CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129682|Reply: 472

Adi Kelana....Merentas Tabir Alam....

  [Copy link]
Post time 30-5-2011 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by adi_kelana at 31-5-2011 16:37

Sesuatu yang misteri itu wujud dari dunia yang wujud diantara ruang tabir halus diantara dunia kita dan mereka. Benarkah kewujudan mereka? Semerdu alunan lagu Seri Bunian..wujudkah mereka?


Saya Adi Kelana, ingin mengajak anda semua berkunjung ke alam sana umpama berziarah ke kampong sebelah mengikut pengalaman dan jalan-jalan yang telah saya lalui.


Ramai yang telah memperkatakan kewujudan kampung2 bunian samaada dihujung2 kampung, di tengah2 hutan atau dimana saja. Tetapi pelbagai persepsi dan anggapan telah di khabarkan kepada kita semua…ada yang kedengaran seperti sangat indah dan ada juga yang kedengaran sangat mengerikan….dan ada yang mendengar tanpa bayang………….


Putus cinta dan harapan, itu lah yang menyebabkan aku berhijrah ke kampong..melepaskan semua beban dan harapan di kota metropolitan aku ingin mencari ketenangan disini. Setelah sehari, seminggu dan sebulan berlalu..aku mula dilanda kemurungan yang kronik..jadi anti sosial, port yang aku paling suka sekali ialah tunggul pokok kelapa tumbang yang menghadap parit depan rumah usang mak bapak aku tu..


Disitu lah aku membuang masa, mengalunkan bait-bait zikir yang diajarkan oleh bapak aku..untuk mengelakkan aku terus hanyut dalam dunia fana yang aku cipta sendiri. Dari lepas waktu Asar aku akan duduk atas tunggul tu sampai hampir ke senja jika aku datang mood untuk aku berseorangan.


1 Muharram, tepat jam 12 malam aku mandi bunga sebagai ritual untuk membersihkan jiwa aku yang sangat kusut dan mengembalikan keceriaan dan wangian hati aku. Malam tu juga aku bermimpi didatangi oleh seseorang yang aku rasa sangat mesra dan sangat tertarik dengan kemanisan dan kesucian wajah beliau. Setelah memperkenalkan diri sebagai Mbah Brahim, aku terus bersalam dan mencium tangan beliau. Wangi! Semerbak bau kasturi meresap kedalam jiwaku..sungguh nyaman dan tenang.


"Nak..kenapa membuang masa mengenang kisah silam? Dunia takkan puas di hatimu..”


Terus aku terjaga, terpinga-pinga! Sapa dia? Apa maksud kata-katanya?. Selepas Subuh, aku terus mendapatkan Bapak aku yang sedang sibuk meraut bilah-bilah buluh untuk dijadikan bakul-bakul anyaman.


“Pak..malam tadi ada orang namanya Mbah Brahim datang, dia cakap sekian-sekian…”


“hmmm…(jawapan biasa) tunggu lah dia datang lagi”


Itulah jawapan muktamad…kalau dah start dengan “hmmmm..”maksudnya jangan Tanya lebih-lebih…nanti 2-3jam mesti dia buka cerita…

InsyaAllah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2011 07:59 PM | Show all posts
Maaf TT, font yang digunakan tidak berapa kena di mata saya. Boleh tukar kepada font yang normal? Font sebegini takut membantutkan selera forumer lain untuk membaca cerita TT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 08:23 PM | Show all posts
Reply 2# TokMudim


   baik tok...sy dah ubah fontnya...terima kasih atas teguran anda.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 08:24 PM | Show all posts
Assalamualaikum...TT ada kisah bunian...menarik...citer la
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 10:31 PM | Show all posts
check in..
smbung lg plss..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 10:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by adi_kelana at 2-6-2011 22:34

Aku pun duduk sebelah dia sambil membantu meraut rotan untuk dijadikan tali pengikat bakul. Dalam kepala aku tak habis-habis dok memikirkan apa maksud kata-kata ‘orang tua’ tu. Ada maksud tersurat dan tersirat kah? Atau mainan tidur je…lantak lah!

“Dah…jangan fikir lebih-lebih…nanti kalau dia nak datang, dia datang.”

Isk! Bapak aku ni boleh baca fikiran aku ke? Hebat!

“Pak! Kebun yang kat baruh tu sapa yang jaga sekarang? Bapak tanam kelapa sawit ke?”

“Abang ko yang jaga..napa? dia yang tanam sawit tu, ko nak tolong tebas atau meracun boleh la..Bapak bukan larat pun..”

“Nanti lepas Zohor aku nak ke sana lah..cari pucuk paku..”

“Mana ada orang cari pucuk paku tengah-tengah hari buta! Nak cari pagi-pagi…baru segar-segar! Daunnya tak kembang lagi. Entah-entah pagi tadi Bik Rohim tu dah kutip kot..Bapak dah pajak kat dia kutip paku pakis, daun turi ngan pucuk gandol (betik) tu”

“mmmmm…kalau ada rezeki, dapat sikit pun jadi la..”

“Kalau nak pergi nanti singgah umah abang ko amik parang..semua bapak simpan kat sana”

Lepas solat Zohor, aku terus start motor pergi rumah abang aku kat kampung baroh tu…sampai sana rumah tak de orang..mungkin tak balik kerja lagi kot. Melilau aku cari parang bawah rumah dia, tak jumpa! Aku terpandang mesin rumput sandang kat pangkin tu…petrol pun penuh lagi…ok gak try benda ni. Nak rasa macam mana feel dia sebab kali pertama nak pakai. Senang je kot, on suis, tarik tali kuat-kuat, pulas accelerator….tebas!

