CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_blingblings

Aku, Dia dan Kilah - (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 1-6-2011 01:58 PM | Show all posts
Lagi seminggu aku akan bertolak balik ke tempat kerjaku, kali ini Nazman akan mengikut sama, cuti semesternya masih panjang. Adalah juga teman untuk bersembang-sembang dengan aku.

Aku teringat pada Kilah di kampung. Bagaimana agaknya dia lalui hidupnya keseorangan, berhempas pulas mencari wang untuk menampung keperluan keluarganya. Aku tekan nombor telefon bimbitnya.

“Assalamualaikum Kilah, abang Zali ni, abang dah nak balik lagi beberapa hari. Kilah ada nak pesan apa-apa dari KL? Ubat ayah ke?”

“Walaikum salam, emm, tak ada kot, ubat baru ambil, minggu lepas bawa ayah jumpa pakar. Doktor kata ayah kesihatan ayah dah makin baik”

“Oh! Eloklah tu, sungguh ni? Tak ada apa yang nak dipesan?”

“Tak adalah abang, terima kasih banyak-banyak”

“Emm Kilah, macam tu kita jumpa di kampung ya”

“Ok. Assalamualaikum abang”

“Waalaikum salam”

Aku tutup telefon itu. Mak merenungku. “Kilah!” aku memberitahu, pelik dengan perangai mak.

“Tahu, sejak balik KL ni asyik telefon si Kilah tu aja, kata bercinta sakan dengan kakaknya”

“Habis tu kakaknya tak ada, gebanglah dengan adiknya, nak dapat kakak kena ambil hati adik dulu” aku cuit pipi emak.

“Hmm, takut orang lain yang nak dipancing orang lain yang kamu dapat”

“Tak patut mak ni”

“Apa pula yang tak patut, bukan luar biasapun”

“Okay juga Kilah tu, makin lama pandang makin lawalah pulak” mak membuka matanya luas-luas. Aku jelirkan lidah.

“Jangan main-main hati orang, tak baik Zali”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2011 02:01 PM | Show all posts
“Emak, emak, Zali dah anggap dia macam adik Zalilah, kesian dia mak. Sehari buat dia kerja. Anak dara pulak tu keluar malam-malam, jaga kedai makan. Tabik springlah kat dia mak”

“Beruntung siapa yang dapat kahwin dengan anak baik-baik macam tu” emak bersuara, perlahan sahaja.

“Hah tu!” aku tersengih. Mak cubit lenganku.

“Gelap sangat!” bisik emak, aku ketawa besar.

“Lain dah sekarang ni, comel ala-ala artis Indonesia yang mak selalu tengok tu, siapa namanya?”

“Marshanda” emak memang cekap kalau bab sinetron.

“Bukan, yang jadi Intan tu”

“Oh Marsyella”

“Agaknya, kira tak gelap sangatlah”  

“Mak rasa Syimah lagi sesuai kot” aku tersengih, memang mak cukup suka pada Syimah. Dari dulu lagi.

“Mak agak-agak Syimah nak ke tidak kat Zali ni?”

“Eh! Tanya mak pulak, bukan ke kamu yang dok mengayat dia sakan?”

“Itulah, tapi dah lama tak jumpa, dia macam sejuk-sejuk sikit”

“Anak dara nak panas apanya, miang kami ni” aku ketawa.

“Tak adalah, macam tak ada perasaan aja”

“Kamu tak pernah tanya dia pasal hubungan kamu ke?”

“Tanya tapi dia macam tak faham, ke tak nak layan”

“Bila dia balik?”

“Tahun depan”

“Tak lama lagilah tu, kamu kumpul duit banyak-banyak, ada duit semua jadi” aku jadi tawar mendengar kata-kata emak. Perlukah cinta itu bersandarkan wang semata-mata?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 02:23 PM | Show all posts
Reply 180# cmf_blingblings

agagagaa...aku pun hari2 melangok kata situ..tapi jadi SR jek... aiii followww...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 02:24 PM | Show all posts
jauh perjalanan luas pemandangan.... sure syimah dah berubah....:re:
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 03:19 PM | Show all posts
mak zali duk berharap kt syimah tu jd menantu dia....
tgk2 dia balik bwk bf mat saleh nnt....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2011 03:26 PM | Show all posts
Yang penting aku ada banyak cinta untuk Syimah, aku memang berjimat cermat sejak kebelakangan ini. Belanja bertunang dan macam kahwin. Belanja kahwin tak tahu lagi.

“Jauhnya kau termenung, bila nak minta tukar, balik KL?” mak menegur.

“Seronok juga mengajar di luar bandar, anak-anak murid dengar kata. Mak bapapun semuanya jenis yang pemurah, baik-baik belaka. Bersemangat kita nak mengajar”

“Memanglah tapi tak kan selamanya nak dok kampung ulu tu”

“Apa salahnya?”

“Syimah balik nanti nak ke dia kerja kat kampung? Adakah kerja untuk dia di kampung?” soalan itu aku tak mampu menjawab. Aku tak pernah bertanya kepada Syimah tentang hal itu. Itu semua bukan halangan untuk bersamanya. Di mana saja yang selesa baginya aku akan beralah. Kata-kata emak tadi ada benarnya. Hanya masa yang akan menentukan segalanya.

