CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13858|Reply: 80

Adalahmu [U]

[Copy link]
Post time 4-6-2011 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Episod 1


Pernahkan anda mengalami situasi dimana anda menunggu bas yang tidak tiba-tiba selama dua jam, atau menunggu kawan anda yang lambat sampai lebih daripada masa yang dijanjikan. Apa yang anda rasa pada ketika itu,marah atau fikir sebaliknya? Kisah ini membawa anda satu pengalaman yang membuatkan semua orang berfikir adakah seseorang itu gila menunggu orang betul-betul kita yakin jadi milik kita ataupun adakah seseorang itu mempunyai sifat penyabar dalam diri dia. Hanya anda mampu tentukan.

Syam masih memandang siling sambil memerhatikan kipas yang sedang berputar. Dalam fikirannya dia membayangkan gadis yang dia ketemu pada waktu pagi tadi. Kenapa tiba-tiba sahaja dia merasakan dirinya patut berkenalan dengan gadis itu. Pintu pejabatnya diketuk.

“Mr.Syam, your flight ticket has been booked. The time will be at 11 p.m.” Wanita yang berusia 40-an menyerahkan butiran tiket yang telah dicetak kepada Syam.

“Thank you Kak Ros,” balas Syam.

“You're welcome Mr.Syam.” balas kembali Kak Ros.

Wanita itu terus berlalu pergi. Syam, pada pandangan Kak Ros seorang bos yang tidak pernah meninggi diri malah menghormati pekerjanya yang lebih tua dari usianya. Kak Ros kembali ke mejanya. Dia menyiapkan laporan dan jadual perjalanan untuk bosnya yang akan berangkat ke Perancis minggu depan.

“Kak Ros, kali ni bos nak pergi mana pulak?” tanya gadis genit pada Kak Ros.

“Ish..kamu ni, tiap kali dia nak pergi outstation, mesti kamu nak tanyakan.Jangan risau la, dia balik nanti kau tahu la. Kamu tengok la kat souveniur yang dia bagi nanti made in mana.” balas Kak Ros dengan penuh panjang lebar.

Syam keluar dari pejabatnya. Dia menuju ke lif dan menekan butang untuk turun ke tingkat bawah.Pintu lif dibuka. Syam terus melangkah masuk ke dalam lif tersebut. Kenapa tiba-tiba hati dia berdebar-debar? Dia memandang gadis di sebelahnya. Begitu juga gadis tersebut. Mata bertentang mata. Tiada patah perkataan dikeluarkan, hanya memori yang berputar. Gadis yang dia pandang pagi tadi adalah..

“Zie..” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Syam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2011 05:48 PM | Show all posts
Episod 2


Benarkah memori ini satu imbasan masa lalu dan kenapa memori ini memberi makna pada seseorang? Adakah dengan adanya memori ini suatu ikatan akan terjalin semula atau terus terputus?

“Sir,would you like a coffee or juice?” tanya pramugari MAS.

“Coffee please,” balas Syam.

Pramugari tersebut terus berlalu menuju ke penumpang seterusnya. Syam membiarkan kopi yang panas itu sehingga ianya boleh diminum. Dia merenung keluar dari cermin kapal terbang walaupun diluarnya tiada apa kelihatan hanya gelap menyelubungi.

“Miss,do you know where is the civil department?” tanya Syam pada seorang gadis.

“Sure,it is just behind that building. Just go straight and you will get there..,” balas gadis itu sambil menunding jarinya ke arah bangunan di hadapan mereka.

“Are you new here?” tanya gadis tersebut.

“Yes, today I have to register my course and by the way thanks a lot.I’m in hurry right now.” balas Syam sambil terus berlari.

Kelas pertama Syam di Institut National des Sciences Appliquées de Lyon, Perancis pada hari itu telah pun berakhir. Perutnya terasa lapar kerana dari awal pagi sampai ke petang dia tidak menjamah sebarang makanan. Nasib baik dia membawa sebotol air. Lantas dia membuka penutup botol dan meneguk sambil berjalan. Tiba-tiba..

“Hey, watch your steps! Look what have you done to my shirt. You better..” belum sempat Syam menghabiskan kata-kata dia terkejut kerana orang yang melanggarnya itu adalah gadis yang menolongnya pagi tadi.

“I’m so sorry, it’s my fault..” ucap gadis tersebut sambil mengelap baju Syam dengan tangannya.

