CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9828|Reply: 107

CARA ELAK SOMI MAIN KAYU 3

 Close [Copy link]
Post time 5-6-2011 06:49 PM | Show all posts |Read mode
Bekas pengikut Al-Arqam lancar kelab elak suami ‘main kayu tiga’
Oleh Clara Chooi dan Zulaikha Zulkifli
MALAYSIAN INSIDER

June 04, 2011




RAWANG, 4 Jun — Kesediaan isteri untuk patuh dan memenuhi keperluan seks suami masing-masing akan membantu mengelak mereka daripada berlaku curang ataupun mencari pelacur — mesej ini yang hendak disampaikan oleh Kelab Taat Suami, yang dilancarkan hari ini untuk mengatasi masalah sosial di seluruh dunia.

Ia dilancarkan di Kelab Golf Perangsang Templer di sini dan bercadang memperluaskan sayapnya ke negara-negara lain seperti Indonesia pada 19 Jun ini.
Malah ia juga bercadang memperluaskan cawangan ke negara-negara Eropah, Britain, Perancis, Itali dan Jerman.

Kelab itu diperkenalkan oleh bekas pengikut kumpulan Al-Arqam terbuka kepada isteri-isteri semua kaum dan tidak kira kepercayaan.

Ia mendakwa mempunyai kira-kira 1,000 ahli buat masa sekarang dengan 200 daripadanya di Johor sejak dilancarkan di negeri itu 1 Mei lalu.Baki 800 ahli datang dari seluruh negara.

Menurut kelab itu, 50 peratus ahlinya merupakan mereka daripada kalangan kelas atasan dan minda terbuka serta golongan intelek.

Ketika ditemui wartawan, naib presiden kelab itu, Dr Rohaya Mohamad (gambar, kanan) berkata, kaum wanita seringkali lupa bahawa sebagai “isteri yang baik” mereka juga perlu memenuhi keperluan suami di bilik tidur.

“Jika anda melihat di dunia sekarang, wanita dilayan sebagai objek seks ... dalam majalah, TV ... mengapa tidak mereka jadi objek seks kepada suami mereka? Ia adalah sah dan diharuskan oleh Tuhan.

“Seorang isteri yang baik adalah pekerja seks yang baik bagi suami mereka,” katanya lagi.

Pemimpin wanita sayap kanan Global Ikhwan Sdn Bhd itu juga berkata, selain menggalakkan wanita melayani suami, kelab itu juga akan mengadakan aktiviti seperti sesi kaunseling kepada ahlinya.
“Kita buka ahli kepada semua orang tidak kira bangsa dan agama. Kita akan adakan kaunseling kepada isteri, suami, dan kedua-duanya sekali,” katanya.

Selain itu, Rohaya juga menerangkan kelab itu ditubuhkan bukan semata-mata untuk memenuhi kehendak seks suami, tetapi memenuhi tuntutan agama.

Katanya, seorang isteri yang solehah perlu memenuhi empat kriteria yang digariskan dalam Islam iaitu sembahyang lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, memelihara kehormatan diri dan taat kepada suami.

“Kenapa kita tidak mahu buat apa yang disuruh oleh Tuhan? Taat kepada suami. Untuk menjadi isteri yang baik perlu memenuhi keempat-empat kriteria ini. Malah dalam hadis Nabi sendiri ada menyebut, ‘tunaikanlah walau di belakang unta’. Ini apa yang disuruh oleh Allah dan Nabi, jadi kita ikut,” katanya.

Ditanya mengenai jika isteri didera, adakah isteri masih lagi perlu mentaati suami, Rohaya berkata, seorang isteri perlu taat kepada suaminya dan juga membenarkan suaminya berpoligami kerana itu merupakan fitrah seorang suami.

“Seorang isteri perlu menjadi seorang isteri yang baik sampai bila-bila. Jika apa yang terjadi padanya sebagai contoh didera, mereka perlu memikirkan bahawa ini adalah ujian dari Allah kepada mereka.

“Setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Seperti kisah Firaun dan Asiah. Firaun suami kepada Asiah dan dia mengaku dia itu Tuhan. Tetapi, akhirnya Asiah masuk ke syurga,” katanya.

Rohaya juga berkata, apa yang kelab ini cuba sampaikan adalah sesuatu yang telah dipraktikkan oleh ahli-ahli Global Ikhwan sendiri.

Beliau juga memberitahu, walaupun kebanyakan ahlinya berpoligami tetapi peratusan penceraian di kalangan ahli itu adalah sedikit.

Malah, ibu kepada lapan orang anak dan isteri ketiga daripada empat itu juga berkata, 30 peratus daripada ahli Kelab Taat Suami juga merupakan pasangan berpoligami dan hampir 50 peratus ahlinya juga datang daripada kalangan kelas atasan dan minda terbuka serta golongan intelek.

Sementara itu, salah seorang daripada 10 pasangan pengantin itu, Hawari Hamid, 45, yang berkahwin untuk kali kedua bersama pasangannya Nurul Asyikin Sanusi, 22, berkata, beliau menyambut baik kelab tersebut demi keharmonian rumah tangga.

Selain itu ketika ditanya adakah dengan isterinya membenarkan beliau berkahwin dua merupakan salah satu tindakan ‘taat’ seorang isteri, beliau yang juga pengurus syarikat berkata, “dalam Islam dibenarkan suami berkahwin sehingga empat orang.”

“Ini juga salah satu cara untuk isteri tunjuk taat dengan membenarkan suami berkahwin lain. Isteri saya membenarkannya dan Insya-Allah dia seorang yang taat. Dia juga yang membuat urusan perkahwinan saya ini,” katanya.

Hawari yang sudah 20 tahun mendirikan rumah tangag dan hanya dikurniakan seorang anak dengan isteri pertamanya juga berkata, tujuan beliau berkahwin adalah ingin menambah zuriat selain mengikut sunah Nabi.

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-pengikut-al-arqam-lancar-kelab-elak-suami-main-kayu-tiga/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2011 06:53 PM | Show all posts
Obedient Wives Club to offer sex lessons on how to pleasure husbandsBy ISABELLE LAI
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/6/4/nation/20110604151126&sec=nation


RAWANG: Sex lessons to help wives “serve their husbands better than a first-class prostitute” will be among the courses provided by the Obedient Wives Club (OWC) to help promote harmonious marriages and counter social ills.
Its vice-president Dr Rohaya Mohamad said it was time sexual prowess took a front seat in marriage beyond the traditional “good mother or good cook” roles.

“A good or religious wife is also sexually good in bed,” she told reporters after the launch of the club's Malaysian chapter at the Perangsang Templer Golf Club Saturday.

A husband who was kept happy in the bedroom would have no reason to stray or seek out prostitutes or indulge in other social vices, said Dr Rohaya, who was a medical doctor for 15 years in the Health Ministry before taking a leadership role in the club.



Fauziah Arifin from the Obedient Wives Club (second from left) giving a token of appreciation to Datin Zainah Abdul Ghani (executive director Positive Image Resources Sdn Bhd) while Sakinah Rahmanuddin (second from right) and Datuk Mohd Nasir Ibrahim (Selayang Umno chief) look on after the launching of the Obedient Wives Club at Perangsang Templer Golf Club.


“The family institution is protected and we can curb social ills like prostitution, domestic violence, human trafficking and abandoned babies,” she said, adding that she believed these problems stemmed from unfulfilled sexual needs at home.



Dr Rohaya, said the club would also offer counselling and lecture sessions for wives, husbands or couples.
She said the Malaysian chapter had around 800 members while its Jordan chapter had 200, with the Indonesian chapter set to be launched on June 19 in Jakarta.

When questioned whether wives should remain obedient if their husbands still abused or cheated on them with prostitutes, Dr Rohaya said everyone was subject to God's rule.

“God has his ways and is fair to all. A husband is also subject to God's rule, meaning he can go to hell too. But a woman must be a good wife to the end,” she said, adding that according to Islam, women should pray, fast during Ramadhan, protect their chastity and obey their husbands if they wanted to enter Heaven.

