CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19752|Reply: 123

Dapatkan "Save Malaysia ,Stop Lynas T-Shirt" di sini !

[Copy link]
Post time 6-6-2011 02:00 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by instafx333 at 7-6-2011 13:06

Pakai T-Shirt Save Malaysia , Stop Lynas untuk membantah pembinaan loji nadir bumi di Kuantan , dan juga di tempat2 lain di Malaysia !


   

http://www.facebook.com/bantahrep?sk=wall#!/home.php?sk=group_117036588370543&ap=1


http://stoplynas.blogspot.com/2011/06/beberapa-fakta-tentang-lynas-yang-perlu.html


http://pahangdaily.blogspot.com

Ringkasan isu Lynas di bawah diolah untuk memberi kefahaman menyeluruh dan  terperinci dari sumber-sumber yang sahih kepada setiap insan  manusia yang   sayangkan nyawa dan persekitaran sebelum bumi yang kita pinjam ini dipulangkan  kembali kepada generasi yang akan datang. Terserah kepada pembaca untuk menilai semua fakta-fakta ini.


  • Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140  buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh  Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga  berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan  dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau  Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL  Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia  dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000  orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di  Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta.  UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang  Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.
  • 100% milik Lynas Australia.
  • Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada  Suku-1 2011 (March).
  • Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.
  • Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.
  • Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun.
  • Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.
  • Bebas Cukai selama 12 tahun.
  • China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia  sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’  China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.

10. Harga satu tan pada RM364, 800.


11. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan  industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic,  Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan  Ketenteraan dan Kereta Hybrid.


12. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’  atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.


13. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:


  • Ore dilombong di Mount Weld Australia.
  • Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan  dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan.
  • Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth  compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk  proses pengasingan seterusnya.
  • ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses  dengan  menggunakan  kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare  earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘  rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke  kilang pengeluar produk.
  • Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini  akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk  menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau  dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi  itu.

14. ‘Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral  utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam  bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan  lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan  radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam  menghasilkan tenaga nuklear.



15. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk diproses di  Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16%  Thorium for every metrik tan.



16. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan  ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO  Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan  dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas  atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan  dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan  121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.



17. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran  seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat  (EPA) adalah seperti berikut:


  • Thorium-232 mempunyai  jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.
  • Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai  jangka hayat 75,4000 tahun.
  • Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan  udara.
  • Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama  Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.
  • Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara,  makanan dan air.
  • Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa  yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga  tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.
  • Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa  Thorium.

18. Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam  industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia  dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan  sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan  belanja lebih RM300 juta.



19. Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana  Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju  dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada  hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti  yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir  200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace  ketika itu.



20. Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri  ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia.  Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari  perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak  menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid  akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium  juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan  sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan  kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman,  gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah  kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk  berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.



21. Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan  Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan  kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan  dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal  yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di  kawasan yang terkawal.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2011 02:00 PM | Show all posts

22. Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat  di sekitar Kuantan dan Kemaman:


  • Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari  lokasi Kilang Lynas).
  • Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390  nelayan laut dalam yang berdaftar.
  • Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok  Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).
  • Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau  kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
  • Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka,  MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka  terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan  kesihatan pekerja mereka.
  • Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk  melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu  tinggi.

23. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:


  • ‘Public Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku  malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.
  • Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya  Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman web.
  • Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok  dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan  evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa  radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating  malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat  boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan  sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh  Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.
  • Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld  Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan  Kuantan.
  • Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan  radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh  Australia.
  • Sisa buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah  domestik.
  • Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia  adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.
  • Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi  Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan  ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber  tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang menyokong penggunaan  sumber tenaga itu.
  • Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan  dalam isu ini.
  • Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi  piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).
  • Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan  dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian  China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada  74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh  disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.
  • ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel  Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld  Australia sendiri.
  • Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari  Malawi. Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng  Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah  dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.
  • Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom  Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan  berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan  sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada  semua. [size=85%]sumber






Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 02:35 PM | Show all posts
tak payah la menatang2 ore nih..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 02:45 PM | Show all posts
bagi la fakta apa pun.95% dah siap.dan kalau kansel kompem kerajaan kena bayar ganti rugi.

tunggu la hasil laporan siasatan.aku berani bet akan kata selamat.. :re:
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 02:46 PM | Show all posts
macamana pendapat Sultan Ahmad Shah? Baginda jenis cukup prihatin kebajikan rakyat. dah brief dia ke? kalau dia kata NO, tak ada apa boleh bergerak kat Pahang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 02:51 PM | Show all posts
kawasan pembinaan itu kawasan yang ramai orang cina kan? jadi harga harga value perumahan yang akan jatuh adalah kawasan perumahan orang cina...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2011 02:56 PM | Show all posts
WoW...rakyat Ostolia reject tapi gomen Mesia terima dengan tangan terbuka.