“It’s okay. You just help me this morning if you still remember..” balas Syam.

Gadis tersebut mengerut dahinya dan cuba mengingati sesuatu. Tiba-tiba dia tersenyum seraya berkata..

“Oh..I see. Sorry I don’t recognize at that moment and sorry again for this..” sambil menunding jarinya kearah baju Syam yang basah.

“I’m fine. No need to worry. By the way I’m Syam. Irwansyam.” Syam memperkenalkan dirinya.

“La..Orang Melayu rupanya..” balas gadis tersebut dalam Bahasa Melayu. Syam juga terkejut.

“Hurmm..Saya Nurul Ziela. Panggil Zie je..” gadis itu memperkenalkan diri.

Syam tersedar dari lamunannya apabila gegaran pesawat berlaku mungkin kerana tekanan diudara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2011 05:51 PM | Show all posts
Episod 3


”Sir, do you need a blanket?” tanya pramugari yang bertugas.

“No, thanks.” balas Syam.

Syam membuka inbox telefon bimbitnya. Dia membaca satu persatu mesej. Semua mesej tertera nama princess. Dia kemudiannya membuka wallet dan melihat gambar walid dan ummi. Sudah setahun syam tidak pulang ke kampung. Dia hanya berhubung melalui telefon sahaja. Malangnya setiap kali Syam berbual dengan umminya tiada perkara lain yang dibangkitkan selain bertanyakan mengenai perkahwinan.

“Bila along nak bawa balik menantu kat ummi ni?” tanya ummi dihujung telefon.

“Nanti la ummi. Kan along dah cakap calonnya dah ada cuma masing-masing sedang sibuk.” Syam cuba berdalih. Itulah ayat yang selalu dia keluarkan. Adik-adiknya, angah dan acik sudah dua tahun mendirikan rumah tangga. Syam tersenyum sendirian bila mengenangkan perkara-perkara itu. Penumpang-penumpang di dalam penerbangan itu, hampir kesemuanya telah melelapkan mata.

“Macam mana first kelas kau?” tanya Khril, roommate Syam.  

“Macam mana apa, memang first class.” jawab Syam sambil menunjuk isyarat bagus.

“Iye lah tu. Kau dah solat ke belum ni? Waktu dah nak habis ni.” Khril mengingatkan Syam. Syam sudah lama berkawan dengan Khril, semenjak dari sekolah menengah lagi. Malah mereka berdua berasal dari kampung yang sama. Walaupun mereka bukan berkawan rapat, namun hakikatnya mereka berdua tidak boleh dipisahkan. Syam bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Khril pula sedang chat dengan rakan-rakannya di Malaysia.

”Macam mana kau dengan Tira? Dah confirm break?” terkejut Syam dengan soalan yang terpacul dari mulut Khril.

“Ish kau ni. Aku baru je habis solat. Baru je tenang hati aku, soalan tu jugak yang kau beri ye.” sambil melipat sejadah, sempat lagi Syam menepuk bahu Khril dengan tangannya.

“Hurm.. dah tak ada apa dah. Kau ni saja je kan? Dah tau tanya lagi. Macam la kau tak dengar apa aku borak dengan Tira malam tadi.” Syam menjelaskan hubungannya dengan Tira sudah tiada apa-apa lagi.

Setiap kejadian yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya. Mungkin itu hanya dugaan dari-Nya. Mungkin juga akan datang dugaan yang lebih hebat untuk menentukan keikhlasan seorang hamba kepada-Nya. Nyatalah kita hanyalah insan yang kerdil. Apa yang perlu kita lakukan ialah dengan mengubah diri sendiri kerana manusia tidak akan berubah melainkan mereka berusaha untuk berubah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 06:10 PM | Show all posts
cerita baru
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 01:24 AM | Show all posts
cite baru la...besttt... sambung la lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2011 07:55 AM | Show all posts
Episod 4


Hatinya dirundung rasa resah. Sejak peristiwa di dalam lif, Zie sentiasa termenung jauh. Kadang-kadang air matanya mengalir mengenangkan kisah lalu. Kisah yang membawa perpisahan antara Syam dan dirinya. Kenapa kau perlu hadir setelah kau menjauhkan diri daripada aku?

“Zie.. kau nangis? Kau kenapa Zie?” Rini memegang bahu Zie.