Malam itu Elly ajak aku keluar makan bersama Nazman. Fahamlah aku, nak minta aku belanja. Dia dan Nazman semakin baik, dengan kaum keluargaku juga semakin mesra. Peramah orangnya. Memang padan dengan Nazman yang berat mulut, sepatah ditanya sepatah dijawab. Bukan main lagi Elly, nak makan di restoran mahal, dah buat tempahan rupanya. Jenuhlah aku sediakan wang.

Penuh satu meja makanan untuk kami bertiga, menunya makanan laut. Mataku teruja melihat persekitaran Restoran Nelayan yang terletak di persimpangan Jalan Tun Razak. Mulut Elly sama naik, makan dan bersembang. Tak terlayan aku dibuatnya. Nazman seperti biasa buat bodoh sahaja, hanya sesekali rasa nak menyampuk dia masuk.

“Betul ke Kilah tu ada di kampung? Abang dah jumpa dia?”

“Hmm, tiap-tiap hari jumpa, dekat aja”

“Dia tak belajar lagi?”

“Susah dia nak belajar, ayah dia lumpuh, tinggal mak dia sorang-sorang nak uruskan semua. Abang rasa tahun depan dia boleh sambung belajar semula, kakak dia akan balik. Bolehlah kakak dia bantu dia pula”

“Kalau kakak dia tak nak bantu?” aku terdiam melongo mendengar soalan Elly.

“Dia dah banyak berjasa pada kakak dia, tentu kakak dia akan ingat semua susah payah dia”

“Manalah tahu, hati orang, dah banyak yang kita tengok saudara sedarahpun boleh saling berbunuhan. Lainlah macam abang dengan Nazman, macam isi dan kuku. Nasib baik Elly tak jumpa abang dulu, jangan haraplah Elly nak pilih Nazman” kelakar sungguh Elly, ketawa pula berdekah-dekah, merah padam muka Nazman. Aku hanya mampu ketawa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2011 03:45 PM | Show all posts
finally dpt juga bc citer k.bling ni...dr sabtu lg cuba nk bc tp x blh sbb anak sedara duk konker lappy...nk bc kat opis cam x syok je sbb keje duk menimbun atas meja....

sy suka kalo k.bling buat citer camni...maksudnya hero heroin x kaya raya.....mula dr bwh utk naik....blh jd kan motivasi.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2011 03:47 PM | Show all posts
finally dpt juga bc citer k.bling ni...dr sabtu lg cuba nk bc tp x blh sbb anak sedara duk konker la ...
liyanur Post at 1-6-2011 15:45
TQ dear, tengok idea gak lah, takut selalu-selalu org rasa biasa-biasa, tak ada yg luar biasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2011 03:51 PM | Show all posts
Kata-kata Elly mungkin ada benarnya tapi aku tak percaya Syimah akan berkelakuan begitu. Aku teringat kenangan silam sewaktu balik dari mengaji dari rumah Ustaz Firdaus. Benjol dan bengkak pipi Syimah bertumbuk dengan anak jiran kami. Sebabnya hanya kerana membela adiknya yang dikatakan anak keling itu. Itu belum lagi sewaktu dia tenyehkan aiskrim ke meja Ah Leng bila mereka mempermainkan Kilah yang selalu berlindung di belakang kakaknya. Hanya aku yang kenal Syimah, dia kakak yang terlalu baik untuk seorang adik seperti Kilah.

Balik ke rumah aku buka komputer riba itu, aku mahu mencoretkan sesuatu untuk Syimah sebelum mataku terpejam lena.

Syim! Kau buat apa? Aku teringatkan kau aja sehari dua ni? Rindulah’
aku tekan butang ‘send’.

Rupanya dia juga sedang menghantarkan berita untukku, kebetulan pula.

“Li, kalau muka kau macam Brad Pitt aku nak le, itulah dari dulu aku suruh kau mandi dengan clorox. Biar kulit kau tu cerah sikit, aku ni lainlah kulit seputih susu” ada ikon ketawa disisipkan. Aku tersengih. Memang begitulah cara dia mengusik aku, kasar. Sama seperti Kilah.

Aku balas.

“Kulit aku dah putih melepak tau, tak caya kau tanyalah adik kau. Hahhahahha, ramai peminat aku kat sekolah, dari cikgu cikgi sampai ke anak-anak murid, silap haribulan melopong engkau nanti” aku letakkan ikon menjelir di hujung ayat itu.

Aku tekan butang send. Lama aku tunggu tapi dia tak membalas. Nazman sudah lama berdengkur, aman sahaja perjalanan hidupnya. Hubungannya dengan Elly tak seperti aku dan Syimah, cinta jarak jauh, antara benua bukan mudah untuk dipertahankan tapi entah mengapa sampai hari ini aku masih memegang kata-kata akhir Syimah untukku sebelum dia berangkat pergi.

