CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17838|Reply: 236

ADUN gagal daftar bayinya sebagai 'anak Malaysia'

  [Copy link]
Post time 8-6-2011 10:58 AM | Show all posts |Read mode
ADUN gagal daftar bayinya sebagai 'anak Malaysia'

Kuek Ser Kuang Keng
Jun 7, 11
6:12pm


Kongsi
524
Dalam usaha menolak politik perkauman, seorang ADUN cuba mendaftarkan keturunan anak perempuannya sebagai 'Anak Malaysia' tetapi diberitahu oleh pegawai jabatan pendaftaran, sistem sekarang tidak membenarkannya.

Bayi berusia enam hari yang diberikan nama Shay Adora Ram, hampir menjadi 'anak Malaysia' pertama yang didaftarkan oleh pasangan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramachandran Muniandy.

Pasangan ibu bapa itu ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya hari ini bagi mendaftarkan kelahiran Shay.

"Kami diberikan borang untuk diisi. Jadi kami letak 'anak Malaysia' di ruangan 'bangsa' tetapi seorang pegawai berkata bangsa mestilah didefinisikan mengikut keturunan ibu bapa mereka, iaitu Cina atau India,” kata Yeoh (kanan) kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

"Kami jawap anak perempuan kami bukan Cina ataupun India.”

Yeoh kemudiannya memilih untuk membiarkan ruangan itu kosong tetapi ini juga ditolak oleh pegawai berkenaan.

"Mereka berkata tiada peruntukan bagi mengosongkan ruangan itu. Sistem sedia ada tidak boleh mendaftarkan anak kami. Kami mesti memilih mana-mana satu bangsa,” kata ADUN DAP itu sambil menambah kategori 'lain-lain' juga tidak dibenarkan dipilih olehnya.

Pasangan yang kecewa itu kemudian memutuskan untuk menangguhkan pendaftaran anak mereka tetapi diberitahu tindakan berkenaan akan mengusutkan lagi keadaan dan mungkin menjejaskan anak itu, umpamanya apabila mendapatkan rawatan perubatan dan perkara lain.

Oleh kerana bagi menjamin kepentingan anak mereka, pasangan itu mendaftarkan Shay sebagai berbangsa Cina buat masa ini.

"Saya akan menulis kepada perdana menteri dan ketua pengarah jabatan pendaftaran negara untuk membuat rayuan.

"Sistem mendaftarkan rakyat mesti mencerminkan apa yang dilaungkan oleh perdana menteri setiap hari,” kata Yeoh.
*************************************

kenapa ya? bukan ke PM selalu nak 1 Malaysia? pegawai2 tu nak anti Najib ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2011 11:00 AM | Show all posts
bubuh cindia laaa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2011 11:01 AM | Show all posts
bubuh cindia laaa..
Nesta13 Post at 8-6-2011 11:00



    kenapa? kamu pun anti 1 Malaysia ke?:re:
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 11:02 AM | Show all posts
kalau gitu buh je bumiputra....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 11:02 AM | Show all posts
Reply 3# cmf_herrhughie


    lu apasal...?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 11:03 AM | Show all posts
ADUN gagal daftar bayinya sebagai 'anak Malaysia'

Kuek Ser Kuang Keng
Jun 7, 11
6:12pm



5 ...
cmf_herrhughie Post at 8-6-2011 10:58



    timbalan najib pun racist, inikan pula orang2 yang jauh lagi bawah daripada beliau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2011 11:03 AM | Show all posts
Letak kacukan takleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 11:06 AM | Show all posts
Letak India lah, ayah dia kan India.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2011 11:10 AM | Show all posts
tengok..tengok...byk yg pernah kata nak 1 malaysia sgt dah tunjuk true color dah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 11:12 AM | Show all posts
bukan selalunya ikut bangsa sebelah ayah ker???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2011 11:12 AM | Show all posts
Reply  cmf_herrhughie


    lu apasal...?
Nesta13 Post at 8-6-2011 11:02



    apasal lu takut bangsa malaysia?:re:
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 11:16 AM | Show all posts
Kata semangat 1Malaysia
Kenapa x leh puloks?{:1_146:}

Salam 1Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 11:20 AM | Show all posts
tiap2 tahun nyanyi lagu ' Saya anak Malaysia ', adakah itu semua retorik semata2?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 11:27 AM | Show all posts
hahahaha.....
kena g tanya najib lah wei.
najib kata 1bangsa, 1negara, 1agama, 1malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 11:30 AM | Show all posts
Huk alah... Nak tunggu anak Najib & anak Kazakhstan... nak letak bangsa apa ek???
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 11:31 AM | Show all posts
1malaysia la sngt!!~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2011 11:31 AM | Show all posts
buh cindai la....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 11:38 AM | Show all posts
kalu cina dan india warga amarika kawin dan dpt anak.... kat sana dia letak keturunan anak amerika kah.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 11:46 AM | Show all posts
xde dlm kertas, mana la mana2 pekerja kerajaan berani nk buat satu opsyen baru dlm borang. mana bole salahkn dorg.

patutnye sebelum nk daftar, pi la jupe najib terus.

kamu tu kan adun, xkn tkde otak nk pikir, bukannye pekerja penyapu smpah kt tepi jln, mestila sbg adun bole jupe najib.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 11:49 AM | Show all posts
kat mane2 pun same jerk..kat UK lagi la..mcm2 jens keturunan ada...kena declare le..ikut prosedur, dah peraturan namanya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.476255 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list