CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_blingblings

Aku, Dia dan Kilah - (U)

  [Copy link]
Post time 29-5-2011 10:58 PM | Show all posts
terima kasih bebanyak atas kemunculan kak bling bersama cerita baru ni...............
best...............................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2011 12:09 AM | Show all posts
sama-sama semua...ini cerita cinta yang penuh teka teki dan tragis...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 12:15 AM | Show all posts
kak bling bgtaw laa sape hero n heroin cter nie??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 01:04 AM | Show all posts
kak bling bgtaw laa sape hero n heroin cter nie??
nanazulkifli Post at 30-5-2011 00:15
Kali ni mmg tak boleh bagitahu...sbbnya kakak blings taip dari hari ke hari mengikut arah otak yg sedang berkhayal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 01:05 AM | Show all posts
Belum sempat Nazman membalas, minuman sudahpun sampai. Orang lain pula yang membawa minuman itu, aku berpaling ke arah bahagian dalam gerai itu, tercangak-cangak. Mengapa pula Kilah tidak keluar menemui kami? Sibukkah?

“Abang, mana adik tadi, yang perempuan?” aku segera bertanya.

“Oh, Kilah? Sudah balik” kami bertiga terdiam.

“Balik? Dia tinggal di mana?” kalut aku bertanya, mengerut dahi lelaki itu, mungkin pekerja dari Bangladesh.

“Err, nanti tanya mak cik ahh” selepas meletakkan minuman dia berlalu. Aku bangun mengikutinya, menuju ke tempat di mana Kilah masuk tadi.

“Err mak cik, kak” dua orang wanita yang sedang memasak berkalih pandang.

“Minta tanya, tadi adik yang ambil order, Kilah, dia pergi mana?”

“Dia dah balik”

“Dia tinggal di mana?” mereka merenungku dengan pelik.

“Di rumah sewa, dekat seksyen 7” bagaimana pula aku nak menjejaknya? Mengapa dia tak tinggalkan aku sebarang pesan? Dia sengaja melarikan diri dari akukah?

“Mak Cik, minta tolong, tolong sampaikan ini pada dia, minta dia telefon saya. Saya saudara dia dari kampung” kertas yang aku capai dari atas kaunter itu aku tuliskan nombor telefonku. Salah seorang dari wanita itu segera mengambil dan menyimpannya. Aku balik semula ke mejaku. Elly merenungku dengan pelik.

“Kami jiran dulu, waktu abah kerja di Kedah” aku jelaskan kepada Elly. Dia mengangguk.

“Please ya Elly, get me her contact number, kalau boleh address atau apa-apa info pasal course dia, berikan nombor telefon abang, suruh dia hubungi abang”

“Aduh, kes serius ni. Sebenarnya abang bercinta dengan siapa? Adik ke kakak?” melopong aku disoal begitu. Tergelak sendiri sudahnya.

“Hanya melalui dia abang boleh hubungi kakaknya. Kami dah lama terputus hubungan” terpaksa aku jelaskan kepada mereka. Nazman merenungku seakan tidak percaya.

“Betul ke?” dengan beratnya aku angguk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 01:07 AM | Show all posts
Persiapan sudah siap, dua beg besar aku bawa ke kereta abah. Sebuah kotak berisi buku-buku dan fail juga sudah aku isikan. Seboleh-bolehnya aku tak mahu emak dan abah menghantarku tapi kerana agak payah nak membawa barang-barangku terpaksalah menyusahkan mereka lagi kali ini.

Perjalanan mengambil masa yang amat panjang ku kira. Penat dan lenguh terasa belakang. Jarang aku memandu sejauh itu. Sudah hampir senja baharulah kami tiba. Gelap jalan menuju ke daerah agak terpencil seperti itu. Kalau disuruh aku memandu seorang diri di kawasan itu pasti kecut juga perut.

Nasib baik seorang guru lain yang berjiranan sudah sedia menunggu. Rumah yang akan aku duduki sudah dibersihkan. Aku punggah barang-barangku masuk dengan pertolongan Cikgu Mohd Khir, dia berjiranan denganku, sudah berkeluarga. Abah dan mak mengeluh kepenatan. Malam itu kami ke pekan berhampiran, masih ada beberapa kedai yang menjual makanan. Selesai mengalas perut masing-masing kami pulang semula ke rumahku. Aku hamparkan cadar. Pintu rumah diketuk.