Suara tangisan Zie semakin kuat. Rini memeluk Zie. Tidak pernah Rini melihat Zie menangis begitu kuat, mungkin pada malam tu Zie begitu lemah sehingga tidak dapat melawan perasaannya.

“Rini.. Kenapa dia perlu kembali? Kenapa dia wujud di depan mata aku?” tangisan Zie semakin kuat dan pelukan Rini semakin erat.

“Siapa dia tu Zie?” tanya Rini penuh persoalan.

“Syam.. Aku terjumpa dia. Dalam bangunan yang sama dengan office client kita. Aku tak tahu macam mana aku nak berhadapan dengannya. Rini tolong aku..” Rini mengangguk tanda dia sudi untuk menolong kawan baiknya itu.

"Hurmm..may be pelanduk dua serupa kot.." Rini cuba meneka.

"Tidak Rini..Tu betul-betul dia. Aku cam dia." Zie menidakkan tekaan Rini.

“Rini.. Aku rindu sangat dengan dia. Aku tahu memang salah aku memutuskan hubungan dengannya. Aku sudah pun terima balasan apa yang telah aku lakukan pada dia.” Zie tersedu-sedu menceritakan isi hatinya pada Rini.

“Habis tu, kenapa kau tak contact dia?” soal Rini penuh dengan kemusykilan.

“Aku dah cuba, namun tiada satu pun dia balas. Aku call dia tak angkat. Aku mesej dia tak balas. Emel pun dia tak reply. Sakit hati aku Rini.” Rini mengusap belakang Zie. Rini tahu memang salah Zie kerana mempermainkan perasaan Syam sewaktu mereka masih belajar di Perancis.

“Sabarlah Zie.. Mungkin ada hikmah disebalik pertemuan korang berdua.” ujar Rini.

Malam itu, Rini tidur di bilik Zie untuk menemankan kawannya yang sedang bersedih itu. Rini tidak mampu berkata apa-apa kerana Syam dan Zie adalah kawannya.

“Rini, aku harap kau tolong tengok-tengokkan Zie ye. Aku tahu pendirian dia tak kuat. Aku tak boleh buat apa-apa. Setiap keputusan dia aku terima. Aku tak mahu dia bersedih. Biarkan aku merana asalkan dirinya bahagia.” Rini teringat kata-kata akhir Syam sebelum dia berangkat pulang ke tanah air.

“Syam.. Mulia sungguh hati kau. Sanggup berkorban untuk memastikan orang yang kau cinta gembira.” bisik hati kecil Rini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2011 09:20 AM | Show all posts
Reply 1# hise


    salam hise... ni cerpen ke novel?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2011 02:18 PM | Show all posts
Reply 7# Jaza2008


    novel kot..hehe telenovela pn ye..sbb xabis lg ep..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2011 04:22 PM | Show all posts
Yeah  yeah citer yang bagus, sambung lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 08:37 PM | Show all posts
sambung lg yer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2011 11:31 PM | Show all posts
Episod 5


Setiap perjalanan mesti ada destinasi yang dituju. Jika tiada, maka tidak bermaknalah perjalanan itu. Sepanjang perjalanan, pengalaman adalah satu perkara bermakna yang tiada nilainya kita perolehi. Yakinkah kita akan tiba pada penghujung perjalanan? Hanya diri sendiri yang apa jawapannya.

“Morning Miss Ziela. Here is your report that you want yesterday.” Ina, staf Zie masuk ke pejabatnya.

“Morning.. Ina, just put it on here.” arah Zie. Dia langsung tidak memandang wajah stafnya. Hanya memandang monitor laptopnya.

“Miss Ziela, are you okay?” tanya Ina tanda dia ambil berat terhdap ketuanya.

“Yup Ina. I’m fine. Just don’t worry okay. You can continue your work.” Zie memandang muka Ina sambil memberi senyuman tawar.

Ina berlalu meninggalkan pejabat Zie. Zie meyandar pada kerusinya. Dia menarik laci mejanya dan mengambil satu kotak hitam. Kotak itu dibuka. Terdapat sebentuk cincin. Zie melihat bahagian dalam cincin tersebut, tertera ‘Syam X Zie’. Air matanya terus mengalir. Walaupun dia sudah puas menangis malam tadi, namun air matanya masih mahu mengalir. Tangisannya semakin esak. Mujurlah pejabatnya tertutup. Dia membuka fail di dalam laptopnya dan menekan satu folder di dalam fail tersebut. Satu persatu foto Zie dan Syam  terpampang. Foto-foto tersebut adalah kenangan sewaktu mereka bersama. Tiada hari yang tidak menggembirakan ketika Zie bersama Syam. Penuh ceria sewaktu mereka bersama.

