Edited by JoyahMengayah at 4-7-2025 03:18 PM
KUALA LUMPUR: Penyanyi senior yang mendapat jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris mengakui menjalani proses menurunkan berat badan melalui kaedah suntikan.
Noraniza atau mesra dengan panggilan Kak Ani, 57, berkata rawatan itu dilakukan untuk tujuan kesihatan berikutan berat badannya hampir memasuki obesiti tahap dua.
"Pertama sekali saya kurus untuk sihat. Kita makan macam-macam yang boleh menyumbang kepada masalah kolestrol dan asid urik.
"Dua masalah itu boleh menjadi pembunuh senyap, jika tidak dikesan lebih awal. Itulah tujuan utama saya mahu menurunkan berat badan.
"Saya juga mendapat inspirasi daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, saya nampak Siti sudah kurus dan mahu jadi seperti beliau.
"Lagipun umur saya baru 50-an tetapi tahap kesihatan menunjukkan umur 75 tahun, mana boleh macam itu.
"Maka saya perlu berusaha turunkan berat badan agar sihat," katanya yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak empat kilogram (kg) selepas menjalani suntikan berkenaan.
Kongsi penyanyi lagu Hatinya Tak Tahan itu lagi, rawatan dilakukan dipantau doktor bertauliah yang perlu ditemui setiap minggu bagi memantau penurunan berat badannya.
Noraniza mengaku pernah ditawarkan menjalani kaedah bariatrik untuk mengurangkan berat badan secara percuma, namun, ditolak berikutan bimbang kesan sampingan.
"Memang tidak dinafikan ada yang hendak belanja kaedah bariatrik tetapi suami tak izinkan kerana bimbangkan kesannya. Memadailah dengan pergi klinik sahaja.
"Sebenarnya, apabila lihat ramai yang berjaya kurus, hati berbelah bahagi hendak cuba bariatrik. Tetapi, apabila difikirkan kembali, saya tak berani tanggung sekiranya ada apa-apa risiko.
BH
|