“Assalamualaikum” aku bukakan pintu. Rupanya Cikgu Mohd Khir lagi.

“Waalaikum salam” di tangannya ada bantal dan ubat nyamuk.

“Kampung, biasalah, kalau tak letak memang tak tidurlah malam ni”

“Terima kasih banyak-banyak cikgu, masuklah dulu” terdengar suara abah di belakang.

“Tak apalah pak cik, dah lewat ni, pak cik rehatlah, esok kita jumpa lagi”
Malam itu aku kemaskan barang-barangku setakat yang penting-penting dahulu. Selebihnya boleh dibuat kemudian. Mata semakin berat, badan pula terlalu penat. Akhirnya kami bertiga terlena dengan begitu nyenyak sekali.

Esok paginya kami keluar lagi mencari sarapan pagi. Ada gerai roti canai yang berada tidak jauh dari kawasan sekolah itu. Hati itu aku akan berjumpa dengan guru besar sekolah, Cikgu Habib. Dia tinggal jauh di pekan Kulim. Memang kebanyakan guru-guru bukan dari pekan kecil itu. Mereka memilih untuk tinggal di kawasan bandar yang mempunyai banyak kemudahan terutamanya yang sudah berkeluarga.

“Sementara kamu buat kerja kamu abah nak ke Kulim semula, nak cari kawan-kawan lama, mana tahu kot-kot jumpa”

“Abah! Abah!” aku berlari anak ke arah abah yang sudah menuju ke keretanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-5-2011 01:10 AM | Show all posts
“Kalau boleh, abah pergilah ke rumah Pak Su Nan, tanya-tanyalah pasal Kilah dan Syimah, dah lama kami tak jumpa” emak tersengih sambil menggelengkan kepalanya. Emak tentu tahu sedikit sebanyak tentang kisah kami bertiga.

“Emm, insyaallah, rumah yang dia orang tinggal dulu, Taman Sentosa tu bukankah rumah sewa? Entah-entah dah lama pindah” nombor telefon rumah yang aku ada dulu sudah lama ditamatkan perkhidmatan, harapanku agar abah berjaya mendapatkan aku sedikit berita gembira.

Panjang juga sesi suai kenal bersama cikgu besar. Banyak juga sejarah sekolah itu yang diterangkan kepadaku termasuklah pencapaian pelajar-pelajarnya. Aku akan mengajar tingkatan tiga, empat dan lima. Sudah hampir sebulan murid-murid yang terlibat tidak mempunyai guru matematik semenjak guru mereka bertukar ke tempat lain. Banyak yang aku perlu kejar dalam masa yang agak singkat. Pengalamanku hanya sewaktu latihan praktikal, kali ini semuanya akan aku lakukan tanpa seliaan sesiapa. Tugas yang sebenar sudah sedia menanti.

Malam itu aku asyik bersembang lagi dengan abah di ruang yang masih kosong di dalam rumah itu. TVpun aku belum ada, sunyi sepilah aku nampaknya. Komputer riba yang aku riba akan menjadi tukullah gamaknya, talian streamyx belum ada, aku perlu ke pekan Kulim untuk memohon talian internet dari pihak telekom. Wireless jangan haraplah. Siksanya hidup di kawasan pendalaman rupanya. Mati kutu aku lepas ini.

“Agak-agak mereka pindah ke mana abah?”

“Lepas Pak Su lumpuh mereka balik kampung, abah tak ingat nama kampungnya, katanya dekat Sungai Kob”

“Eh! Tak jauh sangatlah, kena carilah macam ni”

“Macam mana kamu nak cari? Kenderaanpun kamu tak ada”

“Teksi ada”

“Mahallah”

“Bukan perlu pergi sana hari-hari, nanti hari minggulah, baspun ada”

“Belilah sebuah kereta second hand untuk anak awak ni, bukannya awak tak ada duit” mak masih mendesak abah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 01:13 AM | Show all posts
“Semua saya dah masukkan ke Tabung Haji, hari tu awak yang nak sangat kita cepat-cepat buat haji”

“Abang ni, kalau nak menipu, nak kedekutpun janganlah dengan anak sendiri” aku gelak melihat wajah muncung emak. Abah seperti biasa buat muka selamba.

“Gaji kamu selalunya tiga ke empat bulan baru dapat, biasalah government, ada duit standby ke tidak?”

“Ada, tak payahlah risau” jawabku, tak mahu aku susahkan abah lagi. Masa untuk aku berdikari, masa untuk membalas segala jasa abah dan mak. Nazman lebih memerlukan wang dari aku. Sekurang-kurangnya adalah juga seorang anak abah menjadi doktor suatu hari nanti.

“Apa kata kamu pergi Kulim minta dia orang pasang astro. Sunyilah kamu nanti, apa bendapun tak ada”

“Tak sempatlah abah, pelajaran budak-budak dah lama tertinggal, rasanya nak kena buat kelas tambahan pada budak-budak form five dan form three. Nantilah lapang-lapang sikit baru fikir pasal benda tu semua”

“Em, kamu dengan Syimah tu kawan baik ya? Sampai sekarang ke?” tiba-tiba soalan pelik terpacul dari mulut abah. Aku terkebil-kebil. Apakah abah maksudkan kami bercinta? Sejujurnya itulah yang paling aku harapkan tapi hubungan kami belum sampai ke tahap itu, baru nak menyemai benih-benih kasih tapi terkandas pula. Syimah kuat jual mahal, seperti tak pernah membayangkan sebarang perasaan kepadaku. Aku sendiri masih tertanya-tanya.

“Amboi, susah sangatkah soalan abah kamu sampai tak terjawab?” emak tergelak, menyindir sebenarnya.

“Biasa ja abah, kawan lama, kawan sekolah, dah lama tak dengar berita” jujur sangat jawapanku.

“Dah jumpa mat saleh mana nak ingat kamu lagi” padan muka aku. Emak memang suka sangat menyakat.

“Nak buat macam manakan? Kita ni cikgu, dia bakal engineer” aku mengeluh walaupun di dalam hati tak pernah mengizinkan perasaan rendah diri itu menguasai perasaanku. Aku yakin kami mampu menyesuaikan diri dengan perbezaan itu. Di dalam hatiku telah aku untukkan sebahagiannya untuk Syimah. Kalau aku mahu, sudah lama aku cari gadis lain di saat hubungan kami yang belum ada petunjuk tapi aku tidak pernah berhenti berharap. Aku mahu mengejarnya hingga ke garisan penamat. Dia istimewa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2011 01:16 AM | Show all posts
cukuplah utk mlm ni.. selamat menyelami hati seorg cikgu bujang
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 02:34 AM | Show all posts
wah wah wah...dua heroin
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 08:21 AM | Show all posts
yg tu utk malam..utk pagi ni pulak....???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 10:22 AM | Show all posts
yg tu utk malam..utk pagi ni pulak....???
ovina Post at 30-5-2011 08:21


hujung bulan ni kesibukan melanda
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 11:35 AM | Show all posts
baru 2 hari tak masuk forum..thread kak blings yg br buka dah 3 page dahhhhhmy3: mmg ramai peminat sungguhhh... ni tambah sorang lg fan club...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 11:44 AM | Show all posts
baru 2 hari tak masuk forum..thread kak blings yg br buka dah 3 page dahhhh mmg ramai peminat ...
aprilsix Post at 30-5-2011 11:35
hik hik fan club
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 11:49 AM | Show all posts
Ibu bapa jauh di Kuala Lumpur, kawan-kawan tiada selain dari guru-guru yang mengajar di sekolah yang sama. Kebanyakannya sudah mempunyai keluarga sendiri, lepas sekolah semuanya pulang ke rumah mereka di bandar, tinggallah aku bersama Cikgu Khir, steri serta anak-anaknya.

“Cikgu! Ni bapa saya bagi” aku tergamam melihat Ramlah, pelajar tingkatan lima yang menyerahkan bungkusan plastik kepadaku.

“Apa ni?”

“Pulut durian, sekarang ni musim”

“Mengapa susah-susah ni?”

“Tak susahpun, banyak di rumah kami, kalau cikgu nak pergilah rumah kami”

“Terima kasih banyak-banyak, kirim salam pada ayah dan mak ya”

“Sama-sama cikgu. Kelas tambahan hari ini kenapa cikgu batalkan?”

“Cikgu nak ke bandar, ada hal sikit”

“Cikgu nak ambil baskah?”

“Tak, saya tumpang Cikgu Limah”

“Oh, kalau tidak cikgu boleh tumpang ayah saya, dia nak hantar durian pada peraih petang ni”

“Terima sekali lagi, terima kasih daun keladi”

“Okay cikgu, saya nak masuk, loceng dah bunyi tu”

Masuk saja ke bilik guru bermacam-macam jenis bau yang aku hidu. Cempedak, durian, macang semuanya bersatu sampai naik pening kepala. Rupanya itulah istimewanya bila mengajar di pendalaman. Ada-ada saja ole-ole yang dibawa oleh anak-anak murid kepada cikgu-cikgu yang mendidik anak-anak bangsa.

Tengahari itu aku balik ke rumah menukar pakaian dan cepat-cepat aku bergegas semula ke sekolah untuk menumpang cikgu Limah ke bandar. Bersamanya ada dua orang lagi guru-guru yang berkongsi kereta. Mereka bergilir-gilir menggunakan kereka masing-masing mengikut hari yang sudah ditentukan. Lebih menjimatkan kos pengangkutan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 11:50 AM | Show all posts
Hari itu aku perlu menguruskan beberapa hal berkenaan perbankan serta urusan di Pejabat Pelajaran Daerah. Harap aku mampu dan melakukannya dalam waktu yang agak terhad itu. Cikgu Limah menunjukkan kepadaku di mana tempat-tempat yang perlu aku singgahi memandangkan aku sudah lama meninggalkan bandar itu. Rupanya ke dua-dua tempat itu masih di tempat yang sama. Pasaraya lama yang  merupakan sebuah panggung wayang zaman dahulu kala itu masih berdiri teguh. Tak jauh dari PPD atau Pejabat Pelajaran Daerah Kulim.

Memandangkan masa yang masih ada aku melangkah ke arah bangunan telekom yang terletak tidak jauh dari stesen bas. Borang untuk memohon talian telefon dan internet segera aku isikan. Nampaknya sistem di bandar dan luar bandar sama sekali berbeza. Masa yang diberikan untuk proses pemasangan akan mengambil masa. Tak kisahlah asalkan mereka perkhidmatan itu disediakan. Aku singgah ke pasaraya Minat sebelum pulang. Sememangnya aku perlukan banyak barang-barang keperluan diri.

Malam itu aku mengah seorang diri menghabiskan pulut durian yang diberikan oleh anak muridku, Ramlah. Entah siapa pula yang akan menjamuku esok. Mataku belum mengantuk. Aku perhatikan ke arah telefonku yang berkelip-kelip. Pesanan ringkas? Siapalah agaknya.

‘Tolong telefon balik - Elly’ hatiku berbunga. Nombor itu segera aku tekan.

“Assalamualaikum” ucapku dengan cergas dan ceria.

“Amboi abang, lajunya” suara gelak Elly terdengar agak jauh. Talian telefon mudah alih kurang jelas di kawasan itu.

“Ada apa-apa berita Elly?” tanyaku tidak sabar-sabar.

“Ada, berita hangat lagi terkini” sengaja nak mendera hatiku pula.

“Apa dia?”

“Inilah, siapa namanya? Kilah”

“Ya, ya, dia cakap apa?”

“Dia pernah belajar di sini tapi dah berhenti”

“Hah? Berhenti? Mengapa?”

“Tak tahu”

“Dia gagal?”

“Kawan dia kata pelajaran dia bagus”

“Habis tu kenapa dia berhenti?”

“Tak tahulah”

“Sekarang dia masih kerja di gerai tu?”

“Dia dah balik kampung”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2011 11:54 AM | Show all posts
“Di mana kampungnya?”

“Kedah”

“Ya Allah Elly, Kedah tu besar, kampung tu di mana?”

“Tak tahulah, ada yang kata Kulim” dadaku semakin berdebar. Aku akan cari dia walau sesusah manapun. Petunjuk tak sebegitu banyak, di mana aku nak bermula? Otak kini menjadi buntu. Kata abah Pak Su Nan lumpuh, pastinya Kilah terpaksa berhenti belajar tanpa bantuan kewangan, Syimah pula masih belajar. Simpati pula aku kepada Kilah yang sudah lama aku anggap seperti seorang adik.

Enam bulan bagaikan tak terasa, kesibukan benar-benar menghimpit. Musim peperiksaan kian menjelma. Kelas tambahan aku giatkan lagi hingga ke malam. Aku mahu sekurang-kurangnya ada juga pelajar yang lulus dengan baik walaupun tidak cemerlang. Sejarah bagi pencapaian matematik bagi sekolah itu amatlah menyedihkan, tak sampai sepuluh peratus dari jumlah pelajarnya yang lulus. Cemerlang memang tidak aku jangka sama sekali. Dari cara mereka belajar hingga ke penerimaan amat tidak memberansangkan.

Hari Khamis itu aku sengaja mengajak mereka melakukan sedikit pembaharuan. Nampaknya mereka amat teruja sekali. Selepas Jumaat esok kami akan berkemah di kawasan peranginan santai yang terletak di Dingin. Aku selalu melalui kawasan itu, tak banyak hutan, cuba banyak pepohon rhu yang tumbuh dengan suburnya. Sesuai dengan kawasan yang agak dingin, namanya juga Dingin. Anak-anak murid berbasikal dan aku  pula meminjam sebuah motorsikal dari Cikgu Khir.

Malam itu kami bercerita, berkongsi pengalaman hidup serta sama-sama mendengar apakah yang ingin mereka capai di dalam hidup mereka. Aku berikan segala ilmu yang aku ada, segala semangat untuk mereka pegang bagi memperkukuhkan jati diri setiap dari mereka.

“Mary? You dah mengantuk ke?”

“Ada sikit jugs cikgu” ramai juga di lakangan pelajar sekolah itu dari keturunan India. Ibu bapa mereka bekerja sebagai pekerja estate getah yang terdapat di kawasan Mahang. Salah satunya yang terdekat ialah Ladang Dublin, semuanya dulu milik penjajah dan kini diusahakan oleh anak-anak tempatan.

“Bapa you kerja apa?” tanyaku kepada Mary, sengaja nak menghilangkan kebosanan. Api yang marak di depan kami tadi semakin mengecil.

“Driver van kilang”

“Kilang di mana?”

“Kilang Body Fashion, dekat itu Kilang Lama”

“Awak pula nak jadi apa nanti?”

“Nak jadi cikgu” jawabnya tersipu-sipu, kawan-kawan yang mendengar tersenyum-senyum.

“Macam itu awak kena kuat berusaha, masa tak menunggu awak, saya dah bagi awak semua soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas, awak semua perlu buat latihan menjawab dari sekarang. Itu salah satu caranya untuk awak berjaya selain belajar dengan tekun, beri tumpuan dalam kelas.

“Tapi cikgu kadang-kadang otak jadi blank, susah mau terima, tak boleh mau tangkap itu formula”

“Sebab itu saya pesan selalu, jangan berkhayal dalam kelas”

“Alah, Mary tu kan cikgu selalu berangan nak jadi Karisma Kapoor” aku tergelak.

“Youpun serupa Ram, tengok cikgu Nazali sudah nampak itu actor Melayu banyak popular” pertama kali aku dengar ungkapan yang sebegitu terhadapku.

“Siapa?”

“Itu miskin punya aktor” anak-anak murid yang lain sudah mula ketawa besar. Aku yang masih terpinga-pinga.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 12:07 PM | Show all posts
heehhe...Body Fashion...

Bling...akak pernah keje kt situ tau...tp x lama 4 minggu je.....cuti sekolah........
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 12:10 PM | Show all posts
kak blings is backkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!

tak sabar nak tau apa jadi nanti........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 12:11 PM | Show all posts
heehhe...Body Fashion...

Bling...akak pernah keje kt situ tau...tp x lama 4 minggu je.....cuti se ...
cegitu Post at 30-5-2011 12:07
aku pernah dengar jek sambil lalu-lalu kat situ tapi adik lelaki aku kerja situ masa tunggu SPM ...asyik kn mengorat aja pasal ramai pompuan kennnn...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.067480 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list