“Syam.. Zie minta maaf. Zie menyesal kerana meninggalkan Syam. Zie terlalu ikut perasaan Zie yang mudah hanyut.” bisik hati kecil Zie.

Zie menutup mukanya dengan kedua-dua belah telapak tangannya. Air matanya terus mengalir. Pagi itu, suasana di dalam pejabat Zie penuh dengan linangan air mata.

“Tadi, I jumpa seorang new student tau. Dia minta I tunjukkan direction.” Zie menceritakan peristiwa yang berlaku pagi tadi pada kekasihnya, Lan.

“Ngada-ngada betul. Carilah sendiri.” ujar Lan menunjukkan tanda tidak puas hati. Mungkin cemburu.

“Dengarlah dulu. Petangnya sekali lagi I terjumpa dia. I terlanggar dia masa dia nak minum. Habis basah baju dia.” Zie menyambung perisitwa dia merempuh syam petang tadi.

“Laa.. yang dia pergi minum tengah jalan tu buat apa. Macam dah tak ada tempat lain dia nak minum.” suara Lan sedikit tinggi.

Zie tidak mengendah apa yang Lan ucapkan. Entahlah, kenapa hatinya tenang bila berhadapan dengan Syam, budak baru itu. Terasa dirinya ingin mengenali dia lebih rapat. Tidak pernah hatinya setenang itu. Tutur bicara dari Syam yang sopan membuatkan Zie ingin mengenalinya dengan lebih mendalam.

“Tiada perempuan yang aku cinta selain dirimu. Pintu hati ini hanya untukmu dan tiada siapa yang dapat membukanya selain dirimu kerana hanya kau yang mampu taklukkan hatiku.” mesej terakhir dari Syam kepada Zie.

Zie menutup inbox telefon bimbitnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2011 11:32 PM | Show all posts
Episod 6


Puan Zaleha merenung jauh melalui tingkap.  Hatinya sayu bila mengenangkan anak bongsunya, Zie . Tuan  Zakaria baru sahaja pulang dari kebun. Motornya dipakir bawah pokok depan rumah. Dia menggeleng-geleng kepala melihat isterinya yang asyik termenung itu.

“Sudahlah tu maknya. Janganlah asyik termenung saja. Anak kita tak ada apa-apa lah.” Puan Zaleha memandang wajah suaminya dengan sayu.

“Macam mana saya tak macam ni, sedih hati saya lihat orang lain mempermainkan anak kita. Entah apa dosa Zie sampai Lan sanggup buat macam ni.” Air mata Puan Zaleha mula bergenang.

“Dulu saya ingat Lan dah berubah. Kalaulah saya tahu jadi macam ni dah lama saya tolak pinangan keluarga Lan.” sambung Puan Zaleha.

“Dah la. Tak baik awak ungkit kisah yang dah lepas. Yang penting, anak kita dapat terima apa yang berlaku. Jangan risaulah, anak kita tu kan tabah orangnya.” Tuan Zakaria menenangkan isterinya.

“Yelah abahnya. Cuma saya tertanya kenapa bukan Syam yang masuk meminang? Setahu saya Zie memang tiada masalah dengan Syam. Zie tu asyik cerita benda gembira je pasal Syam. Saya pun suka dengan Syam. Pandai je dia ambil hati orang tua. Muka dia pun tenang.” Puan Zaleha sedikit ceria bila membuka cerita pasal Syam.

“Entahlah maknya. Saya pun suka dengan si Syam. Tengoklah dia makan, berselera je dengan masakan awak. Kopi awak buat lagi la dia suka. Memanjang je hendak kopi yang awak buatkan.” tambah Tuan Zakaria.

Puan Zaleha sedikit ceria bila terkenangkan Syam. Dia selalu datang melawat mereka berdua. Puan Zaleha dan Tuan Zakaria sudah menganggap Syam itu sebagai menantu mereka. Puan Zaleha gembira bila mendapat tahu yang Syam suka dengan masakannya dan juga air kopi yang dibancuhnya sendiri.

