CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1680|Reply: 5

[Tempatan] OPR turun 2.75 peratus

[Copy link]
Post time 9-7-2025 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.

Seiring dengan itu, kadar siling dan kadar lantai bagi koridor OPR turut dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus.

Ini adalah kali pertama bank pusat menurunkan OPR selepas mengekalkan kadar itu sebanyak 12 kali sejak Mei 2023.

"Petunjuk terkini menunjukkan pertumbuhan global terus berkembang, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang berterusan dan pada tahap tertentu, aktiviti yang diawalkan.

"Unjuran pertumbuhan global dijangka terus disokong oleh keadaan pasaran buruh yang positif, dasar monetari yang kurang ketat serta rangsangan fiskal.

"Namun begitu, prospek ini masih dibayangi ketidaktentuan berhubung perkembangan tarif dan ketegangan geopolitik. Ketidaktentuan ini juga boleh membawa kepada peningkatan turun naik dalam pasaran kewangan global dan harga komoditi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BNM berkata, bagi Malaysia, perkembangan terkini menunjukkan pertumbuhan aktiviti ekonomi yang berterusan pada suku kedua, yang didorong oleh permintaan domestik yang kukuh serta pertumbuhan eksport.

Melangkah ke hadapan, pertumbuhan dijangka terus disokong oleh daya tahan permintaan dalam negeri.

"Pertumbuhan pekerjaan dan upah, khususnya dalam sektor yang berorientasikan domestik, serta langkah dasar berkaitan pendapatan akan terus menyokong perbelanjaan isi rumah.

"Pengembangan aktiviti pelaburan akan terus didorong oleh kemajuan projek berbilang tahun dalam sektor swasta dan awam, tahap pelaksanaan pelaburan yang diluluskan yang tinggi secara berterusan, serta pelaksanaan inisiatif pemangkin di bawah pelan induk nasional yang sedang berjalan," katanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2025 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la standby payslip utk overlap personal loan atau riki² kereta baru...opr naik nanti boleh maki kerajaan..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu us announced tarif mesia baru bnm gerak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 05:27 PM | Show all posts
nak tunggu bank turunkan tak rate loan
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2025 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu zmn opr turun, bnyk sungguh lebihan bank rakyat bagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2025 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnti byar housing loan turun la sket ye banding dgn yg kita byr sblum ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Sampai ganggu bayi tidur', penduduk gesa pihak masjid di Taman Sri Pulai turunkan bunyi 'speaker' mengaji sebelum subuh
tatod'Sampai ganggu bayi tidur', pend
Views : 21024 Replies : 10
U turn budaya kito:Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming kata  Kenyataan DAP Keluar Pakatan Jika UEC Tidak Diiktiraf Disalah Lapor
YgBenarU turn budaya kito:Ketua DAP Perak, Nga
Views : 158 Replies : 10
Kebakaran kondo Mont Kiara: Lelaki ditemui rentung di balkoni
AbahmungKebakaran kondo Mont Kiara: Lelaki ditem
Views : 951 Replies : 18
Edisi SELAMAT TINGGAL 2025
telracsEdisi SELAMAT TINGGAL 2025
Views : 885 Replies : 88
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 334420 Replies : 3360
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1595 Replies : 783
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 44137 Replies : 809
[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION - Jeon Do Yeon, Kim Go Eun, Park Hae Soo, Jin Sun Kyu ~ 5 December 2025
Rahah[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION -
Views : 651 Replies : 24
Gempar bumi:Jambatan penghubung antara Melaka dan Indonesia melalui Pengkalan Balak akan dibina.Anda teruja melancong ke Indon?
YgBenarGempar bumi:Jambatan penghubung antara M
Views : 330 Replies : 14
Update :Professor Solehah Yaacob PERTAHAN kenyataan Kerajaan Roman belajar buat kapal Dari orang Melayu.Hasil kajian 20 tahun.Acik Forum pakar kapal sila sepatah 2 kata
YgBenarUpdate :Professor Solehah Yaacob PERTAHA
Views : 3913 Replies : 90

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2025 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.051812 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list