CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_blingblings

Aku, Dia dan Kilah - (U)

  [Copy link]
Post time 28-5-2011 09:47 AM | Show all posts
thank q kakblings semalam sure cik gayah conquer lappy pasai takdak n3 dah pastu...

kak qimi nak gi umrah ek? selamat berangkat ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2011 09:49 AM | Show all posts
wah... akak bling dah ada cite baru...xsbr nak tggu n3 seterusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 10:00 AM | Show all posts
wah kak bling guna nama kita... ye ye...best2
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 03:31 PM | Show all posts
yeay... citer baru
t
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 07:14 PM | Show all posts
Reply 18# qimi08

ingat qimi dah pergi dah
cuti sekolah mmg ramai org pergi
tp syok gak... boleh buat kawan baru kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 08:39 PM | Show all posts
inilah satu2nye citer bling yg aku blh bace kt forum cari....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2011 09:26 PM | Show all posts
best gak..
suka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2011 02:07 AM | Show all posts
Salam...sambung sikit

Kadang-kadang hati marahku terdetik juga, mungkin dia sudah berjumpa pilihan lain yang lebih baik dari aku. Tak mungkin, dia tak mungkin semudah itu melupakan aku. Nostalgia pertemuan, perkenalan dan sejarah hidup kami berdua bukan sebuah dongeng, ia jelas. Bukan mimpi, ia nyata bersaksikan Kilah. Gadis hitam manis yang senantiasa menemani kami ke mana-mana.

Kami bercinta bertiga. Itulah hakikatnya. Bajet untuk berbelanja ketika keluar bertemujanji harus lebih. Kilah makan selalu lebih, macam-macam yang mahu dipesannya. Betul-betul mengambil kesempatan ke atas kami berdua. Maklumlah dia lampu jalan di kala kami duduk berdua bergebang. Memang itulah panggilan jenakaku untuknya “lamp post”.

Aku geledah kembali kotak itu, aku buka warkah-warkah lama. Ada satu yang agak tebal aku buka. Sekeping gambar aku tatap. Kilah berdiri di tengah antara aku dan Syimah. Sekali pandang mereka nampak amat berbeza kerana warna kulit, akan tetapi kalau dipandang dengan sedikit lama diperhatikan sedikit dengan lebih mendalam, ada sedikit persamaan. Gigi dua batang di bahagian depan itu kelihatan sama. Kening juga sama bentuk, Syimah putih kuning sekali pandang mirip gadis Tiong Hua, Kilah hitam manis bermata cantik.

Bertahun-tahun aku tak jumpa Kilah lagi, sepatutnya dia sudah memasuki pusat pengajian tinggi tahun ini. Entah di universiti mana dia menuntut agaknya. Hubungan kami kini terputus. Sejak keluarga kami berhijrah, semenjak aku menjejakkan kaki ke universiti. Kali terakhir sewaktu aku berjumpa Syimah di Kuala Lumpur Kilah tidak lagi menemani, dia masih bersekolah di pekan kecil itu, baru di tingkatan tiga. Sekarang umurnya pasti sembilan belas tahun, aku dan Syimah dua puluh empat tahun masing-masing.

Malam itu hanya aku dan Nazman yang menemani emak makan, ayah ada hal di luar. Nazman juga masih di universiti, mengambil jurusan perubatan. Jenis lelaki pendiam, butir bicaranya cukup mahal, bagaikan butiran emas yang keluar satu-satu.

“Zali, kata nak beli barang?” emak bertanya.

“Esok ke lusa boleh Zali belilah”

“Duit ada?”

“Mak ni, ada, cukup”

“Kasihan kamu, kereta tak ada motor tak ada”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2011 02:21 AM | Show all posts
“Nanti dah kerja belilah, tinggal kat rumah sekolah, bukan perlu kenderaan”

“Makan minum?”

