CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 778|Reply: 1

‘Laju Buat Andaian’ – Betty Rahmad Kesal Video Bersama Ruhaines Disalaherti

[Copy link]
Post time 20-6-2025 10:48 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir warganet yang mudah menghukum seseorang.


Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad Ali menjelaskan bahawa kehadirannya ke sebuah majlis ilmu baru-baru ini bertujuan untuk menambah pengetahuan tentang agama Islam dan bukan untuk menilai kesalahan orang lain.


Laju je nak buat andaian hanya dari video slow motion itu. Awak semua rasa saya pergi majlis ilmu untuk apa?


Kalau niat jahat dengan orang atau nak menilai orang, lebih baik duduk rumah saja.


Kesal dengan pandangan negatif itu, Betty berharap segelintir warganet tersebut berhenti daripada membuat tanggapan negatif terhadapnya dan mereka yang menghadiri majlis berkenaan.


Masa saya terlalu berharga untuk nilai orang atau ambil tahu pasal orang.


Banyak benda dekat diri saya yang nak kena betulkan.


Sudah-sudahlah buat andaian tu. Setiap hantaran boleh dapat duit, pahala atau dosa..pilihlah nak yang mana.









Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Betty malah mereka turut mengagumi penghijrahannya dan rakan artis yang lain.


Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan Betty bersama pelakon Ruhainies dan Nora Danish sedang bergambar ketika menghadiri majlis ilmu bersama Ustaz Wadi Annuar.


Video itu telah menuai pelbagai komen negatif terutama tentang reaksi wajah Betty dan Nora yang didakwa kurang senang ketika bergambar dengan Ruhainies.




Sumber: Threads Betty Rahmad, Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2025 12:02 PM | Show all posts
sabo je le
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.077021 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list