CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nik2121

Al-Hin?

  [Copy link]
Post time 13-4-2012 03:13 PM | Show all posts
best n menarik pasal al-hin 2..
wlupn kat tgh2 td berserabot..
huhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2012 04:34 PM | Show all posts
Reply 476# capiloton


lebih kurang macam tu la..
zaman paleolitik, mesolitik & sgala bagai ...tik2 tu, zaman tu wujudnye makhluk berupa manusia kan?
then saya dipahamkan zaman tersebut dh wujud sblum Nabi Adam diturunkan ke bumi...
jadi, apekah kategori makhluk berupa manusia tersebut?

penah terbace kt bod LMS, thread 'Siapa Penghuni Dunia Sebelum Adam'..dan ade yg mention pasal teori Adam sebelum Adam ni..



capiloton, aku nye soklan kt atas tu blum dijawab oleh ko, hehehh
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 09:22 AM | Show all posts
thread ini dan thread adam sebelum adam, kelihatannya mempunyai titik persamaan.
apakata semua?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 07:28 PM | Show all posts
**mgkin ada kaitan dgn golongan yg disebutkan wallahualam. sila refer jawapan 41 yg font kaler merah


KISAH WALI ALLAH DAN PADERI SAMA'AN - 50 SOALAN LAWAN 1 SOALAN.
Ini adalah kisah yang masyur dikalangan Ilmuan Islam.


Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

MENJAWAB 50 SOALAN

Ketua paderi berkata, “wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu.”

Jawab Abu Yazid, “baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan.”

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.


JAWAPAN DARI ABU YAZID

Lalu Abu Yazid menjawab ke semua nya.

Soalan 1 :
Paderi : Apakah Yang satu tidak ada duanya ?
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.

Soalan 2 :
Paderi : Apakah Yang dua tiada tiganya ?
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

Soalan 3 :
Apakah Yang tiga tiada empatnya ?
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.

Soalan 4 :
Apakah Yang empat tiada limanya ?
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Soalan 5 :
Apakah Yang lima tiada enamnya ?
Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

Soalan 6 :
Apakah Yang enam tiada tujuhnya ?
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

Soalan 7 :
Apakah Yang tujuh tiada lapannya ?
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

Soalan 8 :
Apakah Yang lapan tiada sembilannya ?
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu
adalah lapan Malaikat.

Soalan 9 :
Apakah Yang sembilan tiada sepuluh ?
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

Soalan 10 :
Apakah Sepuluh yang sempurna ?
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

Soalan 11 :
Apakah itu Yang sebelas ?
Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.

Soalan 12 :
Apakah itu Yang dua belas ?
Bilangan bulan dalam setahun.

Soalan 13 :
Apakah itu Yang tiga belas ?
Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan.
Jumlahnya tiga belas.

Soalan 14 :
Siapakah Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga ?
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

Soalan 15 :
Siapakah Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka ?
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Taa
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 07:29 PM | Show all posts
Soalan 41 :
Apakah itu Sam dan Ram ?
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.

Soalan 42 :
Apakah Maksud keldai Makwak ?
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

Soalan 43 :
Apakah Maksud anjing menyalak ?
Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

Soalan 44 :
Apakah Maksud jeritan kuda ?
Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

Soalan 45 :
Apakah Maksud jeritan unta. ?
Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

Soalan 46 :
Apakah Maksud nyanyian burung Bulbul ?
Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

Soalan 47 :
Apakah Maksud bunyi katak ?
Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

Soalan 48 :
Apakah Maksud kata-kata burung Nakus ?
Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?.

Soalan 49 :
Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat ?
Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih…

Soalan 50 :
Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.?
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.



SOALAN DARI ABU YAZID

Kata Abu Yazid, “saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?”

Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka.

“beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan.

Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu. Katanya, “bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju.”

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.
“bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARRASULUULAH.”Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “memang benar kata ketua kamu ini.”
Semua paderi memeluk Islam

Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.
“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”

“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.

“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.

“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.

“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!”

Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid.

Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

والله اعلم

BIBLIOGRAFI :

http://komuniti.iluvislam.com/topic/26504-kisah-imam-abu-yazid-al-bustami-dan-paderi-samaan/
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2012 10:15 PM | Show all posts
Reply 485# allyhasana

MasyaAllah.... Alhamdulillah..... apakah lagi yang kita dustakan wahai sahabat sekalian?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2012 03:18 AM | Show all posts
alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 12:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2012 04:49 PM | Show all posts
Reply 477# acescripters


syukran jazilan.....
Terima Kasih....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 05:09 PM | Show all posts
soalan dan jawapan yang seronok aku membacanya... tak jemu2 diulang membaca..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 02:44 PM | Show all posts
masyallah.....Allah Maha Mengetahui.....
pengetahuan kita tentang semua yang dibincangkan ni hanya sedikit saja...entah2 hanya sebesar zarah sahaja......mana yang baik ambillah....mana yang tak elok tu buang jauh2. berforum jangan sampai boleh buat iman kita tergugat sudahhh...

macam2 perangai manusia boleh tengok kat sini. agak2 kalau ajak berbual atau berbincang secara bersua muka berani tak? kalau la ada mod yg boleh undang semua yg jadi tukang bagi info kat sini...best jugak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 03:19 PM | Show all posts
Reply 491# sarinah99


Berforum bertentang mata.... boleh jer... jadi Forum Perdana lah pulak nanti....
buat perjumpaan... buat forum, rakam video, masuk youtube... ehehe... ok??
tapi kena cari yang betul2 layak ler....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 01:59 AM | Show all posts
akhirnya benang ni dah kembali. terima kasih atas penjelasan ni. sangat bermakna.

pernah tanya soalan kepada sorang ulama' dari Medan, Indonesia. soalan yang ditanya tu pasal perbualan antara malaikat dan Allah pada ketika Allah s.w.t. bercadang nak mencipta Adam. malaikat persoalkan tindakan Allah dengan mengatakan "adakah Allah hendak mencipta manusia yang melakukan kerosakan". point kat situ, malaikat dah pernah kenal ciptaan bernama manusia.

jawapan ringkas ulama' tu, "ada manusia sebelum Adam". tak sempat nak tanya lebih dia dah mintak diri sebab ada janji dengan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 04:49 PM | Show all posts
Reply 493# amirezu

memang ada penerangan mengenai hal tu kat post sebelum ni....
sila rujuk post 446# kat page 18...
ada link video kat situ.... harap membantu anda....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 12:04 AM | Show all posts
Reply 494# boerbekeng

terima kasih boer. dah tengok video tu. sekarang ni tengah download sambungan dia.
cuma, sekarang ni tak terjawab lagi pasal manusia zaman paleolitik semua tu.
adakah manusia prasejarah ni salah satu daripada 3 golongan sebelum al-insaan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 02:41 PM | Show all posts
Reply 495# amirezu


saudara... kat thread ni kita membincangkan tentang Al-Hin... kalau saudara ingin mengetahui tentang perkara tersebut ambe cadangkan saudara merujuk kepada link yang ambe berikan ni....

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=541275&extra=page%3D9&page=16

kalau merujuk pada thread yang ambe berikan tu... ambe berminat dengan penerangan manap77... tapi terpulanglah pada saudara untuk mencerna sendiri maklumat di thread tersebut.... ambe harap saudara berhati-hati bila berada di situ... selamat merujuk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2012 10:11 AM | Show all posts
Reply 496# boerbekeng

maafkan saya, dah tercampur aduk antara dua thread sebab dah lama tak masuk dua2 thread ni. lagipun dua2 thread ni ada persamaan, tu yang boleh terkonfius sikit. apa2 pun, terima kasih saudara boer
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 11:35 PM | Show all posts
Reply 485# allyhasana


terima kasih diatas perkongsian.
kalimah tauhid itu adalah kunci ruh.

kuncilah ''diri'' dgn kalimah tauhid itu dua kali sehari minima, sekurangnya sekali waktu sedar pagi dan sekali pada waktu melelap mata pada malam hari.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 12:52 PM | Show all posts
Reply 485# allyhasana


Menarik jugak persoalan tu.... jadi apakah/siapakah sebenarnya sam dan ram itu....????
adakah kena mengena dengan Al-Hin atau golongan yang berbeza.....???
sesiapa yang sudi berkongsi akan hal ini....???
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2012 10:15 PM | Show all posts
Reply 359# MANSTIR


    kadang-kadang sesuatu jawapan yang dinyatakan tidak selaras dengan kehendak dan permintaan anda. dikhuatiri jawapan yang diberikan akan memesongkan dan menjauhkan diri dari pada NYA. Adalah lebih baik anda mohon sendiri dari Allah taala. lebih jelas dan benar. kerana tidak ada dolak dalih lagi. sujudlah pada NYA dan mintalah pada NYA. dia yang lebih mengetahui. mintalah hijab pandangan, pendengaran dan akal dibuka, supaya apa yang anda cari itu bertemu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.073097 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list