“Masaklah, mee segera banyak di mana-mana. Nanti kalau dapat kenal orang-orang kampung mungkin ada yang boleh hantar makanan. Sekali seharipun jadilah”

“Pekan Mahang tu apalah yang ada, hutan belantara, zaman dulu rimaupun banyak” rungut emak. Cuak aku, belum pernah aku sampai walaupun lama kami tinggal di Kilang Lama.

“Sekarang ni rimaupun dah naik takut dengar bunyi kenderaan yang masuk keluar ke kampung tu” sengaja nak mententeramkan hati.

“Bukan banyakpun kenderaannya, lori angkut kelapa sawit adalah. Baspun jarang-jarang ada, kalau rosak jenuhlah nak cari teksi. Susah-susah minta tukar ke K.L ajalah”

“Mintalah duit kat abah sikit, buat bayar muka, kereta second hand pun tak apa asalkan kereta, susah kamu nanti nak ke bandar, dua puluh dua batu dari Kulim, kamu ingat dekat?”

“Mak, orang dah tak pakai batu lagi” Nazman menyampuk sambil membetulkan cermin matanya. Aku tersengih, mak menarik muka.

“Susah sangatkah nak dapat tukar ke KL, banyak sekolah-sekolah di bandar yang perlukan cikgu”

“Tahun-tahun depan tukarlah”

“Hmm, entah-entah kamu terus duduk sana, nikah orang sana, memang tak ada harapan nak balik” aku diam saja, malas nak bertekak dengan mak.

“Man, pukul berapa kamu nak balik kampus?” Nazman mengangkat cermin matanya.

“Malam sikitlah, tunggu abah balik, esok tak ada kelas”

“Yang sorang ni kereta ke motor, semua nak tunggu kerja. Yang seorang lagi tak tahu nak buat apapun sendiri. Balik dengan bas tak bolehkah?” leteran mak sudah saban kali kedengaran bila melibatkan Nazman yang agak pemalas. Anak bongsu agaknya, manja lebih. Tak pandai berdikari,  semuanya nak mengharap orang lain.

“Mahal, lambat. Buat apa nak buang-buang duit” aku tergelak melihat wajah Nazman, selamba campur skema. Itulah dia adikku.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 02:23 AM | Show all posts
yay !! dah ada novel baru kak bling
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2011 02:25 AM | Show all posts
Hingga larut malam abah masih tak pulang-pulang. Rupanya ada kes yang masih sedang abah siasat hingga larut malam. Entah pukul berapa baru abah sampai ke rumah malam itu.

“Tu, abah tinggalkan kereta, dia pergi dengan kawan dia ke balai” emak seakan tahu yang aku perlu menghantar Nazman pulang ke Bangi. Sudahlah pulang lewat, pagi-pagi abah ke balai semula. Sudah nak pencenpun masih gigih abah menjalankan tugasnya.

“Abang hantar pagi ni boleh?” Nazman bertanya.

“Kenapa? Tak awal sangatkah?”

“Nak ajak abang hantar ke Shah Alam, nak jumpa kawan” bisiknya.

“Hmm, tahulah tu siapa” aku membalas.

“Boleh ahh”

“No hal” selepas sarapan pagi aku memandu ke arah UITM Shah Alam, Nazman mungkin sudah berjanji nak berjumpa kekasihnya Elly.

“Abang belok situ, ada deretan gerai tu, hahh, depan sikit” aku ikut sahaja.

“Kau nak aku tunggu?”

“La, jom makan sekali”

“Bukan kita baru makan ke?”

“Minum ke?”

“Kau belanja”

“Ok” Dari jauh aku nampak Elly yang sedang duduk dan melambai ke arah Nazman. Bakal peguam gadis comel itu, sudah beberapa kali aku berjumpa dengannya di mana-mana. Berkepit saja kerja mereka berdua kalau tak ada kuliah. Sanggup pula Nazman ke Shah Alam atau Elly pula ke Bangi.

