa diri, lupa matlamat. Sebelum berkuasa bersungguh-sungguh berjanji membela rakyat, bila sudah dapat kuasa rakyat pula diabaikan. Aku tak cakap mana-mana pihak, dua-dua pun sama baik yang memerintah mahupun yang membangkang, hanya segelintir yang nampak bersungguh-sungguh dan telus dalam matlamat dan perjuangan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2011 10:18 PM | Show all posts
Reply 85# muor76

Melayu yang benar-benar 'Melayu' boleh bersatu tanpa perlukan perantaraan parti politik. Parti politik hanya membuat ahlinya menjadi lebih ego dan rasa mereka yang betul, walaupun hakikat adalah sebaliknya. Walau benar masih mahu menafikan dan melawan. Melayu bermasyarakat bersatu di bawah satu pemimpin yang adil. Lihat masyarakat Melayu zaman dahulu, molek bersatu aman damai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 11:29 AM | Show all posts
Patutnya kembalikan kuasa pada sultan, biar jadi mcm brunei, x payah nk berpecah belah pasal politik ...
s@s@ Post at 30-5-2011 19:52


  Sistem dimana Raja mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran sesebuah negara kurang sesuai untuk dipraktikkan kembali kerana Sistem Raja berpelembagaan ternyata lebih sesuai dan menjamin kesinambungan institusi beraja.Boleh dikatakan semua istitusi beraja yg tumbang ialah dimana rajanya mempunyai kuasa penuh.Lihat saja Revolusi France dan Russia.
     Sistem Raja mempunyai kuasa mutlak sentiasa memerlukan kewujudan penasihat penasihat yg bijaksana bagi memastikan negara sentiasa berada dlm keadaan aman makmur.Contoh pembesar-pembesar yg bijak ialah Tun Perak dan Juga Laksamana Hang Tuah.Laksamana Hang Tuah contohnya bijak menolak cadangan sahabatnya Hang Jebat untuk memberontak terhadap Sultan demi menjaga keamanan Negeri Melaka walaupun beliau memang tahu gandingan mereka berdua yg mengetuai angkatan Tentera Melaka bila-bila masa boleh menjatuhkan Sultan.Namun Hang Tuah bijak bagi mengelakkan berlaku peperangan Saudara dan kekacauan didalam Negera Melaka yg akan menguntungkan negara-negara musuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2011 12:38 PM | Show all posts
Sistem dimana Raja mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran sesebuah negara kurang sesuai untuk ...
sayapghaib Post at 2-6-2011 11:29


memang penting kene ade penasihat yg bijak... tp bukan maknenyer sultan kene ikot cakap penasihat ajerk...
dan lagi sare bare kolo ade penasihat yg terlebih bijak yg mempunyai kepentingan tersendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 12:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by muor76 at 2-6-2011 12:43

Reply 87# TokMudim

melayu dulu.. dorang ikot sultan... takde nyer ahli politik...
tp sultan kene ler betol.. kolo sultan tak betul.. rakyat p memberontak jugak..
sultan kene ade penasihat... penasihat yg betul..
bukan penasihat yg leh menjahanamkan, yg sultan lak kene ikot cakap dia..., yg pentingkan diri sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 02:39 PM | Show all posts
perbincangan dah best dah. so aku edit sikit tajuk thread ni bagi sedap didengar. sila continue discuz seperti biasa. elakkan politik kepartian selagi mana boleh. terima kasih.

;) ;) ;)
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 06:32 PM | Show all posts
Urustadbir yang baik boleh dilakukan jika pihak yang memerintah faham apa tujuan mereka dipilih. Wakil rakyat dipilih kerana rakyat percaya mereka boleh dan mampu mentadbir dan mengurus, bukan kerana populariti. Demokrasi sebenarnya bertujuan memudahkan rakyat memilih secara terus wakil mereka, zaman dahulu pun ada demokrasi, cuma bukanlah secara formal macam sekarang ada SPR, daftar pemilih dan lain-lain.

Yang kita lihat sekarang, pengurusan dan pentadbiran bukan lagi menjadi tunjang utama, tetapi lebih kepada politik kroni dan emosi. Ingat, pada tahun 2008 dahulu, pilihan raya umum pada masa itu lebih terdorong atas dasar emosi dan rasa tidak puas hati. Bila rakyat marah dan panas, akal rasional bukan lagi jadi pertimbangan utama. Nak lepas marah, undi pihak lagi satu. Pihak lagi satu pulak, perasan rakyat memilih mereka kerana mereka ada kemampuan mentadbir dan lagi efisien. Lihat sekarang?

Popular bukanlah bermaksud yang terbaik, itu adalah ayat yang paling sesuai. Pemimpin yang baik akan mengutamakan rakyat dan tidak akan mensia-siakan amanah kepimpinan yang mereka dapat. Aku tengok keadaan politik sekarang ni amat pelik, statement-statement yang keluar dari ahli politik ni kebanyakannya menggunakan elemen emosi dan rasis untuk menarik sokongan, lepas tu, masing-masing menuduh yang lagi satu rasis.

