CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1495|Reply: 14

Sheila Majid 40 Years In Music

[Copy link]
Post time 21-7-2025 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 10-11-2025 06:02 AM

Update:

  

Sheila Majid, nama yang tidak asing lagi dalam dunia muzik Nusantara, bakal kembali menggegarkan industri hiburan tanah air dengan konsert mega sempena ulang tahun ke-40 penglibatan beliau dalam seni muzik.

Konsert berjudul “Sheila Majid 40 Years in Music” ini akan berlangsung pada 8 November 2025 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur – salah satu venue dalam dewan tertutup terbesar dan paling berprestij di Malaysia!

Penganjuran ini diterajui oleh nama gah dalam industri hiburan tempatan, Altus Prohouse, bersama TopGallant Show sebagai penganjur bersama. Kredibiliti Altus Prohouse dalam menganjurkan konsert bertaraf dunia sememangnya tidak boleh disangkal lagi dan konsert ini dijangka menjadi momen emas industri muzik Malaysia untuk tahun 2025!

Konsert Bukan Sekadar Tribute, Ini Adalah Sebuah Perjalanan

“Sheila Majid 40 Years in Music” bukanlah konsert tribute biasa. Ia adalah sebuah kisah perjalanan, penuh warna-warni dan kenangan manis selama empat dekad Sheila Majid mengharungi suka duka dalam industri hiburan. Tidak hanya meraikan legenda, konsert ini menjadi bukti bahawa karier seni Sheila masih subur dan terus berkembang merentasi generasi.

“Sheila bukan hanya penyanyi. Beliau adalah ikon, suara generasi dan simbol keanggunan dalam muzik,” kata Miselyn Yee Siew dari Altus Prohouse.

Fakta Menarik Konsert Sheila Majid 40 Years in Music

1. Konsert Solo Pertama Sheila di Axiata Arena

Akhirnya Sheila Majid akan menggegarkan Axiata Arena dalam konsert solo berskala besar . Satu pencapaian peribadi yang cukup bermakna selepas 40 tahun dalam industri.

Hanya datang sekali dalam seumur hidup. Tiket boleh dibeli melalui laman web rasmi: www.ticket2u.com.my/sheilamajid40
  • RM3,400 – PARTY ZONE
  • RM768 – VVIP
  • RM668 – VIP
  • RM568 – CAT 1
  • RM468 – CAT 2
  • RM368 – CAT 3
  • RM268 – CAT 4


Nota: Untuk pembelian tiket OKU, sila hubungi talian hotline WhatsApp: +6019-595 1931

“Ini Bukan Tentang Saya Seorang…” – Sheila Majid

“Sheila Majid 40 Years in Music” adalah penghargaan kepada semua yang telah menyokong kariernya dari peminat setia, rakan kolaborator hinggalah kepada tenaga belakang tabir yang menjadikan nama beliau harum hingga ke hari ini.

“Ini bukan hasil saya seorang. Ini adalah hasil ramai ‘arkitek’ dan ‘tangan magis’ yang mewarnai perjalanan saya.” – Sheila Majid.

Kosongkan jadual anda pada 8 November 2025. Konsert ini tidak akan diulang lagi. Ia adalah satu malam untuk merayakan bukan hanya seorang penyanyi tetapi satu era, satu legenda, satu suara yang abadi. Jangan ketinggalan menjadi sebahagian daripada sejarah Sheila Majid 40 Years in Music.

Murai.MY







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2025 01:58 AM | Show all posts

  
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2025 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kayda yg nyanyi opening kah?


Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2025 12:18 AM | Show all posts
mesti best! iols ada tengok podcast sheols dengan paknil, sheols kata sheols bukanlah penyanyi jazz, tapi penyanyi pop yang bawak jugak lagu2 yang ada elemen jazz sesikit, tapi overall genre pop.

sedap suara sheols masa bercakap. She's 60 this year ok.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2025 07:25 AM | Show all posts
hyie replied at 22-7-2025 12:18 AM
mesti best! iols ada tengok podcast sheols dengan paknil, sheols kata sheols bukanlah penyanyi jazz, ...

dia ckp mcm tu sbb  dulu2 penah  dia pegi  jepun... japanese dengar lagu dia pelik ...lagu2 bukan  jazz.. kenapa ckp lagu jazz.dah termalu.paham yg gelarkan ratu jazz ..wartawan bodoh kat sini.tapi kenapa bawak  sampai kat luar?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2025 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya muncul konsert SM. Walaupun tiket aku ujung dunia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2025 08:15 AM | Show all posts
“Ini bukan hasil saya seorang. Ini adalah hasil ramai ‘arkitek’ dan ‘tangan magis’ yang mewarnai perjalanan saya.” – Sheila Majid.



adakah dia akan jemput ex

lg 1, isu yg tokra bangkitkan skrg, btl2 time tok shiela umum mengonsert
mmmm?


btw tiket agk pricey
thank god pnh tgk tok sheila mengonsert di rtm
jadi laaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2025 08:38 AM | Show all posts
pada aku masa dia bawah roslan aziz, lagu dia best..

lepas tu hmmmmm....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2025 02:01 PM | Show all posts
3-4 years ago, kompeni aku ada jemput dia buat talk scr online. Cerita pengalaman masa kobid dan kehidupan dia. Aku pun wonder knp dia di jemput. kawan CPO kompeni aku kut masa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2025 03:35 PM | Show all posts
ironinya dolu ada benang sheols buat "konsert" dekat US, masatu haterz siti kemain riak lagi... walaupun ujung2 showcase dalam dewan hotel dekat US sajork.... nanti ada masa iols throwback balik benang tu. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2025 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
matseh replied at 22-7-2025 02:01 PM
3-4 years ago, kompeni aku ada jemput dia buat talk scr online. Cerita pengalaman masa kobid dan keh ...

Apa dia citer? Kat luar dia nampak baik dan tak mendiva. Bbrp kali la terserempak. Mcm org kl yg lain aku buat biasa je la kan. Tp dia yg senyum dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2025 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
redz85 replied at 22-7-2025 08:38 AM
pada aku masa dia bawah roslan aziz, lagu dia best..

lepas tu hmmmmm....

Ye under RA mmg best.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2025 09:54 AM | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 22-7-2025 08:54 PM
Apa dia citer? Kat luar dia nampak baik dan tak mendiva. Bbrp kali la terserempak. Mcm org kl yg l ...

Dia cerita pasal stuk kat rumah famili mak dia tak boleh keluar mana2. Masa tu mak dia x sihat. Jadi full time dpt jaga mak dia. Very nice person.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2025 03:18 AM | Show all posts
bestla konser sheols semalam, rugi tak pegi. Cuma tix agak mahal la walaupun seat paling haus
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2025 10:23 AM | Show all posts
Walaupun tidak membesar masa zaman SM mula masuk industry, hanya tahu tak sampai 10 pun lagu beliau & pergi concert sebab teman PIL (menantu mithali ), I puji keseluruhan perjalanan & penganjuran konsert ini.

Vocal, fresh music arrangement, sound yang sedap, lighting etc
Vibe concert memang terasa
Song selection saja susah nak bagi comment
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.424139 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list