Ada apa-apa(yang sesuatu) yang boleh dikongsi bersama rakyat Mesia?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 02:58 PM | Show all posts
pasni kompom ada mutant ninja turtle d sna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2011 02:59 PM | Show all posts
WoW...rakyat Ostolia reject tapi gomen Mesia terima dengan tangan terbuka.

Ada apa-apa(yang sesu ...
airfilterkotor Post at 6-6-2011 02:56 PM


ko x nak maju ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 03:03 PM | Show all posts
ape kegunaan benda rare earth nih? rosak...rosak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 03:05 PM | Show all posts
ko x nak maju ke?
NIXAR Post at 6-6-2011 02:59 PM


Baru aku tau, kilang memproses nadir bumi ni boleh diguna untuk menjadi penanda aras/kayu pengukur sesuatu negeri(atau negara) samada maju atau tidak.

Aku sokong tidak berbelah bahagi!
Nak suruh aku hangguk-hangguk sampai lantai pun boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 03:06 PM | Show all posts
ape kegunaan benda rare earth nih? rosak...rosak...
jaa139 Post at 6-6-2011 03:03 PM


nadir bumi = rare earth elemens/unsur bumi ...sumber penting untuk membuat alatan elektronik ...seperti handphone  .. kabel fiber optik ... laptop...alatan ketenteraan ...kereta hybrid ...gajet   
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 03:08 PM | Show all posts
Reply 5# jerung10


   bukan ke one of the backbone nak bawa masuk lynas ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 03:08 PM | Show all posts
ape kegunaan benda rare earth nih? rosak...rosak...
jaa139 Post at 6-6-2011 03:03 PM


Dey thamby, tara baca kaa dey dey deyyyyy....
Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan  industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic,  Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan  Ketenteraan dan Kereta Hybrid.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 03:08 PM | Show all posts
macamana pendapat Sultan Ahmad Shah? Baginda jenis cukup prihatin kebajikan rakyat. dah brief dia ke ...
jerung10 Post at 6-6-2011 14:46

harap DYMM Sultan Pahang lakukan sesuatu berkaitan perkara ni.  dah byk kali  umno perkudakan istana pahang.  harap dalam isu ni istana pahang lebih berani.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 03:11 PM | Show all posts
Reply 10# jaa139


   item no 11 dkt post TT ada mention...nak detail, tanya en google...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2011 03:12 PM | Show all posts
pasni kompom ada mutant ninja turtle d sna
md.jie Post at 6-6-2011 02:58 PM
Aku ada baca kat forum kelab apa nama tah..arowana kelisa something cam tu laa bunyinya.
Dorang kata(sekitar Bukit Merah) ada ikan yang dorang dapat tangkap agak pelik bentuknya.


Apakah.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 03:13 PM | Show all posts
Baru aku tau, kilang memproses nadir bumi ni boleh diguna untuk menjadi penanda aras/kayu penguk ...
airfilterkotor Post at 6-6-2011 03:05 PM


bagus la mcm tu.....Cina2 tu bangkang pasai depa x mo tgk Melayu maju.....dgn adanya kilang ni maka Melayu akan jaduh lebih maju dan banyak peluang pekerjaan dicipta justeru negra akan masuk dlm kumpulan negra maju. kata sorang forumer kapla botak yg mana umah nenek beliyaw adalah sebelah kilang tu sajork, sampai saat ini nenek beliyaw masih sihat walafiat sajork







Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 03:13 PM | Show all posts
Dey thamby, tara baca kaa dey dey deyyyyy....
airfilterkotor Post at 6-6-2011 15:08


deyy thambi...panjang sangat sampai berpinor baca... (padal malas baca)
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 03:15 PM | Show all posts
WoW...rakyat Ostolia reject tapi gomen Mesia terima dengan tangan terbuka.

Ada apa-apa(yang sesu ...
airfilterkotor Post at 6-6-2011 14:56


kongsi risk kesihatan je lah yang for sure
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.072870 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list