CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: instafx333

Dapatkan "Save Malaysia ,Stop Lynas T-Shirt" di sini !

[Copy link]
Post time 6-6-2011 08:38 PM | Show all posts
Reply 79# instafx333


    dah lewat dah! 95% nak siap dah.

tak jadi aku pegi Waterworld Gambang!

kalau nak pilih menantu,jangan orang sana...confirm mandul!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2011 08:39 PM | Show all posts
Thorium ini juga adalah bahan  radioaktif ?

thorium nie bukan kumpulan kumpulan dalam radioaktif ker hehehehe
kumpulan radioaktif lemah...

kena belajar sains lebih nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2011 08:47 PM | Show all posts
"Yang Lynas tak pernah bagi tahu" [part 1], 05 June2011 @ Tingkat atas GC Curryhouse, Jalan Air Putih, Kuantan

by Stv ZongLiang on Sunday, June 5, 2011 at 6:06pm



Dr. Lee menunjukkan bahawa bahan mentah tanah rare earth akan diproses dan packing dalam bentuk serbuk sebelum dieksport ke Malaysia dengan mengambil perjalanan 4,000km dari Australia.

Satu sesi ceramah telah dianjurkan oleh Save Malaysia dan menjemput Dr. Lee Chee Hong untuk berkongsi pengetahuan keseluruhan tentang operasi kilang pemprosesan rare earth Lynas di Gebeng.
Hadirin lebih daripada 100 orang.

Beliau mendapat Doktor Falsafah(PHD) dalam jurusan kejuruteraan dan sains kakisan(corrosion science and engineering) dari Universiti of Manchester, UK dan berkelayakan sebagai perunding kejuruteraan serta terlibat dalam bidang tersebut selama 7 tahun. Beliau juga dilahir dan dibesarkan di Kuantan. (https://www.facebook.com/note.php?note_id=10150212310009850)

    Dr. Lee berkata, menurut laporan yang disediakan oleh Lynas, Lynas Advance Material Plant(LAMP) akan menghasilkan 11,000ton rare earth tulen pada tahun pertama dan 22,000ton pada tahun seterusnya. Ikut pasaran sekarang, harga jualan satu kilogram(KG) rare earth tulen adalah USD$180. Malah, LAMP itu akan menghasilkan air buangan sebanyak 500ton sejam, gas buangan sebanyak 100,000meter padu sejam, dan sisa simen yang mempunyai elemen beradiasi (Iron-phosphogypsum) sebanyak 64,000ton dimana kandungan Thorium adalah 1655ppm (atau 106ton) dan Uranium adalah 87ppm(atau 5.6ton).

    Di samping itu, nilai eksport hasil Lynas itu dijangka boleh mencapai RM8 Billion setahun tetapi dikecualikan  tax selama 12 tahun bersempena insentif tax yang diberi oleh Kerajaan  Malaysia.
Peta Lynas Advance Material Plant (LAMP)



Langkah kerja proses LAMP

perhatian: terjemahan ditambah pada perkataan mandarin agar Malaysians boleh faham


     "Dan itu hanya terjadi apabila kecekapan proses adalah 100%," kata Dr.  Lee. "Semua orang faham, adakah kecekapan 100% boleh berlaku ? Dalam  proses kimia, ada proses yang kecekapan hanya setinggi 70%, " kata  pakar kejuruteraan kimia tersebut.

     Merujuk kepada gambar atas yang menunjukkan langkah proses LAMP itu, jika kecekapan proses tidak mencapai 100% atau tidak cekap, kemungkinan amat besar, pencemaran radiasi akan berlaku melalui gas buangan, air buangan dan juga sisa buangan yang awalnya didakwa tidak beradiasi itu. Jumlah sisa buangan tersebut akan mencapai 231800ton setahun (Gypsum 55,800ton/tahun + Magnesium-rich Gypsum 176,000ton/tahun).







