CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AyieBoyZ

SLOT ZEHRA : TAHAJJUD CINTA [REMY ISHAK & FAZURA]

  [Copy link]
Post time 28-6-2011 07:51 AM | Show all posts
butterfly in my stomach even tgk trailer je.
lagu tema pun best.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2011 11:05 PM | Show all posts


credit FB Tahajud Cinta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 11:17 PM | Show all posts
k. nmpk best ja. excited tgk ni. husband emelda, hareyanto lak. tp ramai star kan. mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 03:57 PM | Show all posts
ada tertengok iklan kat tv3...
sape laki yg mula2 pakai serba putih tu..? yg berdiri sebelah Shahz Jaszle tu...
perempuan berpurdah tu cam mata Fauziah Gous je kan..?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 05:18 PM | Show all posts
Sinopsis Tahajud Cinta ,
Cerita bermula dengan kisah mengenai  sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Ghous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang.  Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak  kpd Citra )ada masalah  dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan  Citra berjanji kepda dirinya  untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki.
Lebih kurang gitu le sinopsis ni. Nanti akan diperbetulkan kalau tersilap hehe!!
Citra nak membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas  di zaman sekarang ni.  Citra jugak nak memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali  tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat  kepada seorang ustaz ( kalau watak ustaz ni, Nuriz teka Ustaz Syauki yang alim tapi tewas dengan nafsu ni lakonan Eman Manan, ikut ulasan Erma di media )

Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).  Fuh!! banyak konfilk betul cerita nih!
Dapatkah Citra dan Solahudin,  menyelamatkan Seri ( Fauziah Ghous) dari menjadi isteri keempat.  Solahudin  tidak mahu  menjadi anak derhaka ( mungkin dia anak kepda Ustaz Syauki). Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.

Patutle tengok air mata Fauziah Ghous ni bergenang je ek.  Seri yang dilakonnya ialah wanita yang punya sejarah hitam dan telah didera secara seksual  semasa kecil.

Ulasan Nuriz
Erma kata dalam ni tak da hero atau heroin , tapi heroin sebenar ialah Fazura le sebab, Fazura  ni akan memperjuangkan hak wanita yang mengalami pelbagai masalah terutama dalam perkahwinan. Hero pulak Shah Jazle hehe!! apa kata anda?

Tengok watak watak ni ada isteri pertama, kedua ketiga dan keempat, nampaknya drama ni ada cerita pasal poligami jugak kan hehe!! Teringat kat abang Jem tu.



Read more: http://nurizspace.com/2011/06/si ... .html#ixzz1Qefa5zG5
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 06:01 PM | Show all posts
alamak, bila baca takde hero-heroin rasa lemah sikit. punyalah beriya iols ingatkan remy dengan fazura.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2011 12:21 PM | Show all posts
kiranya mcm tu la. tp tetap fazura- remy, heroin hero kan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 12:22 PM | Show all posts
Tahajjud Cinta ledakan fenomena baru!



Hanya dengan menonton teaser Tahajjud Cinta teaser sahaja krew MyFriends2u dapat merasakan setiap hari Jumaat jam 9 malam krew MyFriends2u akan melekat di depan tv! Sebuah drama arahan Eirma Fatima terbitan Rumah Karya Cinta di jangkakan bakal membawa satu fenomena baru selepas Nur Kasih dan Nora Eleena! Mengisi slot Zehra di TV3, drama Tahajjud Cinta bakal mengundang airmata penonton-penonton di rumah. Apa yang penting, pelakon-pelakonnya semua hebat-hebat belaka! Dibarisi oleh pelakon-pelakon baru dan lama antaranya Fazura,Fouziah Gous,Eman Manan,Remy Ishak,Shahz Jasle,Fazreen,Tiz Zaqyah,Aaron Aziz,Dato Jins Shamsuddin,Norish Karman,Neelofa,Ahmad Tamimi,Eirma Fatima,Dia Abu Zahar,Ziela Jalil,Azizah Mahzan,Heryanto,Fadhilah Mansor dan juga Melisa Saila. Fuh! Memang berpeluh mendengar nama-nama pelakon-pelakon ini. Bagaimanalah agaknya pihak production menguruskan jadual shooting ya? Semua pelakon-pelakon ni, rasanya sibuk-sibuk belaka.

Krew Myfriends2u sememangnya tidak sabar-sabar menantikan buah tangan Eirma Fatima ini, dan yang penting lakonan Fazura turut di nanti-nanti, kerana Fazura sudah lama tidak muncul di kaca tv.Jadi apabila sesekali muncul mestilah dinantikan oleh semua peminat-peminatnya kan? Lakonannya drama ini memerlukan watak Fazura, Citra Maisara memakai tudung.Kan cantik? Sejuk mata memandang. Mesti ramai yang berkenan dekat Fazura kan? Rabu yang lalu bertempat di TV3 telah berlangsungnya sidang media drama Tahajjud Cinta ini dengan suasana santai dan semestinya kamera tidak pernah lekang dari mengambil gambar pelakon-pelakon terlibat.

Pengarah Tahajjud Cinta - Eirma Fatima

Neelofa sebagai Armani

Tahajjud Cinta mengisahkan pengorbanan dua orang wanita Citra Maisara(Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran,hak asasi dan reputasi kaum hawa.Berasal dari dua latar belakang yang berbeza,Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang di hantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil sebenarnya telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah.Di situ Citra bertemu semula rakan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.

Dira Abu Zahar

Shahz Jaszle

Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali ke Malaysia,ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang di perolehinya.Begitu kecewa dengan tindakan Citra,ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah.Namun segala berubah apabila kakaknya Emelda(Tiz Zaqyah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya(Heryanto).Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya,ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.

Fouziah Gous sebagai Seri

Berlainan pula dengan nasib Seri dimana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah.Diatas permintaan bapanya(Ahmad Tarmimi),Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki(Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajian Seri di luar negara.Malangnya Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima,Melissa Saila dan Dira Abu Zahar).Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solohudin(Remy Ishak) anak kepada Ustaz Shauki.Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri.Walaupun terseksa,demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup,jauh dari cita-cita asalnya.Akan tetapi situasi bakal berubah apabila munculnya Armani(Neelofa).

Fazura sebagai Citra Maisara.Menawan,anggun!

Best tak sinopsis drama Tahajjud Cinta yang bakal menemui anda setiap Jumaat jam 9 malam di TV3 bermula 8 Julai 2011?Yang pasti krew MyFriends2u tidak sabar-sabar hendak menonton.Naik lagi ranking TV3 ya!Dengar kata drama ini masih lagi dalam proses pengembaran. Buat Eirma Fatima,syabas kerana berjaya menghasilkan drama ini yang sudah semestinya di nanti oleh semua penggemar drama.Kepada anda di luar sana jangan lupa menyaksikan drama terbaru arahan Eirma Fatima ini ya!



credit to: http://blog.myfriends2u.com/2011 ... jadi-fenomena-baru/

mmm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 11:03 AM | Show all posts
tak sabo nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 07:19 PM | Show all posts
Gambar sesi beramah mesra bersama pelakon Tahajjud Cinta yang berlangsung di Sri Pentas

Kredit: TV3




Fauziah Gous
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 07:21 PM | Show all posts


Fazura
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 07:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 07:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 07:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 07:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 07:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 07:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 07:27 PM | Show all posts

shah jazle
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 07:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 07:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.346030 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list