Sebelum pergi ke kebun tu, sempat juga aku tinggalkan nota kat atas pangkin tu. Bukan apa, takut bila dia balik nanti tak lah terkejut tengok mesin rumput dia tetiba hilang. Dalam perjalanan ke kebun tu, aku sempat juga berangan-angan apa aku nak buat sepanjang duduk kat kampung ni. Kalau dapat tender majlis daerah bersihkan rumput-lalang tepi-tepi jalan tu pun mashyuk juga.

Ah! Bukan senang nak dapat tender! Kawan aku si Mail tu pun minta tender kantin kat majlis daerah tu pun berjaman gak nak lulus! Semuanya nak kena ada ongkos, aku balik kampung ni pun bajet-bajet je..rokok pun dah main rokok lenteng. Buat masa ni. rokok kotak terlalu mahal rasanya. Asal berasap sudah!

Sampai ke kebun, aku terus parking kat tepi pondok yang abang aku buat tu. Haha! Pernah dulu dia cabar aku untuk tidur semalam kat pondok tu..tapi sorry lah! Bukan aku takut, cuma tak dapat terima cabaran tu…tidur dalam kebun? Buat apa? Kalau dusun durian macam kat rumah kakak aku tu ok juga..ada hasil!

Aku belek-belek mesin tu….bukan baru pun! Abang aku beli secondhand dari kawan dia…RM30 je! Sebab mesin tu dah rosak teruk, lepas repair dan tambah part. Macam baru je! Kadang-kadang aku jelous juga dengan kerajinan abang aku tu..ringan tulang, ringan tangan..tapi kadang-kadang harta dia, harta dia…harta aku pun boleh jadi harta dia..biarlah! adat lah..adik beradik. Lagipun aku yang bongsu..mana leh melawan, memang kitaorang dah dididik macam tu..respect the elders.

Dah 10 minit aku cuba start mesin ni! Tak boleh-boleh juga..takkan piston jem kot? Keluar bunyik angin je! Bila aku jenguk-jenguk dalam pondok tu..nampaklah sebilah parang panjang terselit kat alang pondok.

“hmmm…parang pun parang lah!”

tapi dalam hati masih gigih nak cuba start mesin rumput ni.. masa aku cuba untuk kesekian kalinya….tiba-tiba..

“wayar plug tu cabut la…..hehehhehe”

“ooooo…..wayar plug cabut?”

Aku pun betulkan wayar tu….sekali tarik dah hidup!

“WAYAR PLUG CABUUUUUUUUUUUUUUUT? SAPA YANG CAKAP TU? BIBIK KE TU??”

Senyap sunyi….bunyi unggas je…

“isk! Takkan bibik aku tak balik lagi kot? Sapa lak yang tegur aku tadi? Lantaklah! Perasaan aku je kot…”

Disebabkan darah gemuruh dah sampai…dengan mimpi Mbah Brahim malam tadi…dengan tetiba lak suara pompuan tadi…aku mengucap panjang..berselawat dan berbekalkan bacaan ayatul kursi aku mula menebas sekeliling  pondok tu…Rileks! Rileks! Cool…

Bila aku terpandang kearah deretan pokok pisang berangan tu…aku ternampak kelibat 2-3 orang budak perempuan berjalan laju… sapa pulak tu? Perasaan! Perasaan! Takkan la ada benda-benda tak elok siang buta ni? Kat tv tu selalu tunjuk benda-benda ni muncul memalam je…kalau siang-siang mau terbakar kena cahaya matahari!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2011 12:05 AM | Show all posts
wah best ni... lg lg...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 12:10 AM | Show all posts
Wah! Menarik ni.. Cepat2 la sambung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2011 12:56 AM | Show all posts
Memang menarik cerita tt, dengan gaya penceritaan yang sangat teratur. Bravo..hehe update selalu yee...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 08:44 AM | Show all posts
memula tgk tajuk...ingatkan citer org lain.....rupanya pengalaman TT.....ok tu..best²...sila la sambung ya TT....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 10:09 AM | Show all posts
cerita best....sila sambung yer en TT....setia menanti...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 10:29 AM | Show all posts
bestnya..pengembaraan ke alam yg satu lagi..teruskan bercerita..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 11:33 AM | Show all posts
TT..update ye..jgn biar tergantung..tapi tak paksa,take your time... Peace out...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 11:44 AM | Show all posts
cer citer .... cer citer
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 11:45 AM | Show all posts
KOMPOM BUNIAN...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 12:01 PM | Show all posts
best..best..TT,take ur time..i'm waitingg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2011 12:02 PM | Show all posts
Bapak dah pajak kat dia kutip paku pakis, daun turi ngan pucuk gandol tu”
adi_kelana Post at 30-5-2011 22:56



    ni favourite org jawa ni. wei org jawa mane pggl bapak, kene panggil 'pae'....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 12:03 PM | Show all posts
hmmmm..... <-- ni tandanya nak suh cite lagi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 12:22 PM | Show all posts
masih menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 12:35 PM | Show all posts
ni pengalaman sebenr TT atau just nk create citer misteri bunian??sila jawab??
emm..cer sambung cept citer ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.075254 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list