CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adi_kelana

Adi Kelana....Merentas Tabir Alam....

  [Copy link]
Post time 1-6-2011 02:16 PM | Show all posts
Assalamulaikum semua!....hari ni sy agak sibuk..InsyaAllah malam ni akan bersambung...

berkunjung ...
adi_kelana Post at 1-6-2011 13:02



   excited nengok nama tuh.. ingat kan de sambungannnn... :@:@:@

rhupenyaa xdek lagikkkk.. tertipu jewwwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2011 02:18 PM | Show all posts
en. tt,

bik / nyai / mbah tu maksudnya apa?
bukan utk orang perempuan ke? first time baca, mbah brahim tu, tak tau lelaki ke pempuan.  tapi rasanya mcm lelaki je. mbah ni maksudnya atok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 03:02 PM | Show all posts
en. tt,

bik / nyai / mbah tu maksudnya apa?
bukan utk orang perempuan ke? first time baca, mbah  ...
batricia Post at 1-6-2011 14:18



   setahu sy la kan.. nenek saya jawa.. kami panggil mbah gak..hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 03:41 PM | Show all posts
bestnye cite ni....fuyoooo...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 03:42 PM | Show all posts
mbah ni tak kira lelaki atau perempuan tetap dipanggil mbah....pangkat atuk dan neneklah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 04:24 PM | Show all posts
*Sedang menunggu update dari TT*
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-6-2011 02:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by adi_kelana at 2-6-2011 22:45

Mana motor aku? Takkan la aku jalan kaki macam zombie dari kebun tadi sampai sini? Mungkin lah kot…kalau tak kenapa aku rasa penat sangat sampai tertidur atas pangkin ni..

“Motor ko ada kat tepi pondok dalam kebun tu? Kenapa? Rosak ke? Aku nak start tadi kunci tak de..aku ingatkan ada orang hantar ko balik….ni aku ingat nak ke rumah bapak lah, nak Tanya ko pasal motor tu..”

“ha’ah…ada orang hantar aku balik..jom la amik motor tu..nanti maghrib bapak nak ke surau, aku basikalan je..”

Ada orang hantar aku balik??? Ada orang hantar aku balik? Sapa hantar aku? Bila sampai di kebun, aku minta tolong abang ambilkan motor tu…aku tunggu kat tepi jalan..bila dia keluar terus dia membebel-bebel. Sekali start je dah boleh hidup! Ngan muka terkulat-kulat aku jawab..

“tadi aku start tak hidup..aku ingatkan rosak..”

“kalau rosak pun janganlah tinggal macam tu je, kalau kena curi?”

“kalau dah rosak, mana ada orang nak curi?”

“ah! Menjawab la ko ni…jom saing aku pergi rumah bapak, aku tengok ko ni semacam je..nanti masuk parit ke, langgar pokok sawit ke..aku juga yang kena menjawab!”

Heheheh…sayang juga ko kat aku rupanya…

Sampai rumah, bapak dah siap tunggu depan titi…Cuma kali ni dia tak pegang batang ubi atau ranting pokok jambu tepi parit tu macam 10 – 15 tahun dulu. Kalau dulu, siap la! Asal merembang senja baru nak balik rumah…tahan je la badan atau kaki..kena lak esok pagi ada pendidikan jasmani, sekali pakai seluar sukan yang pendek tu..cantik je tattoo satu line kat peha. Kalau ada kawan-kawan yang gelak senang je aku jawab..

“ah! Bapak ko tu lembut! Ko tu pulak manja sangat..sikit-sikit nangis. Aku kena libas ni, steady je!” tu kalau yang lelaki..kalau yang perempuan, aku lah yang menagih simpati…haha!

“dah! Pergi mandi..bapak tunggu! Malam ni ada ambengan* kat rumah Wak Benu (nama dia Ibnu..tapi dah jawa, panggil Benu la). Kamu dijemput tak Sim?” *ambengan - nasi ambeng yang di sediakan didalam talam yang dialas dengan dun pisang beserta lauk ayam masak semur(masak kicap), mee goreng, rempeyek, sambal tempe kering dan serunding kerang..biasanya selepas majlis tahlil dan 1 talam akan dibahagi 4 orang dan dibungkus bawa balik bagi anak bini makan..tuan rumah senang sebab x payah nak basuh pinggan mangkuk)

“tak de pun pak…”

“Wow! Ada nasi ambeng ke malam ni pak? Kemecer (terliur) dah ni..tunggu jap”

“Cepat! Wes arek kentong loh! Maghrib-maghrib podo pecicilan!...” (cepat! dah nak masuk waktu! dah maghrib pun nak main-main atas jalan!)

Aku nampak abang aku cepat-cepat start motor lari balik rumah dia, anak dah 3 pun masih kena bebel dengan bapak. Sepantas kilat aku mandi bila aku dengar bunyik motor paman (pak cik yang pangkat rendah dari bapak atau mak kita) aku yang sebelah rumah tu keluar dari rumah dia. Paman aku tu siak surau, jadi kalau dia dah keluar maka aku ada masa lebih kurang 10 minit je untuk bersiap sebelum dia ketuk kentong dan azan.

