dipetik dr mingguan mesia
Jalan oh jalan
Bisik-Bisik Mingguan
SUDAH banyak kali dibangkitkan tetapi isu jalan berlubang, compang-camping dan tidak rata masih menghantui rakyat negara ini.
Di Lembah Klang terutama di ibu negara Kuala Lumpur, pemandangan tersebut sudah sebati malah menjadi ancaman kepada warga kota terutama penunggang motosikal.
Kerja-kerja mengorek dan menimbus jalan, kualiti penurapan semula yang amat rendah serta kelemahan penguatkuasaan memburukkan lagi keadaan.
Ketika berada di Singapura baru-baru ini, Awang cukup teruja melihat kualiti jalan di republik tersebut. Sama ada di laluan kenamaan atau di kawasan-kawasan perumahan rakyat, permukaan jalannya cantik, rata dan diturap baik. Tidak kelihatan jalan berlubang. Menurut beberapa teman yang tinggal di sana, jika ada aduan jalan berlubang, ia akan diturap segera dan dilakukan dengan sempurna sehingga tahan bertahun-tahun lamanya.
Awang hairan dengan saiz keluasan dan cuaca lebih kurang sama, mengapa kualiti jalan raya di antara kota metropolitan Singapura dan bandar- bandar utama di Lembah Klang terutama Kuala Lumpur, jauh bezanya.
Awang selalu mencongak berapa puluh juta ringgit atau lebih wang terpaksa dibelanjakan untuk melakukan penurapan berulang kali akibat kerja penurapan yang tidak kemas oleh kontraktor. Siapa yang mengaut banyak keuntungan? Di antara lokasi paling teruk keadaannya ialah di Jalan Genting Kelang, yang banyak kali diturap tetapi tetap rosak. Jika disenarai jalan berlubang di Kuala Lumpur rasanya tidak tersenarai banyaknya.
Begitu juga kawasan di pinggir ibu negara, yang lebih selesa jika menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Di mana salahnya? Apakah pihak berkuasa tempatan kita tidak tahu menyelenggara dan menurap jalan dengan baik? Jika begitu, belajarlah dari negara jiran.
Seandainya perbandingan dengan Singapura dianggap tidak sesuai kerana negara itu cukup moden, Awang cadangkan supaya pihak berkuasa tempatan meninjau kualiti jalan di Jakarta dan Bangkok. Kiralah berapa banyak jalan berlubang yang ada di sana dan bandingkan dengan Kuala Lumpur dan sekitarnya. Jawapannya tetap akan memalukan kita jua.
kalau turap elok2 kang susah nak cari makan beb,,bab turap pun ala kadar je, hari ni turap esok berlubang pastu turap esoknya, ulang2 sampai bila2..:re:
sejak dua menjak ni memang banyak bebenor lubang atas jalan
dulu kat perlis time blaja or kat melaka xdelak lubang bagai
oil sump keta aku penah pecah pasal lalu jalan berlobang kat damansara
moto aku penah pecah lampu blkg terus pasal hentakan terlampau kuat terlalu atas lobang jalan tun razak dekat dengan pwtc
kecedraan pada teloq aku toksah kira la..
gamaknya bulih mandul asek terhentak je lalu atas lobang
yang pelik, bru turap lubang berlobang lagik..
xkan nak salahkan ujan/panas or lori plak.mmg keje low gred tu
seriously why gomen or whoever keep giving these contractors job after their lousy job?
cara senang kroni wat duit cara berterusan.
org gov pun wat keja mcm harem.. 2x5.
saigonz Post at 5-6-2011 10:18
kakitangan yg meluluskan pun nak makan rasuah banyak2 kali beb.......kalau sekali baiki terus baik, entah baper tahun akan datang boleh nak merasa rasuah utk jalan tu lagi. kalau boleh, biarlah setahun 5,6 kali.
bab matematik kira hasil rasuah, tiba2 org melayu jadi pandai
susah susah sangat korang naek sampan jelah bila nak pi KL, lalu ikut sg gombak / sg kelang
itu belum masuk bab jalan2 sekitar KL yg berselirat & signboard yg mengelirukan, sampai Hitler pon penin dgn KL roads
Biasa yg aku nampak hari ni turap sikit punya cantek. Next week kena korek pulak utk maintenance apa tah. Pastu tampal kualiti cam siyal..Tak lama pastu lobang balik. Aper la bodoh punya planning...
tempat aku ni kuantan .....jalan bandar jahanam,jalan hiway cam celaka,jalan kg tak yah cerita la...ade satu u turn kat taman perumahan tu...mmg hancor buncai...org bawak pi ripot wakil rakyat,,,wakil rakyat kata"harap bersabaq"...sabar habah dia....dah dekat setahun pecah lagu tuh.....pastu ritu depa pi turap......nak taw kamu sekalian org2 kolumpo ape jadi kat turap tu......hohoho......kol 3 turap..kol 6 stengah pecah balek turap tu..........
Memang betul la - dah lama orang sakit hati perkara ni...
Belanjakan duit rakyat turap jalan yang baru cantik-cantik, tak sampai sebulan lepas tu, kontraktor tu datang korek, kontraktor ni datang tebuk... bukan dia tak kambus balik dengan tar tapi buat syarat je... lepas sebulan hancur lebur jalan tu sebelah... tak lama lepas tu kontraktor lain pulak datang korek sebelah lagi...
lepas tu turap balik jalan tu untuk belanjakan duit peruntukan...
kalu ada wakil rakyat pahang dalm forum cari ni ,,,hati2 nooo....jgn sampai hilang kuasa nnti.....masalah jalan dah jadi masalah serius kat pahang ni..terutama kuantan ni
biasanya yg buat keje tampal jalan ni syarikat konsesi ken?
ada juga dari jkr esp jalan negeri dan hak majlis bagi jalan majlis
yg jalan dah turap tp kopak balik tu salah satu daripadanya nampaknya berpunca dari syarikat utiliti (yg banyak sedut duit kita semua tu)
mungkin diaorg ni buat kerja turap jalan tap tidak buat coring dan mungkin orang jkr atau s.o tak ambil berat tentang kualiti dan spec atau mungkin masa kerja tu dibuat, diorg ni ada tgh minum di kedai atau mengula.
tapi apapun, kerjalah dengan penuh diberkati dan bukan kerja dengan perut penuh diisi