“Abahnya.. Saya doakan Zie dapat bertemu kembali dengan Syam. Teringin saya nak melihat mereka berdua bergurau. Syam tak pernah merungut bila anak kita buli dia. Suruh itulah, inilah.Dia macam dah sebati dengan keluarga kita.” ujar Puan Zaleha.

“Insyallah maknya. Sama-sama lah kita doakan.” sambung Tuan Zakaria.

Mereka berdua masuk ke dalam rumah. Hanya doa yang mampu mereka lakukan untuk memastikan anak mereka bahagia. Mereka berharap Zie dapat bertemu kembali dengan Syam kerana hanya dia yang mampu gembirakan Zie.

“Nenek, Uncle Syam tak nak datang melawat Su ke? Dah lama Uncle Syam tak datang kan?” tanya si kecil.

“Uncle Syam sibuk la Su. Nanti dia datang melawat kita lah bila dia dah tak banyak kerja.” balas Puan Zaleha.

“Syam.. kami semua rindukan Syam.” bisik hati kecil Puan Zaleha.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 07:46 PM | Show all posts
nak n3 lg...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2011 08:13 PM | Show all posts
Episod 7


Khril sedang menyiapkan laporan tahunan untuk mesyuarat lembaga pengarah. Begitu tekun sekali dia untuk menyudahkan laporan tersebut. Tiba-tiba telefon dimejanya berbunyi.

“Mr. Khril, your client from Chemicast want to see you.” kata setiausahanya dari telefon.

“Okay. Nina.. send her in please.” balas Khril.

Pintu pejabat diketuk. Nina mempersilakan klien bosnya masuk.

“Hi, welcome in. I'm Khril. Thanks for coming Miss..” Khril terhenti seketika kerana tidak mengetahui nama kliennya namun salam tetap dihulurkan.

“Nurul Huda. Just call me Huda.” Huda menyambut salam Khril.

“Well Miss Huda, our board members have assign your company to be a supplier to our coming next project. Congratulation.” Khril memulakan perbincangan.

“Thank you Mr.Khril. We glad that your company had chosen us. We will give our best services to your project.” balas Huda.

Perbincangan mereka berlarutan sehingga ke waktu tengah hari. Khril buat pertama kalinya teruja melihat kerjasama yang diberikan oleh Huda.

“Miss Huda, it’s almost one o’clock. How about we just continue after having a lunch? Would you like to join me?” pelawa Khril.

“Sure.. But after lunch I have to perform Zuhur prayer first. Is it okay with you?” Khril terkejut dengan permintaan Huda.

“Yes.. you can. So shall we?” Khril mempersilakan Huda.

Mereka berdua keluar dari pejabat dan menuju ke lif. Khril sedikit terkejut dengan permintaan Huda untuk solat Zuhur.

“Hurmm.. Pakaian boleh tahan. Sexy. Sembahyang tak tinggal.” berkata Khril di dalam hatinya.

Mereka menuju ke restoran berdekatan. Entah kenapa Khril tiba-tiba jatuh hati kepada Huda. Mungkin perwatakannya membuatkan Khril tertarik.

“Sir, would you like to make an order?” tanya pelayan restoran.

“Give me one iced tea and fried rice.” Pelayan tersebut mengambil pesanan dari Khril.

“How about you, ma'am?” tanya pelayan.

“Just make it same please..” balas Huda.

“Oh, kita serupa. Nampaknya ada jodoh la aku tahun ni.” bisik hati Khril dengan nada gembira.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2011 08:14 PM | Show all posts
Episod 8


Perlukah kita berkorban semata-mata kebahagiaan orang lain? Salahkah kita mementingkan diri sendiri? Tiada satu jawapan daripada soalan itu yang dapat memuaskan hati kita. Apa yang perlu kita lakukan ialah yakin dengan pilihan kita. Setiap peluang yang datang jangan sesekali kita sia-siakan. Terima sahaja peluang itu dan biarpun perit bersabarlah kerana di akhir nanti kebahagiaan menanti.

Kak Ros,
On your desk, there is a hundred ringgit. If anybody comes for donation just use that money. If Mr.Khril comes, tell him that I’ll be back in a two weeks. One more thing, if any client comes ask them to leave a message. I’ll contact them as soon as I come back. Send my regards to others.

Bye
Irwansyam.

Kak Ros menekan ikon print pada monitornya. Dia mencetak emel yang ditinggalkan oleh Syam. Kemudian dia mengambil pin dan menampal pada softboard dihadapannya. Dia merenung kertas yang tertampal itu.