Pernah sekali, bapak aku terlepas solat subuh berjemaah kat surau sebab tak dengar bunyi moto paman aku tu..biasanya pagi-pagi dia akan pulas throttle kuat 2-3 kali bagi panaskan enjin, sekali hari tu dia naik basikal..nak pulas apa?

Kalau duduk kat kampong lama-lama, telinga kita akan jadi lebih peka. Contohnya kita boleh tau sapa yang lalu depan rumah kita berdasarkan bunyi enjin motor atau nak tau malam tu hujan atau tak, cuma berdasarkan pada bunyik cengkerik dan katak. Kadang-kadang bapak aku nak tentukan masa pun berdasarkan bunyi-bunyi unggas atau serangga kat sekeliling dia je.

Sebab menurut katanya, kalau masa dia mencari buluh kat kebun-kebun tu. Bila dah dekat atau dah masuk waktu solat, kalau kat tengah-tengah kebun kita  tak azan dari  surau atau masjid tapi unggas-unggas dan serangga-serangga ni akan keluarkan satu bunyi lain agak berbeza dari waktu-waktu biasa. Jadi dia tau lah..

” o..dah zohor..balik makan nasik dulu”

Astaga..rupanya aku tak bawak sehelai pun baju melayu? Baru aku sedar selama aku duduk kampong ni, baik ke surau atau ke masjid masa solat jumaat..aku ber ‘t-shirt’ je..dah lah nak rumah orang kenduri takkan aku nak pakai t-shirt juga…

Aku geledah almari buruk kat tepi dinding dapur tu, mana la tau ada baju-baju melayu aku yang lama-lama tu. Sah! Memang tak de sebab seingat aku, aku dah bagi semua baju-baju lama aku yang berlonggok kat dalam almari tu kat rumah anak yatim kat pekan tu. Aku masuk balik dalam bilik, t-shirt pun t-shirt la..bukannya ada VIP ke apa..kenduri tahlil rumah Wak Benu je..tapi anak pompuan Wak Benu memang comel dan wow!.

Bila aku masuk bilik, semerbak bau minyak attar..isk! takkan bapak aku tertumpah minyak attar dia dalam bilik aku? Bilik aku ni sebenarnya tempat bapak aku solat sebab bila siang-siang dia solat dengan tingkap terbuka, kalau kawan-kawan dia dating rumah nampak dia tengah solat, tak payah la bagi salam berbagai, tunggu je kat pangkin bawah rumah tu.

Bila lepas aku sarung baju t-shirt maui and son tu, aku terpandang sepasang baju melayu berwarna kuning cair terlipat kemas atas katil aku…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 10:37 AM | Show all posts
eh...mana dtg baju melayu tu???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2011 10:55 AM | Show all posts
Mana motor aku? Takkan la aku jalan kaki macam zombie dari kebun tadi sampai sini? Mungkin lah kot… ...
adi_kelana Post at 2-6-2011 02:35



   mesti baju melayu yg mbah brahim kasik tuh kan???
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 11:31 AM | Show all posts
nyaman tul baca tulisan hang ni..
rasa mcm diri sendiri lak yang mengalami... slow and steady...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 11:31 AM | Show all posts
baju melayu ????....mcm Mbah Berahim yg bg kan TT...
ok saya tunggu lagi citer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 11:38 AM | Show all posts
setahu sy la kan.. nenek saya jawa.. kami panggil mbah gak..hehehehe
ANTUGIGI Post at 1-6-2011 15:02



mbah ni tak kira lelaki atau perempuan tetap dipanggil mbah....pangkat atuk dan neneklah


  terima kasih to antugigi  & alifinara.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 11:41 AM | Show all posts
mesti orang bunian tu bg...jeng jeng!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 11:50 AM | Show all posts
terima kasih to antugigi  & alifinara.
batricia Post at 2-6-2011 11:38



   welkammm..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 12:02 PM | Show all posts
sambunglah lagi tt
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 12:14 PM | Show all posts
Reply 47# adi_kelana

emm suker ak baca tt cakap jawasambung agi ehh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2011 12:16 PM | Show all posts
sangat best dan teruja nak tahu sambungan......
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 12:42 PM | Show all posts
Kenduri nasik ambeng? Dah lama tak makan version kenduri, selalu makan version pasar malam jer....tu pun nasib baik pasar malam ada jual.

Tt...bestlah cerita ni, suka baca dialog jawa tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 02:28 PM | Show all posts
sy pun rasa mbeh yg bg baju tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 02:47 PM | Show all posts
membaca kisah TT ni sepertinya saya sedang membaca novel.  Ini adalah kerana isinya disusun dan digarap dengan begitu berhati-hati.  Ada flashback... hemmm gaya bahasanya hampir sempurna.

TT bijak membawa pembaca ke alam penceritaan.  Sehingga pembaca dapat menggambarkan keadaan sekeliling didalam cerita ini.

Teruskan TT dengan pengembaraan selangkah ke alam misteri..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.653071 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list