OWC and the Polygamy Club was formed by Global Ikhwan Sdn Bhd, an organisation founded by former members of the banned Al-Arqam Islamic group.

A mass wedding reception for eight couples was also held during the launch.

The brides were aged 18 to 22 while the grooms were aged 20 to 48. All are OWC members and agreed that disobedient wives were the cause of many social ills
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2011 07:00 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 07:02 PM | Show all posts
trend berita gini sekarang ni ek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2011 07:04 PM | Show all posts


Rohaya Muhammad (Jilbab Merah)dan ketiga istri suaminya


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 07:21 PM | Show all posts
minahrock Post at 5-6-2011 19:00



    ni gambar2 lelaki yang ada ramai bini ka....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2011 07:22 PM | Show all posts
kalau agama duk benarkan lelaki kawin seploh...mau depa kawin seploh jugak no...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 07:24 PM | Show all posts
jap..apa beza thread nih ngan thread The Obedient Wife Club????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2011 07:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 07:28 PM | Show all posts
thread ni TT nak cakap pasal poligami....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 07:32 PM | Show all posts
kalo dh nama lelaki

buat jer apa2 pon

naluri dalam hati totap sama

bezanya...berani atau tidak

itu jer
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 07:41 PM | Show all posts
ini kisah suami yang suka seks dgn lubang2 pelbagai ke???

atau kisah isteri2 payung emas yang rela mengsamakan diri seperti pelacur mulia lagi sohih disisi suami nan fana??
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 07:44 PM | Show all posts
cara elakkan somi main kayu tiga ialah merelakannya berkahwin lagi...

kalau lepas kawin 4 pun dia nak main kayu 3 lagi cemana tu TT?


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 07:49 PM | Show all posts
laa..kebetulan nama tmpt tu 'Kelab Golf Perangsang Templer'..
mati2...aku igt thread lawak tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 07:57 PM | Show all posts
ini kisah suami yang suka seks dgn lubang2 pelbagai ke???

atau kisah isteri2 payung emas yang  ...
courtney_xo Post at 5-6-2011 19:41


Tumpang tanya, courtney_ox ni Islam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 08:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by bellagio at 5-6-2011 20:03

Dr. bongok tu cakap kalau isteri dah beri layanan pelacur kelas pertama, dah masakkan utk suami mcm chef of the world, dah izinkan suami berpoligami tapi isteri kena dera, isteri harus sabar sbb itu adalah ujian Allah. So kalau istri2 dikasari suami, tidak diberi nafkah zahir dan batin sekalipun kena tahan saja lah sbb UJIAN. So mana dia keadilan utk kaum wanita? Sampai begitu sekali kah? Senang lah kerja2 polis, takyah tangkap suami yg jahat senang juga lah kerja hakim mahkamah syariah sbb takde isteri2 yg mengadu keganasan suami. Bukankah wanita dan hak wanita itu dilindungi dlm Islam?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2011 08:12 PM | Show all posts
Bekas pengikut Al-Arqam lancar kelab elak suami ‘main kayu tiga’
Oleh Clara Chooi dan Zulaikha Zu ...
minahrock Post at 5-6-2011 18:49



    adakah doktor kangkung ini mengamalkan aksi sundal waktu atas ranjang?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 08:18 PM | Show all posts
eeerrr....tumpang tanya... kursus nak jadi pelacur di anjurkan sekali ke?teman nak jadi coach lej tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 08:18 PM | Show all posts
Orang2 AlArqam mmg banyak yg mcm ni. Beranak setahun satu, Mereka hidup berkelompok. Kalau suami2 yg keluar negara buat dakwah, bini2 yg ditinggalkan berbulan2 Dan tidak bekerja dikasi beras sekampit, gula, tepung, bawang2. Berapa lama lah makanan2 tu bertahan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 08:20 PM | Show all posts
adakah doktor kangkung ini mengamalkan aksi sundal waktu atas ranjang?
jonlabu Post at 5-6-2011 20:12



Dia siap pakai tali sambil teriak "yee haw".....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.257895 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list