“Kak Ros, kenapa ditenung dengan emel bos ni?” tanya Ika dari meja sebelah.

“Entahlah, tapi Kak Ros dapat rasakan yang Mr. Syam ni kesunyian. Macam ada suatu benda yang dia nantikan tapi belum dia temui.” jawab Kak Ros yang masih merenung pada kertas itu.

“Itu lah Kak Ros. Saya pun rasa pelik. Dari segi pangkat, perempuan mana tak mahu pada orang macam dia. Dari segi gaya, jalan dah macam model. Rupa boleh tahan. Tapi sampai sekarang saya tak tahu dia dah berpunya ataupun tak.” ujar Ika dengan panjang lebar.

“Ish kau ni.. Gosip bos sendiri ye. Biarlah Ika. Setakat ni dia layan kita dengan baik kan? Kalau dia ada masalah kita support dia lah. Kak Ros rasa, tidak pernah dia tolak pertolongan kita. Sikit-sikit boleh, sikit-sikit boleh.” Kak Ros mengajuk cakap Syam setiap kali staf dia meminta pertolongan.

Telefon berdering.

“Hello.. Symmetric Company. What can I do for you?” Kak Ros menjawab panggilan.

“Hi..Kak Ros, Khril here. Syam ada tak? Saya call dia tak dapat-dapat pun?” Khril di hujung talian.

“Laa.. Mr.Khril. Saya ingat siapa la tadi. Mr. Syam went for outstation la. A month. Do you want to leave a message?” tanya Kak Ros kerana teringat pesanan bosnya.

“A month?? Dia pergi kahwin ke? Hurmm.. it’s okay." Khril cuba bergurau.

"Yup a month. Tapi lagu dua minggu dia balik la." Terang Kak Ros

"By the way Kak Ros, I just  met someone. Saya ingat nak kasi tahu kat Syam. Tapi since dia tak ada, Kak Ros pun okay lah.” gurau Khril di talian.

“Really.. Congrats. Make sure she doesn’t run away okay.” pesan Kak Ros sambil mengangkat jari telunjuk.

“Insyallah Kak Ros. So, thank ye. Send my regards to Syam when he comes back. Bye Kak Ros.” Khril meletakkan telefon begitu juga dengan Kak Ros.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 08:56 PM | Show all posts
best..jgn lupa sambung ye hise
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2011 11:03 PM | Show all posts
sambung2,,,
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 08:53 PM | Show all posts
next...n3 lg k..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 10:05 AM | Show all posts
Episod 9


Perlukah kita kembali pada masa lampau hanya semata-mata untuk membetulkan sesuatu kesilapan? Kenapa tidak ditinggalkan sahaja perkara yang telah berlalu? Jangan dipandang ke belakang, teruskan mendongak masa depan. Usahakan jika kamu benar-benar perlukannya.

“Welcome to Lyon's Saint-Exupéry Airport.”

Ucapan selamat datang kedengaran setelah Pesawat MAS Boeing mendarat.

Syam melangkah keluar dari pesawat. Dia melihat keadaan lapangan terbang Lyon itu tidak banyak berubah walaupun sudah lima tahun dia meninggalkan bandar kedua terbesar di Perancis itu. Syam bergerak ke bahagian bagasi dan menunggu sehingga begnya telah dikeluarkan. Sambil menunggu tiba-tiba matanya terpaku memandang pada seorang gadis yang sedang berdiri dihadapannya. Mungkin sedang menanti begnya juga. Syam mengerut dahi untuk mengingati gadis itu. Syam bergerak pantas ke arah gadis tersebut.

“Hi, if I’m not mistaken, are you Aya, right?” Gadis itu sedikit terperanjat. Wajahnya mengukir senyuman.

“Ya. Syam, kan? Am I right?” tanya gadis itu.

“Ye lah. You  buat apa kat sini?” tanya Syam sedikit teruja melihat gadis yang pernah bertakhta dihatinya dulu.

“Hurm.. I'm just having a vacation.” balas Aya sambil matanya melilau mencari beg.

“Iye..Sorang je ke? Fik mana?” soal Syam. Matanya tercari-cari sama ada teman lelaki Aya yang juga kawannya datang bersama.

“Dia tak datanglah Syam. Kami dah berpisah.”