Rakyat Malaysia adalah rasional, kita memang mahukan pemimpin yang betul-betul ikhlas dalam mengurustadbir negara, berakhlak baik, dan mengutamakan kepentingan rakyat. Tak kira dari parti atau pihak mana pun, kalau ciri-ciri yang disebutkan ada, itulah yang sebaik-baik pilihan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 08:18 PM | Show all posts
kalau kat India, beratus2 raja India kene singkirkan British...
tapi kat Malaya, British baru nak buat Malayan Union, bru nak kurangkan kuasa Sultan2... satu negara (semua orang Melayu) menentang! tu belum hapuskan institusi kesultanan lagi...kalau dihapuskan British... mesti jadi pemberontakan paling terbesar sejarah Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 08:19 PM | Show all posts
tapi sekarang,jauh beza drpd dulu... pelajar2 sekolah pun x hormat sultan..siap ada pulak yang mempertikaikan fungsi Sultan.. melayu melayu
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 09:52 PM | Show all posts
Jangan jadi macam Brunei, dulu Rajanya menguasai sebahagian besar Sarawak & Sabah, Sabah dihadia ...
robotech Post at 30-5-2011 19:59

Pemerintahan Brunei amat unik kalau nak di bandingkan dengankesultanan yang lain, salah satu daripadanya ialah sistem sungai/tanah, dimanasalah satu daripadanya ialah Tanah Tulin, dimana ianya pemberian Sultan kepadaPembesar Negara, dimana mereka mempunyai kuasa mutlak terhadap Wilayahtersebut, dan diwarisi secara turun temurun dan tidak boleh ditarik balik olehSultan. Boleh dikatakan Sultan tidak mempunyai apa apa kuasa didalam Wilayahtersebut, kecuali sebagai Wilayah naungan. Satu perkara yang penting mengenaiSarawak, James Brooke tidak diserahkan hak milik Tulin, sebaliknya ianyadilantik sebagai Governor oleh Pengiran Muda Hashim, setelah berjaya menamatkanrevolusi yang berlaku di sana. Walaupun James Brooke berjaya mendapatkankemerdekaan penuh Sarawak selepas hampir menyerang Brunei untuk menuntut belakematian Pengiran Muda Hashim, namun James Brooke tetap membuat pembayarantahunan terhadap Sultan Brunei dan pemilik Tulin. Mengikut cerita, pembayarantu masih berlanjutan sampai sekarang.

Di dalam isu Limbang, ianya adalah milik Tulin Sultan Bruneiketika itu, sebab itu dia amat konsisten tidak pernah mengiktiraf penaklukanBrooke, dan setakat aku tahu, semua generasi Sultan Brunei yang berhak terhadapLimbang tidak pernah mengugurkan tuntutan tersebut. Kalau kat Sabah nun, tuterlalu complicated, kerana selain daripada sistem tanah/sungai, di sana jugawujud pemerintahan bebas yang berjaya mendirikan sistem pemerintahan merekamasing masing. Malahan sehingga ke hari ini, masih lagi ada tuntutan bertindih terhadap hak ke atas tanah Tulin.

Melayu Sarawak mungkin tidak senang dengan pemerintahanBrooke, namun bagi majoriti penduduk Sarawak pada masa itu, Brooke dianggapsebagai hero, kerana sistem pemerintahan yang diguna pakai oleh pemilik Tulinamat menindas mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 10:06 PM | Show all posts
Agak agak koranglah, kalau Penjajah tak sampai ke sini, kita masih pakai sistem tradisional, dimana taraf kita masa nie?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2011 08:31 AM | Show all posts
Agak agak koranglah, kalau Penjajah tak sampai ke sini, kita masih pakai sistem tradisional, dimana  ...
St.Yeepi Post at 2-6-2011 22:06





orang melayu sejak dulu mmg dah ada sistem kerajaan sendiri, empayar dan kemajuan sendiri..

kenapa? awak nak ckp jasa penjajah menyebabkan kita berada di tempat sekarang ini?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 08:33 AM | Show all posts
Pemerintahan Brunei amat unik kalau nak di bandingkan dengankesultanan yang lain, salah satu darip ...
St.Yeepi Post at 2-6-2011 21:52



   
ye sebab pada mas itu orang melayu tuan, banyak tanah dan harta, mereka peribumi yang lain bekerja atau jadi org bawahan orang2 melayu sarawak nie..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 09:45 AM | Show all posts
kalau dulu, Melaka dah bina sebuah empayar gemilang..... kalau penjajah tak datang, agaknya Bahasa Melayu jadi Lingua franca terpenting Nusantara

tpi jgn korng anggap penjajah yang mentamadunkan kita plak sbb mmg kita dh ada tamadun!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 11:18 AM | Show all posts
kalau dulu, Melaka dah bina sebuah empayar gemilang..... kalau penjajah tak datang, agaknya Bahasa M ...
zaharul_asriq94 Post at 3-6-2011 09:45 AM


tapi kesan dari penjajah banyak mengubah corak tamadun kita. ye dak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.081506 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list