CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8005|Reply: 106

'Berhentilah buka aib bekas suami dan tolong 'move on' - Miera Leyana

[Copy link]
Post time 25-7-2025 03:08 PM | Show all posts |Read mode
'Berhentilah buka aib bekas suami dan tolong 'move on' - Miera Leyana




Kuala Lumpur: "Sudah-sudahlah buka aib bekas suami. Tak perlu meraih simpati orang dengan guna nama saya," kata pelakon, Miera Leyana, 31.

Miera berkata demikian ketika diminta mengulas kes mahkamah membabitkan bekas madunya iaitu Adibah Abdul Mutalib, 52, terhadap suaminya yang juga usahawan, Rosland Othman, 52.

Miera berkata, kes mahkamah yang berlarutan membabitkan suami dengan Adibah itu turut menjejaskan nama baiknya dalam bidang seni tanah air.

Pelakon yang pernah dinobatkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 menerusi filem Pecah itu berkata, reputasinya turut tercalar bila namanya turut dikaitkan dalam kes berkenaan.

"Saya pernah menang anugerah dalam industri seni tapi nama baik saya sekarang tercalar dengan isu peribadi sedemikian.

"Saya juga sudah mula secara perlahan-lahan menjadi 'influencer' (pempengaruh) dengan beberapa jenama antarabangsa tetapi dengan kes mahkamah membabitkan suami yang masih belum selesai itu membuatkan kerja saya turut terganggu.

"Kenyataan dia (Adibah) kepada pihak media juga boleh jejaskan nama baik saya dan keluarga.

"Berhentilah buka aib bekas suami dan 'move on' dengan kehidupan anda," katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, kata pelakon filem Apokalips X dan Lebuhraya Ke Neraka itu, keutamaannya sekarang pada suami dan dua anaknya yang semakin membesar.

"Kesihatan mental anak-anak saya lebih penting. Anak-anak saya nak membesar dan benda ini tak boleh padam dan apa yang dia (Adibah) cakap kepada pihak media berkaitan suami juga tidak boleh padam.

"Bila anak-anak sudah besar nanti mereka akan baca berita yang dilaporkan berkaitan bapa mereka dan saya mahu menjaga emosi anak-anak," kata ibu kepada dua cahaya mata ini.

Mengenai tuntutan nafkah anak, nafkah iddah dan muta'ah yang difailkan Adibah pula, kata Miera, dia boleh tuntut nafkah dan semua yang difikirkan layak tapi biarlah pihak mahkamah yang putuskan kelak.

"Kalau tak puas hati dengan kes perceraian, tuntutlah di mahkamah dan tak perlu keluarkan kenyataan yang buka aib bekas suami dan keluarga.

"Jangan guna nama saya untuk dapat publisiti sebab anda bukan artis pun. Bila anda buat kenyataan yang buka aib bekas suami kepada pihak media ia turut mengganggu emosi anak-anak anda sendiri," katanya.

Terdahulu, selepas berjaya mendapatkan hak penjagaan kekal tiga anak pada Februari lalu, Adibah memfailkan tuntutan nafkah anak, nafkah iddah dan muta'ah terhadap Rosland di Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya selepas difailkan pada 25 Jun lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2025 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Menjejaskan nama baiknya dalm bidang seni?

Ko delusional ke budak? Ada nama ke kau ni? Org kenal kau sbb jahat jela.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2025 03:11 PM | Show all posts
aku ni dalam mode bersabar je nih..... type..delete..type..delete dari tadi..
xper la... sesungguhnya harini hari jumaat & esok hari sabtu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2025 03:17 PM | Show all posts
"Jangan guna nama saya untuk dapat publisiti sebab anda bukan artis pun.


perempuan ni kannn...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2025 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Suruh laki kau bayar lah. Nama baik? Ihikkkss
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2025 03:22 PM | Show all posts
saya nak tanya jiran ..kenal x perempuan yg kata dia artis ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2025 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
nk bg komen jg
tp khuatir dpt surat saman

-netijem
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2025 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoola replied at 25-7-2025 03:23 PM
nk bg komen jg
tp khuatir dpt surat saman


Kena tanya kat chatgpt dulu lulus ke idok komen
Masak nanti kena cincot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2025 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ishh... Sabarr jap.. Sabar jap
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2025 03:39 PM | Show all posts
sore loser mmg camni
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2025 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakdib ada petik nama dia atau aibkan suami kertu dia ke?

Tak pernah pulak aku nampak kakdib bagi statement aibkan dorang. Masa menang kes hadhanah & proceed segala mala tuntutan tu pun takde pulak kakdib sindir2 ke apa.

Yang kecoh suami kertu dia bankrupt tu pun datang dari media/netizen kan? Bukannya dari mulut kakdib.

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2025 03:43 PM | Show all posts
mcm keemsss kan perangai sekor ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2025 03:43 PM | Show all posts
cupu replied at 25-7-2025 03:10 PM
Menjejaskan nama baiknya dalm bidang seni?

Ko delusional ke budak? Ada nama ke kau ni? Org kenal ka ...


Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2025 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm tak pernah baca ex wife sebut nama dia kat mana2.  Dia tuntut nafkah tu pun pergi mahkamah baru org tau.  Btw, sejak kawin ke x de job ke sebelum kawin dah mmg x de job?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2025 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ralat nak comment hahahaha ok bai
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2025 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Halah halah halah....play victim pulok
Pikir anak sendiri je ye, anak2 tiri kau xde pikir pun mental diaorg masa kau rampas bapak diaorg
Pompuan jahattttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2025 03:46 PM | Show all posts
Binodino replied at 25-7-2025 03:41 PM
Kakdib ada petik nama dia atau aibkan suami kertu dia ke?

Tak pernah pulak aku nampak kakdib bagi ...

ada org delusional ke apa..mcm siapa petik siapa ni kan..mcm tak penah nampak side sana petik2 she
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2025 03:49 PM | Show all posts
Binodino replied at 25-7-2025 03:41 PM
Kakdib ada petik nama dia atau aibkan suami kertu dia ke?

Tak pernah pulak aku nampak kakdib bagi ...

haritu ada 1 artikel tapi statement bukan dari kakdib..dari lawyer ke saper ntah... lupa dah.


Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2025 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aib..? Setakat ni rasanya xde kakdeb bukak aib pakcik rostanah. Nama baik? Pernah ada nama baik.. yg ada gambar dress kuning meloyakan tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2025 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 25-7-2025 03:46 PM
ada org delusional ke apa..mcm siapa petik siapa ni kan..mcm tak penah nampak side sana petik2 she ...

Reporter selalunya yg akan sebut dlm artikel. Kawin bila cerai bila kawin dgn sapa.
Perasan much tekmbul ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.067377 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list