“Sorry, I don’t know about you guys.” Syam rasa bersalah pula sebab menanyakan soalan itu.

“It’s okay Syam. I datang sini pun sebab nak berehat. Nak menenangkan diri.” suara Aya dalam nada mengeluh.

“Really? Boleh lah I tunjukkan you kawasan ni. Before this, I belajar kat sini.” Syam menawarkan diri untuk menjadi pemandu pelancong untuk Aya. Mungkin kerana dia berasa bersalah sebab menanyakan soalan tadi.

“Laa.. I forgot. You study kat sini dulu. Tapi tak menyusahkan you ke?” Aya merasa keberatan untuk menerima pelawaan Syam.

“It’s okay la. Kan I always help you. Jangan risau la. My meeting just in the morning. After that, I temankan you pergi jalan-jalan.”

“Syam kau tengok tu, Aya berjalan dengan siapa? Fik kan?” mata Syam menoleh ke arah pasangan yang sedang berjalan di Suria KLCC.

“Ye lah. Kenapa?” tanya Syam cuba menyembunyikan perasaan cemburu. Mungkin marah.

“La.. Kan Aya tu bersama dengan kau. Aku terkejut la tengok Fik ada sebelah dia.” Khril masih memandang Aya dan Fik.

“Tak pe lah Khril. Biarlah diorang tu. Fik tu kan kawan kita. Lagi pun dia lagi bagus dari aku. Kira aku dengan Fik tu beza dia macam Ferrari dengan Proton la.” Syam cuba membuat lawak.

Suasana dia Suria KlCC begitu sesak sekali. Ramai pengunjung yang terdri daripada pelbagai bangsa datang membeli-belah ataupun sekadar mencuci mata. Di tambah pula dengan pengunjung dari negara luar. Syam dan Khril melangkah masuk ke dalam panggung wayang TGV itu. Sudah memang menjadi hobi Syam menonton wayang ketika ada masa terluang. Bagi dirinya menonton wayang dapat menghilangkan perasaan dan fikiran yang bercelaru.

“Hi, Aya. Tadi I nampak you berjalan dengan Fik.” Syam memberitahu Aya apa yang dia nampak siang tadi.

“Iye. Tadi Fik temankan I window shopping je.” balas Aya dengan selamba. Riaknya menunjukkan tiada rasa bersalah.

“Tapi kan kita selalu keluar bersama. Kenapa hari ni dengan Fik?” soal Syam yang masih tidak mengerti dengan tindakan Aya.

“La.. Dengan you pun I keluar. Sebagai kawan. Tak kan dengan Fik pun tak boleh? Dia pun kawan I.” suara Aya sedikit meninggi.

“Iye lah. Bye Aya.” Syam mematikan talian.

Syam sedikit kecewa dengan jawapan Aya. Aya membohongi dirinya. Di monitor komputernya terpampang gambar Fik di dalam friendster Aya. Begitu juga dengan friendster Fik. Status mereka in relationship. Syam mengeluh. Kenapa kau buat begini pada aku?

“Sudah la tu. Aya memang macam tu. Dia suka gunakan orang.” suara Khril dihujung katil.

“Mana kau tahu ni. Kau sekolah dengan aku bukan dengan dia.” balas Syam dalam nada kecewa.

“Aku tahu lah. Tapi betul lah cakap kau. Kau dengan Fik banyak bezanya. Bagi aku Fik memang jauh lebih baik dari kau.” Khril cuba bergurau dengan kawannya itu.
Syam tersenyum dengan gurauan Khril.

Syam sedang berdri di hadapan Hotel Sofitel Lyon Bellecour tempat Aya menginap. Sesudah habis mesyuarat tadi, Syam bergegas ke hotel itu. Dia melihat jam ditangannya. Baru lima minit dia menanti.

“Hi Syam. Sorry buat you tertunggu.” Aya keluar dari lobi hotel.

“It’s fine. Lagipun I dah bagitahu kat you as soon I sampai kat hotel baru I call you kan.” Aya mengangguk. Senyuman terukir diwajahnya.

“Shall we?” Syam mempersilakan Aya untuk berjalan terlebih dahulu.

Aya begitu gembira dalam keadaan hatinya bergolak, dia dipertemukan dengan Syam. Layanan Syam pada dirinya tidak pernah berubah, masih peramah. Syam selalu menghubungi dirinya untuk bertanya khabar walaupun Syam dapat tawaran untuk sambung belajar di Lyon. Aya mengenali Syam sewaktu mereka belajar bersama di sebuah universiti swasta di Malaysia. Kemudian, Syam dan Khril dapat tawaran untuk melakukan penukaran pelajar dengan sebuah universiti di Lyon, Perancis. Namun disebabkan pencapaian mereka di universiti itu memberansangkan, Syam dan Khril ditawarkan untuk menamatkan pengajian mereka di sana sahaja. Mereka juga ditawarkan untuk melanjutkan pengajian master di sana.

“So how’s your girl anyway?” soal Aya ketika Syam sedang asyik melihat monumen di sebuah muzium yang memaparkan tentang perang dunia kedua.

“Entahlah, still tak dapat lagi. Dah dapat tapi..” Syam berhenti seketika.

“Tapi apa Syam?’ tanya Aya lagi.

“Macam tu lah Aya. Like I said before, her heart is too soft. Mudah sangat hanyut dengan pujukan dan rayuan. So, she went back to her boyfriend. Dengar cerita dah bertunang.” ulas Syam.

“Sabarlah Syam. I know someday you will get her.” Aya cuba mententeramkan Syam.

“I know Aya. I can’t help falling in love in her.” Syam tiba-tiba menyanyi.

“Ish..Sempat lagi tu dia cari lagu.”

“Mana ada. Idea tiba-tiba datang.” gurau Syam.

“Sudahlah Aya. Here, I akan jadi tourist guide a.k.a kuli untuk you.” sambung Syam lagi dalam nada bergurau.

Aya terseyum sehingga menampakkan barisan giginya yang putih. Dalam hatinya dia bersimpati terhadap Syam. Walaupun diluarnya dia seorang yng ceria namun jauh disudut hatinya tiada siapa tahu derita yang dilaluinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 10:06 AM | Show all posts
Episod 10


Yakinlah bahawa jika seseorang itu sanggup berkorban keranamu maka hanya insan itulah yang mampu membawa kebahagiaan. Mungkin kamu tidak perasan atau  terlalu ikutkan perasaan, namun percayalah bahawa ada orang yang lebih mencintai kamu dan menerima kamu seadanya jika kamu memberi peluang padanya. Hanya orang itu sahaja yang dapat memahami apa makna sebenar cinta sejati.

“Aku nak memutuskan pertunangan dengan kau.” suara Lan dihujung talian.

“Kenapa Lan buat macam ni pada Zie? Apa salah Zie?” Zie terkejut dengan permintaan Lan.

“Saja. Aku dah tak suka pada kau.”

“Kenapa Lan jadi macam ni? Apa Zie nak cakap pada mak dan ayah?”

“Kau cakaplah aku dah tak nak pada kau. Kalau kau nak tahu aku sengaja buat macam ni. Nak balas dendam.”

“Balas dendam?” air mata Zie menitis.

“Ya..Kau ingat semasa kita belajar dulu, kau sanggup memutuskan hubungan kita semata-mata kerana Syam.”

“Sampai hati Lan buat Zie macam ni. Zie ingat Lan betul-betul nak kahwin dengan Zie. Rupa-rupanya hanya untuk membalas dendam.” Zie menangis teresak-esak.

“Sudahlah..Janji aku puas. Kau rasalah apa yang aku rasa dulu.” Lan mematikan talian.

Zie terduduk dengan air matanya mengalir laju. Dia terasa satu beban yang berat menimpa ke atas dirinya. Zie terus menangis sehingga kering air matanya.

“Zie, kau tak nak balik lagi ke?” suara Rini mengejutkan Zie dari lamunannya.

“Sekejap ye Rini. Aku nak kemas meja. Nanti aku ke bilik kau.” balas Zie.

Zie menyusun fail yang berselerak diatas mejanya. Dia menapak keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Rini. Dia melihat jam ditangannya. Sudah pukul 6.30 petang.

“Rini, I’m ready.” Zie mengetuk bilik Zie.

Rini pantas keluar dari biliknya dan terus mengunci pintu. Meraka berjalan seiringan menuju ke tempat letak kereta. Ucapan salam mereka berikan apabila terserampak dengan pegawai keselamatan yang sedang bertugas. Rini merasakan ada perubahan pada kawan baiknya.

“Rini, aku nak cari Syam.” Rini terkesima.

“What?” bergema suara Rini ditempat letak kereta itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.499279 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list