     Lynas Advance Material Plant(LAMP) adalah Kilang pemprosesan rare earth  yang berkemungkinan amat besar untuk memusnahkan alam sekitar dan  menjejaskan kesihatan penduduk yang tinggal sekitar 30km darinya yang  berpopulasi 700 ribu orang, termasuk kawasan Balok, Kemaman dan Kuantan. Namun, Lynas diberi cuti cukai selama 12  tahun dan Rakyat Malaysia pula akan terpaksa memikul tanggungjawab yang  tidak munasabah, iaitu menjaga tempat simpan sisa radioaktif merbahaya  untuk selama-lamanya.



   
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 09:18 PM | Show all posts
takkan Najib tgk je kot?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 09:41 PM | Show all posts
klu kerja ngan lynas nih , sure gaji puluh2 ribu
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 09:51 PM | Show all posts
boleh caya ke sisa2 toksik tu dibuang dengan selamat?
kalo kat mesia ni susah aku nk percaya dgn bab penguatkuasaan ni...
awal2 bukak mmg la kuat..dah lama2 nanti...hmmm..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2011 09:59 PM | Show all posts
TOLAK BN.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 10:05 PM | Show all posts
12 tahun tax free. Lepas 12 tahun kilang tutup. Apa negara dapat? Sisa radioaktif yg tiada siapa nak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2011 12:23 AM | Show all posts
australia pon tak hingin....sanggup hantar bahan mentah sejauh 4000 kilometer ke malaysia utk di proses....
bodohnya kerejaan pahang.....

aku agak....hartanah di Kuantan akan jatuh...pelancongan akan terjejas....dan sekiranya berlaku sebarang tragedi yg sememangnya kita sendiri tak tahu.....akan menyebabkan Kuantan menjadi bandar mati.....bandar koboi.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2011 01:22 AM | Show all posts
MAKA DENGAN ITU LA KITA RAKYAT KENA BANGKIT ! STOP LYNAS
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 01:24 AM | Show all posts
MAKA DENGAN ITU LA KITA RAKYAT KENA BANGKIT ! STOP LYNAS
instafx333 Post at 7-6-2011 01:22



    STOP FOREX...baru baru ni ada perbincangan mengenai forex....forex adalah haram....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 01:31 AM | Show all posts
Sesuai la semua ini dengan penduduk Kuantan dan sekitarnya.
Rasain.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 01:38 AM | Show all posts
"Yang Lynas tak pernah bagi tahu" , 05 June2011 @ Tingkat atas GC Curryhouse, Jalan Air Putih, Kuant ...
instafx333 Post at 6-6-2011 20:47



    100 orang cina yang takut mati?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 02:00 AM | Show all posts
Abang ipar aku dah pindahkan mak bapak dia dari kuantan.... Jadik orang selangor...selamat....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 02:53 AM | Show all posts
bukan ke Denan Lucah pakar rare earth dah kata emission nya very low....apelah korang bising2....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 09:03 AM | Show all posts
Oooo nk untung tp kotorkan kawasan orang.tuan rumah meyokong ker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2011 09:09 AM | Show all posts
Malaysia dah terdesak sangat ke nakkan perlaburan asing ni tanpa memikirkan risikonya. Apa yang rakyat Pahang dapat hasil dari pembinaan kilang ni? Pernah kerajaan fikirkan kesannya?

Untung pakatan rakyat. PRU13 ni banyak isu boleh dimainkan.Amik kau BN
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 12:24 PM | Show all posts
takde harapan la family aku nak merasa piknik kat pantai lanjut ngan rompin lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 12:35 PM | Show all posts
pembangkang jeles lah tu....Lynas kan projek besor.....tu yang hangin tu.....




instaforex ni haram ke boroi....aku dengor2 ada yang pinjam ahlong sampai 300k....telepon pon tak nak angkat...sapa profesor dlm insta tu yg jadi pemorex tu....hah....dah tua nak mampos dah tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 12:49 PM | Show all posts
pembangkang jeles lah tu....Lynas kan projek besor.....tu yang hangin tu.....




instaf ...
myseba2u Post at 7-6-2011 12:35



    Yg menghairankan.....yg banyak menentang benda alah lynas ni (daripada pandangan akulah) majority cha ya nun alif je....ada sesapa tau kenapa???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.579209 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list