Luar Negara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 908395   


Gambar hiasan

ISTANBUL: Turkiye mencatatkan suhu tertinggi dalam sejarah iaitu 50.5 darjah Celsius (122.9°F) di daerah Silopi, wilayah Sirnak pada 25 Julai lalu, menurut kenyataan Kementerian Alam Sekitar, Pembandaran dan Perubahan Iklim pada Sabtu.

Data daripada Perkhidmatan Meteorologi Turkiye menunjukkan bahawa sebanyak 132 stesen cuaca di seluruh negara turut mencatatkan suhu tertinggi bagi Julai pada hari yang sama, lapor Anadolu Ajansi.

Rekod kebangsaan sebelum ini dicatatkan pada 15 Ogos 2023 di Sarıcakaya, wilayah Eskisehir, iaitu 49.5°C.

Beberapa daerah lain di tenggara Turkiye turut merekodkan suhu melebihi 49°C, antaranya 49.6°C di Kiziltepe (Mardin), 49.4°C di Cizre (Sirnak), 49.3°C di Nusaybin (Mardin), 49.1°C di Kurtalan (Siirt) dan 49.0°C di Ceylanpinar (Sanliurfa).

Pihak berkuasa memberi amaran kepada golongan berisiko tinggi seperti pesakit kronik, warga emas, wanita hamil dan kanak-kanak agar mengelakkan aktiviti luar antara 11 pagi hingga 4 petang (0800GMT hingga 1300GMT) susulan risiko kesihatan.


Sumber : Utusan Borneo
426 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch