CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 913|Reply: 6

"Biasalah dapat bunga"

[Copy link]
Post time 26-6-2025 12:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 10-9-2025 12:38 PM

KUALA LUMPUR: Jambangan bunga diterima penyanyi, Amira Othman ketika dirawat di hospital, baru-baru ini, meraih perhatian ramai. Lebih-lebih lagi jambangan bunga itu dihadiahkan pelakon, Fattah Amin.

Tidak menafikan pemberian itu, Amira berkata, bunga yang diterima tidaklah memberi makna mereka menjalin hubungan istimewa. Baginya, pemberian jambangan bunga itu menjadi buah mulut kerana Fattah mempunyai ramai peminat.

"Saya akui memang rakan sekerja ada berikan bunga, iaitu Abang Long atau Fattah Amin. Dia ada bagi bunga dan 'post' di laman sosial, jadi tiada apa pun. Biasalah orang ramai usik-usik.

"Seperti yang Fattah tulis di kapsyen fotonya, saya adalah rakan sekerjanya. Apa yang baik, kami aminkan dan untuk bercerita lebih lanjut, saya tiada apa nak diceritakan. Memang sekadar itu buat masa ini. Biasalah, orang (dirawat) di hospital, kita bagi bunga.

"Saya fikir mungkin dia adalah Fattah Amin dan peminatnya ramai, jadi, saya terkenalah tempias bila dia 'post' apa-apa sebab dia terkenal, ramai hendak tahu mengenai dia," katanya ditemui pada sidang media single terbaharu berjudul Dalam Sujudku di sini, semalam.

Sebelum ini, Fattah memuat naik foto Amira terlantar di hospital sambil memegang sejambak bunga pemberiannya.

Amira turut mengiyakan Fattah dan ibu kepada aktor itu juga hadir melawatnya di hospital.

Amira juga mengakui Fattah antara teman seperjuangan yang rapat dengannya.

"Dalam industri ini, saya ada kawan lelaki yang rapat tetapi mungkin tidak ramai. Tetapi antara yang rapat adalah Fattah," katanya.

Mengulas berkenaan prestasi kesihatannya yang merosot baru-baru ini, Amira berkata dia ditahan di wad selama lima hari akibat keracunan makanan selepas menghadiri majlis sambutan hari jadi.

"Saya kena keracunan makanan dan mungkin saya terlalu 'dehydrated', tekanan darah saya menurun. Jadi, lima hari saya ditahan di hospital. Saya akui 'food poisoning' boleh jadi kompleks, jadi saya sarankan kalau kena keracunan makanan, terus ke hospital.

"Macam saya ketika itu, masih lagi pergi kerja. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja sekarang. Adik saya juga dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan daripada juadah sama.

"Alhamdulillah, sekarang saya sudah sembuh, Tetapi tekanan darah saya kena naikkan lagi dan saya perlu ambil makanan yang sesuai untuk itu," katanya.

Mengenai lagu baharu, Amira berkata, Dalam Sujudku menyelami keperitan jiwa wanita dalam perjuangan mencari kekuatan dan ketenangan hati.

BH






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2025 07:13 AM | Show all posts
Edited by JoyahMengayah at 10-9-2025 12:32 PM




Setiap langkah seakan resah
Setiap nafas seakan beku
Membelenggu seluruh duniaku
Yang kelam

Katamu akulah cahaya
Namun jiwaku gelap gelita
Bagai kidung pilu merantaiku
Selamanya...

Jika...
Aku terbunuh oleh cinta
Biar mati dihatimu saja
Asalkan engkau bahagia

Oh Tuhan
Ku memohon dalam sujudku
Jika ini memang suratanku

Maka kuatkanlah jiwaku

huuuu...

huuuuuu...
huuuuu...

Jika...
Aku terbunuh oleh cinta
Biar mati dihatimu saja
Asalkan engkau bahagia

Ohhhh Tuhan
Ku memohon dalam sujudku
Jika ini memang suratanku

Maka kuatkanlah jiwaku

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2025 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Who dengki?


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2025 07:20 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2025 07:22 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
JoyahMengayah replied at 26-6-2025 07:13 AM
Beghituuu!

Buruknya lagu. Menyiksa telinga. Tapi pelakon perempuan tu cantik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2025 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.065632 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list