“Zali, hanya kau kawan yang paling aku sayang, kalau aku balik nanti aku akan cari kau dulu. Nanti, masa aku di sana, kau jagalah adik aku Kilah. Dialah satu-satunya darah daging aku selain mak dan ayah aku. Kesian adik aku selalu kena buli. Aku dah tak ada untuk jaga dia, aku harapkan kau saja” mataku semakin mengecil.   

“Buat apa abang beli tudung kepala tu semua, berhelai-helai pulak tu. Abang nak buat business ke?” Nazman bertanya sebaik sahaja aku memandu meninggalkan Jalan Tunku Abdul Rahman.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 03:52 PM | Show all posts
bg sy citer kak smuanya luar biasa....susah nak cari persamaan dgn citer org lain....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 03:55 PM | Show all posts
mesti nak bagi tudung tu dekat kilafairy....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 04:26 PM | Show all posts
Reply 116# cmf_blingblings

akak punya cerita semuanya ber air-air mata, mula-mula sedih, lepas tu geram. tapi tetap best untuk di baca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2011 05:05 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings

akak punya cerita semuanya ber air-air mata, mula-mula sedih, lepas tu ge ...
asnida Post at 1-6-2011 16:26
asnida napa beginner? bukankah dah lama kat board ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2011 05:06 PM | Show all posts
bg sy citer kak smuanya luar biasa....susah nak cari persamaan dgn citer org lain....
liyanur Post at 1-6-2011 15:52
ada rahsia kenapa cerita kita tak sama ...nanti kak blings bisik-bisik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2011 05:08 PM | Show all posts
“Buat apa abang beli tudung kepala tu semua, berhelai-helai pulak tu. Abang nak buat business ke?” Nazman bertanya sebaik sahaja aku memandu meninggalkan Jalan Tunku Abdul Rahman.

“Tak lah, abang belikan untuk Mak Su dan Kilah, kesian tengok dia orang sekarang ni, daif sangat. Kain pelikat tu abang nak bagi kat Pak Su”

“Baik abang dengan dia orang, ada makna ke?”

“Of course, tapi kau tak pernah tahu satu perkara, Pak Su Nan tu banyak bantu abah masa kita tinggal berjiran dulu. Terutamanya masa kak Nazly nak masuk universiti, sekejap-sekejap abah pinjam duit Pak Su”

“Pak Su tu kerja apa dulu? Bukan polis macam abahkan?”

“Tak dia kerja kat pejabat estate orang putih, kerani kot”

“Habis tu dia jatuh sakit, kenapa dia orang tak bantu?”

“Rasanya dia dah lama berhenti, tanam getah muda kat tanah dia sendiri”

“Getah mahal tau sekarang ni, kenapa dia orang tak boleh buat duit?” Nazman bertanya lagi.

“Getah muda tu mana boleh toreh lagi, yang ada cuma yang dah tua-tua. Mak Su yang menoreh pagi-pagi. Kilah kerja. Yang jadi masalah tu bukan sebab Pak Su sakit dan perlukan ubat tapi pasal Syimah juga perlu duit. Belajar jauh-jauh gitu bukan seratus dua nak guna. Tiket kapal terbangpun beribu-ribu”

“Abang dengan Syimah?”

“Emm?”

“Tak ada perancangankah?”

“Dia belum habis belajar, susah nak rancang apa-apa, entah-entah dia nak kerja dulu di sana setahun dua”

“Rancanglah siap-siap, siang-siang mudah sikit”

“Hmm, entahlah Man, abang susah nak cakap apa-apa”

“Bercinta jauh-jauh ni susah abang, nak salahkan sesiapapun tak boleh kalau tak menjadi” aku terfikir-fikir, betul sangat apa yang dikatakan oleh Nazman.
Penat sesekali balik bercuti, maklumlah perjalanan jauh. Kali ini aku dapatlah berehat sebentar kerana Nazman memandu separuh jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 05:14 PM | Show all posts
As salam blings.... terlebih emo pulak aku hari nie... rasa macam Kilah tu aku... tapi aku anak sulong... tak dpt sambung study... sbb arwah ayah suruh aku keje bantu adik2 aku study..... semua adik2 aku belajar tinggi2..... bila diorg terlepas ckp kat aku.... aku mesti menangis.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2011 05:19 PM | Show all posts
zali masih setia menunggu syimah si cinta monyet masa zaman hingusan... entah balik ke tidak si syimah nih...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 05:30 PM | Show all posts
Reply 186# cmf_blingblings


wah... elly pun nak masuk jarum ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2011 05:30 PM | Show all posts
As salam blings.... terlebih emo pulak aku hari nie... rasa macam Kilah tu aku... tapi aku anak sulo ...
naufal2705 Post at 1-6-2011 17:14
sabar yer, ini baru sikit, nanti lagi kau emo...selalunya dlm family macam itulah kdg2 yg atas tu sacrify, kdg2 yg tengah...yg bawah jgn harap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2011 05:32 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings


wah... elly pun nak masuk jarum ka?
sang_arjuna Post at 1-6-2011 17:30
diapun speku mcm kawan2 di thread ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.061568 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list