“Nak minum apa Encik?” seorang pelayan yang ramah bertanya.

“Teh ais kurang manis ya, dia ni punya ice lemon tea” Elly sudah pandai meneka minuman kegemaran Nazman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2011 02:34 AM | Show all posts
“Abang?” Elly bertanyaku. Aku terfikir-fikir.

“Teh ‘O’  limau su..” ayat itu tergantung sebaik sahaja aku mengangkat muka. Mataku merenungnya tak berkelip. Dia juga begitu, terkebil-kebil.

“Er, ini bukankah?…” suaraku tersekat. Diakah? Aku hampir-hampir tak mengenalinya.

“Abang Zali? Nazman?” aku dan Nazman berpandangan. Tak sangka nak bertemunya di situ.

“Teh ‘O’ limau suam?” dia bertanya kembali, aku tergelak kecil, mengangguk. Senyuman manis yang terukir itu mengingatkan aku kepada seseorang. Melihatnya bagaikan melihat Syimah, dia sudah tak segelap dulu, cantik!

“Makan?” di tangannya masih memegang sebuah buku dan pen. Masing-masing menggeleng.

“Kilah” aku laung namanya sebaik sahaja dia melangkah.

“Ya?”

“Nanti duduk sini kejap, kita sembang”

“Er, ok. Tengok dulu, boleh kot”

“Kenal ke?” Elly bertanya sebaik sahaja dia hilang dari situ.

“Adik girlfriend abang Zali” Nazman menjawab bagi pihakku. Katalah adik bakal isteri, ini girlfriend. Dengar seperti tidak sesuai langsung. Dalam hati merungut sendiri.

“Dia belajar sini ke?” aku tanyakan kepada Elly yang pastinya kenal dengan Kilah.

“Tak surelah, mungkin agaknya, jarang jumpa dia di kampus, selalunya di sini aja, itupun tak selalu. Kakak dia yang belajar di US tu?” aku tersenyum bangga dan mengiakan.

“Tapi rupa dia dengan kakak dia tak sama” Nazman bergumam.

“Oh! Kak dia lain macam mana?”

“Lagi cantik dari you” Nazman memang cari pasal, mengusik Elly yang bukan-bukan. Merah padam wajah Elly.

“Boleh dengar ajalah, dia ni makin belajar banyak makin tercabut skrew” aku tepuk bahu adikku.

“Hah, itulah kan baik ada abang ipar macam abang Zali ni, tak adalah nanti I rasa asyik dikenakan aja. Jangan harap nak puji orang”

“Perasan, siapa abang ipar you? Kahwinpun belum” Nazman dengan selamba mengenakan Elly lagi.

“Oh, cari yang lain baru tau” balasnya seraya mengugut.

Belum sempat Nazman membalas, minuman sudahpun sampai. Orang lain pula yang membawa minuman itu, aku berpaling ke arah bahagian dalam gerai itu, tercangak-cangak. Mengapa pula Kilah tidak keluar menemui kami? Sibukkah?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 11:08 AM | Show all posts
zali dgn kilah rasanya he he...syimah mesti x nak kat zali dah......
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 11:23 AM | Show all posts
yea...akak bling ada citer baruuu...best...best
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 11:35 AM | Show all posts
Mantap Blings..2 cerita sekaligus. Terima kasih daun celagi, kalau boleh nak banyak2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 12:12 PM | Show all posts
Hei ... ada cerita dari Bling2. Boleh buat peneman masa cuti sekolah ni. Boleh lepas stress menanda kertas periksa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2011 01:27 PM | Show all posts
blinggg.... ari ni tak der ker.... sambung ler lagi.... sabor menanti nih..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 02:14 PM | Show all posts
yesss...citer baru....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 05:57 PM | Show all posts
Bling ada cerita baru  ..... ya.... ya
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 09:04 PM | Show all posts
aku pun rasa zali ngan kilah...
shimah dah berubah hati...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.615337 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list